Sunday, August 25, 2013

Lebaran 2013 : Syawal 2 3 4 5

Assalamualalaikum

Okay, marilah kita sambung cerita raya aku nie. Tangguh-tangguh nanti kang, makin banyak benda tertunggak. Dahlah banyak benda bakal menyusul akan datang nie. Jom kita teruskan dengan cerita hari raya aku untuk hari raya kedua, ketiga, keempat dan juga kelima.


Hari Raya Kedua, 9 Ogos 2013

Jam 12 tengahari bertolak balik kampung ayah di Pahang. Singgah solat Jumaat dekat Dengkil dan serahkan baju raya Faries sekali dekat sini. Kami jumpa keluarga dia dekat situ kebetulan dia tengah beraya rumah sedara dia di sekitar situ.

Tak terus balik ke kampung, kitorang singgah beraya rumah kawan sekerja ayah dekat Mentakab dulu. Masa nie kitorang dihidangkan daging landak. Serius sedap weyhh, pertama kali aku makan daging landak. Sampai bertambah nasi dibuatnya. Lepas dah kenyang, barulah menuju ke rumah Tokki dan Wek kitorang. Sampai sana jam 9 malam. Satu hari habis waktu dalam perjalanan je. 

Hari Raya Ketiga, 10 Ogos 2013


Hari raya ketiga aku lagi sadis. Satu hari mencari klinik. Susah nak jumpa klinik yang buka waktu raya-raya nie. Kaki adik aku kena gatal-gatal. Maklumlah, duduk asrama. Memang biasa sangatlah penyakit gatal-gatal atau kutu kalau duduk di asrama. Memang teruk kaki dia. Sampai terpaksa pakai kain sebab sakit sangat kalau pakai seluar. 


Hari raya ketiga juga, adalah waktu untuk kami pulang semula ke Selangor. Baru je sampai malam semalam dah nak balik hari nie. Ayah kena kerja hari Ahadnya tu, ada urusan katanya. Sebelum balik tu, ajak ayah petik buah manggis yang sedang berbuah lebat sebelah rumah tu. Durian pon banyak tapi tak bawa balik.



Aku tinggal sambut je manggis-manggis yang dah ayah aku petik dari bawah. Aku nak panjat pokok boleh, tapi seboleh-bolehnya sangat dielakkan. Hahahaha. Dapatlah kitorang bawa satu guni besar buah manggis. Malam tu kitorang betolak balik.


Hari Raya Keempat, 11 Ogos 2013

Hari raya keempat aku lagi sedih. Langsung tak pergi mana-mana. Mereput duduk dekat rumah.

Hari Raya Kelima, 12 Ogos 2013

Kitorang pergi beraya rumah sedara dekat Klang. Pergi satu family je. Itupon ayah aku tak ada sebab dia kena kerja.



Lepastu balik rumah sekejap sebab Faries dah sampai dekat rumah. Budak-budak diploma dan poli cuti raya sekejap je. Hari Isnin dah mula kelas. Tu yang dia balik rumah aku tu. Kami sambung lagi beraya rumah nenek sedara. Dekat je dengan rumah kitorang, tak sampai 5 minit drive dah sampai.


Sedangkan pergi Times Square hari tu pon dah rasa sardin gila, inikan pula tambah ibu dalam kereta. Memang sardin sangat. Tapi redha je, kereta kecik nie je yang ada dekat rumah. Demi untuk beraya, sanggup tau. Lepastu pergi beraya rumah kawan ibu di Kg Sungai Lang. Kampung sebelah je, tak jauh pon.


Dekat nak maghrib baru kitorang balik. Balik rumah pon tak lama, lepas solat maghrib terus gerak pergi beraya lagi. Kali nie ada ayah aku sekali. Mula-mula kitorang beraya rumah sedara depan rumah. Walaupon rumah dia depan rumah kitorang, tapi masa hari raya pertama tak sempat nak singgah.


Lepastu berjalan kaki kami satu keluarga pergi rumah jiran-jiran terdekat. Sempat beraya da buah rumah jiran malam tu. Dah dekat tengah malam baru balik rumah. 







Biasanya beraya rumah jiran-jiran kami pergi beramai-ramai dengan sedara-mara. Tapi kali nie kitorang beraya satu family je. Yang lain sibuk kot. Yelah, semua dah mula masuk belajar dan bekerja. Sampai sini je dulu, nanti aku sambung cerita lagi untuk hari yang berikutnya. Bye bye.

6 comments:

  1. cantik baju raya!

    by the way, tersentuh hati kejap masa tengok gambar kamu pimpin tangan mak kamu.

    moga kekal jadi anak soleh. ameen.

    salam hormat! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx =) ameen. sayang dekat ibu , tak ada pengganti dahhh ... dia lah satu2nya. huhu

      Delete
  2. salam.. ade x gambar rumah hazirah ngan izzati?? teringin nk tgk.. xpenah jumpa after dyeorg pindah.. miss them..

    ReplyDelete
  3. best best. gambar jelas n nmpk kemeriahan dan keriuhan aidilfitri.

    salam syawal dan salam ukhuwah dr nanie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...