Friday, February 28, 2014

Pagar Dah Tiada

Assalamualaikum

Rasa pelik. Rasa hairan. Yelahhh dah dekat seminggu orang still tak perasan. Bila di tanya ada perubahan tak dekat diri ini, first yang mereka mention mesti tentang kekurusan aneroxia nervosa aku tu. Pelik. 1kg naik tu macam tak bermakna apa-apa nampaknya. Menyedihkan.

Bila ditanya lagi, ada perubahan lain tak ? Mesti mention wahh rambut baru. Okey itu satu. Tapi kan ada yang lagi obvious. Lagi terang-terangan ibarat disuluh dengan lampu stadium. But still mereka tak perasan. Hairan.

Perlukan kanta pembesar ? Ke mikroskop ? Teleskop mungkin lebih jelas.

Tuesday, February 25, 2014

Kehilangan

Assalamualaikum

Lately nasib macam tak berapa nak baik. Semua benda pakat nak hilang. Bila tak di cari ada je benda tu terletak kat situ, bila di cari semua pakat nak menyorok. Menyorok pada tahap sampai tak boleh jumpa pulak tu. Agak-agak kalau korang berada di tempat aku sekarang nie, korang rasa apa ? Rasa masin ?

Kehilangan transkrip matrikulasi

Selama nie transkrip tu tersimpan rapi di dalam fail yang mengandungi segala jadah sijil-sijil aku tu, but then bila fill up satu borang nie and perlukan salinan transkrip matrik, time tu lah transkrip tu hilang. Pelik bin Ajaib. Padahal aku dah lama tidak menggunakan transkrip matrik tu. Macam mana boleh hilang.

Then nak tak nak i have to get the transcript back no matter what happen. Bila search kat google macam mana nak dapatkan transkrip matrik tu balik dari Kementerian Pelajaran Malaysia, perghhh agak rumit jugak procedure dia.

First time buat police report

So pengajaran buat diri ini, jangan hilangkan transkrip matrikulasi or whatsoever sijil-sijil yang penting. Harap dalam masa satu bulan nie tak ada apa-apa dokumen yang memerlukan transkrip matrikulasi aku since the process takes one month to get back the transcript. Cara nak dapatkan balik transkrip tu korang boleh search dekat google.

Kehilangan kad matrik UPSI

Dah lah baru mula semester, kad matrik boleh hilang pulak. Dah tu otak nie biol sangat sampai boleh tak ingat langsung bila last pegang kad matrik tu. Aduyai otak oi.

Yang nak dijadikan cerita pulak, pakcik-pakcik guard dekat kampus lama tu dok sibuk nak cek kad matrik pelajar. Ahh sudah. Dah terpaksa buat muka innocent pijak semut tak mati setiap kali masuk pintu timur kampus lama tu.

Then pada suatu malam yang dingin ketika diri ini begitu khusyuk melayan facebook ...

Uishhh nie dah kali kedua nama masuk UPSI Confession 

Terima kasih insan yang bernama Ahmad Syamin Haq kerana telah menemukan kad matrik ku itu. And terima kasih jugak kepada insan yang bernama Atikah Zahari kerana telah menge-tag nama diri ini since diri ini amatlah jarang sekali cek page UPSI Confession.

The time nak ambik kad matrik nie, boleh lah pulak terkantoi dengan pak guard. Aduyai pakcik guard nie pon. Selama nie lepas je masuk pintu timur tu. Siap tahan and tanya mana kad matrik. Lantas diri ini menjawab ,

" Saya nak ambik kad matrik saya dekat library nie, ada orang post dekat UPSI Confession dia jumpa kad matrik saya kat situ. Pak cik tak bukak facebook ke ? Apa lah pakcik nie, macam mana boleh tak up to date dengan berita-berita di UPSI nie pakcik ? So windows 1995 lah pakcik nie "

Maka agak sadis lah kepada mereka yang percaya diri ini berkata ayat sedemikian kepada pakcik guard tersebut.

Kehilangan ahli keluarga terdekat.

Kehilangan kali nie dia tak rasa masin, dia rasa sedih.

Seriously, agak terkejut bila dapat berita kematian Ayah Long aku a.k.a abang sulung ayah aku. Sangat-sangat terkejut. Tak sangka pulak aku pulang ke rumah pada minggu lalu adalah untuk menghadiri upacara pengebumian bapa saudara ku. Sedihnya, padahal baru je jumpa bulan lepas masa perkahwinan kakak sedara ku belah ayah.

Arwah berbaju biru batik

Sihat je tak sakit apa pon, jatuh bilik air terus meninggal. Benar lah, syarat mati itu adalah hidup. Bukan usia dan bukanlah penyakit. Semoga arwah ayah long ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah ~


Last night i got call from my bebo and bebo cakap Tokki masuk hospital sebab semput. Ya Allah risau risau risau diri ini bila dengar berita macam tu. Ibu cakap Tokki tak dapat terima lagi anak dia pergi dulu sebelum dia. Ya Allah tolong lah panjangkan umur mereka berdua. Semoga Tokki cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Aminnn..


Masa kenduri kahwin nie, aku punya lah dok ambil banyak gambar Tokki dengan Wek aku sebab aku jarang balik Pahang. Balik pon time raya je. So agak jarang jumpa Tokki dengan Wek aku nie. Takut tak sempat jumpa mereka berdua tu yang ambik gambar dorang berdua banyak-banyak. So that tak adalah lah rasa terkilan sangat if anything happen to them, but still aku tak nak apa-apa berlaku pada mereka berdua. Ya Allah mintak dijauhkan >__<

Ouhh aku tak hapdet lagi pasal kenduri kahwin Kak Zuriah nie rupanya. Kecik hati ayah aku nie kalau tahu. Sepupu sebelah ibu kahwin punya gigih hapdet. Tak patut zarep tak patut. Meyh la buat short updated sikit.

-----------------------------------------------------------

Pada 17 Januari yang lalu, aku pergi Keratong 9 untuk majlis kahwin kakak saudara ku. Anak kepada kakak ayah aku. Dapat orang mana tu semua aku tak tahu since tak kaji lagi benda nie.

Nikah

 Tokki dengan Wek bergambar dengan cucu nya..
Tokki dengan Wek saya sungguh comel di situ =D

Wow moment ini sangat-sangat berharga since jarang teramat sangat dapat ambik family photo begini, walaupon tak semua, but it's okey. Nak bergambar seramai ini pon belum tentu dapat dilakukan.


Rombongan dari pengantin lelaki

Hasil didikan cucu-cucu dia, Tokki aku berjaya buat peace. Atok kau ade ? 

Ayah bersama anak buahnya a.k.a adik beradik pengantin perempuan

Kira assume sebagai short updated lah nie erk. Kbai.

Should i continue with my next " kehilangan " ? I think better i stop here since this post has already long. Later i'll updated about my next " kehilangan ". Next " kehilangan " is very special to me so i think i will make one special post about it. Tunggu naa ....

PESANAN PENAJA 


This is the clue of my next " kehilangan "

See you next post. Daa ~
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Tuesday, February 18, 2014

Bermulalah Semester 3

Assalamualaikum

Setelah ber-honeymoon selama sebulan di rumah, maka sudah tiba masanya diri ini pulang ke bumi Tanjung Malim.

Tudia muka happy balik Tanjung Malim

Tuesday, February 11, 2014

Evolution Of My Hair

Assalamualaikum

Zaman sekolah rendah merupakan zaman paling jahiliah boleh aku katakan. Zaman rambut paling tak boleh blah yang pernah aku gayakan antara abad hidup aku. Zaman sekolah rendah merupakan zaman rambut belah tengah. Nak sebut pon rasa nak muntah apatah lagi membayangkan wajahku berambut sedemikian. *muntah hijau*

Tapi dulu masa menggayakan rambut sebegini bangga siot. Tambah-tambah masa hari sukan bila masuk acara larian, rambut of course akan melompat-lompat bila kita berlari. Orang dok bersorak time diri ini berlari, diri ini apa lagi makin flip-flip hair lah khenn. Konon ala-ala Jennifer Lopez lah rambut tu. Perghhhh !

Naik tingkat 88, terjun. Then naik lagi, terjun lagi X__X

I found this picture in my father's pendrive. I was laughing very hard when i see this picture. What the F i was thinking that time, that's not even cool bruh. Thank God you have changed them Zharif. If you keep styling your hair like that, you will stay virgin forever. No one ever wants you. Percayalah.

Senang je nak buat rambut nie. Ambik sikat then belah tengah. Lepastu rapi kan. Then bahagian depan tu buat bentuk ala-ala simbol McD gitue. Dah siap. Terus McDonald panggil jadi duta tau.

Amacam McD, ada chance tak ? I'm lovin' it !

Then lepas berhijrah ke sekolah menengah, diri ini tak nak dah buat rambut belah tengah lagi. Masa nie bibit-bibit keinsafan dah mula nampak. Kali nie buat rambut belah tepi pulak. Very common style lah by men nowadays kan.

Tapi sekolah menengah diri ini pakai songkok tau so soal rambut tak jadi masalah. Even time form 4 pindah sekolah menengah kebangsaan, still pakai songkok. Yelahh kan, first day sekolah dah kene perli dengan cikgu sejarah " Aikk, pindah dari sekolah agama masuk sini songkok terus hilang "

Sentap mak nakkkkkk.


Okey yang nie melampau sangat belah tepi nya -___- Siap rambut depan melekat dekat dahi. Melampau-melampau ( shakes head in disbelief ) . Kalaulah in real world aku betul-betul buat rambut cenggini, mesti tiada sapa nak kawan dengan aku kan.

Confirm nightmare tengok gambar atas nie. Meyh aku sajikan gambar-gambar comel supaya korang boleh lupakan gambar atas tu. Make sure tenung gambar bawah nie 10 saat okey ? Lepastu terus scroll ke bawah. Jangan gediks-gediks tengok gambar atas balik, nanti kene repeat step lagi.

Anyonyo chumelnya !!! Make sure 10 saat tau ?

Another 10 seconds .. Anyonyo mel mel ngattt !!

Lelaki nie kan suka tiru apa yang lelaki lain buat. Yelahh dah masuk fasa Identity vs identity confusion dalam Erik Erikson's stage of developement, maka tercari-carilah identiti masa nie, semua benda hendak dicuba untuk sesuaikan dengan diri. Bila nampak cool je, terus apply dekat diri. Tengok aku dah apply theory psychology dekat sini -___-

And disebabkan itu lah masa high school dulu ramai yang hisap rokok sebab nampak laki lain pon hisap rokok, cool katanya. Dan masa fasa nie juga most of them will dye their hair into perang which i find it very buruk and hodoh. Sorry.

Isn't this colour gorgeous ?

Pernah lah juga menyimpan angan-angan untuk warnakan rambut macam Justin Bieber. Tapi macam tak akan tercapai je since jiran-jiran sangat kuat mengata. Pakai seluar oren pon dorang boleh culture shock inikan pula dye rambut ala-ala Justin Bibir, memang tak arhh. Makin tak leh duduk diam mereka dibuatnya.

Basically, my hair will always look like this ( Refer gambar bawah ) Since i'm not really know how to styling my own hair. Sometimes bila orang lain buat nampak cantik tapi bila dah apply dekat diri, perghhhh buruk gila. Ke perasaan aku je cenggitu ?


And setiap kali nak pergi potong rambut mesti aku rasa sangat takut sebabnya i never feel happy when i see the result of my hair after the cutting. Pernah lah satu masa tu, back then in 2012 kalau tak silap. I went to this barber shop somewhere in Banting.

And the conversation between me and the barber begin,

Me : Saya nak potong rambut macam Rihanna.
Barber Runsing : Rihanna ? Sape Rihanna ?
Me : Dalam hati " Aiyoo Rihanna pon tak kenal kah ? Berat nie. "

Then aku pon tunjukkan gambar sebab aku tak tahu nama-nama style rambut nie, bhahaha.

Barber Tak Reti Bahasa : Owhh senang saja nie. After 15 minutes, it's done and the result .....

Taraaaa !!

This stupid Nenas hair cut moment was epic !! Menangis kot bila balik rumah >___< Tak berani dah nak request gaya rambut pelik-pelik sekarang nie. Lain yang dibayangkan, lain pulak jadinya.

My hair has evolved from time to time and I'm still finding what hair style suits me well.

PESANAN PENAJA

Sebelum dan Selepas

" Semester baru dah nak bermula, so haruslah ada rambut baru khenn =D " 

Ouhh ya still buat rambut Rihanna tu, and agak berpuas hati jugak lah kali nie walaupon kiri kanan bentuk dia lain. Kuaja punya barber tak faham bahasa. Panas je hati nie tau. Grrr !

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Wednesday, February 5, 2014

Officially 21

Assalamualaikum

Pada 29 Januari 1993, bayi seberat 3.10 kg telah lahir ke muka bumi ini pada jam 7.08 malam waktu tempatan sewaktu azan maghrib sedang berkumandang. Kini, umurnya sudah menjangkau 21 tahun. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang oleh yang maha Esa untuk bernafas di Bumi yang penuh pencemaran ini.


Last 2 weeks i went to my best friend's house and his parent secretly bought a cake for me. Ohh God i told Faries not to tell them about my birthday. Patutlah tak kasi bukak peti ais. Cissssss ! So as i promised, i'll kill you !!


Thanks Pakcik Zulkefli and Acik Piah sebab belanja makan malam kat luar malam tu =D

Selain tu juga, before aku start cuti sem, kawan-kawan di UPSI telah sambut birthday ini terlebih dahulu. Ini lah cerita yang aku hold tu. Lepas paper English pada hari sabtu bersamaan 11 Januari, kami beramai-ramai berangkat pergi rumah abang chik. Celebrate birthday my classmate (Arif) and me. Uwaaaaaa terharu tau, thank you semua =)



We had barbeque and sedikit makan-makan malam tu =)



And the cake we made it by ourselves, kek ais krim oreo and kek cheese cracker. Terima kasih Abang Chik, Kak Chik, Abang Irsyad, Kak Asma', Iskandar, Muiz, Wes, Bari, Nuzul, Fiqa, Asmirah, Maisara and Fatin sebab buat semua nie =)

PESANAN PENAJA


" Goshhhh I'm 21 already ! BTW terima kasih kepada yang memberi hadiah, yang menyambut birthday diri ini and thanks for all the sweet lovely wishes, i really appreciate it. Thank you =) "

Now tunggu ayah and ibu pulakk nak buat apa. Kata kene hold dulu sebab ayah tengah tak ada kat Malaysia. Fine aku tunggu. But this post i've to publish it first. Banyak cerita tertangguh >__<

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.
See ya !

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...