Tuesday, February 25, 2014

Kehilangan

Assalamualaikum

Lately nasib macam tak berapa nak baik. Semua benda pakat nak hilang. Bila tak di cari ada je benda tu terletak kat situ, bila di cari semua pakat nak menyorok. Menyorok pada tahap sampai tak boleh jumpa pulak tu. Agak-agak kalau korang berada di tempat aku sekarang nie, korang rasa apa ? Rasa masin ?

Kehilangan transkrip matrikulasi

Selama nie transkrip tu tersimpan rapi di dalam fail yang mengandungi segala jadah sijil-sijil aku tu, but then bila fill up satu borang nie and perlukan salinan transkrip matrik, time tu lah transkrip tu hilang. Pelik bin Ajaib. Padahal aku dah lama tidak menggunakan transkrip matrik tu. Macam mana boleh hilang.

Then nak tak nak i have to get the transcript back no matter what happen. Bila search kat google macam mana nak dapatkan transkrip matrik tu balik dari Kementerian Pelajaran Malaysia, perghhh agak rumit jugak procedure dia.

First time buat police report

So pengajaran buat diri ini, jangan hilangkan transkrip matrikulasi or whatsoever sijil-sijil yang penting. Harap dalam masa satu bulan nie tak ada apa-apa dokumen yang memerlukan transkrip matrikulasi aku since the process takes one month to get back the transcript. Cara nak dapatkan balik transkrip tu korang boleh search dekat google.

Kehilangan kad matrik UPSI

Dah lah baru mula semester, kad matrik boleh hilang pulak. Dah tu otak nie biol sangat sampai boleh tak ingat langsung bila last pegang kad matrik tu. Aduyai otak oi.

Yang nak dijadikan cerita pulak, pakcik-pakcik guard dekat kampus lama tu dok sibuk nak cek kad matrik pelajar. Ahh sudah. Dah terpaksa buat muka innocent pijak semut tak mati setiap kali masuk pintu timur kampus lama tu.

Then pada suatu malam yang dingin ketika diri ini begitu khusyuk melayan facebook ...

Uishhh nie dah kali kedua nama masuk UPSI Confession 

Terima kasih insan yang bernama Ahmad Syamin Haq kerana telah menemukan kad matrik ku itu. And terima kasih jugak kepada insan yang bernama Atikah Zahari kerana telah menge-tag nama diri ini since diri ini amatlah jarang sekali cek page UPSI Confession.

The time nak ambik kad matrik nie, boleh lah pulak terkantoi dengan pak guard. Aduyai pakcik guard nie pon. Selama nie lepas je masuk pintu timur tu. Siap tahan and tanya mana kad matrik. Lantas diri ini menjawab ,

" Saya nak ambik kad matrik saya dekat library nie, ada orang post dekat UPSI Confession dia jumpa kad matrik saya kat situ. Pak cik tak bukak facebook ke ? Apa lah pakcik nie, macam mana boleh tak up to date dengan berita-berita di UPSI nie pakcik ? So windows 1995 lah pakcik nie "

Maka agak sadis lah kepada mereka yang percaya diri ini berkata ayat sedemikian kepada pakcik guard tersebut.

Kehilangan ahli keluarga terdekat.

Kehilangan kali nie dia tak rasa masin, dia rasa sedih.

Seriously, agak terkejut bila dapat berita kematian Ayah Long aku a.k.a abang sulung ayah aku. Sangat-sangat terkejut. Tak sangka pulak aku pulang ke rumah pada minggu lalu adalah untuk menghadiri upacara pengebumian bapa saudara ku. Sedihnya, padahal baru je jumpa bulan lepas masa perkahwinan kakak sedara ku belah ayah.

Arwah berbaju biru batik

Sihat je tak sakit apa pon, jatuh bilik air terus meninggal. Benar lah, syarat mati itu adalah hidup. Bukan usia dan bukanlah penyakit. Semoga arwah ayah long ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah ~


Last night i got call from my bebo and bebo cakap Tokki masuk hospital sebab semput. Ya Allah risau risau risau diri ini bila dengar berita macam tu. Ibu cakap Tokki tak dapat terima lagi anak dia pergi dulu sebelum dia. Ya Allah tolong lah panjangkan umur mereka berdua. Semoga Tokki cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Aminnn..


Masa kenduri kahwin nie, aku punya lah dok ambil banyak gambar Tokki dengan Wek aku sebab aku jarang balik Pahang. Balik pon time raya je. So agak jarang jumpa Tokki dengan Wek aku nie. Takut tak sempat jumpa mereka berdua tu yang ambik gambar dorang berdua banyak-banyak. So that tak adalah lah rasa terkilan sangat if anything happen to them, but still aku tak nak apa-apa berlaku pada mereka berdua. Ya Allah mintak dijauhkan >__<

Ouhh aku tak hapdet lagi pasal kenduri kahwin Kak Zuriah nie rupanya. Kecik hati ayah aku nie kalau tahu. Sepupu sebelah ibu kahwin punya gigih hapdet. Tak patut zarep tak patut. Meyh la buat short updated sikit.

-----------------------------------------------------------

Pada 17 Januari yang lalu, aku pergi Keratong 9 untuk majlis kahwin kakak saudara ku. Anak kepada kakak ayah aku. Dapat orang mana tu semua aku tak tahu since tak kaji lagi benda nie.

Nikah

 Tokki dengan Wek bergambar dengan cucu nya..
Tokki dengan Wek saya sungguh comel di situ =D

Wow moment ini sangat-sangat berharga since jarang teramat sangat dapat ambik family photo begini, walaupon tak semua, but it's okey. Nak bergambar seramai ini pon belum tentu dapat dilakukan.


Rombongan dari pengantin lelaki

Hasil didikan cucu-cucu dia, Tokki aku berjaya buat peace. Atok kau ade ? 

Ayah bersama anak buahnya a.k.a adik beradik pengantin perempuan

Kira assume sebagai short updated lah nie erk. Kbai.

Should i continue with my next " kehilangan " ? I think better i stop here since this post has already long. Later i'll updated about my next " kehilangan ". Next " kehilangan " is very special to me so i think i will make one special post about it. Tunggu naa ....

PESANAN PENAJA 


This is the clue of my next " kehilangan "

See you next post. Daa ~
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

17 comments:

  1. I lol'd at "so Windows 1995 " tu. Hahahaha :D

    Semoga Tokki sembuh cepat.

    ReplyDelete
  2. Hilang transkrip kena buat report polis ? :o
    salam takziah zarep

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. itu salah satu syarat nak dapat balik transkrip tu ..
      terima kasih haikal =')

      Delete
  3. hahahaaa...ole2 :D
    BulanBintang

    ReplyDelete
  4. tersimpan, beribu hikmah. blajar bersabar tuk mjadi lebih dewasa.

    ReplyDelete
  5. Haa aku memang tak percaya langsung kalau kau cakap sebegitu rupa kepada pak gad. Kau kan sopan santun. hahaha. takziaha tas kehilangan, banyak jugak kehilangan tu. aku baca post kau dah cabut braces baru baca yang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ececyhhh mna tahu aku sopan santun nie.. hahhahaha ..
      terima kasih asyikin =) aaaaaa x suspend lah mcm nie >__<

      Delete
  6. tumpang tanya, transkrip matriks tu berapa lama baru dia siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sebulan. saya actually tak hantar lagi pon sampai sekarang..

      Delete
  7. kenapa tak hantar? sy pun dah lama hilang, tak rasa macam nak hantar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlahh, bertangguh-tangguh sampai xterhantar. padahal police report dah buat..
      tp kne hantar jugak sebabnya nak mohon pinjaman yayasan selangor kene ada transkrip tu..

      Delete
  8. salam.sy baru dapat trnskrip matrikulasi ni.baruuuu jeee bape menet kendian.hohoho..nk tnye upu yg kite isi sbelom ni dia tgok kite nye subjek yg keseluruhan ataupun mse last sem tu je..? sekian terima kasih terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilang jugak ke transkrip tu ? so maksudnya boleh dapat lah balik erk elpas submit semua nie ? saya tak hantar lagi pon...yg tu sy kurang pasti lah.. sy dh xberapa ingat.. sorry ..

      Delete
  9. kalau nak mohon transkrip tu..nombr matrik wajib ke isi dan alamat kena hantar kat mana ye?? search dah x jumpa..huhu

    ReplyDelete

Home