Thursday, October 10, 2013

Melencong ke Kellie's Castle, Perak

Assalamualaikum

Pada hari Sabtu yang lalu, aku pergi membuat site visit untuk upcoming project subjek elektif yang aku ambil semester ini iaitu subjek Pengurusan Keluarga bersama 6 pelajar lain. Pergi ke sana dengan menaiki satu kereta. Rumah anak yatim tu dekat Manjoi Perak. Dari UPSI ke situ mengambil masa lebih kurang 2 jam. Agak jauh jugalah.


Tak nak cerita bab site visit nie sebab tak ada benda pon boleh cerita. Tunggulah jelah akan datang bila dah selesai buat program dekat situ, aku cerita dalam blog nie ya. Tapi tak janji tau, jangan tuntut pulak. Kah ! Selesai site visit tu, kitorang singgahlah rumah Syaza untuk makan tengahari. Nampak sangat nak cut cost. Buruk betul perangai. Hahahahaa. Eh tak ada lah, Syaza yang pelawa. Weolls ikut je. Terima kasih buat Syaza sekeluarga sebab sediakan makanan yang maha sedap untuk kitorang semua.




Alang-alang sudah berada di kawasan sekitar, kami pon melencong ke Kellie's Castle. Kellie's Castle nie terletak di Batu Gajah. Betul-betul berada di tepi jalan. Tak rancang pon sebenarnya nak pergi sini, pakai pergi je sebab dah alang-alang lalu. Aku memang tak pernah sampai ke sini lagi. Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke Kellie's Castle. Dengar cerita tempat nie berhantu. Jadinya, kenalah jaga mulut. Jangan celupar.



Korang tahu tak kisah di sebalik peninggalan Kellie's Castle nie ? Kalau tak tahu, mari aku cerita serba sedikit mengenai tempat ini. Istana yang korang nampak dekat gambar atas tu, itulah Istana Kellie. Istana nie sebenarnya tak sempat duduk pon oleh si pemiliknya, William Kellie Smith. Istana nie masih dalam pembinaan lagi ketika itu. Masa dalam pembinaan tu, si Kellie nie mati disebabkan pneumonia. Isterinya pula ambil keputusan untuk berpindah balik ke Scotland. Ya, Kellie tu nama lelaki. Lagipula masa tu tengah perang dunia kalau tak silap, jadi bahan binaan nak bawa masuk memakan kos yang tinggi. Maka pembinaan istana tu pon terbengkalai. Padahal sikit lagi dah nak siap kot.


Satu yang aku admire about William Kellie Smith nie, dia amat menitikberatkan keselamatan ahli keluarganya. Sebabnya dalam istana tu banyak bilik-bilik rahsia dan laluan-laluan kecemasan. Bilik-bilik rahsia bawah tanah nie semua dibuat supaya bila ada orang serang istana tu, dia anak-beranak dapatlah berlindung dan menyembunyikan diri. Nama pon masa tu tengah perang dunia kan.




Pembinaannya sangat unik dan bijak. Contoh macam tangga. Tangga di sini tak mengambil ruang yang banyak. Just nice untuk kita pijak. Tangga pon banyak dalam istana nie. Istana nie dua tingkat, tapi kalau kira menara tu sekali, kira 4 tingkat jugalah. Memang banyak tangga dalam istana nie. Di setiap sudut atau bilik, akan ada signboard yang menceritakan sejarah dan kegunaan sesuatu bilik. Kalau korang datang sini, rajin-rajinlah sikit membaca. Kalau tak baca, macam mana nak tahu kisah Istana Kellie nie.



Jangan main-main, walaupon istana nie dibina hampir seratus tahun dahulu, istana ini ada menyediakan lif untuk naik ke tingkat atas. Tapi malangnya, lif tak sempat disiapkan. Nama pon bangunan tak siap, macam mana nak berfungsi lif tu. Sekiranya bangunan nie siap pada masanya, maka akan terciptalah rekod di mana lif di istana Kellie ini menjadi lif pertama dibina di Malaysia. Tapi sayangnya tidak dapat rekod itu.


Ruangan atas atau lebih senang nak faham, ruangan di bumbung. Ada macam gelanggang untuk main badminton. Luas ruangan dekat atas tu. Dari atas tu korang boleh tengok sekeliling. Cantik sangat pemandangan dari situ. Tak rugi naik. Cuma agak gayat sikit lah. BTW, istana nie, bab keselamatan tak ada sangat, korang kenalah hati-hati.






Macam yang korang dapat lihat, langit masa tu agak mendung. Jadi agak bahaya sikitlah berada dekat atas nie, kang tak pasal-pasal terkena petir pula. Moh lerr kita turun. Duduk lama-lama dekat atas nie pon buat apa.



Sambung lagi cerita. Gambar atas nie merupakan rumah asal William Kellie Smith dan keluarganya sementara menunggu Istana tu siap. Rumah dia nie pon agak besarlah jugak. Terletak betul-betul belakang istana nie. Ada certain part dah runtuh tak berjaya diselamatkan. Sebabtu kalau perasan, terdapat besi-besi yang dipasang untuk sokong bahagian batu itu daripada terus runtuh.





Belakang rumah nie ada tanah lapang yang dijadikan taman. Memang cantiklah untuk tatapan pelancong seperti aku nie. Gituee, terus gelar diri sendiri pelancong tau. Kau ada ?




Dalam jam 6.30 petang macam tu, akan ada satu tiupan semboyan. Tiupan semboyan nie nak beri isyarat supaya semua pengunjung turun dari Kellie's Castle dan keluar. Yelahh langit dah mula nak gelap. Hantu-hantu semua pakat nak keluar waktu. Kang tak pasal ada yang ikut korang balik rumah nanti, susahlah pula.



Kat bawah nie segala kemudahan ada. Toilet, surau, tempat makan, kedai souvenir dan kaunter informasi semua ada. Jadi tak perlu risau lah. BTW, nak melawat Istana Kellie nie kene bayar. Alaaa murah je, tak mahal pon.

Harga tiket masuk ke Kellie's Castle

Rumusan yang dapat aku buat, walaupon tak ada apa-apa pon dalam Istana Kellie nie, tapi still ia tempat menarik untuk dilawati. Tempat bersejarahlah katakan. Kellie's Castle nie sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk bergambar untuk photoshoot kahwin. Masa kitorang datang nie, ada 3 pasangan pengantin tengah sibuk bergambar. Jadi korang-korang tu yang rasa-rasa nak buat wedding photoshoot, bolehlah jadikan Istana Kellie sebagai lokasi photoshoot korang.


10 comments:

  1. hurm.......nama jer dok peyrok......kellies castle pun tak penah jejak

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal lahh tu =) try lahh dtg sini, okey what tempat dia ...

      Delete
  2. Assalamualaikum dik, best gila tengok gambar2 korang ni. akak teringin nak jelajah sini tau. nampaknya memang kena ajak abang ke mari. hehehe. pasal cuti free ke Tambun tu, alhamdullilah dik. rezeki... hehehe. nanti jangan lupa datang Tambun dengan keluarga. sini punya tempat memang fun ngee! heeeeeeeeeeeeeeee.
    *rasa nak buat photoshoot sini la. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak shiela.. terima kasih kak =) try lah nanti dtg sini .. mmg syok lh kalo nk bergambar..

      tambun tu kalau ada rezeki sy sampai lah sana.. teringin sgt nk pergi nie =)

      Delete
  3. happening ko kan dik... aritu pergi ipoh ingat nak singgah kellies castle tp tak sompek...
    nxt time lah nak dtg bawak camera godang bleh amek gambar tantik2.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak kamera godang bru cantik gmbar2 nya kan =)

      Delete
  4. Zharif, gambar lawa sangat! Suka gila tengok :D

    Dulu pernah lalu depan istana ni, tapi singgahnya tidak sebab tengah hari, panas gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ihsan kamera org tu =)
      mmg panas lh jugak dlm castle tu, xde kipas pon.. berpeluh jugaklah,.. tp bila sampai tingkt atas best kot, berangin je =)

      Delete
  5. Walaupun saya kampung dekat Perak tapi tak pernahlah pulak menyinggah dekat tempat nih ~ Kalau singgah sini, teringat nak tinjau2 dekat secret room yg khabarnya ada hantu dekat situ. Lol. Dah macam paranormal activity lah pulak~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tercari2 jugak secret room tu, xde pon. ade pon cuma bilik berpagar mcm gmbr kt atas tuu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...