Sunday, November 17, 2013

Program : Jalinan Ukhuwah Kecemerlangan Bitara

Assalamualaikum

8 November lalu, kami mengadakan satu program bagi melihat bagaimana kemahiran komunikasi antara ibu bapa dan juga anak-anak. Pensyarah kami putuskan untuk buat program yang fun dan dalam masa yang sama ia bermakna dan ada mesej. Program ini di bawah assignment kami untuk subjek Kaunseling Keluarga dan Keibubapaan. Memandangkan kelas kami nie cuma 9 orang je, jadi semua kena main peranan. Peranan aku sebagai setiausaha. Memang tak nak jadi setiausaha lagi dah lepas nie. Noktah.


Program nie sepatutnya berlangsung pada 14 November, tapi memandangkan kami tiada bajet makanan yang cukup untuk mengadakan program yang besar macam nie, kami terpaksa minta dana luar. Bayangkan erk, kami cuma 9 orang, tapi nak kena handle satu program besar. Dahlah melibatkan mak bapak sekali. Kalau setakat budak sekolah tak apa juga, at least makanan tu takat bagi bihun atau roti dah cukup. Libatkan mak bapak nie payah sikit, sometimes dorang nie cerewet.

Kami pon mintalah bantuan dari pihak tett untuk dapatkan bajet makanan. Dia kata dia boleh bagi, tapi kena join dengan program dorang sekali. Means program kami dan program dorang, berlaku serentak. Kami tiada masalah, as long as bajet makanan kami tak perlu fikir. Kami 9 orang dah gembira sangat kot. Sanggup tau balik UPSI untuk buat program, sedangkan masa tu tengah cuti mid sem. Orang lain cuti seminggu, kami cuti 4 hari je lepastu balik UPSI.


Lepastu, sehari sebelum program tu berlangsung, kami cuba confirmkan soal makanan. Pihak tett kata dia tak ada bajet pula. Cuma mampu bagi goodies je. Kami tanyalah apa yang ada dalam goodies tu, dia kata kuih 2 ketul dan air mineral. Perghhhh ! Menyirapnya hati ini. Masa tu deal dengan dia, kata soal makanan jangan risau. Makanan semua sedap-sedap. Janji palsu betul dorang nie. Seriously memang sakit hati yang amat.

Kami pon dah mula runsing balik soal bajet makanan. Dahlah bagi tahu sehari sebelum kejadian. Kami asalnya nak cari dana luar sepanjang cuti mid sem tu, tapi lepas dia kata dia boleh sediakan makanan, tu yang kami semua gigih balik UPSI dan setuju join program dorang. Tup tup jadi macam nie.


Then kami 9 orang pergi lah kafe Kolej Za'aba untuk tanya harga makanan. Alhamdulillah bajet makanan dia tak mahal sangat. Tapi still mahal bagi kami semua sebab kami cuma 9 orang je. Program nie, kami semua kene keluarkan sorang RM55 ringgit. Cuba bayangkan banyak ke tak banyak tu. Soal makanan pon selesai. Pada 8 November, program pon berlangsung. Seawal jam 6.30 pagi aku dah bersiap. Pertama kali handle program, semangat walaupon ada beberapa kejadian yang sangat menyirapkan hati. Lupa nak bagi tahu, program kami nie diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang yang terletak 15 minuit dari UPSI. Program ini melibatkan semua murid darjah 5 beserta ibu bapa mereka.






Lepastu kami agihkan kumpulan mengikut nombor yang diberikan sewaktu pendaftaran tadi. Setiap nombor mewakili satu haiwan. Melalui nombor yang mereka dapat tu, mereka kena buat bunyi haiwan tersebut untuk mencari akak-akak and abang fasi mereka. Kalau bunyi kucing, kene lah meow-meow sampai lah jumpa fasi mereka. Dan begitulah juga bunyi haiwan yang lain.



Akibat satu kumpulan tu terlampau sedikit, jadi kami semua gabung dua kumpulan jadi satu. Lepas selesai semua masuk kumpulan masing-masing, mak bapak pelajar pon cari anak dorang dekat kumpulan yang mana dan turut sekali join.



Selepas sesi ice breaking, ada satu slot ceramah dari pensyarah subjek kami. Ceramah tu berkisahkan ibu bapa jugalah. Aku pon tak tahu sangat sebabnya masa sesi ceramah nie berlangsong, aku dan 2 yang lain balik UPSI pergi ambil makanan dan juga cenderahati.





Lepas tamat slot ceramah nie, semua diberi makanan dari pihak felda. Dua ketul kuih dan sebungkus bihun goreng dan air milo. Okaylah tu. Sambung ke slot seterusnya iaitu membina menara tertinggi dan stabil menggunakan straw dan selotep.


Masa nie, budak-budak dari program felda dah mula join program kitorang. Ahh sudahh ! Makin ramai pula. Sekarang kami 9 orang kene handle budak darjah 6, darjah 5 dan darjah 4. Huru-hara dibuatnya.





Setiap menara diuji kestabilannya dengan menggunakan fail dan kipaskan laju-laju ke arah menara tu. Kalau menara tu tumbang, maka kalahlah menara itu.


Kesimpulan dari aktiviti ini, walaupon tinggi mana pencapaian atau cita-cita kita, tetapi jika asas tak kuat, benda yang kita capai atau impikan tu tak akan kemana. Asas yang kuat itu penting dalam mencapai sesuatu impian. Gitueeee tau buat kesimpulan. Kau ada ?

Lepastu, kami buat gimik sikit untuk slot seterusnya. Konon lepas-lepas dah gelak ketawa tu, kami nak marah dorang pula. Konon macam dorang tak bagi kerjasama, bersepah-sepah dan tak dengar cakap abang-abang dan kakak-kakak fasi yang mana adalah beberapa ketul yang memang degil gila nak mati. Aku nie bab budak kecik tak dengar cakap, agak berangin sikit. Memang rasa nak marah.


Slot nie diberi nama Layarkan Warkah Kesayanganku. Gituee tau. Melayu baku sangat bahasa. Slot nie bertujuan untuk mendengar luahan hati anak dan juga ibu bapa, yang mungkin selama nie tak terucap pada kata. So kami bagi mereka semua kertas dan pen supaya mereka luahkan apa yang dorang rasa terhadap ibu, ayah mahupon anak mereka. Masa nie nada suara kami pon dah berubah. Terus jadi garang. Lepastu konon nak denda dorang, kitorang semua suruh mereka berjemur dekat tengah panas. Hahahaha padan muka ! Seronok pulak aku buli budak kecik. Hihi


Masa nie dorang ingat macam tak ada apa-apa tau. Masih lagi main-main. Ada pula tu yang mencebik-cebik mulutnya. Eeee panas nya hati ini !


Masa nie, kawan aku si Atiyah memang memainkan peranannyalah. Aku rasa terkesima juga masa tengok dia marah budak-budak tu. Masa nie konon kami semua nak bagi kesedaran pada dorang supaya lebih menghargai ibu bapa. Itu motif kami sebenarnya. Kami semua bukan marah anak orang sesuka hati. Nama pon gimik. Yang paling tak boleh blah tu, semua fasi dah ambil mood marah dan moody semua tu. Tiba dekat sorang fasi nie, nama dia Syazmin, dia boleh masih senyum-senyum lagi masa nak hulur pen. Serious aku pulak rasa nak ketawa masa tu. Hahahahaha.

Dengan lemah lembutnya "Adik dah dapat pen ?" sambil tersenyum-senyum. Ya Allah !



Alhamdulillah, apa yang kami aim, kami berjaya capai. Hampir semua murid-murid tu menangis lepas kene tarbiyah dengan Atiyah. Lepas 15 minit macam tu, baru kami benarkan dorang masuk dewan semula. Kami ambil beberapa orang murid dan ibu bapa untuk bacakan apa yang dia tulis. Makin ramai yang nangis. Guru-guru pon ada yang tersentuh dengar luahan hati mereka semua. Termasuklah fasi-fasi sekali. Tapi aku tidak ya. Hihi. Itu merupakan slot kami yang terakhir. Lepastu sesi penyampaian hadiah dan penyampaian cenderahati kepada pihak felda dan pihak sekolah.





Masa amatlah singkat sebabnya hari Jumaat. Masa nie ramai mak bapak nak balik dah. Kami pon mempercepatkan majlis. Tapi ada je yang balik je masa nie. Baguslah ada yang dah balik sebabnya makanan yang kitorang order cuma ada 124 je. Lepas dah gabung dengan budak-budak dari program felda, memang tak cukup makanan tu.


Kitorang semua pon pergi ke kantin sekolah dan menjamu selera di sana. Makanan semua boleh tahan sedapnya tapi makan tu tak nikmat sebab nak kejar masa. Solat Jumaat woi !



Alhamdulillah, selesai juga program nie. Pihak Felda dan sekolah banyak puji kami semua pasal program nie. Pihak Felda minta kami semua buat lagi aktiviti macam nie. Tapi terus terang cakap, lepas apa yang dah berlaku sebelum program berlangsUng, aku tak nak dah bekerjasama lagi. Lagi satu, program nie kitorang buat untuk assignment kitorang. So lepas nie nak suruh buat lagi, silalah bayar yerp. Aku tak buat benda free. Kena ada surat hitam putih sekali supaya tak kena tipu lagi. Kitorang rasa dipergunakan untuk kepentingan pihak sana membuat laporan tahunan.

Tapi tak mengapa, kami semua redha.

6 comments:

  1. Apa maksud bitara eh? Malas nak google.

    By the way, nak cakap, selalu rasa best bila tengok budak university datang sekolah buat program macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bitara tu sangat kot.. aku pon tak hingat..
      buat program mmg best tp bab kne tipu tu yg tak best

      Delete
  2. zharif ore pernah jumpa atiyah tu time kem dekat bachok..x sure dia ingat lagi ke x..hahaha muka dia ada iras cik epal sikit..muahahaha :p

    ~nuyu ecah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. *rasa terharu ecah komen dekat blog* huhu
      dia ingat ecah dia kata ecah comel =D

      Delete
  3. ecah betul la.tu memang tiyah yang pergi kem tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...