Sunday, October 13, 2013

KaSuT : Karnival Sukan Tahunan 2013

Assalamualaikum

Cuti hari raya haji ku dah bermula Khamis lalu sehingga lah hari Rabu minggu depan. Ingat nak cuti sampai hari Khamis. Khamis ada satu kelas je. Degil betul lecturer tu, still nak teruskan kelas. Nama je cuti tapi kerja santak belambak nak kene buat. Choii betul !

Takmo dah stress dengan assignment-assignment yang berlambak tu, mahupon lecturer yang maha degil. Sekarang meyh fokus tentang Karnival Sukan Tahunan 2013 atau nama singkatan nya KaSuT. Ye, memang namanya agak lawak untuk disebut.

KaSuT -___-

KaSuT tu stands for Karnival Sukan Tahunan. I don't know how do they came out with this name. But for me, nice jugak lah. Sesuailah sukan dengan kasut. Ada lah jugak kene-mengenanya tu. Ada 4 buah rumah sukan. Intan, Zamrud, Nilam dan Delima. Aku rumah Intan !

OOTD katanyaaaa ....

KaSuT nie start 3 Mei lalu dengan acara first nya carom dan catur. Aku tak nak lah ulas satu persatu acara apa yang KaSuT pertandingkan. Aku bukan lah pengulas sukan yang dibayar oleh UPSI pon kan, so buat apa lah fenat-fenat taip benda yang aku tak masuk. Amboii berkira tol Zarep nie -___-


Okey, Khamis tu dah mula acara aku iaitu catur. Ye, agak malu jugak lah untuk diceritakan di mana peringkat saringan sudah tewas di tangan apa benda ntah nama dia. Pada mulanya aku dah teramat selesa setelah banyak benda-benda penting dalam catur pihak lawan tu mati. Sehinggalah membuatkan aku lalai sampai lah dia check mate aku dulu. Tergamam terkedu aku kat situ. Aiyoo baru aku nak check mate kan dia. Pengajaran buat diri sendiri, jangan cepat selesa.

Yang aku bulatkan tu, dorang lah yang menang =)

Kecewa ibu aku tau, ibu aku dulu wakil kebangsaan lawan catur nie. Macam tak mewarisi pulak kehebatan ibu aku tu. Lagipula, dah lama gila aku tak main catur, last main dulu masa sukan form 3. Ayat nak cover kekalahan lah tu. Typical Malaysian sangat.

Lepastu Sabtu tu aku pergi Istana Kellie. Banyak acara yang dipertandingkan pada hari tersebut. Tapi aku tak participate pon. Alhamdulillah lah, acara yang aku masuk tak clash waktu dengan urusan kerja aku. Gituee, urusan kerja tau. Jangan main-main.

With Intan's mascot =)


Hari Ahad nya pula, ada 2 acara yang aku terlibat. 4x400 dengan sukaneka. Acara hari Ahad dimulakan dengan acara Perbarisan. Perbarisan supposely 30 orang je, tuptup sape yang hadir waktu tu, semua masuk perbarisan. Wahh bertambah sticker kolej aku.

Perbarisan

Lupa nak cerita. Setiap acara yang kita sertai dalam KaSuT nie, akan dapat sticker aktiviti kolej. Sticker aktiviti kolej nie amat penting untuk mendapatkan tempat di kolej kediaman UPSI. Tak ada sticker kolej, maka harapan besar untuk duduk luar tu cerah lah. For me, aku lebih suka duduk dekat dalam kolej berbanding duduk luar. Sebab kemudahan dalam kolej semua lengkap. Internet pon laju, tapi sejak kebelakangan nie internet susah betul nak dapat. Memang menyirap jugak lah. Rasa nak maki hamun dekat pejabat kolej tu pon ada, tapi taknak lah bersikap begitu, tak baik. Apa pula kata orang kampung nanti.

Lol, tau je kamera nak ambik gambar 

Tamat sahaja acara perbarisan, maka bermula lah acara-acara balapan dan yang lain. And when it comes to my turn, kaki dah start shaking. Aku tak faham betul dengan anggota badan aku nie, suka benar shaking. Aku pelari nombor 2. Okey lah kot, aku tak suka jadi pelari nombor 1 atau 4. Alhamdulillah menang dapat naib johan. Then ada satu abang body builder nie, dia cakap aku lari laju tapi dia kata aku silap sebab dah pecut awal-awal. Betul lah tu, memang aku pecut awal-awal, lepastu dah separuh jalan pancit. Tapi nasib baik dapat kekalkan nombor masa tu.

Maka tamatlah acara larian aku. Then aku berehat. Penat gila woi, jantung dup dap dup dap lajunya.

Berteduh dari panas terik mentari 

Tengah dok rehat-rehat tu sementara tunggu acara sukaneka mula, tetibe abang body builder nie datang balik dekat group lari aku. Dia suruh kitorang semua join 4x100 pulak sebab rumah Intan baru hantar satu pasukan wakil. Aku dah mula cuak dah sebab aku tak pernah langsung sertai acara 100 meter. Acara 100 meter nie larian pecut, and aku consider diri aku nie bukan seorang pelari pecut. Tapi aku join jelah, kot kot menang lagi. Ewahh !

Penamatan acara 4x100 meter. Laki depan nie dapat title olahragawan

Actually masa nie aku memang rasa nak muntah sangat. Tak tahu lah kenapa, tekak rasa loya betul. But Alhamdulillah, I finished the run successfully eventho tak menang.

Lepastu acara terakhir yang aku sertai is sukaneka. Time sukaneka nie ada perkara memalukan telah berlaku pada diri aku. Aku terjatuh umpama nangka busuk ketika lari dalam guni. Ya Allah malunya diri ini, rasa macam nak naik bangunan e-learning terjun then naik balik, terjun lagi. Malu sangat woii >___<

That's my team ! From baju putih sampai kebelakang dan 2 orang yg terkeluar baris tu

Dah lah masa tu penentuan untuk nombor 2 dan nombor 3. Tak pasal-pasal sebab aku, pasukan aku dapat nombor 3.

Part yang best dalam sukaneka nie ialah acara passing getah kepada kawan-kawan sepasukan menggunakan straw. Dalam acara tu kita boleh nampak kerjasama dan komunikasi antara pasukan. Di mana sebelum nie bila kat luar, kita tak pernah tegur pon orang tu, tapi time dalam acara nie, semua nya bekerjasama dengan baik. Very interesting.

Nampak tak kesungguhan mereka menarik tali tu ?

Acara paling last for the day was acara tarik tali. Walaupon acara aku dah habis, tapi aku tunggu lah acara tarik tali nie sampai habis. Nak support kengkawan. Walaupon rata-rata tak ada yang kenal, tetap nak support jugak.

Lepastu tamat, balik bilik terbongkang tak ingat dunia sampai maghrib. Penat wooo. Malamnya pulak diadakan acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah.

Me with medal, boleh canang satu kampung nie =D

Bersama olahragawati ( yang kecil molek tengah-tengah tu ), 
tahniah Nadziratul Fakhriah ! Hah dah tau nama dah ...
Yang duduk tu nama Faizahani.. Pon dah tau nama dahh =D

Bersama urusetia yang sangat peramah, Ika =) Pelajar TESL nie, jangan main-main..

Segala penyertaan tak kira menang atau kalah, akan dapat sijil. Tapi sijil belum dapat lagi. My first sijil from UPSI would be acara catur I think. BTW, bila semua dah selesai, baru aku perasan ada lebam dekat kaki. Maybe sebab jatuh dari acara lari dalam guni tu kot. Malu dapat, lebam pon dapat. Package 2 in 1, curlass tau ! Kaki and semua anggota badan aku semuanya sakit. Nak bergerak pon sakit. Al-maklumlah, lama gila kot tak bersukan.

Mine =)

Last masuk acara larian masa form 4. Kalah masa saringan, terus give up tak nak masuk acara larian dah lepastu. Kat matrik memang tak sukan langsung lah, main squasy je. Sampai sini terus masuk 4x400meter, mana lah badan tak dapat culture shock. Tapi it's okey lah kiranya aku mampu lagi berlari. Adik beradik aku dari nombor 1 sampai nombor 4 semua atlet rumah sukan dulu, sampai yang nombor 5, hazabedah pemalas gilos. Sebab tu demokk je si Haziqah tu -___-

BTW, terima kasih lah AJK-AJK PDI yang mengambil gambar aku untuk KaSuT nie, sedikit sebanyak ada jugak lah bahan untuk aku upload dalam blog nie. Kalau tak memang langsung tak ada gambar aku. Sedih je.

Nak tengok lebih banyak gambar lagi, korang boleh klik kat sini : Media KHAR

PESANAN PENAJA


" Sticker kolej terkumpul setakat hari ini. Semoga dapat lagi tinggal di KHAR for next sem =) "

Naik cuti banyak assignment nak kene hantar, so kira nya cuti nie adalah masa untuk menyiapkan assignment. Sigh -__-
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

18 comments:

  1. Dah lama tak bersukan especially sukan yang macam dekat Malaysia tu.

    Rindu!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. comell kann =) i dont know the concept actually, mcm zorro pon ada ..

      Delete
  3. Seronoknya dapat main catur. Suka main catur, tapi selalu kalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha .. xper, main catur nie perlukn pengalaman, kepakaran dn kebijaksanaan. kalah tu normal lh =)

      Delete
  4. tahniah la!
    kenapa aku rasa tetiba zhariff dah tak macam dulu? hahahaha
    ok sekian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. what do you mean "dh xmacam dulu" ?
      confuse ......
      '

      Delete
  5. akak pun tak terpikir blh singkatkan nama tu pada 'kasut' huhu..klu tau, dari belajar dlu dah gunakan perkataan kasut tu bahaha..cepat sikit nak sebutkan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akronim yang menarik untuk disebut kan =)

      Delete
  6. Assalamualaikum dik. kahkahakah lawak je sepanjang akak baca entri kamu ni. hihi cananglah satu kampung medal baru kamu tu. hihi alahaii akak rindu nak bersukan la. dulu last bersukan masa spm. dah 6 tahun tak sekolah. rasa rindu KaSut. hihi ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =) uishh lama jugak tu kak... alaaa saya nie kalau tak kerana sticker kolej tu, xde nya saya nak pergi.. hahahha

      Delete
  7. nak gelak sket buleh ? HAHAHA .. comel je jatuh mase lari dalam guni HEWHEW .. seronok kot besar2 boleh main sukaneka lagi. ouh, typical students sgt kne kumpul sticker bagai sbb nak stay kolej kan. saya awal2 dulu je rajin join aktiviti kolej, sebab takut kne buang kolej, masuk sem 2 je, malas nk layan aih. ni dah tahun akhir, xde pon kne tendang ngeh3 .. tapi bagus jgk la, at least ada aktiviti kn. takde la bela lemak mcm ittew ni T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit tau tak jatuh tu >__< sampai lebam kaki... memang detik paling memalukan .. hahahhaa

      Delete
  8. kalau ade aktiviti lg join tau...boleh kite bjumpa lagi..erk.. *tiada motif tsembunyi* ^^ majulah sukan utk KHAR..wee~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, yeah maju lah sukan untuk KHAR ! =D

      Delete
  9. harap sangat 2015 nanti dapat masuk upsi. jelous pun hade baca entry blog nie kalau story pasal upsi hahaha

    ReplyDelete
  10. hahahahaa tak mo lah jeles2 =) insyaAllah dapat , jangan risau. gudluck =D

    ReplyDelete

Home