Sunday, November 17, 2013

Program : Jalinan Ukhuwah Kecemerlangan Bitara

Assalamualaikum

Kejadian nie berlaku pada 8 November yang lalu. Now baru nak updated. Okey let's proceed.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk melihat bagaimana communication skills between the parents and the child. Jadi lecturer kami decide untuk buat program yang fun and at the same time bermakna. Program nie under assignment kami untuk subjek Kaunseling Keluarga dan Keibubapaan. Memandangkan kelas kami nie cuma 9 ketul orang je, so semua kena main peranan. Peranan aku sebagai setaiusaha. Hampehh je. Memang tak nak jadi setiausaha lagi dah lepas nie. Noktah.

Name tag untuk hari kejadian, serious cantik sangat ! Tahniah AJK PDI.

Actually kan, program nie sepatutnya berlangsung pada 14 November, tapi memandangkan kami tiada bajet makanan yang cukup untuk mengadakan program yang besar macam nie, kami terpaksa minta dana luar. Bayangkan erk, kami cuma 9 orang, tapi nak kene handle program besar-besar. Dah lah libat kan mak bapak sekali. Kalau setakat budak sekolah takpe jugak, at least makanan tu takat bagi bihun or roti dah cukup. Libatkan mak bapak nie payah sikit, sometimes dorang nie cerewet sikit.

So kami pon mintak lah bantuan dari pihak tett untuk dapatkan bajet makanan. Then dia kata dia boleh bagi, tapi kene join dengan program dorang sekali. Means program kami dan program dorang, berlaku serentak. Kami tiada masalah, as long as bajet makanan kami tak perlu fikir. Kami 9 orang dah gembira sangat kot. Sanggup tau balik UPSI untuk buat program sedangkan masa tu tengah cuti mid sem. Orang lain cuti seminggu, kami cuti 4 hari je lepastu balik UPSI.

Lepastu, a day before program tu berlangsung, kami cuba confirmkan soal makanan. Pihak tett kata dia tak ada bajet pulak. Cuma dia mampu bagi goodies je. So kami tanya apa je yang ada dalam goodies tu, dia kata kuih 2 ketul and air mineral. Perghhhh ! Menyirap nya hati ini. Masa tu deal dengan dia, kata soal makanan jangan risau. Makanan semua sedap-sedap. Janji palsu betul lah dorang nie. Seriously memang sakit hati yang amat.

Wajah-wajah yang kene tipu dengan pihak tett, koyak poket kami semua >__<

Kami pon dah mula runsing balik soal bajet makanan nie. Dah lah bagi tau sehari sebelum kejadian, tak ke kuasam tu. Kami asalnya nak cari dana luar sepanjang cuti mid sem tu, tapi lepas dia kata dia boleh provide makanan, tu yang kami semua gigih balik UPSI and setuju join program dorang. Tup tup jadi macam nie.

Then kami 9 orang pergi lah kafe Kolej Za'aba untuk tanya harga makanan. Alhamdulillah bajet makanan dia tak ada lah mahal sangat. Tapi still mahal bagi kami semua sebab kami cuma 9 orang je. Program nie, kami semua kene keluarkan sorang RM55 ringgit. Cuba bayangkan banyak ke tak banyak tu.

Soal makanan pon selesai. Then pada 8 November, program pon berlangsung.

Seawal jam 6.30 pagi aku dah bersiap. First time handle program-program nie, semangat tau walaupon ada beberapa kejadian yang sangat menyirapkan hati. Lupa nak bagi tau, program kami nie diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang which is 15 minutes from UPSI, ianya melibatkan semua murid darjah 5 beserta ibu bapa mereka.

Setiap hari jumaat, sekolah tu akan mengadakan bacaan surah yasin terlebih dahulu

Sesi pendaftaran dan pembahagian nombor kumpulan

 Sesi energizer bersama Amiza =)

Sporting nya parent tu =)

Sesi bacaan doa sebelum program bermula

Lepastu kami agihkan kumpulan mengikut nombor yang diberikan sewaktu pendaftaran tadi. Setiap nombor represent satu haiwan. So melalui nombor yang mereka dapat tu, mereka kene buat bunyi haiwan tersebut untuk mencari akak-akak and abg fasi mereka. Kalau bunyi kucing, kene lah meow-meow sampai lah jumpa fasi mereka. Dan begitulah juga yang lain.

Kiri, kumpulan kambing dan harimau. Kanan, kumpulan katak dan kucing.

Kiri, kumpulan itik dan ayam. Kanan kumpulan lembu dan ular

Akibat satu kumpulan tu terlampau sedikit, jadi kami semua gabung 2 kumpulan jadi satu. Lepas selesai semua masuk kumpulan masing-masing, then mak bapak pelajar pon cari anak dorang dekat kumpulan yang mana and join together.

Sesi perkenalkan diri bersama ibu bapa 


Selepas sesi ice breaking, ada satu slot ceramah dari pensyarah subjek kami nie. Ceramah tu berkisahkan ibu bapa jugak lah. Aku pon tak tahu sangat sebabnya masa sesi ceramah nie berlangsong, aku dan 2 yang lain balik UPSI pergi ambik makanan dan juga cenderahati.

 Kiri, guru besar SK Sg Behrang berbaju kelabu. Kanan, pensyarah kami Dr. Fauziah Hanim.

Tak tahu dorang kene buat apa nie



Lepas tamat slot ceramah nie, semua diberi makanan dari pihak felda. Dua ketul kuih dan sebungkus bihun goreng dan air milo. Okey lah tu. Then sambung ke slot seterusnya iaitu membina menara tertinggi dan stabil menggunakan straw dan selotep.

 Tambahan kumpulan baru

Masa nie, budak-budak dari program felda dah start join program kitorang. Ahh sudahh ! Makin ramai pulak. Sekarang kami 9 orang kene handle budak darjah 6, darjah 5 dan darjah 4. Chaos habaq hang !

Semua bekerjasama buat menara =)

Menara-menara tinggi di Malaysia, hebakkk semua nie !

Unik-unik bentuk menara dorang =)

This is my team, kami buat eiffel tower gituee

Lepastu setiap menara di uji kestabilannya dengan menggunakan fail dan kipaskan laju-laju ke arah menara tu. Kalau tumbang menara tu, maka kalah lah menara tu =)

Atiyah bertungkus-lumus menggunakan kudrat yang ada menumbangkan menara tu

Kesimpulan dari aktiviti ini, walaupon tinggi mana pencapaian atau cita-cita kita, tetapi jika asas tak kuat, benda yang kita capai or impikan tu tak akan kemana. Asas yang kuat itu penting dalam mencapai sesuatu impian. Gitueeee tau buat kesimpulan. Ececeyhhh. Kau ada ?

Lepastu, kami buat gimik sikit untuk slot seterusnya. Konon lepas-lepas dah gelak ketawa tu, kami nak marah dorang pulak. Konon macam dorang nie tak bagi kerjasama, bersepah-sepah and tak dengar cakap abang-abang and kakak-kakak fasi which is ada lah beberapa ketul yang memang degil gila nak mati. Aku nie bab budak kecik tak dengar cakap, agak berangin sikit. Memang rasa nak marah. Kadang bila aku tengok budak-budak kat pasaraya yang tak dapat beli mainan or makanan yang dorang nak then nangis melalak-lalak, serious aku rasa nak lempang budak tu. Kalau anak aku nanti buat macam tu siaplah kau.

Kami asingkan ibu bapa dan anak-anak mereka untuk slot seterusnya.

Slot nie diberi nama Layarkan Warkah Kesayanganku. Gituee tau. Melayu baku sangat bahasa. Slot nie bertujuan untuk mendengar luahan hati anak dan juga ibu bapa, yang mungkin selama nie tak terucap pada kata. So kami bagi mereka semua kertas dan pen supaya mereka luahkan apa yang dorang rasa terhadap ibu, ayah mahupon anak mereka.

Masa nie nada suara kami pon dah berubah. Terus jadi garang. Lepastu konon nak denda dorang, kitorang semua suruh mereka berjemur dekat tengah panas. Hahahaha padan muka ! Seronok pulak aku buli budak kecik. Hihi


Masa nie dorang still ingat macam tak ada apa-apa tau. Still lagi main-main. Ada pulak tu yang mencebik-cebik mulutnya. Eeee panas nya hati ini !

Kann dah padan muka kena denda =P

Masa nie Atiyah memang memainkan peranannya lah. Aku rasa terkesima jugak masa nie. Fuhh Atiyahh hebakk mu marah budak-budak nie. Masa nie konon kami semua nak bagi kesedaran pada dorang supaya lebih menghargai ibu bapa. Itu motif kami sebenarnya. Kami semua bukan marah anak orang sesuka hati. Nama pon gimik kan.

Yang paling tak boleh blah tu, semua fasi dah ambik mood marah and moody semua tu. Tiba dekat sorang fasi nie, nama dia Syazmin, dia boleh masih senyum-senyum lagi time nak bagi pen. Serious aku pulak rasa nak ketawa masa tu. Hahahahaha.

Nie lah Syazmin tu =D

Dengan lemah lembutnya " Adik dah dapat pen ? " sambil tersenyum-senyum. Ya Allah Min Min >___<

Wajah-wajah kene jemur 

Wajah-wajah nangis

Alhamdulillah, apa yang kami aim, kami berjaya capai. Almost semua murid-murid tu nangis lepas kene tarbiyah dengan Atiyah. Lepas 15 minit macam tu, baru kami benarkan dorang masuk dewan semula. And then kami pick beberapa orang murid and ibu bapa untuk bacakan apa yang dia tulis. Makin ramai yang nangis. Guru-guru pon ada yang tersentuh dengar luahan hati mereka semua. Termasuklah fasi-fasi sekali. Tapi aku tak =D Hihi.

Itu merupakan slot kami yang terakhir. Lepastu sesi penyampaian hadiah dan penyampaian cenderahati kepada pihak felda dan pihak sekolah.

Dari kanan, Guru Besar SK Sg Behrang, Dr Nurul Ain, penasihat program kami nie, 
Encik tak ingat nama, dari pihak Felda.

Antara barisan fasi-fasi yang memainkan peranan yang cukup besar untuk program nie

Kiri, Abg Chik selaku pengarah program dan juga yang handle program. Kanan Atiyah selaku timbalan pengarah dan juga merupakan pengerusi majlis pada hari tersebut. 

Sesi penyampaian hadiah dan cenderahati

Masa amat lah singkat sebab nya hari Jumaat kan. So masa nie ramai mak bapak nak balik dah. Kami pon mempercepatkan majlis. Tapi ada je yang balik je masa nie. Baguslah ada yang dah balik sebabnya makanan yang kitorang order cuma ada 124 je. Lepas dah gabung dengan budak-budak dari program felda, memang tak cukup makanan tu.

 Nak balik tu baru kami keluarkan makanan, kalau tak memang habis dorang bawak lari

Lepastu kitorang semua pon pergi ke kantin sekolah dan menjamu selera di sana. Makanan semua boleh tahan lah sedapnya tapi makan tu tak nikmat sebab nak kejar masa. Solat Jumaat woi ! >__<

 My classmates for Kaunseling Keluarga dan Keibubapaan

Haruslah letak juga gambar ada tuan punya blog kann =D

Alhamdulillah, selesai juga program nie. Pihak Felda dan sekolah banyak puji kami semua pasal program nie. And pihak Felda minta kami semua buat lagi aktiviti macam nie. Tapi terus terang cakap, lepas apa yang dah berlaku sebelum program berlangsong, aku tak nak dah bekerjasama lagi. And lagi satu, program nie kitorang buat untuk assignment kitorang. So lepas nie nak suruh buat lagi, sila-sila lah bayar yerp. Aku tak buat benda free. And aku nak ada surat hitam putih sekali so that tak kene tipu lagi. Kitorang rasa dipergunakan untuk kepentingan pihak sana membuat laporan tahunan. Tapi tak mengapa, kami semua redha.

PESANAN PENAJA 


" Semoga kami semua memperoleh A untuk subjek nie. Aminnnn "

Lepas nie nak kene buat laporan pulak. Boleh tak consider post nie sebagai laporan ? Aku malas betul lah nak buat laporan-laporan nie. Tobat dah lepas nie tak nak jadi setiausaha lagi >__<

BTW, semalam baru sahaja tamat buat program bersama anak yatim di Manjoi, Ipoh Perak. Yang tu nasib baik aku sebagai AJK Aktiviti je. Post yang tu pulak tak tahu lah pulak bila aku nak updated dekat sini. InsyaAllah ada masa terluang aku updated yerp.

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

6 comments:

  1. Apa maksud bitara eh? Malas nak google.

    By the way, nak cakap, selalu rasa best bila tengok budak university datang sekolah buat program macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bitara tu sangat kot.. aku pon tak hingat..
      buat program mmg best tp bab kne tipu tu yg tak best

      Delete
  2. zharif ore pernah jumpa atiyah tu time kem dekat bachok..x sure dia ingat lagi ke x..hahaha muka dia ada iras cik epal sikit..muahahaha :p

    ~nuyu ecah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. *rasa terharu ecah komen dekat blog* huhu
      dia ingat ecah dia kata ecah comel =D

      Delete
  3. ecah betul la.tu memang tiyah yang pergi kem tu

    ReplyDelete

Home