Friday, October 25, 2013

PSYCH Family Day

Assalamualaikum

Pada 20 oktober yang lalu, telah diadakan satu program yang dianjurkan oleh kelab PSYCH iaitu kelas untuk kos pengajian aku di UPSI nie. Semua pelajar psikologi UPSI wajib turut serta ya. Tapi, ada je yang tak join. Acano tu ?


Pendaftaran bermula jam 9 pagi. Ya Allah malasnya nak bangun pagi-pagi untuk join program. Dahlah hari Ahad, waktu untuk beristirehat. Sebaik sahaja mendaftar, AJK Pendaftaran bagi nombor kumpulan dan aku merupakan kumpulan satu. Kumpulan lain punya sorakan kumpulan ewahh meriahnya. Sampai bujang kahwin pon boleh jadi nama kumpulan tau, curlasss sangat ! Kumpulan aku nama Bling-Bling. Hehe


This is my team

Oleh kerana tidak berapa kenal dengan junior-junior yang baru masuk, makanya sebelum acara bermula, terdapatnya sesi ice breaking. Aku tak berapa gemar sangat sesi ice breaking nie sebabnya aku seorang yang pemalu. Gituhh. Tambah-tambah lagi bila suruh buat trademark diri. Kalau trademark kumpulan, tak apa. Aku okay je. Tapi nie trademark individu. Geli siakkk. Aku tak faham kenapa trademark individu boleh dijadikan salah satu komponen dalam sesi ice breaking. Cukup mnyampah. Hahaha

Mujur masa Family Day Psych nie tak ada kene buat trademark and the ice breaking session went very simple and fast. Menakjubkan ! First time dalam hidup aku jumpa ice breaking yang se-best dan se-simple ini. Malam sebelum hari kejadian aku punya lah dok fikir pasal ice breaking nie, terganggu fikiran aku tau tak. Fobia betul aku dengan ice breaking.


Batch RAPAT

Yer wakk, nama batch aku ialah RAPAT. Kedengaran begitu kemelayuan gituh. Batch lain bukan main nama sedap-sedap. Nama omputih sampai terbelit lidah nak menyebutnya. Sekali batch kami, nahhh RAPAT kami bagi. Hahahaha





Lepas perasmian dan sesi bergambar bersama batchmates, dalam tentatif ada tulis "Lecture Time". Huh ?? Dah kenapa bagi lecture pada pagi-pagi Ahad nie. Tak cukup ke menyeksa kami dengan menyuruh kami meluangkan hari Ahad untuk program ? Ditambah pula dengan lecture time. Mujurlah cuma satu jam. Satu jam pon, cukup menyeksakan juga tau.



Lepastu rehat dari jam 12 tengahari sampai 1.45 tengahari. Kalau aku tahu rehat sebegini lama, tidaklah aku terburu-buru hantar assignment subuh-subuh gajah pagi tu. Punya gelabah siapkan assignment sebab due date dia hari tu. Haishhhh. Apa-apapun, makanan yang disediakan sedap. Berbaloilah, bayar 5 ringgit tapi makanan sedap dan cukup dari pagi sampai ke petang.


Habis rehat, terus ke acara yang seterusnya iaitu acara sukaneka. Serious aku cakap, best gila ! Sangat-sangat meriah. Game yang dipertandingkan pon boleh tahan banyak. Antaranya passing tepung, passing belon, lari getah berpasukan, cari gula-gula dalam tepung, makan ais krim tawar, roti asam jawa dan baling belon air.  Dari jam 2 petang sampai lah habis program. Part paling best adalah passing tepung kepada rakan sepasukan. For me itu game paling best.



Dan yang paling tak leh blah bila makan roti ber-jem kan asam jawa, lepastu aku rasa macam dorang letak garam sikit, perghh rasa dia memang ewwwww. Kunyah benda lain still rasa asam jawa. Lepastu bagi air kopi kaw-kaw tanpa gula. Gila kentang betul.




Acara terakhir adalah baling belon air dan tangkap. Habis acara nie keadaan dewan sangatlah huru-hara. Basah sana sini. Dorang serang sesama sendiri dengan air. Lecturer pon join sekaki, acano tu ?

Nie ada sikit video yang sempat aku rakam masa sukaneka berlangsung, feel free to watch.


Tapi kesianlah dekat tuan pengarah program dan para AJK sebab kene bersihkan balik dewan tu. Sayu je aku tengok dorang bersihkan dewan tu tatkala peserta lain duduk dan melihat. Aku pon duduk dan lihat je walaupon tak sampai hati. Hahahahaha. Aku tak join main baling-baling air nie. Baju kotorlah uolls, mak i marah okey. Kalau boleh memang nak join main baling-baling nie, tapi aku tak tahu nak baling dekat sapa. Takut orang tu tak boleh terima lalu bermusuhan pula. Tak naklah macam tu kan. Datang nak happy bukan nak buat musuh. Gituhhh !


Lepastu program berakhir dengan acara penyampaian hadiah. Hadiah semua sama je, tak ada yang besar tak ada yang kecil. Semuanya dapat hadiah. Lepastu makan beramai-ramai sesama ahli kumpulan then bersurai.






Begitulah masa yang aku luangkan pada hari Ahad yang lalu. Sumpah rasa best gila !! 5 star for this awesome event. Tahniah pengarah program beserta anak-anak buahnya.

8 comments:

  1. seronok melihatnya... kalau boleh kembalikan zaman dahulukala kan best... :)

    ReplyDelete
  2. Nice! Famous wawa lepas ni. HAHA XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa wawa dah mmg femes pon kannnn =D
      *terharu tau najwa hashim komen kat blog* hikhik

      Delete
  3. Bestnya Zharif! Dekat sini tak merasa pun benda-benda macam ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke farah ? tapi canada lagi advance kot kan event2 dia ?

      Delete
  4. Laaa patut cam kenal dewan tu. Eyy salu lepak KUO ke? Hari tu nampak kamu kat cafe KUO and I was like hamaigad hamaigad hamaigadddd I KNOW THAT BLOGGERRRRR no, I mean I read your blog ok bye. Yup you got a very nice blog ok bai sekali lagi bai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lah selalu, kadang je... tenQ so much siha cha ^^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...