Tuesday, February 18, 2014

Bermulalah Semester 3

Assalamualaikum

Setelah honeymoon selama sebulan di rumah, maka sudah tiba masanya untuk diri ini pulang semula ke bumi Tanjung Malim. Rasa malas betul nak mulakan semester baru selepas lama bercuti. Hari pendaftaran kolej kediaman pon bermula. Macam biasa kena pergi ke pejabat kolej untuk ambil kunci bilik. Boleh pula aku lupa bawa kad matrik masa nak daftar kolej nie. Tak memasal kena punggah barang-barang dalam kereta semata nak cari kad matrik. 


Macam biasa, setiap kali daftar kolej untuk semester baharu, para pelajar yang menghuni di Kolej Harun Aminurrashid wajib beli t-shirt kolej. T-shirt kolej kali nie aku suka gila sebab warna dan design dia sangat striking. Dari jauh dah boleh nampak. Lagi satu, warnanya melambangkan negeri kelahiranku. Gituhhhh !



Selesai mendaftarkan diri di kolej dan ambil kunci bilik, boleh pula kunci bilik jatuh dalam longkang. Dahlah longkang tu dalam. Perghhhhh ! Permulaan semester yang tidak baik. Daftar semester kali nie, semua ahli keluarga aku ikut menghantar. Jarang-jarang perkara ini berlaku ya. Tapi bagus juga sebab boleh bantu aku angkut barang-barang ke tingkat dua rumah aku tu. Tak adalah penat sangat angkat sorang-sorang. Hahahaha. 


Alang-alang satu keluarga aku ada dekat Tanjung Malim nie, aku bawa mereka semua makan dekat Saudagaq Sup yang agak terkenal di bumi Tanjung Malim nie. Aku memang sangat sarankan untuk semua orang mencuba menu-menu di sini. Harganya sangat berpatutan cumanya kedai dia agak panas ya. Dia bukan panas biasa, dia panas yang bahang. Pengudaraan tidak bagus sebab aktiviti memasak di dalam premis menyebabkan satu premis tu jadi bahang.


Selesai beli-belah barang keperluan di Pasaraya Billion Tanjung Malim, keluarga menghantar aku semula ke kolej dan mereka pon beransur pulang ke rumah. Sebelum bertolak balik tu, ayah bagi aku duit untuk bayar yuran seemster 3.Ya Allah macam tak boleh bank in je duit tu. Seramlah pegang duit banyak-banyak. 

Bilik pon dah siap kemas. Itu sahaja. Semoga Allah permudahkan perjalanan semester 3 aku di UPSI nie. Aminn. 

8 comments:

  1. All the best for your new semester, Zharif :)

    ReplyDelete
  2. humakaih, apo yang kau beli, kemain panjang resitnya haa. haha. selamat menempuh sem 3. Budk UiTM je laa yang cuti lagi. Ahh sekejapnya cuti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara ayah tengah baik hati, lebih baik pau dia.. hihi..
      UiTM best kan , yuran murah .. aku suka =D hihi

      Delete
  3. Assalamualaikum dik, hehee lawak je baca. siap ada selingan tu. hehe akak pun rasa tak selamat bila ada cash kat tangan. hehehe tapi kan duit dalam akaun pun boleh kategori merbahaya dik. kita kan suka shopping online. wakakakaaaa ada 'kita' pula tu. hehee selamat masuk sem 3, belajar sungguh-sungguh tau dik ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)

      kann, pon bahaya jugak tu.. tambah2 shopaholic mcm "kita" nie.. hahhaha
      terima kasih kak sheila =)

      Delete
  4. selamat menempuh sem baru....lupa nak cakap yang resit tu kemain panjang nau...ape la yang dibeli agaknya tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih =) banyak.. stok makanan untuk satu semester agaknya.. hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...