Friday, January 24, 2014

Dinner with ZALORA

Assalamualaikum

Awal bulan Januari hari tu, aku dapat jemputan dari pihak ZALORA untuk sama-sama dinner di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur. Dinner tu bertujuan untuk mengumumkan nama pemenang untuk satu contest nie. Ingat lagi tak post yang aku updated dulu pasal cipta satu gaya dari kepala hingga ke kaki menggunakan barang-barang dari jenama RIVER ISLAND ? In case kalau tak ingat, boleh click kat SINI.

Itu sebenarnya merupakan satu contest. Rugi kalau tak masuk. Hadiah dah lah lumayan.

OOTD hari kejadian

Pada 21 Januari yang lalu dinner tu pon berlangsong. Dinner tu diadakan di Ciao Ristorante di Jalan Kampung Pandan. Aku pergi sana dengan Faries. Aku bertolak dari rumah, dia bertolak dari UPSI. Kitorang kumpul dekat KL Sentral. Dia pon join contest nie. Blog si Faries nie dah lama terkubur, tapi aku paksa jugak suruh join contest nie sebab aku nak ada teman. Tak nak lah jadi macam party EH 20 yang anggun dulu tu kan, krikkk krikk bunyi cengkerik je aku kat majlis EH tu sorang-sorang tak ada teman.

Ini cerita bagaimana nak sampai ke restoran tu, part nie boleh skip sebab tak penting pon

-----------------------------------------------------------------------


Nak sampai ke restoran nie, penuh onak dan liku tau tak. Aku dapatkan peta lokasi restoran tu dari website restoran tulah, sekali silap daa. Jauh lagi kot. Dalam peta memang nampak dekat. I thought bila dah sampai Ampang park boleh jalan kaki je -___-

Motiff sangat kan kata tak penting tapi siap tunjuk gambar -___-

First aku turun dekat Ampang Park. Lepastu tanya abang teksi tu, berapa tambang dia cas kalau nak ke Jalan Kampung Pandan. Dia kata 20 ringgit. Okey tak pa lah. Aku tanya rakyat sekeliling, then dorang kata pergi ke Masjid Jamek then pergi ke Pandan Jaya. Fine aku pon pergilah Masjid Jamek. Dah sampai sana aku tanya akak jaga kaunter tu pulak, dia kata kalau turun dekat Cempaka lagi dekat. Aku pon pergi lah Cempaka. Nak naik LRT cempaka nie pon ada satu insiden jugak. Aku dah naik gerabak tu, tiba si Faries tak sempat masuk. Dah tertinggal dia kat Masjid Jamek tu -___- Goshhh dah lah masa tu dah jam 7.30 malam dia boleh pulak tertinggal gerabak. Phewwww !

Sambil tunggu si Faries tiba dekat Cempaka, aku tanya akak Cempaka tu, dia kata dah terlajak jauh. Dia suruh patah balik ke Pandan Jaya. Ahh sudah begitu pulak jadinya. 
Dorang nie betul-betul mengelirukan aku betul. 

Click pada gambar untuk tumbesaran. Seminggu buat research pasal jalan nie tahu tak

Dah sampai Pandan Jaya. kitorang pon ambik teksi suruh hantar ke Jalan Kampung Pandan. Hujan lebat gila masa nie. Habis pakaian OOTD aku hari tu basah kene hujan. Hampehh tol. Sekali dalam teksi, uncle tu dok berceramah pasal jalan kat KL nie. Dia kata kalau turun dekat stesen Chan Sow Lin lagi dekat. Ahh sudahh. Dorang nie sebenarnya faham tak yang aku nie bodoh sikit bab-bab peta jalan nie ? Cakap lah macam mana-macam mana sekalipon, aku still tak boleh imagine jarak jauh dan dekat tu. Yang aku tahu sampai. Tu je. Agak useless cakap pasal peta dengan aku, memang aku tak dapat imagine.

-----------------------------------------------------------------------

Okey lepas dah skip part yang tak penting tu, meyh lah sambung.

Jelajah Ciao Ristorante dulu

Sampai sana betul-betul jam 8 malam. Fuhhhh nasib baik majlis tak mula lagi. Dalam bilik tu aku nampak beberapa orang Mat Salleh, then ada pasangan ala-ala Arabian (sebab pasangan dia berfurdah), chinese and many more. Wow majlis apakah ini, majlis silang budaya kah ? *Benak hati kecilku*

Perghh siap bermonolog dalaman bhai. Then kitorang pon pilih tempat duduk.

We sat in front of them =D

Hizami in the house guys !! Hihi.. Mereka bekas UPSI-an so kami pon banyak borak pasal hal UPSI nie. Alhamdulillah lah ada mereka berdua. Ada lah jugak teman borak. Mat Salleh-mat salleh yang aku cakap tadi tu berjawatan tinggi dalam ZALORA nie. Sebelah aku merupakan salah seorang daripada mereka. Nama dia Lucas. Berhabuk jugaklah speaking omputih dengan dia, nasib baik dia faham apa yang aku cakap.

I can't forget this one statement.

Mr. Lucas : " How many followers do you have in instagram ? "
Me : " Around three hundreds something maybe, i can't remember "
Mr. Lucas : " Hurmmm, you have to improve on that "

Wow terkesan betul. Menusuk kalbu. Hahahaha tak ada lah, tak rasa apa pon =D

He is very friendly. I mean very very friendly. Seronok lah bercakap dengan dia. He's from Italy. Baru 3 bulan di Malaysia. Banyak lah benda lucu dalam perbualan aku dengan dia tapi malaslah nak detailkan kat sini. Kang panjang berjela entri aku. Adoii aku nie selalu buat entri panjang berjela lah.

Setiap kali makanan sampai, haruslah capai phone dulu untuk ambik gambar sebelum makanan tu jadi almarhum


So malam tu menu semua ala-ala Italy. Nama pon restoran Italy kenn. Rasa dia boleh tahan lah sedapnya. Alhamdulillah semua yang dihidangkan kat aku semuanya habis kecuali menu ikan tu, ikan nya tu okey cuma yang macam batang pisang bulat tu, yang tu aku tak habiskan. Desert dia tiptop giler arrr !! Omnomnom

Almarhum makanan-makanan italy

Dan part yang paling di tunggu-tunggu ialah, sesi pengumuman para pemenang RIVER ISLAND Head-To-Toe contest. Drummm drummm drummm * Drum rolling*

Begitu sekali bunyi drum aku -___-

Lucas and Stacy announcing the winner =D

Alhamdulillah 1st runner up !! =D

Tahniah Hizami =D

Lol i didn't mean to put that face on. Pardon me.

Finally got to see him in person ! =D

With other contestants =)

Bersama akak photographer Zalora, Faries, Hizami dan Kak Zura =)
Nice to meet you guys !! 

Akak photographer tu baik gila, seriously >__< Dia hantar kitorang berdua pergi KL Sentral. Isn't that nice people ? Uwaaaa terharu gila kot. Dah jam 10.30 malam kot masa tu, takut tak sempat kejar KTM last. But Alhamdulillah, dengan bantuan akak tu, malam tu jugak kitorang sampai UPSI. Terima kasih sangat-sangat akak photographer =)

Alhamdulillah dipermudahkan urusan masa nak balik tu. Kalau masa pergi kami membazir banyak duit sebab sesat sana sini, nak balik tu kami jimat sikit. Naik KTM dari Rawang ke Tanjung Malim pon free. Pak cik KTM tu nak tolong hantarkan, sekali jalan katanya. Train dah tak ada lah katakan. Sama kes masa aku pergi party EH 20 yang anggun tu. Hihi. Alhamdulillah =)

PESANAN PENAJA


" Mock-up cheque tu haruslah bawak balik rumah untuk tayang dekat anak cucu nanti =) "

Memandangkan benda alah nie masih segar di ingatanku, maka aku updated yang nie dulu. Goodbye Semester 2 : Part 2 is in the making. Still in the draft. Soon i'll publish it. Try my best to finish the post before this sunday.

See ya !


12 comments:

  1. tahniah dik.......bukan senang nak menang kontes2 mcm nie

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dik. alhamdullilah. walau penuh onak berduri masa nak mai dinner ni. murah rezeki kamu. weewiiit! taniah. tergelak akak kau baca entri sampai almarhum semua makanan tu. hihi >_________________<

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =) Alhamdulillah rezeki.. hihi terima kasih kak sheila =D

      Delete
  3. daebak! tahniah!
    wah.. dapat jumpa hizami :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih amira .. huhu =)
      kann, meeting Maria Elena, checked. meeting Dena Bahrin, checked. meeting Hizami, checked.
      lepas nie nak try meet Cik Epal atau Fatin liyana pulak.. hewhew =D

      Delete
  4. syokkk gile kau zharif dapat baucer dan makan free lagi tuuu. perghh. perghh. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah .. masa join nie aku cuma fikir nak makan free je.. hahahaha ..
      tak sangka pulak boleh menang sekali.. Alhamdulillah =)

      Delete

Home