Tuesday, December 31, 2013

Arabian's Night (PSYCH Dinner)

Assalamualaikum

Pada 20 Disember yang lalu, telah selamat satu majlis yang bagi aku sangat memberikan aku tekanan yang amat tinggi. Al-maklumlah, pengarah program lah katakan *usap bahu*

Actually tak bangga pon. For me, ia sangat membebankan. Tobat dah lepas nie tak nak lagi ada apa-apa jawatan tertinggi dalam sesuatu program. Kalau boleh cuma nak jadi pengikut je. Tak perlu nak risau apa-apa. Tinggal bayar je berapa yang kene bayar then pergi program tu.

Preparation for the dinner, uisshh tak yah cakap lah. Setiap minggu ada meeting. Ada satu kali tu kitorang buat meeting kat masjid, lepastu kene halau. Time tu jugak suruh blah, memang panas lah hati nie masa tu. Nasib baik rasa hormat diri ini terhadap warga tua masih lagi tinggi, kalau tak memang aku cari kereta dia. Motif cari kereta dia ? Lol aku mana berani belasah orang, belasah kereta dia berani lah. Hahahahaha.


Lepastu berpesta durian =D

Banyak masalah nak buat dinner nie. Tarikh bertukar-tukar, tempat bertukar-tukar, yuran makanan bertukar-tukar. Nape tak tukar je pengarah dia sekali ? Senang sikit kerja aku. Hihi. Yuran 7 ringgit je so memang banyak lah cost yang kami kene cut.

Dengar cerita sampai 5 pagi dorang buat banner nie, whoahhhh *matapanda.jpg*

One way to cut cost by using recycle things to decorate the place

And then the dinner pon took place .. Pong pang ping pong jantungku berbunyi. Begitu sekali bunyi jantungku.

Me and yani at backstage before the guests start to come, still try to memorize the speech

This is our photo booth =) Kami rasmikan dulu ^__^

This is the main stage 

So sebagai pengarah program, aku kene duduk dalam bilik VIP dan layan VIP-VIP yang dah sampai sementara menunggu VIP lain sampai and that was the most awkward 30 minutes of my life. Krikk krikk bunyi cengkerik. Aku asyik tengok jam tak sudah-sudah, bila lah dorang nak panggil naik nie -___-


Hah nie lah dia Zharif Zakki. Dia nie YDP, Yang Di Pertua kelab PSYCH, aku pon YDP jugak, Yang Di Pinggirkan. Lecturer selalu confuse dengan nama kami berdua. Tapi tak apa lah, nak buat macam mana. All this while aku ingat nama aku nie dah kira unik sangat sebab jarang aku jumpa nama aku nie. Tut tup boleh pulak jumpa kat UPSI nie, kos yang sama pulak tu, umur pon sama, tapi cuma berbeza sem je. Alhamdulillah lah nasib baik ada si Zharif nie, dia lah yang banyak berborak dengan VIP-VIP tu semua. Nak harapkan aku berborak ? Tanya sepatah, jawab sepatah lepastu tayang braces. Tamat macam tu je perbualan. Hampehh.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk VIP ke meja makan. Lepastu persembahan pembukaan oleh AJK aktiviti. Then kata alu-aluan dari perasmi dan pengarah program. Ketaq aku masa nie. Dah lah ucapan dalam english. Perghhh berhabuk jugak lah slang omputih aku masa tu. Tengah mandi hafal, sebelum majlis hafal, tiba masa nak bercakap, habis semua lupa. Choii sangat.

I don't know what happened with both Zharif in this picture. Yang Prof Salami tu tak sudah-sudah dengan simbol R4BIA dia tu.. Satgi ada lagi gambar dia begitu. Tak percaya , korang tunggu. 

Persembahan pembukaan.

2 April 2015, just added.

Gimik perasmian


Nama dinner nie Senandung Kasih Terukir Puisi, ianya merupakan majlis amal makan malam. Kami menjemput anak-anak yatim dari Pusat Penjagaan Anak Yatim dan Miskin Baitul Mahabbah, Tanjung Malim. Tapi malangnya sekarang kan tengah bulan cuti sekolah jadi anak-anak tu tiada di rumah penjagaan. So yang hadir cuma wakil dari rumah tu je, Ustaz Hazan nama dia, pemilik pusat penjagaan tu.

Someone is trying to reach the food, i can see that !


Menu pada malam itu ialah nasi beriyani, yang mana ia sangat sedap bagi aku. Meja VIP ada extra menu iaitu daging kambing. Makan dengan VIP nie tak best sebab tak nikmat, makan kena sopan. Tapi dalam pada tak nikmat tu boleh juga tambah nasi, acano tu Zharif ?

Marilah kita tengok tetamu yang hadir =)

Sem 1 students 

Emcees for the night, good job for both of you yang banyak memeriahkan majlis =) 

Sem 1 students

Sem 1 students

Sem 1 students

Sem 1 students

Abg chik berserta isteri dan junior-junior sem 1 nya

Sem 2 students

Looking beautiful my classmates =D

Yani and Qasha =)

Pelajar-pelajar lelaki sem 3 kecuali yang beserban merah tu

Makan jangan tak makan =)

Sem 3 students. Uishhh awak sombongnya tak nak pandang kamera >__<


Sem 3 students 

But two people there, i'm not really sure whether they are sem 3 students or they aren't

Sem 3 students 

Semua classmate aku. 3 dari kiri classmate subjek Kemahiran Asas Kaunseling. 
Then another 3 yang kat tengah-tengah tu classmate for Educational Psychology, 
Another 2 tu, classmate untuk subjek Budaya Keusahawanan. 

I think this is sem 4 students

Sem 5 students

Yang depan sekali tu timbalan YDP PSYCH, kak Ilyani nama dia. Suara dia lembut je, serious best dengar dia bercakap.

Yang tudung hijau tu, nama dia Najwa atau nama komersial dia Najwa Ashim. Dia nie jenis kelakar and suka buat lawak. Aku suka dengar dia ketawa. Dia nie jaguh catur. Jangan main-main, dia dapat emas kot time Super UPSI hari tu.

Yang tudung purple tu nama dia Atiyah, dia nie muslimah rock. Dia jenis ganas sikit tapi at the same time berpakaian ayu dan sopan. Dia pernah cakap kat aku dia tak dapat terima lelaki kulit putih. Bagi dia macam jambuuuuu sangat.

Sem 5 students, my senior =)

Sem 5 students

Nie semua classmate subjek Kaunseling Keluarga aku. Tak tahu pon dorang datang dinner tu. Tahu-tahu je ada gambar.

Ada ramai lagi tetamu, tapi ini je yang mampu disumbatkan dalam nie.
So let's proceed dengan persembahan yang dijalankan pada malam tu.

Ada persembahan nyanyian

Ada nasyid

 Ada tarian

Ada peragaan baju, Adriana Lima tengok mau menangis nie. 

Macam-macam jenis persembahan ada. Menarik kan =) Selain itu juga kita ada cabutan bertuah. BTW dinner kali nie tiada tittle Prom king dan Prom Queen like last dinner did. Asalnya kita nak buat, tapi kene cut cost kita cancel kan benda nie. Actually boleh je kalau nak buat cumanya masa terdetik nak buat tu dah last minute so tak ada lah buat.

Si pemberi hadiah nampak lebih gembira daripada yang menerima, terbalik nie

One of our senior just came back from an ISEP programme =) 

Lepas semua persembahan selesai, so acara kemuncaknya adalah sesi bergambar beramai-ramai.

Look ! Prof did R4BIA's symbol again =)

Tengok dia dah merajuk kita asyik perli dia punya simbol, terus tak nak pandang kamera


Opppssss he did it again =D I cant stop laughing lol 

Those faces reaction in front are priceless =D

Okey that's it ! Majlis tamat dengan jayanya. Alhamdulillah, everything went smooth as planned.

With Nurul Atiyah, dia pernah ketawakan cara aku bawak kereta -___-

Pakaian saya merupakan jubah adik lelaki saya, Zahin. Memandangkan dia bersekolah di maahad tahfiz, maka berlambaklah jubah dia dekat asrama tu. I have none. So I called my mom to borrow one jubah from him, but i told her to pick the nicest one. My mother took two coz she knows that i am very cerewet when it comes to baju-baju nie. Bakal isteri, awas ini salah satu sikap buruk saya. Hehe. So she let me decides which one i prefer to. Then i change the jubah into the look that i want, i buy those manik-manik and butang cina and then i sew it.

PESANAN PENAJA


" Thanx for coming everyone =) "

Special thanx to my team. I can't thank you enough for all your hard work and help making sure everything went off without a hitch. You guys truly are outstanding team. I have enjoyed to seeing such enthusiasm in you guys, my RAPAT fellas, sem 1 students, Syakila and Asma' =)  I hope we have an opportunity to work together again. But of course not doing something big like this, tobat dah ini yang last please.

All the pictures above are not mine event though some of them are from my camera but still, I'm not the one who taking those pictures. I was busy layan the VIPs or the correct sentence is busy mengsenyapkan diri depan all the VIPs. If you think your face doesn't look good in the picture, i am sorry coz publish it here. Any request to get that off, you are welcome to do so.


By the way, my matriculation friend will go for international humanitarian mission on 7 - 11 March 2014 in Kambodia, so her university raises some funds right now. You can go to her page for the details, Click . Any inquiries you can call her at 0176490644 or email her at diela_5300@yahoo.com . If you know somebody that can helps for this mission or even yourself wants to help in this mission, do contact her. Every good things we do, it's all count by Allah. Thank you for your kindness =) 

Now saya sedang exam. Cuti sem kian hampir, itu yang saya tak sabar sangat =D Selamat tahun baru !!
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !


Saturday, December 21, 2013

3 tahun umurnya

Assalamualaikum

I was supposed to post this on 16th December but i don't know how, I forgot it. But never mind.

I just want to wish a happy belated birthday to the one and only, Jejakakaula. You are 3 years old now, I'm so proud for having you. Remember the day you was born on 16 December 2010, that time your Tuan just finished his last paper for SPM, Al-Quran dan Sunnah. That time you was so freaking ugly and i still remember your early posts were as dumb as Mr Bean.

I hope you will keep entertain the reader/s out there and also will be more active after this. I'm as your Tuan will keep taking care of you, will feeding you with new post so that you will not be tulang-temulang like your Tuan. I also will give you a new "look", but I am really sorry coz i can't give you a new look right now since i am busy preparing for the exam. Preparing ke masalahnya ? Tuihh sikit. But don't worry, your "look" is already look like Doutzen Kroes. Isn't she beautiful ? Wait ! Now I'm confused, are you a girl or a boy Jejakakaula ? OMG you got gender confusion ke ? Goshhhhh why i don't know this X__X

So let me decide, you are a boy Jejakaula and that is final. After 3 years having you and only now your Tuan decide your gender ? What Tuan was that ? Fired him !

Look how you evolved from the beginning of the penubuhan until lah header yang sekarang nie

I just hope you will stay healthy and panjang umur, don't worry i will give medication to you in case you feel sick or something. Just tell me if you fall sick okey. No, i won't send you to the hospital, i know you are scared of needle just like your Tuan. Maybe that is why your Tuan never derma darah until now. Pardon me. I will find another method to cure you, maybe by asking your pakcik Google what penyakit you get. If pakcik Google also don't know, i will try asking makcik Mozilla pulak kay. Kbye.

But Jejakakaula, I'm really sorry coz i couldn't find a partner to you since I'm as your Tuan also forever alone. So i think we have the same faith. But don't worry, sooner or later we will get one. Nanti wedding reception semua i masuk sini boleh dakk ? Please jadi penaja i tau =P

I don't have a cake for you like last year (CLICK) because this year i don't have much budget so accept jelah erk apa adanya. BTW, next month on 29 of January your Tuan's birthday pulak, jangan purak-purak lupa naaa.... I will turn 21 next year, time flies so fast i wish i could stop it. I feel old -___-

PESANAN PENAJA

" I wish you once again a happy belated birthday Jejakaula, stay amazing, stay handsome like your Tuan, stay humble and i want you to stayyyyyyyyyy.... 
Terus pasang lagu Rihanna, motif sangat -__- "

Alhamdulillah semalam telah selesai satu Majlis Amal Makan Malam yang mana sangat merunsingkan saya sejak dua menjak nie. Will update bout it soon, now i try to collect all the photos from everybody whose in charge in taking photos that night =)

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Thursday, December 12, 2013

10 Sebab kenapa patut simpan saya di KHAR

Assalamualaikum

Alhamdulillah, 10 Disember yang lalu telah pon selesai menghantar borang permohonan kolej beserta laporan aktiviti kolej. Berbekalkan 10 kupon aktiviti, aku harap ia mencukupi bagi memastikan keberadaan aku di kolej ini untuk sem hadapan. Aku hanya mampu berserah padamu ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka-mereka yang menetapkan penempatan pelajar-pelajar di dalam kolej. Semoga aku termasuk di dalam senarai yang dapat itu. Aminn. Korang pon kene amin kan cepat !

Borang MyCat dan Borang aktiviti kolej

Terdapat 10 sebab kenapa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) patut simpan saya dalam kolej.

1. Saya tidak merokok. Kalau tak percaya boleh cek paru-paru saya ataupon cium bibir saya. Motiff sangat !

2. Saya jenis orang yang senyap, jadi gangguan bunyi di KHAR insyaAllah tidak akan berlaku sekiranya saya dipilih menetap di KHAR. Saya dengar lagu pon pakai earphone. Tengok movie pon saya pakai earphone sebab saya tak nak mengganggu ketenteraman orang lain. Saya berpegang pada prinsip "Tak semua orang suka apa yang kita suka dengar". Saya pon kadang mengharap orang lain akan berbuat sedemikian terhadap saya, tapi malangnya ada yang tidak. Tapi tak apa lah.

3. Haritu time Karnival Sukan Tahunan KHAR (KaSuT) saya menang tempat kedua dalam acara 4x400m sampai satu badan sakit-sakit. Seminggu jugaklah menderita. Takkan tak nampak lagi kegigihan saya tu ? Perlukan kanta pembesar ?

4. Saya agak pembersih so insyaAllah bilik yang saya dapat saya akan jaga dengan baik. Rumah dan toilet saya tak boleh janji tau, sebab ada lah beberapa ketul samdul yang tak bertamadun yang masih lagi tak reti nak jirus air kencing lepas kencing walaupon dah tampal memo besar-besar depan pintu bilik air. Mohon sentap.

Memo yang saya tampal di pintu-pintu bilik air rumah saya

5. Saya tidak bawa apa-apa kenderaan di kolej. Ada juga bercadang untuk membawa motor ke sini tetapi ibu tidak izinkan jadi saya simpan sahaja niat suci murni saya tu. Jadi jangan risau pasal area parking di KHAR, saya tidak akan menambahkan lagi kepesatan kenderaan di KHAR. Saya penumpang setia bas Kiffah UPSI, walaupon saya perlu berebut dan menunggu lama, tapi saya tetap setia. Percayalah *pasang lagu siti nurhaliza*

6. Kita terus kepada sebab yang ketujuh.

7. Saya sangat aktif di kolej. Apa jua aktiviti atau program yang pihak KHAR buat saya akan join, as long as dapat kupon aktiviti ataupon mata myCat. Maaf bab nie saya terpaksa demand sikit, saya tak buat benda free.

8. Saya seorang yang penyabar. Buktinya sekiranya wifi UPSI JARING problem, saya tidak melatah atau mengamuk pergi pejabat kolej mahupon buat rusuhan depan rumah felo. Paling teruk pon saya mencarut kat twitter je. Tapi maaflah akaun twitter saya private jadi nak skodeng tu tak dapat. Maaf sekali lagi.


9. Walaupon ada Unit Kediaman Luar Kampus, tapi saya tetap nak duduk di KHAR. Bagi saya KHAR menjaminkan keselamatan kepada saya. Walaupon ada kes curi itu curi ini, tapi saya tetap rasa selamat di KHAR berbanding duduk luar.

10. Saya dah tak tahu nak kipas apa lagi, harap maklum.

Jadi dengan berakhirnya sebab yang ke-10 itu tadi, maka saya berharap pihak KHAR dapat menimbang kan permohonan saya ini. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak KHAR saya dahulukan dengan ucapan ratusan ribuan jutaan terima kasih.

Yang benar,
Insan innocent pijak semut tak mati.

PESANAN PENAJA


" Semoga aku tersenarai antara yang terpilih untuk menetap di kolej KHAR untuk sem hadapan, Aminnn. I LOVE KHAR !! "
*motiff sangat I love KHAR tu*

BTW, Sabtu nie aku akan mewakili kolej KHAR dalam acara catur untuk pertandingan antara kolej-kolej kediaman UPSI atau dikenali sebagai SUPER UPSI 4. Doakan aku yerp =) Mereka yang bertanding semua hebat-hebat belaka dan berpengalaman. Rasa kecik je diri ini. Takut, cuak, gementar semua ada. Huh  >__<

OMG ini entry ke 200 kot. Dah banyak jugak aku melalut dan merapu dekat blog nie rupanya. *Ini entri ke 100 *
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Home