Tuesday, March 4, 2014

Main Cop-Cop

Assalamualaikum

Bila dah masuk fasa 20-an nie, pergi sana sini confirm ada yang akan bertanya bila nak kahwin. Penat lah jugak deal dengan benda nie, dah jadi macam benda wajib pakcik-pakcik, mokcik-mokcik, kakek-kakek, nenek-nenek dan juga jiran tetangga untuk tanya soalan nie. Sometimes i wonder, perlu ke ?

Tambah-tambah my ayah nie memang suka sangat-sangat memperkenalkan anak-anak nya kepada para tetamu. Ya Allah kami nie lima beradik pemalu-pemalu belaka. Bila part sesi perkenalan nie, kami 5 beradik mesti pandang slek dekat ayah. Nanti dia faham lah yang anak-anak dia tak suka. Lepastu dia berhenti.

My kawan ayah would be like - 

" Wahhh anak bujang kau ! Kau nie Azis ada anak bujang sorok dekat rumah " 

I would be like - 

" Ye memang aku kene sorok pon selama nie. Main hide and clap dekat rumah tu.  Feeling-feeling conjuring gitu "

Nampak macam muka aku nie dah boleh kahwin ke ?

Agama still tak sempurna, subuh pon mengharap belas ihsan ibu ketuk pintu bilik sampai nak pecah pintu tu dibuatnya. Ciri-ciri leadership yang hado. Penakut nya nauzzubillah, pergi toilet pon ajak kakak temankan. Bab cinta dan romantik-romantik nie langsung fail. Bertindak dan bercakap still tak menunjukkan kematangan, tu yang kalau geram aku merapu kat twitter tu, takpon hapdet kat instagram, lepastu delete balik. Berharta tiada, duit pon harap mak bapak yang hulur.

Anda suka lelaki kaya atau lelaki miskin ?
( Gambar semasa zaman sel-sel otak belum berhubung. Sumber di SINI )

Ada ciri-ciri lelaki pilihan anda-anda semua pada aku ? Tak ada. K dah tahu dah.

Actually kan, aku bukan nak hapdet segala jadah pasal isu kahwin nie bagai. Aku nak berkongsi kisah yang my lecturer ( Dr. H ) kongsikan dekat kelas masa first week sem bermula. Aku agak tertarik dengan konsep cinta dia. Dia kata time study nie, eloklah cari orang yang boleh dijadikan suami/isteri. Bukan suruh bercinta berdating bagai. Cukup sekadar kita cop dia sebagai kita punya. Cukup sekadar si dia tahu perasaan kita terhadap dia. Tak perlu nak dating and bercinta bagai nak rak, itu semua tidak perlu.

Dia kata, perempuan better cari lelaki time tengah belajar nie. Yelahh, bila dah habis belajar nanti as degree holder, starting gaji dah beribu-riban. So itu membuatkan lelaki takut nak dekat dengan hampa semua. Lelaki takut nak dekat dengan wanita yang bergaji tinggi. Kang orang kata nak caras duit perempuan tu pulak. Yelahhh lelaki nie kan ego tinggi, at least dia nak jugak gaji lebih tinggi dari perempuan tu, atau at least lebih kurang sama ja.

Tapi kalau lelaki tak perlu risau lah, gaji beribu-riban semua orang akan pandang. Tapi still better cari time tengah belajar nie. Nanti bila dah kerja susah sikit. Pilihan jadi limited. Gitueee. Yang nie aku tambah sendiri.

Alaaa cop-cop je. Tapi my lecturer said, jangan sampai confirm sangat cop-cop pilihan kau tu betul-betul jadi suami/isteri kau kelak. Just sekadar ala kadar. Jangan over confirm. Over confirm nie yang payah.

Couple-couple sekarang nie, belum confirm as husband and wife semua dah halal bersentuhan, acano tu ? Apa specialnya kahwin kalau macam tu. Tak payah kahwin pon free-free je dapat pegang sana pegang sini. Berat. Berat.

Taip PU Zharif dan hantarkan ke 32999. Terima kasih.

Alhamdulillah, sejuk tak tengok ? Boleh lah cop saya lepas nie =P

My lecturer tambah lagi, dia kata dalam kelas pon mereka tak menunjukkan mereka tu satu pasangan. Duduk dalam kelas pon jauh-jauh. Tengok pon tak. Lepas dah convo baru dia kahwin. Sampaikan masa wedding dia, kawan-kawan dia baru tahu lelaki tu "boyprend" dia. Kawan-kawan dia semua tahu dia dah berpunya cuma tak tahu siapa lelaki pilihan dia tu.

Amazing bukan ? Kahwin baru mereka semua tahu.

Perkongsian lecturer ku ini sedikit sebanyak telah mengganggu waktu tidur ku.
Dok terfikir sape lah yang aku nak cop sebagai isteri nie. Kbai.

PESANAN PENAJA 


" Dr H : Kelakar saya tengok mereka-mereka yang upload gambar dekat pelamin pengantin. 
Tak perlu risau, nanti jodoh tu datang sendiri "

Yang baik datang dari Allah, yang jahat semua dari syaiton nirrajim =P
See ya !

24 comments:

  1. Assalamualaikum dik, hahah betul cakap lecturer kamu tu. hehe nak hantar sms undi adik ni. hehe masuk ke PU tahun ni? hehehe semoga bertemu jodoh yang baik ya dik.. Akak doakan yang terbaik buat kamu. hehehee. Pasni takyah dok snap gambar kat pelamin ye. Lecturer kamu tertembak sedas ekk kat adik? hiewhiew ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)

      nak masuk PU acano ilmu tak ada.. habis huru hara Malaysia nie nanti.. hihi =D
      Aminn.. terima kasih kak sheila =) Saya pon harap begitu..

      Delete
  2. Okay, terbuka sikit kotak minda aku. Dulu kat sekolah ada jugak budak laki main cop2. Tapi macam takde org cop aku jer -_-
    rasanya malam ni tak boleh tidur jugak kottt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha yang tu lawak okey..
      terganggu tidur fikir pasal cop-cop nie... hihi

      Delete
  3. Hahahaha ko ni klakor lakor lah dik..
    Ok x apa.. Pkir kan apa yg terbaik je buat masa ni.. Jodoh kan dia tangan Allah..
    Hakak doakan zharif dpt jodoh yg sempurna yer.. Dan yg penting jelita macam hakak..
    Ehhh.. Kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitueee tau pesanan penaja dia.. hahaha
      terima kasih kak zaza =)

      Delete
  4. hahaha okay menarik . kalau lelaki cop perempuan tak pelik tapi kalau perempuan cop lelaki pelik . sebab kalau lelaki , tak rasa malu kalau nyatakan dia suka seseorang tu . bukan dia harapkan balasan pun kan , hanya nyatakan tapi kalau perempuan macam perigi cari timba pulak . memang la orang kata zaman moden ni tak pelik kalau perigi cari timba tapi perempuan akan rasa malu kalau nak cakap dia sukakan seseorang . perempuan kan sensitif sangat , kalau kene reject ? acano tu ? kene aplikasi jugak cop2 ni ? laki tu mane tahu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's a good point. but why not try ? tanpa mencuba kita tak tahu.. hihi menghasut pulak
      ye memang malu kene reject. tp mesti ada alasan knapa dia reject. dan cara kita approach tu pulak jgn lah melulu, ye dak ? Ada caranya.. bab nie tak master lagi atau lebih tepat zero knowledge. hihi =D

      well, maybe it suits on certain people. and maybe others are not... i just find her story amazing =)

      Delete
  5. dr H always have amazing story :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh right ! love her class =)
      looks like you know her anon ? you must be one of the PSYCH member =D

      Delete
  6. Kelakar siot.... ahahahha! Tapi rupa ada, so kawin la cepat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rupa ka ? hahaha .. itu saya rasa satu pujian jadi sy ucap terima kasih =)

      Delete
  7. Malu kot. Takkan tetiba aku nak cop laki tu. Hahaha. Biarlah jodoh dtg sendiri walaupon org kata kita x boleh wait n see,kena cari. Bila umur dah masok 2 series memey org tanya psl psgn n kahwin. Sabor je laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon dah start risau nie.. satu progress pon xbuat lagi.. ceyhh..
      aku pon ingat nak wait n see je.. huhu

      Delete
  8. Dulu, masa aku dekat Taylor's, mak aku pun suruh aku start cari. Dia kata nanti duduk oversea, susah nak jumpa calon. Memang takde la aku nak mencari -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. this is sooo Farah =)
      bagusnya mak kau farah, mak aku tak kasi aku cari time belajar nie.. dia suruh aku belajar je ..

      Delete
  9. hahaha.. perjalanan masih jauh tu weh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. better xyah fikir dulu.. hihi..

      Delete
  10. ahaha how can zharif azis boleh jadi kelakar macam nie? haish urmm cop jangan tak cop wokeyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaa .. sy kelakar ke ? hihi ...
      cop jangan tak cop tau =)

      Delete
  11. kawen sonok tau bro zharif,.,ehheE

    ReplyDelete
  12. Nak cop awak la, hohoho.. Lulz.. (gurau -.-)

    ReplyDelete

Home