Tuesday, August 27, 2013

SYAWAL 6 7 8 9 10

Assalamualaikum

Waiting no more, lets proceed my hari raya story ...

Hari Raya Keenam, 13 Ogos 2013

Belah siang aku pergi beraya rumah kawan-kawan. First aku pergi beraya rumah bakal dentist, Zuhair. Lepastu ajak Zuhair pergi beraya rumah bakal doctor, Syazwan. Tang rumah Syazwan aku lupa nak ambik gambar sebab borak kencang sangat. Lama gila kot kat rumah Syazwan. Well bila dah jumpa orang yang satu kepala nie, memang borak apa pon jadi best. Sebab tu lama gila kitorang kat situ. Semua stok-stok doktor lepas nie, aku je tak. Nanges.

Cermin mata tu penting

With Zuhair

Ingat nak pergi beraya lagi tapi ramai yang tak ada, busy and macam-macam lagi. So kitorang pon balik.

Belah malam plak kitorang beraya rumah jiran-jiran lagi. Sebab semalam sempat berapa ketul buah rumah je. So kali nie ingat nak habiskan. Itupon kalau sempat lahh. Tak elok datang rumah orang malam-malam sangat. Tuan rumah nak tidur katanyaa.

Pakai baju raya tahun lepas 

Tapi sebelum kitorang start beraya tu, jiran depan rumah beraya rumah kitorang dulu. Cis, ingatkan kitorang nak terjah rumah dia dulu, tup tup dia dulu terjah rumah kitorang. Menci arr cemnie >__< Dah kalah 1-0. Tetamu balik je, kitorang pon berjalan kaki satu keluarga pergi ke rumah jiran.

Rumah pertama kitorang pergi rumah Kak Suadah. Suka gila aku beraya rumah Kak Su nie sebab dia tersangatlah kelakar orangnya. Happy go lucky je. Gurauan dia pon sempoi je, semua lapisan umur boleh ketawa. Tapi itu tak bermakna lah rumah jiranku yang lain tak best, best je cuma rumah Kak Su nie outstanding sikit dari yang lain =) Takmo merajuk erk wahai jiran-jiranku semua.

Kene sopan dekat rumah orang, pandai adik-beradik aku nie berlakon

Susahlah kalau ibu dengan ayah pon nak pakai spec mata tanpa kaca yang aku beli dekat pahang dengan harga 5.90 sen tu, apa pon tak boleh.

Lama jugak beraya rumah Kak Sue nie. Sampai dekat nak jam 10 malam baru gerak rumah orang lain. Next rumah kitorang beraya rumah Wak Roslan. Anak dan menantu dia nie tadi yang beraya rumah kitorang.

Berjalan lagi ...


Apa lah yang diketawakannya tu 

Lepastu kitorang terus balik rumah. Sempat beraya 2 rumah je. Hari dah malam sangat.

Hari Raya Ketujuh, 14 Ogos 2013

Hari raya ketujuh kitorang pergi beraya rumah jauh. Tapi kitorang pergi petang sebab ayah kerja. Ayah tak nak bazirkan hari cuti katanya. So siang tu aku pergi rumah terbuka kawan aku. Dekat je tak jauh pon. Rasa special sikit sebab dia jemput cuma beberapa ketul orang. Hikhik

Aku pergi rumah Khadijah atau lebih mesra Doje. Maaf lah gambar memang tak ada langsung. Tak terfikir langsung nak bergambar, lupa gila kot. Harapkan tuan rumah upload gambar je, tapi dia tak upload. So tak ada lah gambar. Still kat rumah Doje, ayah dah call tanya aku bila nak balik. Okey itu maksudnya aku kene balik sebab dah nak bertolak. Thanx Doje coz inviting me =)

This suppose to be wear on Hari Raya Pertama

Balik rumah terus bergegas tukar baju melayu. Siap sedia nak bertolak pergi rumah Faries dekat Jempol Negeri Sembilan. Memang dah plan nak pergi hari nie pon, sebab bila lagi kan nak pergi.

Lautan kebiruan dalam kereta, dari belakang sampai ke depan =)

Gambar syok sendiri haruslah ada demi kesejahteraan blog, boleh cenggitu ?

Tengah on the way, boleh pulak nampak satu anak kucing comel tepi jalan. Terus my mom jerit suruh berhentikan kereta. Terkejut kitorang, ingat ada apa lah kan. My mom pon turun and ambil kucing tu bawak masuk kereta. Nak bela katanya. Baru je haritu aku kutip satu kucing nie dekat pasar, hari nie adopt lagi kucing baru. Haihhhh....

Si Haziqah nie kalau duduk kereta memang tak senonoh sikit. 

Lemah gila kot kucing tu. Singgah Petronas beli roti, dia makan sikit je. Sampai rumah Faries baru kitorang bagi susu. Dia minum gelojoh gila. Kesian betul dia lapar sangat. Yang rumah si Faries nie pulak jauh beribu batu. Tak sampai-sampai. Kalau aku naik bas pergi rumah dia, sakit bontot aku dibuatnya. Jauh sangat.

Sampai je, borak sekejap lepastu terus mak dia ajak makan kat dapur. Seriously lapar sesangat masa nie.

The food was awesome, teringat masakan wek aku kat kampung =)

Aqil pon ikut makan sekali 

Selesai makan, kitorang naik atas balik makan kuih. Berborak-borak sampai lah dekat jam 10 malam kitorang pon balik. Masa nie cuma ada kakak Faries yang nombor 1 je.

Dinding pink gituewwww

Bekas kuih raya tuu =D

Cantik kan Haziqah =)

Budak dua perempuan tu asyik cek handphone je, nyampah tol

Sampai RnR Seremban, kitorang singgah sekejap. Ayah ngantok katanyaa. So kene ilangkan ngantok sekejap. Ayah memang tak bagi aku drive. Scary sangat ke pemanduanku ? Runsing.

Aku yang gigi yang ado nie pon tayang dengan bangga, aku tak tau kenapa adik aku suka buat mulut macam tu

 Kitorang selalu makan nie, sedapp !

Tak tau macam mana perut boleh lapar lagi, sampai licin kot

Dekat 3 jam jarak perjalanan dari rumah aku ke rumah Faries nie. No wonder lah boleh lapar lagi.

Menyambung kembali perjalanan

Hari Raya kelapan, 14 Ogos 2013

Belah siang rasanya tak buat apa-apa. Cek folder raya dalam lappy, seems macam tak beraya je waktu siang. Tapi belah malam, kitorang beraya satu rumah. Rumah Acik Nisa. Tak lah jauh sangat, 40 minit je dari rumah.

 Team turqoise datang serang rumah

 Menikmati juadah yang dihidang =)

 Kat rumah orang pon sempat main candy crush

Eh Achik Nisa dengan Marini pandang kamera lah =D

Bila ibu berjumpa best friend forever nya, memang lama berborak. Normal lah, aku pon macam tu. Hahahaha.

Hari Raya Kesembilan, 16 Ogos 2013

Raya kesembilan nie sadis sikit. Tak pergi beraya pon. Maybe dah kehabisan idea nak beraya rumah sapa lagi.

Tapi belah malam aku ajak Zahin, Faries and Haziqah makan dekat Restoran Muhd Chan. Restoran Cina muslim yang berkonsepkan makanan Cina. Review tentang restoran nie boleh lah tengok dekat sini ----> KLIK

 Look at the portion of the food, very big kan =)


I will definitely suggest you to order the tom yam. Seriously sedap gila ! Aku terus order yang saiz paling besor. Harga 25 ringgit saiz paling besor. Memang terbaek lah tom yam kat sini.

 The same waiter yang ambik order dulu, dia baik and his face like Mr.Bean

BTW, restoran nie tutup cepat. It wont open until 12. Sebab aku tengok jam 10 dah start kemas-kemas barang. So kalau nak singgah sini make sure datang awal erk.

Sebagai bukti pergi, motip ?

Gembira betul kene belanja yerp 

Saja tak bawak budak lagi dua ekor tu. Dorang tu dah lah lombab kalau bersiap. Plan last minute. Tunggu budak dua tu bersiap kang, tutup restoran tu nanti. Habis kempunan.

Hari Raya Kesepuluh, 17 Ogos 2013

Raya kesepuluh tak pergi mana-mana sebab rumah kitorang bakal terima tetamu. Huhu siapakah itu ? Keluarga Faries datang serang rumah pulak. Nasib baik datang bagi tau dulu, kalau tak memang weolls tak tau nak hidang apa.

Inilah dia Iman Aleesha, lama tak jumpa, rindu =')

Iman Darwishy comel nyaaa !

 Acik Piah, Pakcik Zulkifli and Kak Arina ( Kakak Faries no 2 ) 

 Aqil makan sepah-sepah tu dengan ibu, Kak Filzah ( Kakak Faries no 3 )

Abang Aidil, Kak Arina's Husband. Ayah Esha.

Apa lah yang Ano borakkan tu ( Kakak Faries no 5 )

Ano nie very the kelakar tau tak. Dia dengan semua orang dia boleh masuk. Dia selalu buat aku terbahak-bahak bila dengar dia bercerita. Memang kelakar.

Hari dah malam

Dari petang sampai lah ke malam tak balik lagi. Lama gila kot. Sampaikan sempat bermandi-manda budak-budak kecik tu.

 Tetamu nak balik dahh =)

Boleh ke Ano bawak tu =P


Lepas je family Faries balik, keluarga Marini pulak datang. Same as last year. Lepas keluarga Faries balik, keluarga Marini datang. Kebetulan ke apa ? Memandangkan tak ada sape yang rajin mengambil gambar masa nie, so no picture provided. Aku nie nak ambik gambar tetamu, memang tak lah. Segan.

Lepastu kawan ayah aku pulakk datang, ahh sudah. Ramai pulak tetibe yang datang.

---------------------------------------------------------------------

So itu saja cerita hari raya aku. See you next year ! Itupon kalau dipanjangkan umur lah. Harap dapat bertemu lagi syawal akan datang dan seterusnya.

PESANAN PENAJA


" I wish all my reader/s Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Mohon maaf kalau terkasar bahasa, terasa ke, terngumpat ke, or ter apa-apa lah. Mintak maaf okey "

Di kesempatan ini, nak jugak berterima kasih kepada blogger Ummi Kalsum, sebab hantar kad raya untuk aku. Seriously tak expect this thing would come from you. Aku nie dah lah excited sikit kalau dapat kad raya. Ahaks ~

Thanx Ummi =')

Lepas nie kalau nak hantar kad raya kat aku, boleh mintak alamat erk lalu email. Ahaks ~
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !


4 comments:

  1. raya sakan lepas raya pertama spoil ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslahh, nak tebus kembali 1 syawal yang dh spoil tuu =)

      Delete
  2. Assalamualaikum dik, wahh jauhnya beraya ye. tapi best lah, beraya sakan dengan family. hehe tema warna korang tu tema akak gak. tapi last minute tak jadi. semua pakai warna cacamarba. hehehe. selamat hari raya adik zarep. akak pun dapat banyak kad raya dari blogger :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumsalam kak sheila. wahhh bestnya dapat kad raya banyak. saya tahun nie satu je kak =)

      Delete

Home