Sunday, September 29, 2013

Perkembangan braces

Assalamualaikum

It's been a while since I'm not talking about my braces. So hari nie nak cerita lah sedikit tentang perkembangan braces aku setakat ini. Sapa yang geli, boleh beredar sekarang, takut termuntah kang payah.

Gambar lama tahun 2010 *__* 

Segan lah pulak letak gambar hodoh aku nie. Ye ye semua orang boleh ketawa >___< If you can see, aku mempunyai gigi yang tak normal. Susunan nya berbentuk empat segi while normal person kan bentuknya bujur. Aku siap tolong lukiskan tahu tak demi bagi korang faham. Tepuk sikitlah sempena usaha gigih aku tu.

Kalau mata korang tu lebih tajam, you can see gigi bawah aku yang senget.

Alhamdulillah lah, gigi aku dah nampak okey daripada sebelum nie. Since aku tak ada gambar yang jelas akan keadaan gigi aku before aku pakai braces, so that nak buat perbandingan pon tak boleh. Cuma aku boleh cakap banyak perubahan yang dapat aku rasa. Mostly gigi bawah aku lah. Kalau dulu gigi bawah aku ada yang senget dan jarak-jarak. Now dah okey cuma ada satu lagi gigi belakang tak masuk saf. Degil sangat gigi tu sampai doktor aku pon fening tak tau nak buat macam mana lagi dah.

Baru-baru nie aku pergi follow up dekat Melaka tukar getah. Now I'm wearing merah marroon.

Boleh klik pada gambar untuk tumbesaran melampau.

1 - Sebelum.
2 - Selepas.
3 - Saja letak so that korang tak ada lah terbayang-bayang wajah hodohku 1 dan 2 serta gambar first tu.

So far dah 2 tahun setengah aku pakai braces. Lama dah kan ? Mana tak lama, dekat setahun tak pergi follow up. Dari bulan 10 2012 sampailah bulan 7 2013. Gila. Doktor bagi appointment tak pergi. Teruknya diri ini. Ini pon lepas 2 bulan baru pergi follow up lagi. Kawan aku yang baru pakai tahun lepas dah bukak dah. Jeles tau tak >__<

Nasihat aku, kalau korang nak buat braces, buatlah yang dekat-dekat. Tak payah ambik jauh-jauh macam aku nie. Bila nak follow up kene consider masa, duit minyak, duit tol, duit nak makan lagi. End up, kos nya sama je dengan kos braces yang mahal sangat tu. Lagi satu, tepatilah appointment yang telah ditentukan kalau nak gigi cepat siap.

So basically bila dah gi follow up tu, mestilah wajib singgah Klebang coconut shake, ye dakk ?


I hope, by early next year aku dah bukak braces. Doakanlah erk untuk aku. Harap bila dah bukak braces nie nanti, aku akan lebih berkeyakinan untuk bercakap. Aku tak banyak cakap pon maybe sebab gigi aku nie. Actually lain orang lain cara aku berinteraksi. Bukan aku nie fake ke apa. Cuma aku menyesuaikan diri dengan keadaan.

Bak kata Prof Shams Ur Rahman Khan, my social psychology lecturer, different people different character we present. Depan isteri, kita jadi suami. Depan ibu bapa, kita jadi anak. Depan anak, kita jadi ibu bapa. Depan musuh, kita jadi jahat. Depan kawan baik, kita jadi gila-gila. Depan awek, kita jadi romantik. Wahhh gitueee =) Dan begitulah seterusnya. Lain orang lain cara kita layan. Dapat pulak kos yang memang kene bercakap, yelahh bila jumpa client nanti, kene bercakap, takkan buat dunno je.

PESANAN PENAJA 


" Attention to all who ask, my doctor dah bersara dari buat rawatan orthodontic nie. 
Dia tak ambik patient baru dah, hanya menyelesaikan patient-patient lama yang tak selesai-selesai lagi masalahnya. Clear ? "

Lama blog menyepi. Makin lama makin busy lah. Banyak assignment nak kene buat. Dengan program-programnya lagi, adoiii. Ya Allah, permudahkanlah hidup ku ....

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

13 comments:

  1. ada jgak bercadang nak pakai braces ni. tapi entah bila lah dapat buat.
    masih survey klinik mana yang berdekatan yang boleh buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik buat cepat, harga makin lama makin mahal =)

      Delete
  2. Hahaha. Good luck zarep. Tak sabar nak tengok resultnya nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx kimy =) tak tau lah resultnya elok ke tak.. takut juga nie >___<

      Delete
  3. Assalamualaikum dik. insyallah. akak doakan gigi kamu lebih teratur dan punya keyakinan tinggi untuk berinteraksi dengan orang lain. heee. sakit tak pakai braces 2 tahun setengah tu? makan mesti susah kan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila.... terima kasih kak sheila, saya pon berharap benda yang sama... thanx sgt2 =) sakit tu masa mula-mula pakai dan baru lepas follow up. yang tu memang sakit abadi namanya. tapi lama2 okey lahh. makan susah jugak lahh, banyak pantang larang =)

      Delete
  4. muke adik ni iras sam bunkface..huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama saya tak dengar org cakap muka saya nie iras sam bunkface.. dah 2 tahun rasanya. dulu pernah updated pasal muka ala-ala iras dengan artis2 nie.. sam bunkface tu salah satunyaa..

      for me, sam bunkface tu hensem lah, i take that as a compliment so terima kasih lahh =)

      Delete
  5. Aku nak tengok hasilnya.

    Aku, bila balik Malaysia nanti, baru nak pakai braces.

    Time tu, insya Allah dah mampu kot. Hehe.

    Sekarang ni, tak mampu la. Baik di Malaysia mahupun di Canada.

    Dekat sini pakai braces $10 000. Mana nak cekau duit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah farah, gigi elok cantik toksah lah pakai .. membazir sangat, plus2 sakit..
      Aku tengok ko punya gigi bukan ada masalah pon. ke rasa insecure pasal gigi jarak atas tu ?

      mak ai $10 000 tu, mahalnya >___<

      Delete
    2. Yo lah. Gigi atas tu la.

      Mahal kan. Serious hancur berkecai harapan aku nak pakai braces dekat sini.

      Delete

Home