Sunday, September 29, 2013

Perkembangan braces

Assalamualaikum

It's been a while since I'm not talking about my braces. So hari nie nak cerita lah sedikit tentang perkembangan braces aku setakat ini. Sapa yang geli, boleh beredar sekarang, takut termuntah kang payah.

Gambar lama tahun 2010 *__* 

Segan lah pulak letak gambar hodoh aku nie. Ye ye semua orang boleh ketawa >___< If you can see, aku mempunyai gigi yang tak normal. Susunan nya berbentuk empat segi while normal person kan bentuknya bujur. Aku siap tolong lukiskan tahu tak demi bagi korang faham. Tepuk sikitlah sempena usaha gigih aku tu.

Kalau mata korang tu lebih tajam, you can see gigi bawah aku yang senget.

Alhamdulillah lah, gigi aku dah nampak okey daripada sebelum nie. Since aku tak ada gambar yang jelas akan keadaan gigi aku before aku pakai braces, so that nak buat perbandingan pon tak boleh. Cuma aku boleh cakap banyak perubahan yang dapat aku rasa. Mostly gigi bawah aku lah. Kalau dulu gigi bawah aku ada yang senget dan jarak-jarak. Now dah okey cuma ada satu lagi gigi belakang tak masuk saf. Degil sangat gigi tu sampai doktor aku pon fening tak tau nak buat macam mana lagi dah.

Baru-baru nie aku pergi follow up dekat Melaka tukar getah. Now I'm wearing merah marroon.

Boleh klik pada gambar untuk tumbesaran melampau.

1 - Sebelum.
2 - Selepas.
3 - Saja letak so that korang tak ada lah terbayang-bayang wajah hodohku 1 dan 2 serta gambar first tu.

So far dah 2 tahun setengah aku pakai braces. Lama dah kan ? Mana tak lama, dekat setahun tak pergi follow up. Dari bulan 10 2012 sampailah bulan 7 2013. Gila. Doktor bagi appointment tak pergi. Teruknya diri ini. Ini pon lepas 2 bulan baru pergi follow up lagi. Kawan aku yang baru pakai tahun lepas dah bukak dah. Jeles tau tak >__<

Nasihat aku, kalau korang nak buat braces, buatlah yang dekat-dekat. Tak payah ambik jauh-jauh macam aku nie. Bila nak follow up kene consider masa, duit minyak, duit tol, duit nak makan lagi. End up, kos nya sama je dengan kos braces yang mahal sangat tu. Lagi satu, tepatilah appointment yang telah ditentukan kalau nak gigi cepat siap.

So basically bila dah gi follow up tu, mestilah wajib singgah Klebang coconut shake, ye dakk ?


I hope, by early next year aku dah bukak braces. Doakanlah erk untuk aku. Harap bila dah bukak braces nie nanti, aku akan lebih berkeyakinan untuk bercakap. Aku tak banyak cakap pon maybe sebab gigi aku nie. Actually lain orang lain cara aku berinteraksi. Bukan aku nie fake ke apa. Cuma aku menyesuaikan diri dengan keadaan.

Bak kata Prof Shams Ur Rahman Khan, my social psychology lecturer, different people different character we present. Depan isteri, kita jadi suami. Depan ibu bapa, kita jadi anak. Depan anak, kita jadi ibu bapa. Depan musuh, kita jadi jahat. Depan kawan baik, kita jadi gila-gila. Depan awek, kita jadi romantik. Wahhh gitueee =) Dan begitulah seterusnya. Lain orang lain cara kita layan. Dapat pulak kos yang memang kene bercakap, yelahh bila jumpa client nanti, kene bercakap, takkan buat dunno je.

PESANAN PENAJA 


" Attention to all who ask, my doctor dah bersara dari buat rawatan orthodontic nie. 
Dia tak ambik patient baru dah, hanya menyelesaikan patient-patient lama yang tak selesai-selesai lagi masalahnya. Clear ? "

Lama blog menyepi. Makin lama makin busy lah. Banyak assignment nak kene buat. Dengan program-programnya lagi, adoiii. Ya Allah, permudahkanlah hidup ku ....

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Monday, September 16, 2013

Inilah cerita 7 Sept tu !

Assalamualaikum

7 Sept lalu, aku hadiri satu jemputan dari tempat kerja ayah aku bersempena mesyuarat agung tahunan koperasi kali ke-29. Setiap kali mesyuarat agung nie, dorang akan hadiahkan saguhati kepada anak-anak anggota yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.

Inilah tempat kerja ayah aku 

But in my case, bukan lah sebab aku dapat result cemerlang ke apa, bukan. Aku dalam kategori anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke universiti, tak kira lah universiti tu swasta mahupon kerajaan. Tapi adik-beradik aku yang lain tak dapat, sebab ayah aku kata ini untuk ijazah sahaja.


Dulu time SPM dah pernah dapat benda nie. Kalau rajin selongkar blog aku nie mesti jumpa. Tapi time PMR tak dapat pon, maybe limit 7A ke atas kot. Sedih, PMR wa cuma 6 je mampu T__T. Kalau dulu masa SPM, nilai wang based on how many A's kita dapat. Satu A dapat 50 ringgit. Subjek BI dan BM kalau A dapat 80 ringgit. Kali nie aku cuma dapat 350 ringgit je. Kurang 10 ringgit time SPM dulu.

Awat lah tak up kan 500 je ? Nama pon dah masuk universiti. Duit dah lah banyak nak digunakan . . . . . . . . . . . . . . untuk shopping.

Papepon, Alhamdulillah rezeki. Sape yang nak bagi duit free-free oi zaman sekarang nie. Mak datin pon mintak balasan tau kalau dah belanja itu ini. Eh ? Awat lain macam bunyi nya ini. 18sx dah nie.

Kawan-kawan ayah aku cakap aku nie Cikgu Kpop. Dorang kata sebab rambut aku pacak-pacak. Celah mana pulak rambut aku pacak-pacak ? Lulz. 

Seperti biasalah. Bila cakap UPSI je orang label cikgu. Dah macam sebati sangat ikatan dua perkataan tu. UPSI je cikgu, cikgu je UPSI. Tapi tak kesah lah, kadang aku iya-kan je sebab malas nak ulas panjang lebar.

Perasaan tu jadi tak best tau sebab aku bukan cikgu pon, course aku bukan under program pendidikan. Same like jadi medical assistant ( MA ) dekat hospital or klinik-klinik kampung. Orang akan panggil kau doktor padahal kau bukan. Memanglah bangga orang panggil doktor tapi hakikatnya kau bukan seorang doktor. So perasaan tu jadi tak best. You got me ? Ke korang dah misunderstood about my understanding nie ?

Kalau my course nie membolehkan aku jadi cikgu or lecturer ke, Alhamdulillah. Bangga wooo. Mulia kot jadi tenaga pengajar nie. Ilmu yang kita bagi tu kalau dimanfaatkan dan disampaikan, pahala tu dapat berterusan tahu tak.


To make this thing clear, I'm not wearing this ugly plastic wrap on my shoes for fun. I had to. Nak masuk sini ada kasut khas. So tetamu dari luar tak ada kasut khas tu, only pekerja je ada. So para tetamu diwajibkan pakai benda alah hodoh nie. Sekian.

We got this and we bought chocolates. Lol


That's it. Besoknya pulak aku balik UPSI. Tamat. Takde benda penting yang menarik pon sebenarnya. Just nak ceritakan ini je. Yelahh cakap macam yok yok o je macam ada benda penting, rupanya yang adoo.

PESANAN PENAJA


" Thanx for this =) Next time up kan lah lagi erk nilainya. Ahaks ~ "

Assignment dah berpusu-pusu masuk. Duit pulak berpusu-pusu keluar. Stress tol !
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Wednesday, September 11, 2013

Ujibakat pembaca berita RTM

Assalamualaikum

Percaya atau tidak, siang tadi ( 10 sept ) aku pergi ujibakat sebagai pembaca berita kot. MashaAllah, huru-hara jiwa aku masa tu tau tak. Nebes gila nak mamfusssss >___<

Al-kisahnya begini....



Aku terdengar macam ada konsert dekat satu blok nie. Ingatkan ada artis, so aku dengan classmate aku pon pergi lah sana. Konon cuma nak tengok-tengok jelah. Lepastu terlalu lah satu booth RTM nie. Akak-akak RTM pon mula mendekati kitorang suruh cuba ujibakat.

" Dik dik, meyh lah cuba ujibakat nie, alaaa ujibakat je. Kitorang bagi skrip. Jangan lah risau. 
Nanti kitorang bagi goodie bag sekali "

I was like . . . .  Me as pembaca berita ? No no no.

Tapi classmate aku ber-iya nak cuba. Plus plus ada nampak payung and macam-macam cenderamata yang menarik. So aku pon ikutkan jelah. Ujibakat je pon, lepas tu dapat barang-barang percuma, balik. Dah selesai.

Tudiaa borang cuba-cuba pemberita ....

Tengah dok mengisi borang-borang tu, aku terfikir lagi, betul ke apa yang aku buat nie ? Ya Allah aku rasa nak lari je masa tu.

Dah siap-siap isi borang, tunggu giliran. Lepastu kru-kru kat situ dok memuji lah tulisan aku cantik. Siap ambek gambar lagi. Dorang cakap tulisan aku macam tulisan perempuan. Amboi. Dah lah aku tengah nervous masa tu, jantung ber dup dap dup dap laju nya. Puji lah macam mana pon, fikiran tetap tak dapat nak lari daripada terfikir pasal ujibakat.

And aku lupa nak ucap terima kasih. Kbye. BTW, thanx =) Malu lahhhh .. Hahahaha

The stage

Ada briefing dulu macam mana nak buat. Ayat pendahuluan dan penutup tak ada dalam skrip. So kene pandai-pandai reka.
Lepastu, si tukang beri arahan pon bagi arahan. We're about to be on air in 5 4 3 2 1, silence and . . . . go.

Tunggu arahan .... Peserta nie lawak kot, Ops sikap, dia sebut O-P-S sikap. 
Tak ke gonjeng tu ? Sebut huruf nya satu persatu.

Then muncul lah giliran aku . . . .

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, hai saya Zharif Azis, melaporkan untuk 1News.
Then terus baca skrip menghadap kamera.

First part berita melayu, second part berita omputih. Hancuss .....

Kau hingat sonang, dah lah tak hafal lagi. Lepastu nak fikir nada dan lenggok sebutan.

Sebaik sahaja aku selesai, my classmate bagi tahu aku. Masa aku tengah on air, dia cakap si tukang bagi arahan tu cakap dekat cameraman, suruh tengok tangan aku. Dia kata tangan aku terhentak-hentak dengan lajunya. Lepastu dorang ketawa cover.

Bukan setakat tangan je, kaki pon sama menggigil-gigil. Aku nie memang langsung tak boleh jadi the centre of the attention, memang aku akan start jadi macam tu. Menggigil tak sudah. Rasa macam nak kene panic attack pon ada masa tu.

Yang laki baju merah kiri sekali tu juri. Dia yang menilai para peserta. 
That's my classmate, abang chik tengah membaca berita =)

Pembaca berita dunia, nama dia Nadia =) Macam Neelofa kan muka dia. Cantik ^^

One thing is the crew was very nice. Sangat approaching, friendly and funny. So that tak ada lah pressure sangat kat dalam bilik tu. Sedikit sebanyak dapat lah jugak meredakan ke-nervous-an mereka-mereka yang tengah menunggu giliran.

Nadia nie lah yang ambil gambar tulisan aku tu =) 

Masa habis ujibakat tu, dah jam 5.40 petang. Kitorang berdua dah lambat pergi kelas ! Classmate aku tu kelas dekat kampus baru, dekat je dari tempat ujibakat nie. Aku nie kelas dekat kampus lama. Kene naik bas lagi. Ahh sudahh ! Nasib baik tak kene marah dengan madam. Dah lah first class dengan madam. Awal-awal dah buat rekod buruk. 1 hour late. Sangat tak patut zarep.

Lepastu intro diri sendiri dalam kelas entah apa-apa. Bolehnya describe diri sendiri sebagai complicated person, untalkative, very shy person, having problem making new friend, love being alone and i love blogging.

Lol, teruknya aku describe diri sendiri pada hari pertama kelas. Mesti budak lain takut nak tegur aku T__T

PESANAN PENAJA 


" Dapat ini je rupanya, tapi tak apa lah, yang penting pengalaman tu. Huhu "

Cerita 7 sept tak updated lagi. Next entry aku updated. Promise ! =)
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Sunday, September 8, 2013

Semester 2 begin

Assalamualaikum

Rasa nak sepak-sepak muka sebab macam tak percaya sekarang dah berada di UPSI. Oh tidak ! My holiday is over. Menci menci menci !


Sampai sini tengahari tadi. Lepastu terus daftar kolej dekat dewan and ambik kunci bilik. Alhamdulillah, blok aku kali nie tak jauh seperti dulu. Blok aku betul-betul bersebelahan kafe. Me is happy. Dan yang lagi happy nya lagi, bilik aku berada di tingkat satu. Yeay ! Tak ada lah penat naik tangga macam dulu.


Kunci bilik haruslah ditayangkan 

Nasib baik masa aku masuk bilik nie, roommate aku tak ada lagi, so I can choose my bed. First aku tengok dulu arah kiblat, arah kiblat tak menghadap katil tepi tingkap, so aku pilih katil tepi tingkap. Yelahh kan, susahlah kalau kiblat mengarah ke katil kita. Bila roommate nak solat kita rasa tak selesa.

 Of course lah posing terbang-terbang time roommate tak ada

Taraaaa ! Dah siap kemas 

Sem nie dah tukar ampaian, dulu ampaian pendek, sekarang ampaian tinggi. 
Senang nak sidai baju

My roommate, hurmmm nak describe macam mana erk. Memandangkan ini merupakan first day aku kenal dia so aku tak berapa tahu sangat perangai dia. Tapi apa yang aku boleh describe based on apa yang aku tengok secara mata kasar, dia nie pembersih. Rasanya tak merokok KOT. Tengok gusi cantik je. Handsome, tapi handsome lagi aku, ahaks. Putih. Budak sem 3 course pendidikan Bahasa Melayu. Umur aku tak tau lah pulak. Asal usul semua aku lupa nak tanya.

Dah itu saja. Aku malas nak tanya banyak-banyak. Aku nie agak awkward sikit dengan orang baru kenal, awkward erk, bukan kekwat. Aku nie ada masalah untuk bergaul. Me is very shy person.


Siap kemas-kemas bilik, kitorang semua pergi makan dekat kafe. Now parents aku baru tau yang harga makanan dekat kafe KHAR tu tersangat lah mahal. Aku sudah berjaya meyakinkan kedua ibubapa ku untuk menaikkan perbelanjaan ku sebulan. Yeayy !! Lepastu kitorang solat then bertolak pergi pekan nak beli barang-barang aku yang masih lagi kurang. Alhamdulillah, kini kotak makanan ku penuh dengan makanan-makanan. Happy tummy ^__^

 My adik laki je tak dapat ikut hantar aku, sedihh je

Semoga panjang umur mereka berdua supaya aku berpeluang membalas jasa =')

Esok dah mula kelas, so bermula lah kehidupan sem 2 ku. Dengan lafaz Bismillah, aku merasmikan sem 2 ku di UPSI. Korang mampu rasmikan sem sendiri ?

PESANAN PENAJA 


" 4 hari kelas start jam 8 pagi , 4 hari jugak kelas habis jam 7 petang. 
Jadual hari jumaat aku kok macam tu >__<  " 

Siap pon updated. Next entry aku akan updated cerita 7 Sept pulak yer. Saja dahulukan post nie. Besok kelas jam 8 pagi, nak kene tidur awal ke ? Besok jugak nak kene uruskan segala yuran-yuran. Mohon dipermudahkan urusanku besok....

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.
See ya !

Wednesday, September 4, 2013

Perkahwinan Nur Nadiah dan Muhd Kamal ( My cousin )

Assalamualaikum 

First cucu nenek sebelah ibu dah pon selamat bernikah pada 24 Ogos yang lalu dan bersanding pada 1 Sept hari tu. First ever cucu nyai ( nenek ) kahwin. Tak sangka betol. So lepas nie makin ramai lah cucu-cucu nyai yang akan berkahwin. My turn bila pulak erk ? Kbye.


Okey, before aku proceed this entry, one basic thing you should know.

Abdul Razak, bapa kepada pengantin perempuan a.k.a abang sulung ibu aku, we called him "Bapak". All of us sanak saudara yang berpuluh-puluh orang tu panggil dia Bapak. I will called him Bapak a lot in this entry. I used to call him like that sampai terbawa-bawa kat luar sehingga membuatkan orang lain confuse. I hope this thing clear erk ?

Lets proceed ......

Hari Pernikahan, 24 Ogos 2013

Hari pernikahan went smoothly eventho malam tu punya gelabah siapkan pelamin. Actually takde lah gelabah mana pon, adoii cerita nak vavavoom je kau nie zarep. Menci arr.

I think it's beautiful. I like it !

Malam tu semua bertungkus-lumus siapkan pelamin. Dan Alhamdulillah ianya siap. Maka bermula lah majlis pernikahan Kak Diah dan Kamal. I record the moment where pengantin lelaki melafazkan akad nikah. Do watch it =)


 That's it. Dengan sekali lafaz maka kakak sedaraku sah menjadi isteri orang. Tahniah Kak Diah ! =D


Cantik kak Diah =)

 Budak baju pink tu pantang nampak kamera, hati-hati wahai photographer semua

 Weolls sanak saudara pon nak bergambar jugak tau, 
yang xleh blah paman kitorang pon join sekaki.

 Mak Teh dah ada menantu, fewwiitttt !

 Serahkan wang hantaran maybe, i dont know

Sarungkan gelang di tangan pengantin

Family photo. Semua tak nak pandang camera aku, bapak je pandang, k fine -___-

 Aku pon tak pandang camera sendiri, sigh -___-

Tengok yang baju pink tu 

Pengantin dah tak ada but kitorang still bergambar =P

Nampak ! Tak habis lagi bergambar.

So that was pretty much what happened during hari pernikahan.

Sinoman, 31 Ogos 2013

I don't know what sinoman is in Malay. Sinoman nie perkataan jawa. Rasanya macam bergotong-royong kot. Tolong-tolong prepare-kan barang untuk dimasak keesokkan harinya. Hah lebih kurang macam tulah. Kalau tak faham, korang buat-buat faham jelah erk. Tak dapat den nak menolongnya....

I help my cousin did that, proud =)

Belah malam ada kambing bakar. Tapi diri ini masa tu dah kenyang sangat. Sebab baru balik dari open house rumah anak murid ibu. Kat sana pon ada kambing bakar jugak. 3 kali tambah aku makan tau, sekali tambah penuh satu pinggan. So boleh agak lah kenyang nya macam mana. But somehow i managed to add another pinggan of kambing bakar here at rumah bapak. Gila.

Mana satu pengantin perempuan ? Kalau betul, dapat 20 sen. 20 sen ?

Anak-anak bapak semua nya pandai nyanyi, aku hancuss berterabur. Sigh -___- 

First time ever dalam hidup aku ber-karaoke. Malu. Tak sedap. Hancus. Berderai. Sekian.

Paling mengejutkan, my adik and yasmin boleh ikut karaoke sekali.


End up my day wearing inai. Gambar jariku berinai boleh stalk dekat instagram ye kawan-kawan. Cari icon instagram dekat screen belah kiri korang tu yerp. Saja promot insta sendiri. Kah kah kah.

Hari Perkahwinan, 1 Sept 2013

Orang ramai dah start serbu rumah bapak. Memandangkan bapak nie guru dekat SMK Telok Datok, yang mana ia merupakan sekolah lama aku dulu masa form 4-5, so memang ramai guru-guru yang aku kenal. Berhasrat untuk menemui guru kelas aku, Ustazah Alizawaty, tapi tak kesampaian. Ustazah datang masa pengantin tengah bersanding dalam rumah. Masa tu aku tengah busy ambil gambar pengantin. Sedih ja ='(

Sebelum pengantin lelaki datang, kitorang bergambar dulu

 Flower girl katakao

Ewahhhhh !

Lepastu rombongan pengantin lelaki pon sampai. Pang pung pang pung bunyi kompang. Lebih kurang macam tulah bunyi kompangnya. Kau ada ?



 My kakak jadi pengapit =)

Makan beradab, tak jemput pon kan. Sedih tol.

 Garlic bread yang sangat sodap !

Eh dah tukar baju ? Actually kan aku tukar baju 3 kali kot. First pakai baju raya biru aku, then rasa macam over sangat aku tukar kepada t-shirt kaler turqoise yang gambar first tu. Lepastu rasa macam tak formal lah pulak, aku tukar baju berkolar kotak-kotak nie. Haihhh pengantin pon tak tukar-tukar baju macam kau zarep -__-

Bila sanak-saudara dah conquer set karaoke, memang tak ada peluang untuk orang lain. 
Kah kah kah 

Dah dekat jam 5 petang semua pon balik termasuk lah aku nie. Sebabnya kene halau dengan tauke karaoke. Hahahaha. Karaoke sampai tak gheti nak berhenti.

Itulah saja lintas langsung perkahwinan my cousin.

PESANAN PENAJA


" Selamat pengantin baru kak Diah ! Semoga kekal hingga ke syurga =) " 

Actually, cousin aku sebelah ayah pon kahwin jugak pada tarikh yang sama. Memandangkan rumah dia jauh sangat nun jauh di Pahang, ayah decide tak payah pergi. Jimat katanya. Pergi yang dekat, belakang rumah je. Tak perlu bayar tol tak perlu pakai minyak. Minyak kan mahal sekarang nie. 20 sen katakao.

Yang baik datang dari Allah. yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Home