Thursday, March 20, 2014

Character Building : Day 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai sudah menjalani satu camp di Teratak Riverview Tanjung Malim. Camp yang diberi nama Character Building (CB) ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. To be honest, aku terpaksa join camp nie. Camp nie diwajibkan kepada semua pelajar psikologi UPSI. Tak join nanti kene buat surat tunjuk dekat lecturer and jumpa that lecturer to explain why tak boleh datang. So aku tak nak benda itu terjadi.

Sebelum pergi camp tu, ada satu meeting diadakan bersama fasilitator. Habis je meeting tu, makin kuatlah rasa tak nak pergi camp nie. Rasa tak suka, rasa menyampah, rasa maggi 3 rasa pon ada. Tapi kene pergi jugak. Kan dah kata wajib -___-

Ikhlas sikit zarep muka tu 

So pada tanggal 14 March bersamaan hari Jumaat. aku pon buat preparation. Pergi beli barang-barang dengan roommate dekat Tanjung Malim. Oh sape yang belum tahu, roommate aku Muiz, my coursemate. Lepas solat Jumaat cepat-cepat packing baju sebab nak kene kumpul jam 3 petang di kampus lama. Nampak tak, langsung tak semangat nak pergi camp nie, 30 minutes before gathering baru nak packing baju.





Belum mula boleh lah ber-peace2 =P

Dari kampus lama ke Teratak Riverview nie mengambil masa lebih kurang dalam 15-20 minit menaiki kereta. Itu kalau naik kereta, cuba bayangkan kalau korang kene jalan kaki ? Dan kami semua memang kene berjalan kaki ke sana. 1 jam 30 minit jugaklah berjalan. Memang lecak lah satu badan kan.

Jerebu katanya ...





Taha ( wearing black shirt ) , our international student from Turkey who joined this camp


Abe-abe fasi, naik basikal boleh lerr =P hihi 

After hampir 2 jam berjalan. Akhirnya sampai juga ke destinasi.

Nampak muka-muka keletihan disitu

Sampai sana berkumpul dengar taklimat ringkas whatsoever. Then kene dirikan khemah untuk tempat kami semua bermalam. Since diri ini tak pernah mendirikan khemah, jadi tengok jelah yang aku mampu.

Eceyhhh Najwa Ashim tunjuk ajar junior-junior nya =P 

 Gembiranya mereka ...


Najwa Ashim always ready to pose when see camera

Stress nya muka =P

 Sesi memasang khemah hampir siap

Kak Ilyani yang sangat lemah lembut dan sopan santun orangnya

Usha pelik jer Naz ...

i told ya , always ready 

" Gua x dapat khemah pon tak pe, gua relax. Small matter, apa nak kecoh " - Najwa Ashim bermonolog dalaman

End up lepas pasang khemah tu semua. Ini lah khemah pelajar lelaki.

Deskriminasi gender sering berlaku. Apa salah kami >__<

Lepastu pergi mandi siap-siap untuk solat maghrib. Then ada taklimat ringkas dari abang fasi before makan malam took place. And masa nie lah ada drama berlaku. Sedikit pertelingkahan berlaku antara fasi dan kami pelajar psikologi.

Melihat Abang Izhar di tengking oleh fasi sebegitu dahsyat sekali buat aku rasa tergamam. Abang Izhar nie kira macam ketua lah antara kami nie since he is our senior sem 6. At first aku rasa ya Allah jangan lah ada berlaku sesi tumbuk-menumbuk. Bukan sebab aku takut nak berlawan, aku takut kalau aku dah berlawan, orang tu masuk ICU pulak. Itu yang aku takut. Eceyhhhh

The moment bila Kak Ilyani said " I want you all to trust your brother "

Masa nie aku rasa macam ikatan kekeluargaan antara kami pelajar psikologi nie, kuat sangat. Rasa macam family gitu. Anyonyo kann sweet macam tu. Rasa nak cubit-cubit je pipi semua orang =)

Yelahhh, bayangkan korang dah berjalan kaki hampir 2 jam. Then bila nak makan, di tahan-tahan. Suruh buat itu ini, lepastu menengking-nengking. Sapa yang tak geram. Perut dah lapar weyhh. Berkeroncong dah bermacam-macam lagu masa tu. Kami semua datang sini untuk have fun, tup tup kena train macam askar. Dah lah TERPAKSA join camp nie. Tak ke perasaan menyesal join camp nie makin bertambah ?


Then sesi dialog antara kami dan wakil fasi berlangsung. Dekat berjam-jam jugaklah. Masa nie semua orang ingin menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap layanan yang diterima dari fasi. Masa nie aku rasa wow hebatnya psychologist-psychologist wannabe nie. Boleh nampak lah character-character nya. Semua berhujah menggunakan teori yang kukuh.

Rasa nya wakil fasi tu pon tergamam mendengar nya. Ini juga mungkin satu petanda bahawa, jangan usik family PSYCH kami. Once kau usik, kau terima lah. Eceyhhh ayat taiko datang kembali. Aku tidak lah menyuarakan pendapat masa tu. Aku suarakan pendapat kat sini je. Dengar cerita suarakan pendapat dekat blog lagi sentap dari sesi dialog macam tu. Keh keh keh

And rupanya itu merupakan satu provokasi dari abang-abang fasi untuk tengok tindak balas kami. Eh ye ke ? Macam dah ter-over sangat lah pulak provokasi nya tu. Seram meyhh.

Apa-apa pon, memang ternyata layanan mereka untuk keesokkan harinya berubah. Totally 100% berubah. Aku dah lah tak suka orang tengking-tengking aku nie, sebab paling utama aku tak pergi PLKN sebab benda nie lah. Sebab takut kulit gelap dengan kene botakkan kepala tu jadi sebab kedua. Kbai.

 Kumpulan 1 dan 2

Kumpulan 3 dan 4 

Kumpulan 5 dan 6

After that incident, kami pon disuruh buat cheers masing-masing and pilih nama kumpulan. Nama kumpulan di pilih berdasarkan jenama handphone. So kumpulan aku pilih Iphone. Curlasss kan pilih Iphone padahal realitinya aku hanya memiliki telefon screen retak seribu. Kumpulan aku seramai 23 orang dan aku merupakan ketua kumpulan.

Lepastu before tidur, kami-kami nie budak PSYCH buat meeting rahsia without pengetahuan abang fasi. Masa nie Abang Izhar ada bagi sedikit talk lah on whatsoever. Takkan nak detail kan kat sini pulak kan apa yang kami bincangkan.

Abang Izhar masa nie bertindak macam seorang abang yang melindungi adik-adiknya. Anyonyo, korang tak rasa sweet ke ? Sesuai sangat lah dua-dua tu =) Ahaks, tersedak pulak ~

Malam tu cuma tidur 2 jam je woi, lepastu kene bangun subuh. Habis solat ingat boleh tidur balik, rupanya kene siap-siap buat senaman pagi. Alahai ~

Day 2 sambung nanti-nanti yer. Assignment banyak nak kene submit next week. Mati lah nakkkk >__<

See ya !

13 comments:

  1. Banyaknya manusia!

    Tak tahu pula yang UPSI terima international students. Ingatkan untuk bebudak local ke.

    Bila baca pasal orang gaduh-gaduh ni, teringat apa yang jadi dekat BTN camp aku. Serious rasa overwhelmed gila masa tu ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UPSI terima international student.. aku tak suka camp2 yg tengking2.. menyeramkan ~

      Delete
  2. Kahaha.. Nak tau, last2 nanti ada tak rasa menyesal join. Kekeke..

    ReplyDelete
  3. cepat sambung haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mmg selalu lambat sambung .. hahaha

      Delete
  4. laju sikit dik update day two,,,okeh?!!

    kecewa aaa gagal cari muka sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah ini yerp ? maaflah sbb kamera dekat kumpulan sy je..

      Delete
  5. hebat ah zharifff...haha :D

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. begitulah awan nano nano nano nano .... =D

      Delete

Home