Wednesday, September 11, 2013

Ujibakat pembaca berita RTM

Assalamualaikum

Percaya atau tidak, siang tadi ( 10 sept ) aku pergi ujibakat sebagai pembaca berita kot. MashaAllah, huru-hara jiwa aku masa tu tau tak. Nebes gila nak mamfusssss >___<

Al-kisahnya begini....



Aku terdengar macam ada konsert dekat satu blok nie. Ingatkan ada artis, so aku dengan classmate aku pon pergi lah sana. Konon cuma nak tengok-tengok jelah. Lepastu terlalu lah satu booth RTM nie. Akak-akak RTM pon mula mendekati kitorang suruh cuba ujibakat.

" Dik dik, meyh lah cuba ujibakat nie, alaaa ujibakat je. Kitorang bagi skrip. Jangan lah risau. 
Nanti kitorang bagi goodie bag sekali "

I was like . . . .  Me as pembaca berita ? No no no.

Tapi classmate aku ber-iya nak cuba. Plus plus ada nampak payung and macam-macam cenderamata yang menarik. So aku pon ikutkan jelah. Ujibakat je pon, lepas tu dapat barang-barang percuma, balik. Dah selesai.

Tudiaa borang cuba-cuba pemberita ....

Tengah dok mengisi borang-borang tu, aku terfikir lagi, betul ke apa yang aku buat nie ? Ya Allah aku rasa nak lari je masa tu.

Dah siap-siap isi borang, tunggu giliran. Lepastu kru-kru kat situ dok memuji lah tulisan aku cantik. Siap ambek gambar lagi. Dorang cakap tulisan aku macam tulisan perempuan. Amboi. Dah lah aku tengah nervous masa tu, jantung ber dup dap dup dap laju nya. Puji lah macam mana pon, fikiran tetap tak dapat nak lari daripada terfikir pasal ujibakat.

And aku lupa nak ucap terima kasih. Kbye. BTW, thanx =) Malu lahhhh .. Hahahaha

The stage

Ada briefing dulu macam mana nak buat. Ayat pendahuluan dan penutup tak ada dalam skrip. So kene pandai-pandai reka.
Lepastu, si tukang beri arahan pon bagi arahan. We're about to be on air in 5 4 3 2 1, silence and . . . . go.

Tunggu arahan .... Peserta nie lawak kot, Ops sikap, dia sebut O-P-S sikap. 
Tak ke gonjeng tu ? Sebut huruf nya satu persatu.

Then muncul lah giliran aku . . . .

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, hai saya Zharif Azis, melaporkan untuk 1News.
Then terus baca skrip menghadap kamera.

First part berita melayu, second part berita omputih. Hancuss .....

Kau hingat sonang, dah lah tak hafal lagi. Lepastu nak fikir nada dan lenggok sebutan.

Sebaik sahaja aku selesai, my classmate bagi tahu aku. Masa aku tengah on air, dia cakap si tukang bagi arahan tu cakap dekat cameraman, suruh tengok tangan aku. Dia kata tangan aku terhentak-hentak dengan lajunya. Lepastu dorang ketawa cover.

Bukan setakat tangan je, kaki pon sama menggigil-gigil. Aku nie memang langsung tak boleh jadi the centre of the attention, memang aku akan start jadi macam tu. Menggigil tak sudah. Rasa macam nak kene panic attack pon ada masa tu.

Yang laki baju merah kiri sekali tu juri. Dia yang menilai para peserta. 
That's my classmate, abang chik tengah membaca berita =)

Pembaca berita dunia, nama dia Nadia =) Macam Neelofa kan muka dia. Cantik ^^

One thing is the crew was very nice. Sangat approaching, friendly and funny. So that tak ada lah pressure sangat kat dalam bilik tu. Sedikit sebanyak dapat lah jugak meredakan ke-nervous-an mereka-mereka yang tengah menunggu giliran.

Nadia nie lah yang ambil gambar tulisan aku tu =) 

Masa habis ujibakat tu, dah jam 5.40 petang. Kitorang berdua dah lambat pergi kelas ! Classmate aku tu kelas dekat kampus baru, dekat je dari tempat ujibakat nie. Aku nie kelas dekat kampus lama. Kene naik bas lagi. Ahh sudahh ! Nasib baik tak kene marah dengan madam. Dah lah first class dengan madam. Awal-awal dah buat rekod buruk. 1 hour late. Sangat tak patut zarep.

Lepastu intro diri sendiri dalam kelas entah apa-apa. Bolehnya describe diri sendiri sebagai complicated person, untalkative, very shy person, having problem making new friend, love being alone and i love blogging.

Lol, teruknya aku describe diri sendiri pada hari pertama kelas. Mesti budak lain takut nak tegur aku T__T

PESANAN PENAJA 


" Dapat ini je rupanya, tapi tak apa lah, yang penting pengalaman tu. Huhu "

Cerita 7 sept tak updated lagi. Next entry aku updated. Promise ! =)
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

15 comments:

  1. Ok lah tu dik.. pengalaman tu.. rupa dah ada. apa salahnya cuba bakat kann ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp, cuba-cuba bakat mne lah tau kot-kot sangkut. huhu

      Delete
  2. haha.. nice one bro. bukan senang nak dpt pengalaman camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, xpernah terfikir pon nk jalani ujibakat as pmbaca berita. hahaha =D

      Delete
  3. haha lawak, aku dok gelak ja dr atas sampai habis. x pe pengalaman tu yg penting. pasaipa hang describe diri hang cenggitu? lawak n klo aq classmate hang, aq x mao kawan dgn hang ni. haha. tulisan kao memang cantik kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal, entah apa yg aku fikir masa tu pon aku tak tau, boleh pulak describe diri mcm tu, menempah maut lh kn jawabnya. uwaaa takot arr xde kwan.thanx asyirah =)

      Delete
  4. wah dah jadi pembaca berita pulak ye?permulaan yang baik tu..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujibkat je, bukannya dah jadi pon =P thanx paris

      Delete
  5. ade kekosongan lagi ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu tak tahu. ini zaman 2013 =D hihi

      Delete

Home