Thursday, October 10, 2013

Melencong ke Kellie's Castle, Perak

Assalamualaikum

Lately kehidupan aku tersangatlah busy. Sangat-sangat busy. Dah ulang dua kali busy tu maknanya memang betul-betul busy. Rindu dekat blog, dah lama tak gomol-gomol main cubit-cubit pipi dengan blog.

Sabtu lalu, aku pergi membuat site visit untuk upcoming project subjek elektif Pengurusan Keluarga bersama 6 yang lain. Pergi satu kereta je. Rumah anak yatim tu dekat Manjoi Perak. So dari UPSI ke situ mengambil masa 1.30 hinga 2 jam waktu perjalanan sekiranya memandu pada kadar kelajuan yang maha laju. Agak jauh jugak lah. Dengan bantuan pakcik GPS yang tak berapa nak betul beserta pemandu pelancong kami, Syaza, Alhamdulillah kitorang berjaya sampai dengan jayanya.

Kamera jauh, terus confident senyum nampak gigi. Nampak tak permainan dia ?

 Motif sangat letak gambar sampai dua bermotifkan benda yang sama

Mendengar Puan Ameena menerangkan sedikit sebanyak tentang Pusat Penjagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman. Yang dua tu ewahh seronoknya bergambar =D

Tak nak cerita bab site visit nie. Sebab takde benda pon boleh cerita. Tunggu lah erk akan datang bila dah selesai buat program kat situ, aku cerita ye. Tapi tak janji tau. Jangan tuntut pulak.

Selesai site visit tu, kitorang singgah lah rumah Syaza untuk makan tengahari. Nampak sangat nak cut cost. Buruk tol perangai. Hahahahaa. Eh tak ada lah, Syaza yang pelawa. Weolls ikut je. Benda free kan, orang Malaysia mana tak suka benda free oii ? Habaq mai. BTW, thanx Syaza sekeluarga sebab sediakan makanan yang maha sedap untuk kitorang semua =)

Haruslah posing dulu

Balik nya tu kami semua singgah ke Kellie's Castle. Eh tak semua, sorang tu dah balik rumah dia. So tinggal kami berenam saja. Tak rancang pon sebenarnya nak pergi sini, pakai pergi je. Aku memang tak pernah sampai sini langsung. So ini merupakan yang pertama kalinya buat diri aku. Kellie's Castle nie berhantu katanya. Al-maklumlah bangunan tinggal, hantu mana tak suka bangunan tinggal che kiah oi. Kerabat diraja ke apa hantu nie sampai nak duduk istana. Curlassss tau !

Kellie's Castle nie terletak di Batu Gajah. Betul-betul tepi jalan. Alang-alang lalu tu ce lah singgah sebentar sini. Selami cerita di sebalik pembinaan istana nie. Ke korang nak aku cerita kan ?

Pintu masuk

Penjelajahan dimulakan

Okey lah meyh aku cerita. Mood pon tengah baik nie. Istana yang korang nampak dekat gambar atas tu, itulah Istana Kellie. Istana nie sebenarnya tak sempat duduk pon oleh si pemiliknya, William Kellie Smith. Istana nie actually still dalam pembinaan masa tu. Masa dalam pembinaan tu, si Kellie nie mati disebabkan pneumonia. Dah tu isterinya pulak berpindah balik ke Scotland. Lagipula masa tu tengah perang dunia kalau tak silap, so bahan binaan nak bawak masuk memakan kos yang tinggi. So pembinaan istana tu pon terbengkalai. Padahal dah nak siap kot.

Satu yang aku admire about William Kellie Smith nie, dia amat menitikberatkan keselamatan ahli keluarganya. Sebab apa, sebabnya dalam istana tu banyak bilik-bilik rahsia dan laluan-laluan kecemasan. Bilik-bilik rahsia bawah tanah nie semua dibuat supaya bila ada orang serang istana tu, dia anak-beranak dapat lah berlindung dan menyembunyikan diri. Nama pon masa tu tengah perang dunia kan.


Pembinaan nya sangat unik dan bijak. Contoh macam tangga dia. Tangga dia tak mengambil ruang yang banyak. Just nice untuk kita pijak. Tangga pon banyak dalam istana nie. Istana nie dua tingkat je, tapi kalau kira menara tu sekali, kira 4 tingkat jugak lah. Seriously memang banyak tangga dalam istana nie.

Menuju ke tingkat paling atas

Macam muka hilang bini je =P Hahahaha


Di setiap sudut atau bilik, akan ada signboard yang menceritakan sejarah dan kegunaan bilik tersebut. So kiranya bila korang datang sini, rajin-rajinlah sikit membaca. Kalau tak baca confirm-confirm tak tahu kisah Istana Kellie nie.

Terima lah wajah kami yang berminyak ini ..

Ini ruang sembahyang keluarga Kellie nie

Jangan main-main, walaupon istana nie dibina almost seratus tahun dahulu, istana nie ada menyediakan lif tau tak untuk naik ke atas. Tapi malangnya lif tu pon tak sempat siap. Dah nama pon bangunan tak siap, so macam mana nak berfungsi lif tu. Sekiranya bangunan nie siap pada masanya, maka akan terciptalah rekod di mana lif di istana Kellie ini menjadi lif pertama di bina di Malaysia. Tapi sayangnya tidak.

Pameran barang antik, dilarang masuk.

Kat ruang atas atau lebih senang nak faham, bumbung lah. Ada macam gelanggang untuk main badminton. Luas lah kat atas tu. Dari atas tu korang boleh tengok sekeliling. Nice sangat view dari situ. Tak rugi naik. Cuma agak gayat sikit lah. BTW, kat istana nie safety dia tak ada sangat, so korang kene lah hati-hati. Jatuh, bangun sendiri.

Haruslah posing begitu ...

Ini lah kawasan yang aku cakap macam tempat untuk main badminton tu

Fine aku tak ada -___-

Di tingkat paling atas 

Gayat ye abang chik =)

Ruang dia tersangat kecil

Pandangan dari atas

As you can see, langit masa tu agak mendung. So agak bahaya sikit lah berada dekat atas nie, kang tak pasal-pasal terkena petir pulak. Terus orang assume as anak derhaka. Motif sangat kene petir je anak derhaka. Typical Malaysian sangat tau.

 No entry katanya 


Sambung lagi cerita. Actually gambar atas nie merupakan rumah asal William Kellie Smith dan keluarganya sementara menunggu Istana tu siap. Rumah dia nie pon agak besar lah jugak. Terletak betul-betul belakang castle nie. Ada certain part dah runtuh.

Pandangan dari belakang 

Tingkap pon jadi okey

Ini terowong kata nya. Pon sebagai laluan kecemasan 

Dinding belakang tu semua dah di support oleh besi bagi mengelakkannya daripada runtuh

Belakang rumah nie ada tanah lapang yang dijadikan taman. So memang cantik lah untuk tatapan pelancong seperti aku nie. Gituee, terus gelar diri sendiri pelancong tau. Kau ada ?

Contohnya macam bangku nie. Motif sangat nak perkenalkan bangku tau.

Memang luas lah tempat nie ...

Rasanya itu kot gambar William Kellie Smith

Dalam jam 6 or 6.30 petang macam tu, akan ada satu tiupan semboyan. Tiupan semboyan nie nak beri isyarat supaya semua orang turun dari Kellie's Castle tu dan keluar. Yelahh kan, dah nak maghrib. Hantu-hantu semua pakat nak keluar time-time maghrib nie. Kang tak pasal ada yang ikut korang balik rumah nanti, susah lah pulak kan.

Nak keluar dah masa nie =)


Kat bawah nie segala kemudahan ada. Toilet, surau, tempat makan, kedai souvenir dan kaunter informasi semua ada. Jadi tak perlu risau lah. BTW, nak melawat Istana Kellie nie kene bayar. Alaaa murah je, tak mahal pon.

Senarai harga tiket masuk

Rumusan yang dapat aku buat, walaupon tak ada apa-apa pon dalam Istana Kellie nie, tapi still ia tempat menarik untuk dilawati. Tempat bersejarah lah katakan. Kellie's Castle nie sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk bergambar. Mostly untuk photoshoot kahwin. Masa kitorang datang nie ada 3 pasangan pengantin tengah sibuk bergambar. Jadi korang-korang tu yang rasa-rasa nak buat wedding photoshoot tu, boleh lah jadikan Istana Kellie nie tempat sebagai photoshoot korang tu.

PESANAN PENAJA 


" Kita punyalah sibuk nak pergi luar negara, 
tapi dalam negara sendiri teroka pon tak habis lagi, acano tu ? "

Alhamdulillah, siap pon post nie. Kang aku tangguh-tangguh habis semua benda tak jadi. Next aku akan cerita pasal karnival sukan kolej pulak yerp. Tapi tak tau lah bila. InsyaAllah akan cuba mengarang laju-laju. Kehidupan sekarang nie dah start busy. Jadi masa untuk berblogging juga terhad. Tapi aku akan cari jugak masa untuk berblog, sayang blog katanyaaa...

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

10 comments:

  1. hurm.......nama jer dok peyrok......kellies castle pun tak penah jejak

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal lahh tu =) try lahh dtg sini, okey what tempat dia ...

      Delete
  2. Assalamualaikum dik, best gila tengok gambar2 korang ni. akak teringin nak jelajah sini tau. nampaknya memang kena ajak abang ke mari. hehehe. pasal cuti free ke Tambun tu, alhamdullilah dik. rezeki... hehehe. nanti jangan lupa datang Tambun dengan keluarga. sini punya tempat memang fun ngee! heeeeeeeeeeeeeeee.
    *rasa nak buat photoshoot sini la. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak shiela.. terima kasih kak =) try lah nanti dtg sini .. mmg syok lh kalo nk bergambar..

      tambun tu kalau ada rezeki sy sampai lah sana.. teringin sgt nk pergi nie =)

      Delete
  3. happening ko kan dik... aritu pergi ipoh ingat nak singgah kellies castle tp tak sompek...
    nxt time lah nak dtg bawak camera godang bleh amek gambar tantik2.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak kamera godang bru cantik gmbar2 nya kan =)

      Delete
  4. Zharif, gambar lawa sangat! Suka gila tengok :D

    Dulu pernah lalu depan istana ni, tapi singgahnya tidak sebab tengah hari, panas gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ihsan kamera org tu =)
      mmg panas lh jugak dlm castle tu, xde kipas pon.. berpeluh jugaklah,.. tp bila sampai tingkt atas best kot, berangin je =)

      Delete
  5. Walaupun saya kampung dekat Perak tapi tak pernahlah pulak menyinggah dekat tempat nih ~ Kalau singgah sini, teringat nak tinjau2 dekat secret room yg khabarnya ada hantu dekat situ. Lol. Dah macam paranormal activity lah pulak~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tercari2 jugak secret room tu, xde pon. ade pon cuma bilik berpagar mcm gmbr kt atas tuu..

      Delete

Home