Sunday, August 25, 2013

SYAWAL 2 3 4 5

Assalamualalaikum

Okey moh lah kita sambung cerita raya aku nie. Tangguh-tangguh kang banyak benda tertunggak nanti. Dah lah banyak benda bakal menyusul akan datang nie. lets proceed...

Hari Raya Kedua, 9 Ogos 2013

Tak bangun pagi sangat pon, dalam jam 12 baru bertolak balik kampung. Tapi singgah solat Jumaat dekat Dengkil and sambil tu serahkan baju raya si Faries sekali dekat sini. We met his family there. Maaflah baju raya siap malam raya, tu yang tak sompat nak bagi tu.

Then kitorang singgah RnR mana entah makan KFC, lepastu baru kitorang bertolak ke Pahang. Tapi kitorang singgah beraya rumah kawan sekerja ayah dekat Mentakab dulu baru gerak terus ke Temerloh. Masa nie kitorang dihidangkan daging landak. Santap sedap weyhh, seriously. Aku asyik tambah je. First time kot makan landak. Last year first time makan itik, this year landak pulak.

Ke-menyotan kami 5 beradik

Jam 9 malam baru sampai kampung. Lewat gila kot. Itu jelah yang berlaku pada hari raya kedua. Same as hari raya pertama, cuma beraya satu rumah ja.

Hari Raya Ketiga, 10 Ogos 2013

Yang tua pimpin yang muda, dah terbalik nie 

Raya ketiga aku lagi sadis. Hantar adik laki aku nie pergi klinik. Susahnya nak cari klinik yang bukak time raya nie. Actually, adik laki aku nie dah lama menderita gatal-gatal since dia balik dari asrama lagi. Kesian dia sakit-sakit time raya. Habis kaki dia, sampai terpaksa pakai kain. Sakit sangat katanyaa. Dahlah jenis berjangkit, seram aku. Mintak dijauhkan lah, habis kaki aku nanti.

Sementara menunggu adik aku punya giliran, my mom and I pergi lah ke pekan nie, alang-alang dah sampai sini kan, sempat jugak lah shopping beberapa benda.

My mother and I

Lepastu balik rumah balik. On the way balik rumah tu singgah beli coconut shake tepi jalan. Boleh tahan lah rasa dia, but for me Klebang coconut shake way better kot. Hehe

Hari raya ketiga juga masa untuk pulang ke Selangor. Baru je sampai malam semalam dah nak balik hari nie. Teruk kan. Ayah kene kerja hari Ahadnya tu, ada urusan katanyaa. Apa-apa lah. Lagipun kat sini memang tak rasa raya pon. Datang sini sebab nak tengok tokki (atok) dan wek (nenek) saja. So sebelum balik tu, aku paksa ayah aku petik buah manggis yang sedang berbuah lebat sebelah rumah tu. Durian pon banyak tapi tak bawak balik.

Kalau yang rendah-rendah aku jolok pakai galah je

Can you spot my father ?

Aku tinggal sambut je manggis-manggis yang dah ayah aku petik dari bawah. Aku nak panjat pokok boleh, tapi seboleh-bolehnya dielakkan. Boleh bagi alasan cenggitu ?

Manis dan sedap sangat !!

Alhamdulillah, dapat jugak satu guni buah manggis. Maka malam tu pon bertolak lah kami semua meninggalkan kampung halaman.

Bye semua =)

Hari Raya Keempat, 11 Ogos 2013

Hari raya keempat aku lagi sedih. Langsung tak pergi mana-mana.

Hari Raya Kelima, 12 Ogos 2013

Alhamdulillah, ada jugaklah beraya. Kitorang pergi beraya rumah sedara dekat Klang. Pergi satu family je. Itupon ayah aku tak ada.

Tudia ....

Bersama sepupu sepapat 

Lepastu balik rumah sekejap, sebab Faries dah sampai dekat rumah. Budak-budak diploma dan poli kan start kelas hari Isnin. Tu yang dia balik rumah aku tu. Then sambung lagi beraya rumah nenek sedara. Dekat je dengan rumah, tak sampai 5 minit drive dah sampai.

Sardin

Sedangkan pergi Times Square hari tu dah rasa sardin gila, inikan lagi tambah ibu dalam kereta. Memang sardin sangat. But redha je, kereta kechik je ada kat rumah. Demi untuk beraya, sanggup tau. Then we proceed to rumah kawan ibu dekat Sungai Lang. Kampung sebelah je. Tak jauh mana pon.

Ambik gambar sat

Sampailah dekat maghrib baru kitorang balik. Balik rumah tak lama, lepas solat maghrib je, terus gerak pergi beraya lagi. Kali nie ada ayah aku sekali. Mula-mula kitorang beraya rumah sedara depan rumah. Walaupon rumah dia depan je, tapi raya pertama tak sempat datang pon.

With Islah Hanif yang comel

Lepastu berjalan kaki satu keluarga pergi rumah jiran-jiran terdekat. First rumah Wak Ngaliah. Even korang tak kenal, nak jugak mention kat sini.

Aku tu dah kenapa ?



Then sambung lagi berjalan, pergi ke rumah seterusnya. Kali nie kitorang pergi rumah Wak Peah.

 Kegembiraan terserlah sangat Zahin

Tetibe semua jakun nampak surat khabar.

Masa untuk balik ...

So itu saja rumah yang dapat kitorang raya pada hari raya kelima nie. Biasanya pergi rumah jiran-jiran kitorang pergi ramai-ramai. Tapi kali nie, kitorang pergi satu family je. Yang lain semua sibuk kot.

PESANAN PENAJA 


" Finally, rasa meriah jugak raya aku nie =) "

Soon, I will continue updating my hari raya keenam pula yerp. Sampailah hari raya ke berapa pon tak tahu.
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

6 comments:

  1. cantik baju raya!

    by the way, tersentuh hati kejap masa tengok gambar kamu pimpin tangan mak kamu.

    moga kekal jadi anak soleh. ameen.

    salam hormat! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx =) ameen. sayang dekat ibu , tak ada pengganti dahhh ... dia lah satu2nya. huhu

      Delete
  2. salam.. ade x gambar rumah hazirah ngan izzati?? teringin nk tgk.. xpenah jumpa after dyeorg pindah.. miss them..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada lah.. why not pm dorg dekat fb =)

      Delete
  3. best best. gambar jelas n nmpk kemeriahan dan keriuhan aidilfitri.

    salam syawal dan salam ukhuwah dr nanie

    ReplyDelete

Home