Sunday, December 8, 2013

Program : Jalinan Ukhuwah Pengikat Hati

Assalamualaikum

Sekarang dah bulan Disember tapi hari nie baru aku nak updated cerita 16 November yang lalu.
So windows 95 I know, it's soooo lame -___-

This is our name card =)

Pada 16 November yang lalu, aku telah mengikuti satu lagi program. Kalau sebelum nie aku buat program bersama budak sekolah, tapi kali nie program bersama anak yatim pulak. Program nie merupakan salah satu tugasan untuk subjek elektif Pengurusan Keluarga. Rumah anak yatim yang kami pilih ialah Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman.

Actually bukan lah pilih, tapi disebabkan cuma rumah anak yatim nie je yang angkat telefon. Rumah anak yatim tu dekat Manjoi, Ipoh Perak. Agak jauh jugaklah rumah anak yatim tu dari UPSI. Lebih kurang 2 jam 30 minit jugak perjalanan. Ingat lagi tak kisah Kellie's Castle yang aku pernah updated dulu ? Kalau tak ingat sila klik SINI. Actually masa tu kitorang buat lawatan tapak ke rumah anak yatim nie untuk survey-survey tempat and aktiviti yang nak dibuat.

Finally after two hours , we arrived safely ...

So pada hari kejadian kami semua telah bertolak seawal jam 8 pagi. Sampai sana lebih kurang jam 11 pagi. Sebabnya kitorang ada singgah breakfast dekat satu tempat nie, tak ingat lah apa nama dia.

Masa nie singgah sarapan sat..

Sebaik sahaja kami sampai ke rumah anak yatim tu, kami pon start mengumpulkan anak-anak yatim tu. Alaaa tak ada lah ramai sangat pon actually. Lebih kurang 23 orang je. Bilangan kitorang pon lebih ramai daripada dorang.

The boys

The girls

Pada mulanya macam biasa lah, buat ice breaking with the kids. And korang sudah sedia maklum kan aku agak tidak gemar akan ice breaking-ice breaking nie. Tapi kali nie aku tak perlu risau, aku salah seorang AJK Aktiviti so aku yang jaga bab aktiviti and suka hati aku lah nak buat macam mana-macam mana pon =P Hahahaha ...

Me and Neesa as AJK aktiviti, lagi satu tu kat belakang tu sedang beraksi cik Arfah kita..

Masa nie tengah ice breaking .. tapi tak breaking sangat pon -___- 

Tudia gaya sorakan kumpulan abe chik kita

Lepas ice breaking, kitorang terus masuk modul yang pertama iaitu Janji Kita Ke Menara Gading. Modul nie kami semua sebagai fasilitator perlu bercerita kisah kami semua kepada budak-budak tu macam mana jalan hidup kami semua sehingga dapat menyambungkan pelajaran ke universiti. So that budak-budak tu akan tertarik dan bermotivasi untuk masuk ke universiti. Lebih kurang macam tulah objektifnya.

Aku tak ada pon cerita kat budak-budak tu pasal perjalanan hidup aku, aku kan AJK Aktiviti so sukahati aku lah kan nak cerita ke tak. Lagipun semuanya aku dah cerita dekat blog nie, so pandai-pandai lah mereka search. Lol begitu sekali -___-

Senduk makanan pon letak gambar tau, curlasssss sangat !

Ini lah yang kami makan which was very delicious !

Selesai sahaja modul pertama tu kami berhenti untuk makan tengahari. Makan tengahari sangat sedap bagi aku, rasa macam nak bungkus bawak balik pon ada.

Masa nie prepare untuk buat energizer, budak-budak tu dah boleh bagi kerjasama yang baik


Ewahhh kakak-kakak fasi kita gembira sungguh buat energizer 

Lepastu solat zohor berjemaah bersama anak-anak yatim tu. Then baru kitorang sambung balik untuk modul kedua iaitu Terbang Ke Angkasa. Modul nie kitorang suruh budak-budak tu buat roket menggunakan kertas A4 lepastu suruh dorang baling. Roket sapa yang paling jauh, itu di kira sebagai pemenang. Dan pemenang tu pula diminta mengajar rakan-rakannya yang lain untuk mencipta roket sebijik macam roket yang dia buat. Lepastu suruh dorang baling lagi sekali roket tu, dan kebiasaannya roket kedua nie lagi jauh daripada sebelum ini. Kesimpulan daripada modul ini adalah sekiranya kita nak berjaya, kita kene tiru apa yang orang berjaya buat. Tiru benda yang baik je tau, yang tak baik jangan. Lebih kurang macam tulah objektifnya.

Sesi buat roket 

Muka confident lah tu roket boleh pergi jauh =P

Ye, yang tu memang semangat sangat =D

This is Aiman yang baju biru tu, roket dia paling jauh.
BTW, yang baju kuning tu macam pelakon Dahlia yang budak lelaki anak si Dahlia tu, serious sejibik gila !

Aiman sedang mengajar yang lain cara membuat roket yang mampu terbang jauh.... 
Aku sendiri pon tak reti buat roket kertas nie, malu tau tak >__<

Tapi modul nie tak dapat nak complete kan sampai habis sebab cuaca hujan lebat pada masa tu. Dewan yang kitorang duduk tu pon basah kene tempias sebab dewan terbuka kan and nak bagi arahan pon tak boleh sebab bunyi hujan lagi kuat. Kitorang tidak menggunakan speaker or mikrofon sebab tiada kemudahan itu di situ. So kami terpaksa cancel modul ketiga kerana modul ketiga ada melibatkan penggunaan kertas surat khabar so keadaan sekeliling dah basah jadi tak boleh lah kami jalankan modul ketiga tu.

Hujan lebat gila masa nie...

Kami pon merangka aktiviti back up iaitu kotak beracun. Alaaa tipu lah kalau kata tak pernah main kotak beracun kan. Mesti semua orang tahu kotak beracun tu apa benda. Alhamdulillah kami berjaya mengisikan masa yang terluang itu dengan melakukan aktiviti permainan kotak beracun.



Lepastu kami semua pon makan petang. Petang tu rumah anak yatim tu sediakan bihun goreng. Boleh tahan jugak sedapnya cuma agak kurang masin sedikit. Harap lepas nie boleh diperbaiki lah mutu masakan makcik. Gitueee tau komen masakan orang.

Sesi makan petang 

Bihun goreng kurang masin bersama teh tarik =)

Then acara penutupan dan penyampaian hadiah. Sebelum balik kami mengadakan sesi bergambar bersama mereka terlebih dahulu. Dalam jam 6.30 petang macam tu, kami semua pon bertolak pulang. Maka tamat lah program Jalinan Ukhuwah Pengikat Hati nie. Alhamdulillah.

Hamper-hamper untuk budak-budak tu 


Pengurus pusat jagaan anak yatim tu, Puan Aminah Bee

Timbalan pengarah salah pandang kamera nie =D

Cik Arfah kita selaku ketua AJK Aktiviti.. Hebat dalam conduct budak-budak tu. 

Penyerahan sumbangan kepada budak-budak tu..

Eh eh pelakon Dahlia tu macam xsemangat je 

Yang baju hijau tu, masa mula-mula pemalu gila-gila.. Sekali dah lama-lama, ambikk kau, begitu sekali ambik gambar.. Ye ye yang paling depan tu sangat membuat kan kita semua asyik nak terpandang dia.. 


Cik Arfah malu-malu untuk bergambar .. Yang dua lagi tu toksah cakap..

Kami laki 4 orang je yang amik subjek nie, insan terpilih katanyaa...

Para AJK 

AJK lagi...

 Para-para MT ...

AJK Aktiviti... Why so serious ?

With the most popular kids among the fasilitator 


Nak balik dah , bye adik-adik semua. 

So kepada mereka yang nak buat program or nak hulurkan sumbangan boleh lah ke :

Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman 
Plot 359, Lorong Dato Off Jalan Dato, Kg Manjoi ,30020 Ipoh
Perak Darul Rizuan
Tel : 05-5260071

PESANAN PENAJA


" Semoga dapat bertemu lagi di lain hari =) Goodluck adik-adik semua, belajar leklok  " 


Alhamdulillah siap jugak post nie.. Terperap sudah berapa hari tak siap-siap..
Nak minggu-minggu last kuliah nie lah lecturer baru bagi assignment.. Panas je hati ..

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

10 comments:

  1. Kadang2 bila buat aktiviti amal macam ni dapat mematangkan kita sebab kita dapat selami perasaan mereka yg kurang bernasib baik kan? Thank you sudi singgah blog. So, kite dtg singgah sini balik. Weeeee~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu betul =D thanx singgah blog saya =)

      Delete
  2. Idk why but yr posts semuanya sangat interesting. Keeeeep it up :)x

    ReplyDelete
  3. tengah google2 pasal aktiviti bersama anak yatim coz nanti next sem nak buat program bersama anak yatim and i see this entry. quite interesting. thanks yea and happy birthday! may Allah bless

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa goodluck ! =D
      thanx for the wish may Allah bless you too ^__^

      Delete

Home