Friday, October 25, 2013

Psych Family Day

Assalamualaikum

Baru terjaga dari tidur, tak tahu nak buat apa. So lebih baik aku manfaatkan waktu yang ada nie untuk updated blog. Siang memang sorry to say lah, memang tak ada waktu. Kalau ada pon, aku gunakan waktu tu untuk tidur. Penat tau dakk. Busy tak sudah. What a life =,=

My classmates =)

Ini cerita Ahad yang lepas, 20 October 2013. Dimana pada hari itu ada Psych Family Day dari jam 8.30 pagi sehinggalah 5.30 petang. So semua budak-budak psikologi dari sem 1 hingga lah sem 5 wajib hadir. Ye, senior kitorang baru sem 5. Sebab kos psikologi masih baru kat UPSI nie =) Nama je wajib tapi ada je yang tak datang.

Cantik kan banner nie. Pandai betul sapa yang buat yer

Pendaftaran start jam 9 pagi waktu aku, kalau waktu psych jam 8 pagi kot. Pemalas yang amat untuk diri ini bangun pagi-pagi, tambah-tambah hari Ahad. Memang hazabedah lah jawabnya. Tapi program tak start lagi pon masa tu.

After daftar, ajk pendaftaran bagi nombor kumpulan. Aku kumpulan satu. Satuuuuuuuuuu Malaysia bak kata Wawa. Haruslah lebih kan huruf U pada perkataan satu demi mengikut harakat yang dilaungkan oleh pak Jibby kita. Semangat 1 Malaysia katanya. Haruslah begitu. Kau ada ?

Kumpulan lain punya sorakan kumpulan ewahh meriahnya. Sampai bujang kahwin pon boleh jadi nama kumpulan tau, curlasss sangat ! Kumpulan aku nama Bling-bling je mampu.

This is my team, kumpulan bling2 ! Satuuuuuuuuuu .... Malaysia !

My best teammate on that day, Nadia a.k.a my classmate =)
(Tudung biru)

After that kitorang disuruh duduk dalam satu kumpulan untuk memulakan sesi ice breaking. Diri ini mempunyai satu pandangan negatif terhadap sesi ice breaking due to kenangan masa lampau yang amat pahit lagi menjijikkan untuk diingat kembali. Ohh tidakkk >__< Lemme story sikit lah erk, kan biasa bila ada sesi ice breaking, kita kene buat satu trademark gaya tersendiri. Sebut nama kita 3 kali sambil buat gaya tu. Macam "Zharif Zharif Zharif *sambil buat gaya*"

Seriously aku rasa menyampah yang amat akan benda trademark-trademark nie. Konon dengan harapan bila orang buat trademark tu, kita boleh teka itu trademark siapa. You've got what i mean ? Last aku buat trademark masa aku form 1 dulu. Detik yang aku rasa aku paling tak nak ingat dalam dunia nie selain daripada jatuh lari dalam guni masa karnival sukan yang lalu. Eeee malu sangat tau tak. Apa kejadah buat trademark-trademark nie. Aiyoooo. Beza erk trademark peribadi dengan sorakan kumpulan. Jangan salah maksud. Sorakan kumpulan i don't mind, i can do. Trademark peribadi nie yang aku rasa jijik sangat.

Masa kat matrik dulu pon kene buat jugak, tapi aku berkeras tak nak buat coz i feel very stupid when i do the trademark. Dah rasa macam Aisyah 50 sen pon ada. Nasib baik masa masuk UPSI nie aku tak ada orientation week. Rasa lega gila kot. Huh.

Tapi Alhamdulillah, masa dekat Family Day Psych nie tak ada kene buat trademark and the ice breaking session went very simple and fast. Menakjubkan ! First time dalam hidup aku jumpa ice breaking yang se-best dan se-simple ini. Malam sebelum hari kejadian aku punya lah dok fikir pasal ice breaking nie, terganggu fikiran aku tau tak. Fobia betul dengan ice breaking.

Aku suka gambar nie =D

This is us, RAPAT

Walaupon nama batch kami tak se-gahh batch-batch yang lain, tapi nama kami sering disebut-sebut. Disitu lah unik nya nama kami. Bila disebut semua nama-nama batch, nama kami yang paling Melayu sekali. First batch Primera, second batch Sophomore, third batch Genezens, tang fourth batch semua dah pelik, apa pasal RAPAT ? Mereka yang mendengar pon bermonolog, gonjeng nya nama tu, kelakar pon ada. Percaya lah, dari kegonjengan nama tu lah buat kan ia menjadi sebutan orang ramai. Gitueee. Nie batch yang terbaru, batch yang kelima nak terbelit lidah menyebut nama batch dorang, Auriolus.

 Malu tau tak batch lain semua tengok kitorang baring-baring nie

 Kami RAPAT memang semua kaki ambik gambar =D

Le girls 

Apa pasal boleh ada conjuring kat belakang tu ? Hahahaha

Lepas je acara perasmian dan sesi bergambar, ada sesi ceramah a.k.a lecture time. I was like "Kemon lah hari Ahad kot, motiffff sangat sesi lecture hari ahad". Nasib baik 1 jam je. Buat nya dua jam, tak ke kebas bontot aku duduk dekat dewan tu. For me, tak perlu kot sesi lecture nie. Bosan gila kot.

Perasmian

Pengarah program dengan lecturer-lecturer jemputan

Lepastu rehat dari jam 12 sampai 1.45 tengahari. Kalau aku tau rehat sebegini lama tidak lah aku terburu-buru hantar assignment subuh-subuh gajah pagi tu. Punya gelabah siapkan assignment sebab due date dia hari tu.

Makanan dia pon sedap. Berbaloi lah, bayar 5 ringgit je tapi makanan sedap dan cukup dari pagi sampai petang.

Eating with le classmates

Habis rehat je terus adakan sukaneka. Serious aku cakap, best kot ! Meriah je. Game pulak banyak, passing tepung, passing belon, lari getah berpasukan, cari gula-gula dalam tepung, makan ais krim tawar, roti asam jawa dan baling belon air.  Dari jam 2 sampai lah habis program. Part baling best adalah passing tepung kepada rakan sepasukan. For me itu sangat best =)

 Passing tepung paling best !

Best partner on that day ! Acara lari getah berpasukan

Dan yang paling tak leh blah bila makan roti ber-jem kan asam jawa, lepastu aku rasa macam dorang letak garam sikit, perghh rasa dia memang terbaik lah. Kunyah benda lain still rasa asam jawa. Lepastu bagi air kopi kaw-kaw tanpa gula. Gila kentang betul.

Roti asam jawa paling epic

Comel tak kak ton ?

Pemilik blog juga haruslah tayang tepung di muka 

Acara last was baling belon air dan tangkap. Habis acara nie keadaan dewan sangat lah huru-hara. Basah sana sini. Dorang serang sesama sendiri dengan air. Lecturer pon join sekaki, acano tu ?

Nie ada sikit video yang sempat aku rakam masa sukaneka berlangsung, feel free to watch =)

Kindly change the quality to 480p to get a better view =)

Tapi kesian lah dekat tuan pengarah program dan ajk-ajk nya sebab kene bersihkan balik dewan tu. Sayu je aku tengok dorang bersihkan dewan tu tatkala peserta lain duduk dan melihat. Aku pon duduk dan lihat je walaupon tak sampai hati. Hahahahaha. Aku tak join main baling-baling air nie. Baju kotor lah uolls, mak i marah okey. Haha tipu je, kalau boleh memang nak join main baling-baling nie, tapi aku tak tau nak baling dekat sapa. Takut orang tu tak boleh terima lalu bermusuhan pula. Tak nak lah macam tu kann. Datang nak happy bukan nak buat musuh =)

Tapi aku tengok sorang wanita nie, perghh semangat gila main baling-baling air. Selalu kan typical perempuan kan ala-ala cover-cover gitu. Eeee tak nak lah, kotor lahh, tak suka basahlah, itu lah ini lah. Tapi dia nie sampai basah kuyup kot kene siram dengan air satu baldi. But still maintain steady je. Hebakk mu nie Wawa.

Lol asal aku terkeluar barisan tu >___<

Lepastu program berakhir dengan acara penyampaian hadiah. Hadiah semua sama je, tak ada yang besar tak ada yang kecil. Semua nya dapat hadiah. Lepastu makan beramai-ramai sesama ahli kumpulan then balik.

Our class monitor, acara penyampaian hadiah =)

 Sesi share hadiah dengan teammates 

Ajk-ajk 


That was how i spend my last Sunday. Lepastu lepas maghrib terbongkang tidur tak ingat dunia. Cerita pon tamat.

PESANAN PENAJA 

Cari manusia tersembunyi, where is me ?

" Kami semua pelajar-pelajar psikologi UPSI =) "

Satu benda yang aku perhatikan, semua budak-budak psikologi nie, dorang ada character gila-gila yang tersendiri. Dan mereka semua sangat energetic and sangat friendly. Sangat aktif dorang semua nie. Sebab kos psikologi nie pon memang perlu ada semua nilai-nilai tu untuk menjadi psychologist berjaya. Gitueee tau..

5 star for this awesome event. Tahniah pengarah program beserta anak-anak buahnya =D

See ya !

8 comments:

  1. seronok melihatnya... kalau boleh kembalikan zaman dahulukala kan best... :)

    ReplyDelete
  2. Nice! Famous wawa lepas ni. HAHA XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa wawa dah mmg femes pon kannnn =D
      *terharu tau najwa hashim komen kat blog* hikhik

      Delete
  3. Bestnya Zharif! Dekat sini tak merasa pun benda-benda macam ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke farah ? tapi canada lagi advance kot kan event2 dia ?

      Delete
  4. Laaa patut cam kenal dewan tu. Eyy salu lepak KUO ke? Hari tu nampak kamu kat cafe KUO and I was like hamaigad hamaigad hamaigadddd I KNOW THAT BLOGGERRRRR no, I mean I read your blog ok bye. Yup you got a very nice blog ok bai sekali lagi bai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lah selalu, kadang je... tenQ so much siha cha ^^

      Delete

Home