Wednesday, July 31, 2013

Perangai customer yang annoying

Assalamualaikum

Terdapat banyak jenis customer yang aku dapat, mostly semua okey lah cuma kadang ada certain customer tu buat aku rasa annoy sangat tau.

1. Nak tengok-tengok je dulu. 


Customer dalam skop ini cukup membuatkan diri ini sakit hati. Kalau setakat belek-belek takpe lah, it's okey for me. Tapi ini sampai bukak kotaknya, keluarkan segala benda alah macam dalam tu. Dah tu, bukan reti nak pack balik seperti sedia kala, tinggalkan macam tu je. Perghhh ! Bukan tak ada display, ada. Cuma gedik gatal tangan nak teroka sendiri.

p/s : Barang-barang elektrik kan biasanya banyak benda dalam satu kotak, macam gabus, plastik, kertas and alatan elektrik tu sendiri. 
So kalau dah bukak, memang payah nak masukkan balik seperti sedia kala.

2. Nak beli tak jadi.

Ya Allah sabarnya lah dengan customer dalam skop ini. Cukup membuatkan diri ini begitu menyirap sekali. Mostly yang buat nie foreigner lah. Kalau setakat iron or mesin potong rambut takpe tau, senang sikit nak packing balik. Ini kes yang jenis nak try speaker or DVD player. Korang tau tak nak setting benda alah dua nie payah ? Mengambil masa yang agak lama. Kalau dorang betul-betul nak beli takpa lah. Berbaloi jugak kerja keras aku menyetingnya pon. Ini dah penat-penat aku setting, dorang boleh tak jadi beli. Rasa nak hempuk je dorang dengan speaker tu tau tak.


Pernah aku dapat satu customer Filipina nie, that time dah jam 7.30 malam. Aku nak berbuka puasa woii dorang boleh plak menggedik nak test speaker. Aku pon testkan lah, lepastu tak jadi nak beli. End up aku buka puasa jam 7.50 malam. Tak ke kuaja tu ? Mana elok melambatkan buka puasa >___<

3. Don't expect me to understand your language.

Again, dalam skop nie juga melibatkan foreigner. Mostly bangla and filipina punya olang. Sorry to say, bau nya je dah setengah azab, dengan bahasanya yang ado satu haram jadah aku tak faham. Ayoyo, nak datang negara orang tu, at least reti lah sikit bahasa Inggeris woi. Broken English pon takpe kalau tak reti nak straight. Eh macam silap guna frasa je >___<


Bangla : Abang, itu lembu ada ?
Me : Hah ? Lembu ? Mana ada jual lembu kat sini -___-
Bangla : Lembu lah abang, takkan tak ada jual.
Me : Maaf lah memang tak jual lembu kat sini. Lagipun macam mana nak bawak lembu-lembu tu naik kat tingkat 3 nie -___-
Bangla : Itu lembu lahh ( Sambil tunjuk atas )
Me : Errr lampu ke -___-

Lenkali cakap tu biar terang lah aduyai nya pon

Tapi kalau foreigner dari Indonesia kadang aku suka tau. Sebab boleh lah speaking jowo dengan dorang. Well, my mom always cakap jawa dekat rumah, tambah-tambah bila nak marah. Memang jawa semua keluar. Terus hilang keayuan tau bila marah. So, nak cakap tu aku boleh tapi tak lah se-terer mana pon. Tapi yang penting, aku faham apa yang orang jawa cakap.

Indo 1 : Arek seng di po ? Seng koyo kiye o seng koyo kue ?
Indo 2 : Arek seng kiye lah. Eneng dak seng apik sikit, seng kiye koyo udah dinggo wong.
Me : Eneng.
Indo 2 : Eh boca kiye kok iso ngomong eneng Indo 1.
Me : ( Mencelah ) Hahaha sebab mak saya orang Jawa, sebab tu saya boleh faham. *flip hair*
Indo 1 : Laaaa dik Orang Jawa mana ?
Me : Orang jawa sini lahh =)

So hati-hati lah kepada abang-abang indonesia diluar sana tu. Kalau nak mengumpat aku time nak beli tu, mintak mahap lah. Aku faham apa yang korang cakap. So jangan sampai kasut aku singgah muka korang sudah lerr. Ugut acah-acah je nie.

Dan aku tak pasti sama ada muka aku nie macam cina ke tak, yang pasti kenapa ada customer keliru dengan wajah kacukan Jawa Melayu ku ini ? Ada certain customer tu, terus melulu speaking cina dengan aku. Aku pon dok terpinga-pinga "What the F did you just said ?". And ada yang lebih sopan sikit akan tanya dulu, "You Cina ke Melayu ?"

Typical chinese look kan dorang bermata kurang bulat (bahasa sopan), sedangkan aku tak macam tu pon. Terang-terang muka makan belacan, budu dan tempoyak. Benda nie bukan berlaku kat sini je, time kerja dekat Pak li dengan Pizza Hut dulu pon berlaku benda yang sama. Dah boleh adapt lah dengan situasi begini, gituewww....

4. Nak yang murah tapi nak tahan lama.


Korang sendiri boleh agak skop customer nie untuk kaum mana. Ye tepat sekali ! Ini untuk kaum ku sendiri, Orang Melayu. Nak yang murah tapi nak tahan lama. Lepastu warranty nak yang 2 tahun je. Perghhh ! Orang Melayu demand memang tinggi siot. Sebab tu lah wang hantaran sekarang nauzzubillah mahalnya.

Akak : Dik ada tak speaker laptop yang murah-murah punya kat sini ?
Me : Ada kak, ini dia =)
Akak : Boleh tak akak nak tengok semua tu ? Akak nak pilih lah.
Me : Boleh , nahh =)
Akak : Laaa dik, nie kenapa nampak macam cap ayam sangat je ?
Me : -____-
Akak : Nie warranty berapa lama dik ?
Me : Speaker nie takde warranty kak.
Akak : Laa mana boleh macam tu, sepatutnya kene ada. At least setahun warranty.
Me : -____-

FOR GOD's SAKE WHAT DID YOU EXPECT FROM CHEAP THINGS HUH ? 

Nasihat untuk mereka-mereka yang di luar sana, jangan lah expect benda murah nampak macam benda branded. As long as boleh guna dah cukup. About the look, just accept the fact that those things are CHEAP. And about tahan ke tak, well depends on how you use the things lah, pandai jaga maka tahan lah barang tu. As simple as that.

5. Cerewet nak mam ...

Selisih malaikat empat puluh empat. Tolong jauhkan diriku dengan customer jenis ini. Ini semua kaum ada, 1 Malaysia kata pak jibby kita. Ada je yang tak puas hati, itu tak ada lah, ini tak ada lah, design tak cantik lah, colour tak menarik lah, kotak dah buruk sangat lah and bla bla bla. Ada je yang dia tak berkenan. Lepastu request nak tengok brand lain punya pulak.


Kak oi bang oi, kalau nak perfect sangat seperti yang diidamkan, apa kata pergi syarikat tu sendiri lepastu design sendiri ? Boleh ? Aku seringkali dapat skop customer jenis ini ketika mereka hendak membeli vacuum. Sehingga lah sampai satu saat, semua benda dah terbukak, dah test bagai, baru dia pilih. That time bila dia selesai memilih, itu merupakan saat paling gembira buat diriku. Gembira bukan sebab aku berjaya yakinkan customer tu suruh beli, aku gembira sebab akhirnya blah jugak customer nie.

--------------------------------------------------

Well, itu semua dah berlalu. Aku dah pon berhenti. So tak ada apa yang perlu di risaukan lagi. Gaji pon dah dapat. So dah boleh start shopping raya =D

PESANAN PENAJA 


" Customer suka buat aku pening @___@ "

Jumaat bersamaan 2 Ogos, adik-beradik aku semua akan ada dekat rumah. Seronoknya !!
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

 

Tuesday, July 30, 2013

Last Day Work

Assalamualaikum

Besok is my last day work maka genaplah sebulan aku bekerja dekat sini. Macam-macam benda aku belajar. Dari tak tahu, sekarang dah tahu. Since bekerja dekat sini jugak, tiap kali nampak barang elektrik je, mesti nak cek jenama. Termasuklah barang-barang elektrik dekat rumah aku. Masa mula-mula kerja under department electrical nie, rasa macam terkejut beghuk pon ada. Sebab there are so many jenama yang aku tak pernah dengar dan tau pon, I was like "Yerkk, jenama apa tu. Tak pernah dengar pon, sape lah yang beli barang letrik jenama tu, bla bla bla". Something like that lah. But then bila balik rumah, aku dapati barang letrik yang aku yerkk kan tu, ada dekat rumah aku -____-

So dari sini baru aku sedar yang selama nie aku memang tak amik port langsung pasal jenama letrik.

Kerja dekat pasaraya juga mengajar aku erti mengumpat atau dalam bahasa sopannya, gossip. Orang tu cakap begini, orang nie cakap begitu. Macam-macam cerita aku dengar. Bukan lah aku tak pernah mengumpat selama nie, halloo ! Tolong sikit erk, sape yang tak pernah mengumpat ? Liar, everybody does. Cuma kene kawal lah, tapi sometimes bila dah jumpa kawan yang ngam dengan kita, time tu memang tak boleh kawal. Hahahahahaha =D

Ragam customer ? Memang banyak ragam. Rasanya lebih parah kot daripada customer Pizza Hut. Kalau aku rajin nanti, aku update post pasal customer The Store yerp. I said "Kalau", so jangan tuntut pulak erk kalau aku tak update nanti. K bye =P

PESANAN PENAJA 


" Best dapat kerja dekat pasaraya sebab kadang macam takde kerja langsung kene buat, tapi bila ada kerja nak kene buat, masa tu macam nak menyumpah seranah je orang yang suruh kita itu ini tapi tak tolong sekali. Opsss ! Itu kira mengumpat ke uolls ? "

Name tag sepatutnya dah dapat dah tapi HR department said aku punya name tag dia tak buat sebab dia tau aku nak berhenti. Sedih dan sakit hati. Sekian.

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.
See ya !

Sunday, July 28, 2013

Kaunter pertanyaan

Assalamualaikum

It's been a while since my last post, quite lama jugak mengabaikan blog ku ini. Feels really good dapat menulis lagi.

Actually kali nie nak berkongsi satu benda, yang sebenarnya dah lama sangat bermain di fikiran aku. Selagi tak di tulis, selagi tu aku asyik dok berfikir je kat tempat kerja aku. So lebih baik aku tulis sebelum aku jadi gila. Aku mendapati yang aku nie telah menjadi satu kaunter pertanyaan. Which TERLAMPAU banyak persoalan yang ditanyakan kepada aku.

Contoh pasal entry interview dekat UPSI. Itu merupakan kali pertama aku dapat interview formal macam tu but then ramai pulak yang mintak tips interview. First timer kot, bukan nya yang dah kerap kali kene interview. Setakat tips takpe lagi tau, ini sampai dah menyentuh corak pemilihan UPU bagai like I'm the one who's in charge in deciding which U you will get. I mean like seriously guys ? Bila baca balik komen-komen dekat post tu, kelakar kot. Macam-macam persoalan dorang tanya. Ini baru dekat blog, dekat facebook tak sentuh lagi. Aku pon dok layan je semua pertanyaan tu, bagi jawapan pon yok yok oo dah macam bajet pro je =P

Ini baru interview UPSI tau, interview SPA tak kira lagi.

Lepastu entri tentang braces pulak. Yang nie lagi parah, almost semua benda tanya. Basic things like harga, place and sakit ke tak tu boleh lah aku jawab. Kalau tanya bab masalah gigi korang tu kat aku, what did you expect from me ? I'm not even dentist for god's sake >___< Better korang gi jumpa doktor gigi tu sendiri and luahkan lah segala hasrat terpendam. They know better.

This two post very popular among my posts so memang banyak soalan ditujukan dekat aku. Dekat blog tanya, dekat cbox tanya, dekat facebook pon ada orang tanya. Dekat twitter yang kedekut patah perkataan tu pon dorang tanya. Parah.

To make things easier, korang leh tanya aku macam-macam dekat ask.fm ( http://ask.fm/zharif93 ). I just did a few days ago since i checked my cbox recently, there's a lot of question yang aku tak jawab. I'm so sorry guys. Aku memang jarang bukak cbox. So kalau ada apa-apa soalan yang bermain di fikiran korang tu, boleh pergi dekat ask.fm aku and tanya lah whatever question yang korang nak tanya.

PESANAN PENAJA 


" Please no ugly words, peace ! "

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.
See ya !

Saturday, July 13, 2013

Klebang Coconut Shake

Assalamualaikum 

Bukan nak gebang ke apa, cuma nak cakap Coconut Shake Klebang memang terbaik ! This is not my first time actually. Dah banyak kali dah since aku start menerima rawatan di Melaka nie. Cehh, rawatan sangat tau, yok yok o je


Sunday, July 7, 2013

Updated kehidupan diri

Assalamualaikum

Kalau korang-korang tu yang belum tau, aku dah seminggu bekerja dekat The Store Banting under electrical department. Curlasss kan kerja under electrical department.

Handphone actually tak boleh pegang tapi aku bawa nya secara haram

Terus terang aku cakap, aku memang tak tahu apa-apa pasal hal-hal elektrik nie. Tapi sejak dah seminggu kerja nie, alhamdulillah benda basic pasal letrik aku dah tau. Kalau dulu, nak tukar mentol lampu pon aku tak gheti, tapi sekarang dah gheti. Dulu nak pasang starter pon tak pandai a.k.a takut kene kejutan letrik, tapi sekarang dah boleh pasang macam orang pro. Boleh beri tepukan gemuruh sekarang. *pap pap pap pap*

Duhhh dah macam lucah pulak sound effect aku nie -____-

Seminggu bekerja juga, aku telah terkena 3 kali kejutan letrik. Tapi alhamdulillah setakat nie tak ada lagi petanda mana-mana wayar shot dekat otak aku. Still okey malah makin hensem, gituewwww.


Kerja aku mudah saja. Testing barang, cop warranty and tampal-tampal harga. Kalau stok sampai tu berat sikit lah, kene susun barang. Tapi most of the time aku cuma duduk dekat counter je tunggu orang datang. Itu je. Boring memang boring tapi best lah macam tak bekerja. Depan department aku, department cd. So layan jelah movie-movie yang ditayangkan kat situ. Head of department pon join sekaki tengok movie tau tak. Siap boleh request lagi nak tengok movie apa, amboi tak ?

Actually aku risau lah tak dapat cuti raya lama-lama. Aku akan cuba mintak cuti 2 minggu. Tapi kalau tak dapat jugak, mintak mahap lah yer, aku terpaksa resign. Bab raya pliss jangan kacau. Aku nak raya sepuas-puasnya. Ini satu ugutan okey, tolong ambik serious. Aku bekerja nie pon sebab nak duit untuk shopping raya. Itu je. Gaji bulan pertama pon dah cukup untuk ber-shopping. Huhu

PESANAN PENAJA 


" Times Square aku datang !!! Kau tunggu aku yerr "

Entry baru akan muncul lagi, tunggu naaa =)
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...