Saturday, March 29, 2014

Character Building : Edisi Khas

Assalamualaikum

Pada belah malam hari kedua, ada benda telah berlaku pada diriku. First time kena, tak pernah kene lagi sebelum nie.

Meyhh mulakan.

Sementara menunggu giliran mengambil makanan malam tu, jari tetibe rasa gatal yang teramat sangat. Aku ingat tangan aku kene duri kaktus yang kecik-kecik tu. Cari punya cari duri tu tak jumpa. Sekali dia jadi timbul kaler putih macam kene gigit nyamuk tu. Memang tergaru-garu lah aku masa tu.

Then pergi ambil makanan. Lepastu duduk kembali. Booom terasa kaki pulak kene gigit. Bunyi nya tak ada lah boom, cuma nak bagi element rasa terperanjat tu ada, tu yang tulis boom tu. Okey abaikan.

Sakit gila serangga tu gigit. Lantas aku lenyek serangga haram jadah tu. Serangga tu kecik je. Lepas habis makan baru rasa gatal tu pergi ke level yang seterusnya di mana leher dan badan aku start sangat gatal dan start timbul bintik-bintik merah macam kene gigit nyamuk. From there, I know there's something wrong with me so aku pergi belakang tanya AJK ada ubat gatal-gatal ke tak.

Masa nie memang tangan tak boleh berhenti. Memang nak tergaru je. Memang best lah kan bila kita garu tu, tambah-tambah dekat bahagian celah kangkang. Tapi garu cover lah, tangan masuk poket seluar then garu. Agak tak sopan lah garu part itu di depan khalayak. Dan actually agak tak sopan juga cerita dekat sini -___- Dan dah tercerita pon.

And now semua pandang sini, so that you will forget everything.

Ubat sapu untuk gatal-gatal tak ada. Kalau ada ubat sapu pon aku rasa macam mana nak sapu. Aku tengok seluruh tubuh badan aku berbintik-bintik merah. Kebetulan pulak kawan ada ubat allergic, dia pon bagi. Then the gatal still tak boleh hilang tapi aku dah stop menggaru so that dia tak akan jadi lebih gatal.

Muka aku masa nie aku rasa macam kene gigit lebah. Dia start membengkak. And berdenyut-denyut pulak tu.

And abang fasi tu ajak duduk sekali dengan mereka di belakang tu. Then aku tak tahu macam mana, kaki aku start menggigil-gigil tak boleh berhenti. Makin laju pulak tu. Aku cakap dengan abang fasi tu aku nie tengah kenapa. Dorang bagi aku jaket, sarungkan stokin and bagi penutup kepala. Aku bagi tahu dorang aku tak rasa sejuk pon. Tapi dorang suruh gak pakai. Uishhh panas habaq hang. Then dorang call pihak UPSI datang ambil untuk pergi klinik.

Time tu ada aktiviti bersama pensyarah. Aku pon tak sure dia buat apa. And time tu jugak ada persitiwa yang tidak di ingini telah berlaku dekat salah seorang peserta perempuan nie. Kitorang kena pada waktu yang sama. So kawan-kawan aku ingat aku pon "kena" macam budak perempuan tu. Aiyooo kesitu pulak mereka.

Then mengambil masa lebih kurang 20 minit menaiki kereta dari tapak kem ke klinik. Tak boleh jauh lagi ke kem nie >__<

Sampai klinik, doktor suruh baring. And then doktor tanya ada allergic ke tidak, then i said no. Lepastu aku cerita lah yang aku start rasa gatal nie bila terkena gigit satu serangga nie. Tapi aku tak tahu itu serangga apa. Then dia suruh aku genggam tangan and dia cari urat tangan aku.

Aku dah start cuak dah, aku tanya dia, " doktor tak boleh ke cucuk kat bahagian lain ? Part situ saya takut sikit "
Actually takut banyak and sebab tu aku tak pernah menderma darah sampai sekarang. Bukan kedekut darah tapi takut tengok jarum cucuk dekat bahagian situ.

Then dia kata " Aiyoo awak nie, you tak perlu risau lah, you nie kurus je, senang nak cari urat."
Tak membantu meringankan ketakutan langsung, sangat tak membantu -___-

Then time dia nak cucuk tu, dia suruh genggam kuat-kuat.
But then aku cakap, " eh doktor bukan kalau kita makin keraskan otot makin rasa sakit ke nanti bila di cucuk ? "
Wahhh siap ajar doktor tu, sape yang doktor nie pon aku tak tahu.

Doktor tu kata, " kalau awak tak genggam and saya tak cucuk urat tu, saya kene cucuk awak lagi "
Terus genggam sekuat-kuat nya and pandang tepi tak nak tengok kene cucuk. Tak rasa sakit pon kene cucuk tu, rasa macam nak kene cucuk lagi. Gituueee tau. Segala rasa gatal masa nie semua hilang lepas kene cucuk.

Eh baru aku teringat perkataan yang betul iaitu kene "bius". Kenapa aku tulis cucuk nie, kampung betul lah kau nie zarep >__<

The doctor gave me this

Doktor said kulit aku allergic with gigitan serangga. No wonder selama nie kalau serangga gigit, banyak bintik-bintik merah timbul di sekeliling bahagian kene gigit tu. Tapi tak adalah sampai satu badan dia timbul macam masa dekat CB ni. Kalau setakat timbul bintik-bintik merah je tak apa tau, nie siap pakej gatal sekali. Perghhh !

Ada cermin kat situ, aku pon tengok wajah aku, mak ai teruknya muka. Nak selfie pon tak boleh sebab battery phone mati. Baru nak hapdet kat instagram wajah huduh i bercaption-kan, i tau lah i tak secantik uolss. Hashtag #Sebaliknya #PrayForZharif

Then aku ingat abang fasi tu bagi permission balik kolej dan rehat, rupanya dia suruh rehat dekat tapak kem tu lagi -___-
Balik tapak kem, sapu ubat then jadi penonton je tengok mereka-mereka buat aktiviti. Lepastu tidur. Tamat.

Then baru aku realised, kejadian nie telah buat aku mengarang sepanjang ini. So itu maksudnya kene sambung DAY 3 lain kali.
BTW ini gambar bina empangan dan aktiviti tubing dari kamera my lecturer, Sir Nuzsep.

Membina empangan

 Najwa Ashim always spot the camera =D


Tubing  


Huawei team 

Alcatel team

See ya next post !

10 comments:

  1. First time dengar orang allergic dengan gigitan serangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maklum, kulit first class katanya.. haruslah begitu.. hahahhaa =D

      Delete
  2. nak kete dah 20 minit. kene jalan kaki..~pengsan~

    ReplyDelete
  3. dalam gila kem tu sampai 20 minit..
    mesti terseksa gila dalam kereta. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam kann.. memang terseksa habis.. dekat satu jam jugak terseksa.. tunggu kereta tu datang lagi, tunggu giliran dekat klinik lagi, perghhh

      Delete
  4. Assalamualaikum. wahh best gila... lama tak follow aktiviti camni. singgah menabung digi sini untuk adik~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak =)
      nanti akak dh bersalin boleh join camp2 mcm nie =D hihi terima kasih kak

      Delete
  5. Adek pernah kena . sampai naik ke muka and gatal sangat sangat . adek tau rasa mcm abang rasa tuh . :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat gatal. sampai berdenyut-denyut muka nie dibuatnya >__<

      Delete

Home