Tuesday, April 15, 2014

Ber-meatballs di IKEA

Assalamualaikum

Terima lah entry tertangguh ini akibat ada lori jahanam mana entah pergi langgar wayar telefon rumah aku kat luar tu sampai putus. Tak sedar lori tinggi nak jugak lalu jalan sempit. Lepastu main lari je pulak tu. Kuasam betul. Habis internet tak boleh nak guna. Now dah ada kat UPSI baru boleh update.

Tak boleh lebar lagi ke senyum tu ?

Selalu tengok para-para bloggers makan meatballs dekat IKEA, jadi diri ini yang juga digelar blogger yang ado nie pon haruslah makan meatballls IKEA jugak kan. So hari Isnin hari tu me and my best friend vroom vroom pergi IKEA dengan jayanya. Mana tak jaya kalau guna GPS, jadi dalam 1 jam lebih macam tu dah sampai. Tenchiu GPS, me like you so much.

Besar IKEA nie. Keliling dia semua shopping malls. Rasa wow jugak lah kat situ, maklumlah orang kampung masuk bandar haruslah terkesima kan. Masuk IKEA cecepat cari meatballs yang sangat terkenal tu.

Comel je troli membeli belah makanan IKEA nie =)

Taraaa !! 

Beli 20 biji meatballs, Meatball pasta with tomato sauce ( i cant remember the name actually ) and sup cendawan. Sup cendawan tu tak panas pon, nak makan pon tak selera. Bluerghhh. Perasan ada microwave disediakan. Ke memang dia sengaja sediakan sup sejuk and then suruh kita panaskan sendiri ?

Agak teruja jugaklah nak makan meatballs nie. The taste quite nice actually cuma kalau makan banyak-banyak jadi muak. The black pepper sauce also okey. Just nice. And i just don't see any chemistry between the strawberry sauce with the meatballs. Such a bad combination. The mash potato sangatlah tak sedap dan tak diterima tekak. Tawar dan kasar nak mapuih.

Ewahhh jadi pengkritik makanan pulak kau ye zarep.

Saja kasi zoom in sikit gambar .. hihi

Muka happy sebab akhirnya dapat jugak makan meatballs di IKEA

Harga dia murah jerp. 20 biji meatballs tu harga dia cuma 17 ringgit je, pasta tu dalam 8.90 sen kot and sup tu dalam 4 ringgit rasanya. Total 30 ringgit je kitorang makan masa tu termasuk sebotol air mineral. Murah kan ?

Next time boleh pergi lagi =) Hewhew.

Dah sampai sini haruslah ronda-ronda sekeliling. Macam-macam ada dekat IKEA nie. Bawak ibu aku kat sini boleh meroyan rasanya. Dengan harganya yang sangat gila murahnya. Haruslah meroyan kan. Those couple who just married and planning to decorate their house, you better go here. There's a lot of idea you can copy by seeing the furniture and how they design the kitchen, bedroom and etc.

Tak pasti sama ada boleh ambik gambar ke tidak dalam gudang IKEA nie, 
terpaksa curi-curi ambik gambar


Hasil membeli-belah kami

Balik rumah kene perli dengan ayah.

" Pergi IKEA beli buku ? lebih baik kau beli dekat Banting je Zarep kalau macam tu. Tak perlu pergi jauh-jauh "

Buku tu sangat unik. Haruslah aku beli. Lagipun murah ja. Yang lagi dua tu kawan aku punya. Murah kot bakul sampah dengan meja sisi tu. Meja tu harga 29.90 sen ja. Memang murah-murah barang kat IKEA. Macam mana tak meroyan.

PESANAN PENAJA


" Finally, sampai juga aku ke IKEA untuk ber-meatballs =) " 

That was it, my experience went to IKEA last Monday, 7 April. Harap dapat pergi lagi lepas nie.
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

10 comments:

  1. Aku kalau pergi IKEA ni pun ala-ala meroyan juga. Semua benda rasa nak beli. Semua benda rasa cantik! Aku dengan kawan-kawan aku kat sini asyik berangan je kata bila dah kerja dan ada rumah sendiri nanti, nak hias rumah pakai perabot IKEA je.

    Aku pun rasa benda yang sama macam kau. Meatballs tu sedap la juga tapi muak kalau makan banyak sangat. By the way, tu bukan strawberry sauce. Tu raspberry sauce. Kalau dekat negara Barat, memang style makan meatballs dengan raspberry sauce.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn !! design dia comel2.. aku pon berangan jugak bila ada rumah nanti nak beli barang semua dekat IKEA.. but then kne start save duit lah dari sekarang =D hewhew

      owhh raspberry ke, sorry silap.. rasa mcm xkene makan meatballs dengan raspberry.. kita tekak melayu =P hihi

      Delete
    2. Aku rasa raspberry sauce or meatballs tu punya gravy kot yang ada kurang dekat mana-mana. Aku pun tak suka makan meatballs IKEA dengan raspberry sauce. Tapi, dekat sini, kalau makan meatballs or Thanksgiving turkey dengan raspberry sauce, rasa dia sedap gila!

      Delete
    3. sounds delicious >__< btw apa tu gravy ?

      Delete
  2. Waw... zharif mkn meet ball... Arjuna pun pernah makan jugak... biasa biasa jeeee... dulu mcm2 org cite... dulu laaa... katenye meet ball nie tak dapat kelulusan sijil "HALAL" ayooyooo... tapi dah makan kira halal je laaaa... so bila dah ada keraguan tak nak dah hehehe... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah i've heard about that before. there are too much rumors about the meatballs, some said this, some said that, so as starbucks. i dont know how to answer about this "halal" thing coz i will look stupid. but i've read a post from IKEA page on facebook said, they stopped from selling the meatballs on february 2013 just to check whether it's halal or not. then they sell it again because there is nothing to worry about. there is no non-halal thing on it. but still the muslim want the JAKIM certificate right ? so as starbucks, again. what can i conclude here is, i am confident it is halal and i have no doubt about it. if you have doubt about it, dont eat it. it's simple.

      i know this halal thing will go and on and on until i dont know when. but for sure, it will never solved.

      Delete
  3. sme.la aritu baru pegi..tetiba terpk napelaa kat melaka tak ade ikea.. kalo tak selalu bleh pegi..
    anyway slm prkenalan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann =) takpelah jauh sikit, kalau dekat nanti muak pulak kan =) hihi
      salam perkenalan juga =D

      Delete
  4. Assalamualaikum zharif, hahaha akak dah lama tak makan meatballs, last masa awal2 pregnant. hahaha kira aci la lepas ngidam masa tu. hahahhaa ingat nak pergi tengok baby cot. hahahhaa akak pun tak suka combination strawberry sauce.. selalu asingkan kat tepi dan lahap meatball tanpa segan silu. muahahhahaaa ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      masa mengidam pon xdevelop lagi kann =P hihi.. aah tak kene kan gabungan rasa dua tu. by the way sy silap itu bukan strawberry sauce tp raspberry sauce kata kawan sy.. tp still xsedap jugak rasa dia.. hahahah

      maybe kalau ada roti gardenia kosong boleh kot jadikan jem, maybe rasa dia akan jadi sesuai.. =)

      Delete

Home