Wednesday, September 4, 2013

Perkahwinan Nur Nadiah dan Muhd Kamal ( My cousin )

Assalamualaikum 

First cucu nenek sebelah ibu dah pon selamat bernikah pada 24 Ogos yang lalu dan bersanding pada 1 Sept hari tu. First ever cucu nyai ( nenek ) kahwin. Tak sangka betol. So lepas nie makin ramai lah cucu-cucu nyai yang akan berkahwin. My turn bila pulak erk ? Kbye.


Okey, before aku proceed this entry, one basic thing you should know.

Abdul Razak, bapa kepada pengantin perempuan a.k.a abang sulung ibu aku, we called him "Bapak". All of us sanak saudara yang berpuluh-puluh orang tu panggil dia Bapak. I will called him Bapak a lot in this entry. I used to call him like that sampai terbawa-bawa kat luar sehingga membuatkan orang lain confuse. I hope this thing clear erk ?

Lets proceed ......

Hari Pernikahan, 24 Ogos 2013

Hari pernikahan went smoothly eventho malam tu punya gelabah siapkan pelamin. Actually takde lah gelabah mana pon, adoii cerita nak vavavoom je kau nie zarep. Menci arr.

I think it's beautiful. I like it !

Malam tu semua bertungkus-lumus siapkan pelamin. Dan Alhamdulillah ianya siap. Maka bermula lah majlis pernikahan Kak Diah dan Kamal. I record the moment where pengantin lelaki melafazkan akad nikah. Do watch it =)


 That's it. Dengan sekali lafaz maka kakak sedaraku sah menjadi isteri orang. Tahniah Kak Diah ! =D


Cantik kak Diah =)

 Budak baju pink tu pantang nampak kamera, hati-hati wahai photographer semua

 Weolls sanak saudara pon nak bergambar jugak tau, 
yang xleh blah paman kitorang pon join sekaki.

 Mak Teh dah ada menantu, fewwiitttt !

 Serahkan wang hantaran maybe, i dont know

Sarungkan gelang di tangan pengantin

Family photo. Semua tak nak pandang camera aku, bapak je pandang, k fine -___-

 Aku pon tak pandang camera sendiri, sigh -___-

Tengok yang baju pink tu 

Pengantin dah tak ada but kitorang still bergambar =P

Nampak ! Tak habis lagi bergambar.

So that was pretty much what happened during hari pernikahan.

Sinoman, 31 Ogos 2013

I don't know what sinoman is in Malay. Sinoman nie perkataan jawa. Rasanya macam bergotong-royong kot. Tolong-tolong prepare-kan barang untuk dimasak keesokkan harinya. Hah lebih kurang macam tulah. Kalau tak faham, korang buat-buat faham jelah erk. Tak dapat den nak menolongnya....

I help my cousin did that, proud =)

Belah malam ada kambing bakar. Tapi diri ini masa tu dah kenyang sangat. Sebab baru balik dari open house rumah anak murid ibu. Kat sana pon ada kambing bakar jugak. 3 kali tambah aku makan tau, sekali tambah penuh satu pinggan. So boleh agak lah kenyang nya macam mana. But somehow i managed to add another pinggan of kambing bakar here at rumah bapak. Gila.

Mana satu pengantin perempuan ? Kalau betul, dapat 20 sen. 20 sen ?

Anak-anak bapak semua nya pandai nyanyi, aku hancuss berterabur. Sigh -___- 

First time ever dalam hidup aku ber-karaoke. Malu. Tak sedap. Hancus. Berderai. Sekian.

Paling mengejutkan, my adik and yasmin boleh ikut karaoke sekali.


End up my day wearing inai. Gambar jariku berinai boleh stalk dekat instagram ye kawan-kawan. Cari icon instagram dekat screen belah kiri korang tu yerp. Saja promot insta sendiri. Kah kah kah.

Hari Perkahwinan, 1 Sept 2013

Orang ramai dah start serbu rumah bapak. Memandangkan bapak nie guru dekat SMK Telok Datok, yang mana ia merupakan sekolah lama aku dulu masa form 4-5, so memang ramai guru-guru yang aku kenal. Berhasrat untuk menemui guru kelas aku, Ustazah Alizawaty, tapi tak kesampaian. Ustazah datang masa pengantin tengah bersanding dalam rumah. Masa tu aku tengah busy ambil gambar pengantin. Sedih ja ='(

Sebelum pengantin lelaki datang, kitorang bergambar dulu

 Flower girl katakao

Ewahhhhh !

Lepastu rombongan pengantin lelaki pon sampai. Pang pung pang pung bunyi kompang. Lebih kurang macam tulah bunyi kompangnya. Kau ada ?



 My kakak jadi pengapit =)

Makan beradab, tak jemput pon kan. Sedih tol.

 Garlic bread yang sangat sodap !

Eh dah tukar baju ? Actually kan aku tukar baju 3 kali kot. First pakai baju raya biru aku, then rasa macam over sangat aku tukar kepada t-shirt kaler turqoise yang gambar first tu. Lepastu rasa macam tak formal lah pulak, aku tukar baju berkolar kotak-kotak nie. Haihhh pengantin pon tak tukar-tukar baju macam kau zarep -__-

Bila sanak-saudara dah conquer set karaoke, memang tak ada peluang untuk orang lain. 
Kah kah kah 

Dah dekat jam 5 petang semua pon balik termasuk lah aku nie. Sebabnya kene halau dengan tauke karaoke. Hahahaha. Karaoke sampai tak gheti nak berhenti.

Itulah saja lintas langsung perkahwinan my cousin.

PESANAN PENAJA


" Selamat pengantin baru kak Diah ! Semoga kekal hingga ke syurga =) " 

Actually, cousin aku sebelah ayah pon kahwin jugak pada tarikh yang sama. Memandangkan rumah dia jauh sangat nun jauh di Pahang, ayah decide tak payah pergi. Jimat katanya. Pergi yang dekat, belakang rumah je. Tak perlu bayar tol tak perlu pakai minyak. Minyak kan mahal sekarang nie. 20 sen katakao.

Yang baik datang dari Allah. yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

4 comments:

  1. orang Melayu panggil rewang kot yang tolong prepare bahan-bahan sebelum kenduri tu. Ke orang Perak je panggil cenggitu? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp betul2, baru teringat word rewang tu. hikhik =)

      Delete
  2. Sinamon tak tahu,.. salmon tau.. LoL

    ReplyDelete

Home