Friday, November 15, 2013

Party EH ! 20 Yang Anggun Dan Disenangi

Assalamualaikum

13 November yang lalu, aku pergi satu event untuk meraikan mereka yang anggun dan disenangi nie lah. The event was held at Vertigo Club The Gardens Hotel, depan Mid Valley. Agak tersesat jugak lah masa nie, tanya orang itu, tanya orang ini still couldn't find the place. Gosh -___-

EH ! 20 yang anggun dan disenangi. Termasuk aku kah ? hewhew

Dah lah nak tanya tu agak kelakar " Tau tak mana event Eh ! 20 yang anggun dan disenangi". Dorang pon apa lagi, Eh sana Eh sini lah kan. So confusing. Alhamdulillah i found the place. Rupanya kan, cara sebutan nya adalah E - H. Sebut satu-satu, bukan gabungkan ala-ala macam terkejut tu. Eh !

First of all, aku memang tak tahu benda tu diadakan dekat club. Masa first masuk tu, aku terus terkesima, terkedu dan terkentut. Okey terkentut tu tipu je. Abaikan. I was expecting something formal like a dinner atau majlis anugerah-anugerah berprestij tu. Tapi rupanya bukan. Dia ala-ala majlis koktel. Memang macam kelab malam punya environment lah.

Get the situation ? Terkentut tak ?

Bila MC memulakan majlis, dia cakap " Hello party people ! Hey come on, make some noise ". I was like, homaigadddddddd ! Aku sedang berparti ke nie. Rasa liar gila masa nie >__<

Linda on was the MC for the night 

Rasa nak balik jugak masa tu. I was standing at the back and watching everybody's outfit. I was like banyak nya yang boleh masuk fashion police nie. Hahahahahaha =D But then, bila artis dah mula datang satu persatu, niat nak balik tu jadi tak jadi. Excited terus. Punya batak nak ambik gambar, tapi nama artis tu boleh tak tahu. Ianya terjadi masa aku nak bergambar dengan Ryzal Jaafar. Aku tanya sorang budak perempuan nie, lepastu dia ketawakan aku. Bila dah dapat tau nama, terus confident panggil " Ryzal, boleh bergambar ? " Curlass kan, bajet macam fan sangat, padahal nama pon tak ingat. Hahahahaha. Aku tau dia artis tapi aku betul-betul lupa nama dia.

Lawa baju si Ryzal nie, tapi berseluar pendek pula. Macam tak kena lah 

 Terus terang cakap, aku betul-betul tak kenal dia siapa. Hahahahaha

Tak tahu lah macam mana budak tu ambikkan gambar, dia boleh zoom punya dekat and tak fokus -__- Papepon terima kasih lah tolong ambikkan.

 Marsha sangat cantik !

And aku pakai hentam je ambik gambar sape-sape, tengok ramai ambik gambar dengan dorang aku pon ikut lah. Mestilah artis kan. Banyak lah artis perempuan yang aku tak tahu nama and tak familiar langsung. Artis-artis lama aku kenal lah, kalau artis baru agak fail sikit. Yelahh bila dah duduk dekat kolej nie, drama melayu apa semua tu memang tak tengok. Eventho sekarang semua boleh tengok online, tapi aku bukan jenis yang dok mengadap laptop tengok tv online.

Sekali tengok, nampak macam abang baju merah tu guard nak suruh bagi laluan untuk Sherry, sekali tengok betul-betul, dia tengah selfie kot -__- lol this is very funny !

Seriously Fazura cantik gila-gila kot >___< 

I was expecting to meet Yana Shamsudin there, because i won this free ticket pass pon sebab nak jumpa dia. Tapi malangnya dia tiada. Tapi tak ada lah rasa kechewa sangat pon actually lepas dapat tahu Shila Amzah ada kat situ =) Hihi

Tu Shila tu, dengan Nad Zainal kalau tak silap nama dia 

Banyak lah acara yang diadakan, mula tu ada dance competition, ada persembahan and fashion show.

The models, aku rasa yang paling hujung tu aku kenal. Kalau tak silap nama dia Riney Tuti. 
Cara dia berjalan sangat smart. Sexy long legs is major turned on okey !
( Baju by Dressing Paula )

Lepastu ada make up competition. Yang menang kumpulan Anding. 
There you got Johan Ashaari =)

Barisan 12 wanita yang anggun dan disenangi

The boys yang menang anugerah 12 yang anggun dan disenangi nie cuma 2 orang je hadir. Yang lain tak dapat hadir. Arja Lee and Johan Ashaari je yang ada. Tapi artis lelaki yang tak tersenarai dalam 12 yang anggun dan disenangi nie ramai yang hadir.

 Awal Ashaari =)

My very feveret Malaysia fashion designer, Rizman Ruzaini =)

Seriously, sepanjang event tu berlangsong aku berdiri kot. Kerusi cuma ada berapa ketul je. Dah lah aku galas beg besar. But then ada satu tempat duduk kosong. Aku duduk betul-betul bawah Rizman dan Ruzaini nie. Hihi

Emma Maembong yang gorgeous !

Aku ada jugak mintak autograf-autograf nie. Tapi semua nya ihsan budak perempuan tu. Pensil and kertas dia yang provide. Aku tinggal say pinjam, then mintak artis tu tolong sign. Teruk kan aku >__<

I took Rizman and Ruzaini's autograph for my friend Rahmat and Rashid. 
Both of them like fashion design 

Dynas pon cantik jugak. Tapi agak scary lah nak tegur Dynas nie, muka dia serious gila.

Cashio pon ada buat show. Tu model-model Cashio 

Kaka ada buat persembahan tapi entah macam mana tak terambil pulak gambar dia. The show ended with Shila Amzah's perfomance. She sang Wrecking ball and lagu dia putus dengan Sharnaz tu. Very the sedap lah suara Shila nie. Love !

 Sheila look stunning in jubah

Please, sebelah dia tu bukan Najwa Latif oke. Shila tersangatlah cantik !

The event ended at 10.15 pm. The artists started to go home. And while Shila Amzah step the stairs from VIP place, I screamed her name loudly. But she still can't hear me because of the music way louder than my voice. And then someone pinch her and I told Shila please sign this for my friend, his name is Syazwan. Then she signed. Goshh I am so happy ! I talked to her face to face. Kind a awkward you know.

For my friend, Syazwan, who is now currently in India taking medic

Then aku pon bergegas berlari menuju ke KTM. Tiket ke Tanjung Malim dah tak ada, cuma ada sampai Rawang je. Aku dah boleh jangka KTM menuju ke Tanjung Malim memang dah tak ada. So memang aku dah aim tidur dekat surau KTM Rawang tu. And the next morning baru bertolak ke Tanjung Malim.

Aku siap dah prepare bekal awal-awal dari UPSI. Curlass tak ? Comel je kan bawak bekal. Ala-ala macam budak sekolah rendah gituee. Lagipula aku lapar teramat sangat kot. Kat event tu memang ada sediakan makanan and minuman, tapi aku tak rasa nak makan pon benda-benda kat situ. Hihi. Memang nampak sedap tapi tak apa lah, masakan rumah lagi terjamin katanyaa...

Air sirap jugak jadi pilihan 

Balik kelas terus prepare barang-barang nak pergi dalam beg. Tukar baju pon tak sempat tau. Selamber jelah datang parti tu dengan berkemeja dan bertali leher, digayakan bersama beg galas besar. Lagipula aku tak tau nak pakai apa. Tema event tu Chic and Stylish. Aku memang tak ada idea langsong nak pakai apa. There you got my baju balik dari kelas. Hahahaha =D

30 minit jugak berada di surau KTM Rawang tu. Nak tidur rasa takut. Yelah tempat tu agak terpencil. Dah lah pintu surau tu tak boleh nak kunci. Hampehh tol. Aku dah mula terbayangkan macam-macam benda. Ah ! Tak boleh jadi, aku pon keluar duduk berdekatan dengan pegawai-pegawai KTM yang ada dalam pejabat dorang tu. Lepastu aku tanya sorang pakcik pemandu KTM nie, tanyalah bila first train ke Tanjung Malim esok sebab jam 8 pagi aku ada kelas. Then kebetulan dia kata dia pon nak menuju ke sana, dia ajak aku naik sekali KTM dengan dia.

Best sangat !

First time kot duduk dekat tempat pemandu. Serious syok gila !! Borak dengan pakcik tu, senang ke bawak KTM. Dia kata senang je, tinggal kawal brek dan kelajuan tu je. Sampai kat Tanjung Malim, dia pon cicirkan aku dekat situ, then dia terus kan perjalanan dia. That pakcik was soo kind. Thank you pakcik !

Sampai di Tanjung Malim, my kawan kelas mintak tolong kawan dorang ambikkan aku di KTM. Dan hantar aku balik kolej kediaman. Aku sampai bilik tepat jam 1.30 pagi. Telefon ibu dah tak perlu risau, aku dah balik kolej. Dia punya lega masa tu.

Thanx lah kawan-kawan kelas aku yang tolong aku and yang risaukan aku. Korang memang terbaekk lah ! Sayang korang, muaahhhx kat pipi. BTW, jangan lap tau =P Hahahaha

PESANAN PENAJA


" Eventho I'm freaking love disco kind of music and most of them are Jennifer Lopez's and Britney's songs, but I don't think I enjoy partying as much as I enjoy the music " 

Ada dua cerita lagi aku nak updated tapi tak terupdated-updated. Aku updated yang ini dulu. Aku akan cuba cari masa !
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

12 comments:

  1. oklah ada pengalaman jumpa dengan artis. orang lain takde, kau je ada. haha. Pengalaman dengan pakcik KTM tu pon menarik. Pengalaman mematangkan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, pengalaman mematangkan kita... pengalaman naik KTM seat driver tu mmg priceless =D

      Delete
  2. bagus kamu ni. hehe.
    salam kunjungan dari yuyu atiqa! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yuyu atiqa kerana berkunjung =D huhu

      Delete
  3. Baiknya pak cik train tuh! Best dapat duduk sebelah driver train.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best ! rasa mcm nak naik lagi je =D

      Delete
  4. rasa weird kan bila dah sampai tempat kita tak biasa...
    paling best naik ktm tu lah kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat lah weird tahu tak.. rasa tak tenteram .. huhu

      Delete
  5. ok, the most best is duduk kat tempat driver ktm..! aku dah bertahun naik ktm, duduk belakang jek.. hahaaha. well done n thumb up coz bawak bekal ! makanan buatan sendiri lebih terjamin dude :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekalan tu penting =D mmg terjamin dunia akhirat .... hikhik

      Delete
  6. Sangat awkward kan bila masuk tempat-tempat macam tu. Aku tahu perasaan dia macam mana walaupun aku tak pernah jejak kaki ke club. Semuanya sebab event sekolah aku banyak buat dekat bar. First time masuk bar; sports bar pun dah rasa lain. Terus lepas tu aku dah jarang join event sekolah aku melainkan kalau dia buat dekat restaurant.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpa, lepas nie aku kene alert di mana tempat tu diadakan... kene pandai jaga diri lah kan kalau pergi tempat mcm tu.. farah jaga diri baik2 ye kat sana =) kau punya tempat lagi mencabar aku rasa...

      Delete

Home