Monday, January 20, 2014

Goodbye Semester 2 : Part 1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, I just finished my first year in UPSI. Sem 2 kali nie sangat lah meletihkan bagi aku. Mana tak letih, sem kali nie aku amik 21 jam kredit kot, itu belum termasuk subjek yang tak kira jam kredit lagi. Perghhh ! fengsannnnn.

So what i did throughout the semester ? Let's begin with the beginning of the sem.

September, 2013

8 Sept, cuti sem pon berakhir. Semester 2 pon bermula. I've updated about it HERE. Take a look !

10 Sept, aku pergi ujibakat jadi pembaca berita pulak. Aku ingat lagi masa aku tengah on air ( on air lah sangat kenn ), kaki aku menggigil-gigil dengan tangan-tangan sekali ikut menggigil.


Aku juga pernah updated pengalaman di ujibakat jadi pembaca berita nie di SINI.

11 Sept, ada tayangan wayang kulit di dewan KHAR. Sapa yang turun pergi dewan dapat sticker aktiviti. Sticker aktiviti adalah penting bagi memastikan keberadaan anda di kolej untuk sem hadapan. So aku pon menggagahkan diri turun dewan pergi tengok walaupon zzzzzzzzz dan krikk krikk.

Zzzzzzzz . . . . . 

Baru seminggu duduk situ, dah menggedik nak balik rumah. Pada 16 Sept, aku keluar dengan kawan baik aku pergi ke Bukit Jugra tengok orang terbang-terbang. I don't know what they call it -__-


Pada 19 Sept, perjumpaan kelab PSYCH di mana semua sem hadir. Aku lupa apa motif meeting nie, rasanya macam nak kenal kan junior-junior dengan senior. Rasanya lah.

Najwa Ashim nampak anggun berbaju kurung sedang ditemuramah

Lepastu balik rumah lagi. Dua minggu berturut-turut balik rumah. Takper, masa nie tiket KTM murah lagi, tapi sekarang kangkung sangat. Motif meng-kangkung-kan ? Balik rumah masa nie pergi servis braces, so boleh jugak tengok entri tu di SINI.

Sebelum balik UPSI singgah AEON Bukit Tinggi nak beli Big Apple, 
sekali terbeli benda lain sekali

25 Sept, pergi sarapan dekat kedai mamak a.k.a mapley. Motif sangat makan kedai mamak pon nak cerita kat sini. Actually i'm not a makan di kedai mamak kind of person. So haruslah cerita di sini kan. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, keluar dengan sedara mara, then dorang semua singgah makan dekat kedai mamak. Aku nekad tak nak makan, order air pon tak nak. Hahaha. Tapi bila dah makin membesar nie, dah boleh dah makan kedai mamak. As long as bersih dan pembuat roti canai tak berpeluh =D


Lokasi kedai mamak berdekatan dengan Secret Recipe Tanjung Malim. Tak ingat apa nama tapi seriously sedap and yang penting bersih. Lepastu besoknya pergi makan situ lagi, ambik kau.

Rombongan che kiah ke kedai mamak 

30 sept, kene buat projek luar so dah mula adakan meeting, lantikan AJK and macam-macam lagi. Masa nie meeting untuk program Anak Yatim dekat Manjoi Perak.


That was pretty much what happened to me in September 2013. Lets proceed with bulan Oktober !

Oktober, 2013

Permulaan bulan Oktober sangat hectic bagi aku sebab masa nie Karnival Sukan Tahunan KHAR dah bermula. Acara first aku merupakan acara catur yang jatuh pada hari khamis 3 Oktober. Dan kalah. Hahaaha. Jumaat nya pula meeting untuk program di sekolah felda Sungai Behrang.

Meeting di Wellness Centre. First time masuk sini masa tu. Di blok 7 UPSI.

5 Oktober nya pulak bersamaan hari Sabtu, buat lawatan tapak ke rumah anak yatim di Manjoi Perak tu untuk program yang akan kami jalankan di sana nanti.

With pengurus rumah anak yatim tu, Pn Aminah Bee

Lepas selesai tu singgah Kellie's Castle. All the details aku dah updated dekat SINI. Sampai UPSI malam, lepastu besok pagi nya pulak meneruskan acara KASuT aku yang seterusnya iaitu perbarisan, 4x100 dan 4x400. Pon sama jugak, all the details boleh baca di SINI. Gigih kumpul sticker aktiviti masa nie. Hihi

Habis KASuT tu, satu badan sakit tau tak. Tapi Isnin nya tu still lagi ada meeting untuk program felda tu. Sabor jelah. Meeting di Teko Emas depan Kampus Lama. Curlass kan meeting kat tempat makan.

Yok yok oooo je nie 

Then hari Selasa nya pulak ada role play untuk subjek Educational Psychology. My feveret subject for this sem. Hihi. Maybe sebab lecturer tu cool and sporting kot. Role play nie mengisahkan jenis-jenis pelajar di sekolah. Ada 5 jenis pelajar and they are popular, controversial, average, neglected and rejected. My character was as a controversial student. So memang banyak betul ragam dan aksi-aksi lucu dapat disaksikan dari rakan sekelas.

Sesi berlakon sedang berlangsung. Lakonan dari kumpulan nie aku paling suka, sebab jalan cerita dia best and aku ambik jalan cerita dia untuk role play class english .. Hihi =)

Ini lah video lakonan dorang 

Dalam video tu, yang pakai tudung merah sebagai pelajar controversial, yang perempuan terpinggir kat belakang tu sebagai neglected student, yang lelaki tu sebagai pelajar rejected. Our exchange student, Dariga tu sebagai pelajar popular, dan yang the other three tu sebagai average student.

Lepastu hari Rabu nya tu, 10 Oktober, aku dah start balik rumah untuk cuti Raya Haji. So pada 11 Oktober, kami lima beradik keluar pergi membeli-belah di Times Square, shopping sikit. Sikit je. Memandangkan adik laki aku cuti so keluar lah sama. Bukan senang adik laki aku nie nak balik rumah. Setahun 2 kali je cuti -___- Perghhhh ! So kami ambik masa nie untuk keluar sama naik kereta gi Kuala Lumpur. Jalan-jalan satu hari.

Owhh kakak tiada dalam gambar

Tragedi jugak masa shopping nie, sebab masa tu kereta parking luar, konon tak nak bazir duit bayar parking kat Times Square nie, sekali ambik kau kene saman 100 ringgit -___-

100 ringgit bhai >__<

So lepas nie tak nak dah parking merata semata-mata xnak bayar duit parking. Cukup lah sekali kene. Kami pakat adik-beradik tak bagi tahu ibu dengan ayah. Confirm bising kalau dorang tahu. Lagipon nanti mesti ibu bagi duit suruh bayar, so xnak lah. Benda nie salah aku, so biar aku bayar sendiri.

Lawat saudara-mara and makan-makan =D 

15 Oktober lepas solat raya pergi rumah sedara makan-makan. Lepastu balik rumah muntah-muntah. Makan daging banyak sangat. Sampai perut tak boleh nak terima. Malam tu pergi rumah sedara sebelah rumah nak temubual mak and bapa sedara aku. Ini untuk assignment subjek Educational Psychology di mana kene temubual guru sekolah menengah, sekolah rendah dan juga tadika. Guru tadika aku ambik ibu aku je.

Bapa sedara guru sekolah menengah, isterinya a.k.a my mak sedara pula guru sekolah rendah

Nak ambik gambar terus pergi tukar baju kurung mak sedara aku nie. Dia kata baru lah mencerminkan imej seorang guru, gitueee tau statement. Tengok, time tengah cuti pon kene buat assignment. Haihh

Pada 17 Oktober bersamaan hari Khamis, lepas habis kelas jam 10 pagi terus pergi KTM Tanjung Malim pergi Bank Negara nak bayar saman dekat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Alhamdulillah selesai bayar saman, selagi tak bayar selagi tu rasa ada benda xselesai.

Memang dah redha 100 ringgit melayang masa nie, sekali nak bayar dapat diskaun. So bayar 50 ringgit je. Alang-alang dah sampai sini singgah Sogo sekejap. Sekali ada jualan murah daa. Aiyoo mana tahan hati ini tengok diskaun sebegitu rupa. Haruslah beli sepasang baju dan seluar kenn.

How i spent my another 50 ringgit. Hahahaha

Pada 20 Oktober pulak ada PSYCH Family Day. Which is sangat best !!

All the details, click HERE !

Pada 21 Oktober, ada orang tu pakat nak kene kan aku. Tapi macam tak menjadi sebab terkantoi dalam kereta. Papepon terima kasih Abg Chik belanja saya, Arfah dan Muiz makan dekat Proton City.

First time tengok air jagung cincau macam nie

Pada 22 Oktober, kami kene buat another role play. Kali nie berkisahkan cara didikan dan asuhan parents dekat rumah. My group dapat cara didikan authoritative. Kalau tak tahu authoritative tu macam mana, sila google. Tapi malangnya role play tu tak dapat diadakan masa nie sebab madam Dhini ada hal emergency. So terpaksa tunda role play tu.

Muka-muka dah ready untuk ber-role play tapi malangnya di tunda =D

Walaupon role play subjek Educational Psychology nie di tunda, dorang boleh lah rasa lega, aku tak boleh sebab aku kene buat role play petang tu pulak untuk subjek English Language pulak. Alhamdulillah walaupon tiada rehearsal untuk role play untuk subjek english nie tapi my team did awesome on that day. Selesai lagi satu assignment. Huh sedikit sebanyak lega sikit.

Pada 25 Oktober, Kolej Aminuddin Baki ada buat satu event. I forgot what it is. Ada artis dijemput masa tu, kumpulan nasyid Inteam. Did i spell it right ? So aku pon berpeluang bergambar bersama mereka =)


Pada 26 Oktober pula, aku dan 4 yang lain kene buat video bagaimana hendak bermain lompat jauh untuk subjek olahraga.

This is my team for Olahraga course

Alhamdulillah selesai dengan jayanya, selesai lagi satu assignment. Pada 27 Oktober bersamaan hari Ahad, ada kelas ganti Educational Psychology. Madam Dhini belanja kami satu kelas makan KFC. Yeay !!

Dalam bulatan merah itu lah madam Dhini yang cool and sporting gila tu =D 
Sorang dapat dua ketul ayam. Hati dan perut banyak suka !!

Pada 29 Oktober pulak, aku dan 5 yang lain kene temubual usahawan. So kami pon ambik Kedai Kia Abdul sebagai usahawan pilihan kami. Ini untuk assignment subjek Budaya Keusahawanan.

 Bab berlakon semuanya hebat nie

 With pengurus Kia Abdul, pemiliknya tiada

 Dapat makan cookies free ! Dappppp ngat >__<


Pada 31 Oktober pula, aku pergi temubual keluarga di felda Sungai Behrang. Hasil daripada temubual nie baru kita rancang modul untuk program yang akan kami buat di sekolah tu. Kami kene temubual 4 buah keluarga.

Temubual 2 keluarga serentak

Sampai ke maghrib temubual tak selesai lagi

Maka tamat lah bulan oktober punya cerita. Baru bulan oktober dah panjang berjela begini. I thought boleh siapkan sekali sampai bulan januari. Nanti yang bakinya tu aku akan updated lenkali. Tunggu Part 2 pulak yerp =)

PESANAN PENAJA


" See you in Part 2 " 

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

9 comments:

  1. I was asked to dance in baju kurung! Wakaka XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. motifff sangat dance pakai baju kurung kennn najwa =P

      Delete
  2. Yang terbang-terbang kat Jugra tu nama dia paragliding :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhhh tu ke nama dia.. Hahahha.. Aku xtahu.. Hihi

      Delete
  3. Assalamualaikum dik, hehe panjang ceritanya. btw kat bukit jugra tu dia buat paragliding! akak teringin gila nak main tapi buat masa skrg pantangkan diri. huwahuwahuwaaaa. air cincau tu nampak lazatnya! terliur akak T____________T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak sheila.. Kak sheila kan tgh mengandung mne boleh naik, bahaya.. Nanti lepas bersalin kak sheila cuba lah.. Seram lah sy tengok dorg terjun tu >___<

      Delete
    2. baiklah adik. tak sabar nak terjun. member kata best gila. feeling i believe i can fly. hahahhahaha (",)

      Delete
  4. Replies
    1. Header lama lah amira =) mne de tukar.. Hihi

      Delete

Home