Friday, November 15, 2013

Party EH ! 20 Yang Anggun Dan Disenangi 2013

Assalamualaikum

13 November yang lalu, aku pergi satu event untuk meraikan mereka yang anggun dan disenangi. Event tersebut telah diadakan di Vertigo Club The Gardens Hotel, depan Mid Valley. Agak tersesat jugak lah masa nie, tanya orang itu, tanya orang ini tapi aku masih tak jumpa lokasinya.


Dahlah nak tanya tu agak kelakar "Tahu tak, mana event Eh ! 20 yang anggun dan disenangi". Dorang pon apa lagi, eh sana eh sini. Sangat mengelirukan. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Rupanyakan, cara sebutan nya adalah E-H. Sebut satu-satu, bukan gabungkan ala-ala macam terkejut tu. Eh !

Aku memang tak tahu benda tu diadakan dekat club. Masa first masuk tu, aku terus terkesima, terkedu dan terkentut. Okey terkentut tu tipu je. Abaikan. I was expecting something formal like a dinner atau majlis anugerah-anugerah berprestij tu. Tapi rupanya bukan. Dia ala-ala majlis koktel. Memang macam kelab malam punya suasana.


Bila pengacara majlis memulakan majlis, dia cakap "Hello party people ! Hey come on, make some noise". I was like, homaigadddddddd ! Aku sedang berparti ke nie ? Terus hilang pedoman. Tibehh


Rasa nak balik juga masa tu. Tapi bila artis dah mula datang satu persatu, niat nak balik tu jadi tak jadi. Excited terus. Punya batak nak ambil gambar, tapi nama artis tu boleh tak tahu. Ianya terjadi masa aku nak bergambar dengan Ryzal Jaafar. Aku tanya sorang budak perempuan nie, lepastu dia ketawakan aku. Bila dah dapat tau nama, terus confident panggil "Ryzal, boleh bergambar ?" Curlass kan, bajet macam fan sangat, padahal nama pon tak ingat. Hahahahaha. Aku tahu dia artis, tapi aku betul-betul lupa nama dia.


Sumpahlah aku tak tahu dia nie siapa. Pakai ajak bergambar je



Aku pakai hentam je ambil gambar sape-sape, tengok ramai ambil gambar dengan orang tu, aku pon ikutlah. Mestilah orang itu artis. Kalau tak, takkanlah orang tu nak ajak bergambar sama. Banyaklah artis perempuan yang aku tak tahu nama dan tak familiar langsung. Artis-artis lama aku kenal, kalau artis baru agak fail sikit. Yelahh bila dah duduk dekat kolej nie, drama melayu apa semua tu memang tak tengok. Walaupun sekarang semua boleh tengok online, tapi aku bukan jenis yang dok mengadap laptop tengok tv online.



I was expecting to meet Yana Shamsudin there, because i won this free ticket pass pon sebab nak jumpa dia. Tapi malangnya dia tiada. Tapi tak ada lah rasa kecewa sangat pon actually lepas dapat tahu Shila Amzah ada dekat situ. Hihi


Banyaklah acara yang diadakan, mula tu ada dance competition, ada persembahan and fashion show.




The boys yang menang anugerah 12 yang anggun dan disenangi cuma 2 orang je hadir. Yang lain tak dapat hadir. Arja Lee and Johan Ashaari je yang ada. 



Sepanjang event tu berlangsung, aku berdiri. Kerusi cuma ada beberapa ketul je. Dahlah aku galas beg besar. Lepastu ada satu tempat duduk kosong. Aku duduk betul-betul bawah Rizman dan Ruzaini nie. Hihi


Aku ada juga mintak autograf-autograf nie. Tapi semua nya ihsan budak perempuan tu. Pensil dan kertas dia yang provide. Aku tinggal minta, lepastu minta artis tu tolong sign.




Kaka ada buat persembahan tapi entah macam mana tak terambil pula gambar dia. The show ended with Shila Amzah's perfomance. She sang Wrecking ball dan lagu dia putus dengan Sharnaz tu. Merdu dan lunak betul suara Shila nie.



Event tersebut tamat pada jam 10.15 malam. Para artis pon sudah mula nak balik. Masa Shila turun dari tangga tempat VIP tu, aku cuba panggil dia. Tapi dia tak dengar sebab muzik kuat gila masa tu. Sudahnya, ada orang yang maklumkan dekat Shila, aku panggil dia. Barulah dia pandang. Aku nak minta tanda tangan dia je sebenarnya. Untuk kawan baik aku. Dia memang minat gila dengan Shila Amzah nie. Sumpahlah segan gila bercakap secara berdepan dengan Shila.


Aku pon bergegas berlari menuju ke KTM. Tiket ke Tanjung Malim dah tak ada, cuma ada sampai ke Rawang je. Aku dah boleh jangka KTM menuju ke Tanjung Malim memang dah tak ada. Memang aku dah aim untuk tidur dekat surau KTM Rawang tu. Besok paginya baru aku bertolak ke Tanjung Malim. Itu rancangan asal akulah.

Aku siap bawa bekalan dari UPSI. Curlass tak ? Comel je bawa bekal. Ala-ala macam budak sekolah rendah gituee. Lagipula aku lapar teramat sangat kot. Kat event tu memang ada sediakan makanan dan minuman, tapi aku tak rasa nak makan pon benda-benda dekat situ. Hihi. Memang nampak sedap tapi tak apa lah, masakan rumah lagi terjamin katanya.


Balik kelas terus sediakan barang-barang dalam beg. Tukar baju pon tak sempat tau. Slumber jelah datang parti tu dengan berkemeja dan bertali leher, digayakan bersama beg galas besar. Lagipula aku tak tahu nak pakai apa. Tema event tu Chic and Stylish. Aku memang tak ada idea langsung nak pakai apa. There you got my baju balik dari kelas. Hahahaha

30 minit juga aku duduk dalam surau KTM Rawang. Nak tidur rasa takut. Yelah tempat tu agak terpencil. Dahlah pintu surau tak boleh nak kunci. Hampeh betul. Aku dah mula terbayangkan macam-macam benda. Ah ! Tak boleh jadi, aku pon keluar duduk berdekatan dengan pegawai-pegawai KTM yang ada dalam pejabat dorang tu. Lepastu aku tanya sorang pakcik pemandu KTM nie, tanyalah bila first train ke Tanjung Malim esok sebab jam 8 pagi aku ada kelas. Kebetulan dia kata dia pon nak menuju ke sana, dia ajak aku naik sekali KTM dengan dia.


First time kot duduk dekat tempat pemandu. Serious syok gila !! Borak dengan pakcik tu, senang ke bawa KTM. Dia kata senang je, tinggal kawal brek dan kelajuan. Sampai dekat Tanjung Malim, dia pon turunkan aku dekat situ, then dia terus kan perjalanan dia. That pakcik was soo kind. Thank you pakcik ! Sampai di Tanjung Malim, my kawan kelas mintak tolong kawan dorang ambilkan aku di KTM. Dan hantar aku balik ke kolej kediaman. Aku sampai bilik tepat jam 1.30 pagi. Telefon ibu dah tak perlu risau, aku dah balik kolej.

Terima kasihlah kawan-kawan kelas aku yang tolong aku dan yang risaukan aku. Korang memang sweet !

12 comments:

  1. oklah ada pengalaman jumpa dengan artis. orang lain takde, kau je ada. haha. Pengalaman dengan pakcik KTM tu pon menarik. Pengalaman mematangkan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, pengalaman mematangkan kita... pengalaman naik KTM seat driver tu mmg priceless =D

      Delete
  2. bagus kamu ni. hehe.
    salam kunjungan dari yuyu atiqa! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yuyu atiqa kerana berkunjung =D huhu

      Delete
  3. Baiknya pak cik train tuh! Best dapat duduk sebelah driver train.

    ReplyDelete
  4. rasa weird kan bila dah sampai tempat kita tak biasa...
    paling best naik ktm tu lah kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat lah weird tahu tak.. rasa tak tenteram .. huhu

      Delete
  5. ok, the most best is duduk kat tempat driver ktm..! aku dah bertahun naik ktm, duduk belakang jek.. hahaaha. well done n thumb up coz bawak bekal ! makanan buatan sendiri lebih terjamin dude :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekalan tu penting =D mmg terjamin dunia akhirat .... hikhik

      Delete
  6. Sangat awkward kan bila masuk tempat-tempat macam tu. Aku tahu perasaan dia macam mana walaupun aku tak pernah jejak kaki ke club. Semuanya sebab event sekolah aku banyak buat dekat bar. First time masuk bar; sports bar pun dah rasa lain. Terus lepas tu aku dah jarang join event sekolah aku melainkan kalau dia buat dekat restaurant.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpa, lepas nie aku kene alert di mana tempat tu diadakan... kene pandai jaga diri lah kan kalau pergi tempat mcm tu.. farah jaga diri baik2 ye kat sana =) kau punya tempat lagi mencabar aku rasa...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...