Wednesday, January 30, 2013

I am twenty

Assalamualaikum 

Pada tanggal 29 Januari 1993 , jam 7.08 minit petang , bayi seberat 3.10 kg telah selamat dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang . Kini , umurnya telah menjangkau 20 tahun . Alhamdulillah , sudah 20 tahun Allah pinjamkan aku kat dunia nie . Dan aku berharap semoga Allah terus memanjangkan umurku agar aku bisa menjadi insan yang berguna kelak , insyaAllah .

Spot the differences ? 
LEFT : I think i was two years old that time , i'm not sure . RIGHT : officially twenty , yesterday photo .

20 tahun dah ? Cepat nya masa berlalu >__<

Saat pipi ku masih tiada lubang , gigitan dari lebah meninggalkan parut kat muka aku sehingga sekarang

My hair style kind a cute lah =D

When i was born , my sister not 1 years old yet , she just 11 months old that time , so both of us kind a close to each other , until now .

Aku berharap bila umur dah cecah 20an nie , aku jadi insan yang lebih baik dan berguna dari sebelum nie . Aku akan cuba ubah sikap yang negatif kepada positif , pemalas kepada rajin , kurus kering kepada sasa , handsome kepada yang lebih handsome dan begitulah seterusnya .

Terima kasih kepada mereka yang wish birthday aku , tak kesah lah lalu facebook ke , twitter ke , blog ke , message ke , whatsapp ke , skype ke or even myspace sekalipon . Terima kasih sangat-sangat . Biarpon sekadar tulis HB je . Walaupon nampak macam terpaksa dan xberapa nak ikhlas AT LEAST , concern lah jugak kan terhadap keadaan sekeliling . Eh ? 


Tak sambut besar-besaran pon , cukuplah sekadar kek dan lilin blackout . Ini pon sudah cukup menggembirakan aku . My mom cooked tom yam for me , happy stomach ^__^ . Tunggu jam 12 malam baru potong kek =) Nak tengok video potong kek , boleh click dekat link nie -----> Happy Birthday To Me

Okey hasil untuk tahun nie , boleh tahan jugak lah .

Terima kasih Faries =)


Terima kasih mak sedaraku , Anita Ahmad =)


Agak mewah jugak hadiah-hadiah yang aku dapat tahun nie . Terima kasih semua =D

PESANAN PENAJA


" Terima kasih kepada yang sudi wish , tak dapat nak balas satu-satu . So aku harap dengan post nie kira macam aku dah balas lah setiap wish korang tu . Ahaks ~ "

Semoga hari-hari mendatang , memberi khabar gembira buat diri aku . Korang doakan aku yer =)
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Monday, January 28, 2013

Hari telur dan tepung sedunia

Assalamualaikum 

I dont know how to start this post actually but yeah , yesterday i got telur and tepung on my head . Thanx Pizza Hut Banting people >__<


Semalam merupakan hari last day aku dan adik aku bekerja di Pizza Hut Banting . So mereka-mereka semua berpakat untuk baling telur and tepung kat kitorang berdua .

A memo from my manager 

Siap bagi notis dekat papan memo okey . I don't know how to call this thing , is it papan memo ? Whatever . 9 biji telur , dua paket tepung dan satu baldi air campuran sos salsa dan tepung . Memang terbaik lah korang kene kan aku >__<

This is me right after the bangbangboom , wet , dirty and smelly >__<
( i already took a bath actually ) 

Actually aku kene dua kali , satu masa nak buang sampah dekat belakang . Memang kaw-kaw dorang kenekan aku masa nie . Satu lagi masa nak balik .

Sebelum dan selepas 

Lama jugak dah aku kerja kat Pizza Hut Banting nie . First masa bulan Jun tahun lepas , then sebulan kemudian berhenti sebab tak tahan dengan perangai customer . Tak ingat ke ? Klik SINI

Lepastu sambung balik kerja pada bulan September , sampai lah semalam . Kali nie aku berhenti bukan sebab perangai customer yang macam bangang ke apa , tak . Aku berhenti sebab nak sambung belajar dan nak berehat . Eventho the result is not out yet , but i insist to resign .

BTW , bukan nak bangga apa lah kan , tapi ada lah sikit . Ahaks ~ Aku dapat gelaran Best staff kot masa meeting 20 januari yang lalu . Aku dapat hadiah . Wehooo =D

I got this during the meeting =)

Staff meeting hari tu =)

Aku dan adik aku nak mintak maaf kat korang semua kalau ada salah silap kitorang berdua yang buat korang sakit hati or tak puas hati . Aku harap korang dapat maafkan . Terutama sekali dekat manager-manager aku , Miss Wani , Miss Ain dan Sir Ramlan . Terima kasih bagi tunjuk ajar selama nie . Terima kasih untuk segala-galanya lah =D

Jangan rindu kitorang berdua tau , huhu

Okey tu je kot nak cerita . Terima kasih =)

PESANAN PENAJA 


" Terima kasih Sir Ramlan =) "

Tomorrow is my big day , just in case u dont remember lah . Hehe =D
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Thursday, January 17, 2013

Test product

Assalamualaikum

Saja nak hebahkan , hari ini bermulalah promosi pizza baru yang di beri nama Golden Crab Claw Pizza . Nama nak complicated je . Kalau orang takde gigi sebut nie confirm tersembur-sembur .


Bahan-bahan yang terkandung di dalam pizza ini ialah buah ceri , isi ketam beserta penyepitnya , chicken chop , nanas , bawang dan cheddar cheese yang di tabur di atas crust nya  . Sos pulak menggunakan sos salsa yang di gaul dengan lime powder . So kemasaman jelas terasa .

Secara jujurnya , i dont really like this pizza . Sorry . I just like the ketam , that one is delicious .

3 item baru =)

Bukan setakat pizza je baru , air pon ada yang baru . Namanya Golden Passion Fizz . Air nie bagi aku tersangatlah sedap . Tak percaye ? Cubalah korang rasa . Tapi kene bayar lah . Aku minum free je . Bhahaha =D ( Lawak hambar )

Senarai harga untuk dine in =)

Kitorang yang staff-staff pizza nie dapat merasa dulu . Hari selasa hari tu kitorang buat test product . So semua produk-produk baru kitorang akan rasa pada hari tu . Disamping itu juga kitorang di ajar macam mana nak sediakan produk-produk baru nie . Yelahh kan , kalau tak ajar macam mana nak buat nak bagi customer makan , ye dak ?

 Sesi buat air bersama Sir Ramlan

Setelah selesai masak pizza , miss wani comel je =D

Lepas semua dah tersedia , masa untuk makan ! Susun meja panjang-panjang , makan ramai-ramai . Seronok ! Nama pon makan free kan , sape je yang tak suka ? Alahai , orang Malaysia mana yang tak suka barang free ? Ce cakap sikit . Kalau boleh semua benda nak free . Listen ! Eh ?

Sebahagian staff-staff Pizza Hut Banting

Kejinya . Bila ada gambar sendiri bubuh size yang paling besar . Bila tak ada , bubuh takat boleh nampak je -____- Keji zharif keji .

Tunggu masa untuk serang =)

Lupa nak bagi tau . Bukan menu makanan je yang baru , uniform pon turut baru okey . Kaler t-shirt tu serious lawa . Aku betul-betul suka . Cumanya tak ada colar . Tu je yang agak tak sesuai .


Thank you 1 juta fans like facebook page Pizza Hut . Walaupon aku kerja kat pizza hut , aku tak like pon . Muahahaha . Ada orang kata , bila aku pakai t-shirt nie , terus nampak macam budak sekolah . Ahaks , keluar muntah hijau . Umur dah nak 20 tahun kot 29 januari nie . Tapi ada kala nya betul jugak lah , aku macam nampak comel pakai baju nie . Ahaks , muntah pelangi pulak keluar .

Gambar tahun 2012 , uniform rasmi pizza hut
( Maaf , senyum sinis )

PESANAN PENAJA 


" Time aku nak berhenti nie lah gaji nak naik , aduyaii >__< "

Yeah , aku akan menamatkan perkhidmatan aku pada 27 Januari 2013 . That would be my last day working in Pizza Hut Banting . Banyak kenangan manis dan juga kenangan pahit kat sini . This experience makes me more mature and stronger . I learned a lot .

I will miss Miss Wani so much =') Suka satu shif dengan dia , suka borak-borak dengan dia , suka dengar Miss Wani bercerita =) I will miss other staff too especially Tasha , Daus , Arell , Dayang , Sue , Wak , Prakash dan lain-lain lagi . Suka bekerja dengan korang semua =)

BTW , my adik will berhenti too =)

Kan sweet adik dan abang kerja satu tempat =D

Adik lambat masuk , abang tolong punch card kan , abang lambat masuk , adik tolong punch card kan . Team work itu penting ye kengkawan =D

Okey itu jelah kot , dah tulis pesanan penaja pon still berceloteh lagi -___-
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Friday, January 11, 2013

Obses

Assalamualaikum

Pernah tak korang rasa obses terhadap sesuatu artis ? Tak kesah lah sape artis tu , asal mana semua tu tak kesah . Yang penting korang obses sangat dengan dia . Sampaikan semua hal yang berkaitan tentang artis tu korang tau .

Aku pernah mengalami rasa obses tu terhadap satu artis nie . Aku tersangat obses dengan Dato' Siti Nurhaliza suatu ketika dulu . Obses aku nie sampai di tahap yang paling parah tau .

--------------------

1.Semua lagu yang Siti nyanyi aku ada . Aku simpan semua lagu-lagu yang ada dalam album dia dalam satu folder dekat komputer . Sedap ke tak sedap itu belakang cerita . Yang pasti , wajib ada semua lagu Siti . ( Bagi aku , semua lagu-lagu Siti best dan sedap )

2.Sebabkan Siti Nurhaliza juga , aku sampai berperang mulut dengan ibu aku . Dulu kan ada orang fitnah Siti . So ibu aku pon macam meng-iyakan dan percaya akan fitnah yang dilempar kat Siti tu . Aku punya lah defend Siti nie mati-matian . Aku tetap dengan pendirian bahawa Siti tidak seperti yang di katakan oleh tett tett . Korang ingat tak pasal isu fitnah Siti nie ? Aku malas nak terang panjang lebar , takut kene saman pulak nanti . Hewhew .

3.Bukan itu saja , tiap kali Siti buat persembahan , ada je yang tak berkenan dekat mata-mata mereka yang melihatnya . Itu tak kena lah , ini tak kena lah . Termasuklah ibu aku . Aku pon terus membidas kata Siti tetap nampak cantik . Tak ada cacat cela pon . Semua yang Siti pakai semua nampak cantik di mata aku . Takde yang tak cantik . Noktah ! ( Tapi kalao dalam soal cara Siti berpakaian , selalu nya ibu aku amat memuji Siti sebab kebiasaanya Siti selalu berpakaian cantik kat mana-mana anugerah )

4.Pernah juga , masa tu Siti tengah buat persembahan dekat TV , then ibu dan adik beradik aku saja je tukar channel lain . Aku punya menangis mengamuk suruh tukar channel tu balik semata-mata nak tengok Siti . Dorang tau reaksi aku macam mana bila dorang tukar channel time Siti buat persembahan . Dorang memang suka cari nahas dengan aku . Saja je dorang nie >__<

5.Jodoh Siti dengan Datok K . Isu nie cukup menggemparkan negara suatu ketika dulu bila Siti mendedahkan kisah cintanya dengan Datok K . Para pendengki semua sibuk cakap Siti kahwin dengan orang berusia ( Panggil berusia sopan sikit lah kot ) . Satu je aku nak habaq kat ampa semua , Datok K merupakan Datok berusia paling hensem kat Malaysia nie tau . Ada ke Datok berusia yang lain sehensem Datok K nie ? Ada ?!! Hah kan dah mula tinggi suara aku . Emosi betul aku bila cakap pasal Siti nie . Huh .

6.Isu cara Siti bertudung . Ya Allah , isu nie macam takde kesudahan . Memang tiap kali asyik bergadoh je dengan family aku . For me , beri lah ruang kepada Siti untuk berubah . Tak semua manusia mampu berubah secara drastik . Ada yang perlukan masa untuk berubah . So do Siti . So soal cara Siti mengenakan tudung tu toksah lah korang kutuk ke apa ke . Toksah lah erk . Ke korang nak tengok aku ngamok sebab benda nie ? So bila aku cakap toksah , toksah lah jawab nya .

7.Soal kenapa Siti tak dapat anak lagi . Isu nie pon asyik dibangkitkan oleh orang ramai . Soal zuriat nie urusan Allah . Kita nie sebagai manusia cuma mampu berusaha dan berdoa saja . Jadi tolong lah jangan desak dan buat anggapan-anggapan buruk kat Siti nie . Kesian lah dia . Tiap kali temubual Siti je , mesti tanya bila nak dapat anak . Kadang aku tengok wartawan nie macam tak sensitif langsung terhadap sesuatu isu tu . Aku cukup menyampah bila wartawan tanya soalan nie kat Siti . Rasa sakit hati sangat . Dah kenapa aku pulak yang sakit hati nie ? Makin korang desak Siti dengan pertanyaan begitu , makin tension lah Siti . Bila tension , susah nak mengandung . Hah tengok ! Aku dah mula berhujah tips-tips untuk mudah mengandung pulak .  Ahhh sudah -__-

--------------------

Alhamdulillah lah , sekarang nie takde lah macam dulu . Aku dah takde obses sangat dengan Dato' Siti nie . Kira nya bila orang lain kutuk Siti ke apa ke , aku takde lah sampai mengamuk mempertahankan Siti . Aku just diam and blah je . Malas nak bergadoh .

Aku dah cuba kawal diri aku untuk tidak terlampau taksub dan obses terhadap sesuatu artis . Tapi suka dan minat tu tetap ada sampai bila-bila . Dato' Siti jangan risau =D Harap-harap satu hari nanti dapat jumpa dan bergambar sama dengan Siti =) That would be my happiest moment ever !

Since komputer aku rosak , semua koleksi lagu Siti yang aku ada semuanya hilang . Aku takde lah download balik semua lagu tu . Kalau aku rasa nak dengar , aku dengar kat youtube je . Kalau rasa macam sedap sangat pulak , baru aku download . Kalau dah mula tengok youtube nie pon satu hal , tak boleh nak berhenti . Asyik nak klik segala link-link video kat tepi tu . Selagi di suggest selagi tu akan klik . Parah . Penyakit sawan Siti aku datang balik >__<

Aku tak tau lah kenapa aku minat sangat dekat Siti nie . Mungkin sebab dia cantik , sopan dan baik kot . Suara dia sangat lah sedap dan mantap . Lagipon lagu-lagu dia semuanya best-best . Walaupon aku minat gila-gila kat Siti nie , aku tak pernah beli pon album dia or even datang konsert dia . Kiranya aku nie dalam kategori die hard fan yang miskin lah . WAKAKAKA

Okey itu je .
( Harap maaf kalau rasa saya nie tak hormat sebab cuma panggil nama je tanpa letak pangkat Dato' di awal nama )

PESANAN PENAJA 


" Selamat ulang tahun yang ke 34 buat Dato' Siti Nurhaliza , semoga terus sukses dalam apa jua yang Siti ceburi . Semoga tahun 2013 nie akan memberikan kenangan yang manis buat Siti dan keluarga =) "

Hah tengok panjang berjela entri aku kali nie . Gambar bubuh satu je cukup kot . Actually entri nie dah lama tersimpan dalam draft since bulan Julai tahun lepas kot . Cuma tunggu masa yang sesuai je untuk di publish . Hah sekarang memang masa yang sesuai =)

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Wednesday, January 9, 2013

Temuduga pendidikan di UPSI

Assalamualaikum 

Lamanya tak updated blog . Terus rasa kaku takde idea nak karang ayat muqaddimah macam mana . Selalunya bab ayat-ayat muqaddimah skema ayam nie aku lah yang paling terer . Maaf buat korang tertunggu-tunggu entri terbaru blog jejakakaula , modem internet rumah meletop . Terus kedebaboom . Motif letak sound effect kat sini zarep ?

Abaikan ~

Sabtu lepas aku hadiri satu temuduga . Temuduga pendidikan dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris atau nama glamournya UPSI . This is my first time ever dapat temuduga formal macam nie . Kecut perut , gundah gulana semuanya ada .

Surat perakuan , wajib bawak >__<
( Klik untuk tumbesaran melampau )

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...