Sunday, April 6, 2014

Character Building : Day 3

Assalamualaikum

Aku baru teringat entry CB aku belum habis. I'm sorry for that -__-
Meyh lah sambung cerita yang dah hampir basi nie.


Bangun pagi lepas solat subuh ada senaman pagi. Aku tak join pon senaman pagi nie, duduk dekat tepi je. Konon macam masih lemah lah lepas kejadian malam sebelum tu. Buat muka macam tak larat. Padahal dah sihat walafiat dah, boleh terloncat-loncat lagi kalau pasang lagu Jennifer Lopez kat situ.

Then sarapan.

Nak mention sikit, kue teow goreng masa sarapan nie sedap gila kot !!

Lepas sarapan, baru mulakan aktiviti. Pagi tu aku punya aktiviti ialah orienteering. Orienteering nie belajar macam mana nak tengok kompas. Nak cari arah jalan and tips-tips kalau sesat dekat hutan. Banyak lah belajar. Tapi sekarang nie macam dah lupa teknik nak baca kompas tu macam mana. Kbai.




Selesai aktiviti orienteering tu, kumpulan aku pergi aktiviti seterusnya iaitu Trekking. Tapi kitorang pergi trekking dekat je. Tanah licin katanya. Kumpulan-kumpulan sebelum nie dapat pergi yang jauh-jauh. Walaupon dekat je tapi lecak lah jugak badan nie.



Tudia rambut jadi lagu tu >___< Worst nightmare !!

Dengan berakhirnya aktiviti trekking itu, maka selesai sudah segala aktiviti untuk CB nie. Semua dapat dilakukan dengan jayanya. Yeayyy ! Sekarang masa untuk balik kolej. I mean time tu lah masa untuk balik kolej, bukan lah sekarang. Sekarang aku tengah cuti seminggu kat rumah =D



Lepas selesai menggulung khemah, masuk dewan berkumpul. Lepastu beri refleksi, apa yang kami dapat or pelajari sepanjang CB nie berlangsung. Masa nie semua orang di suruh beri 4 perkataan mengenai CB nie. Ramai lah kata nak join lagi CB nie and kalau boleh buat lagi lah CB nie. I was like "Really ?" and put annoying face.

Yeah it was nice, but i hope no more camping after this. Bhahaha =D



Lepastu sesi bersalam-salaman dan berpelukan sesama sendiri bersama fasi-fasi. Memang awkward. Yelahh, kat luar jarang dapat peluk-peluk nie.

Then kami semua berkumpul untuk sesi bergambar pula.

The boys, walaupon tak semua ada 

Amboinya =P


Cari manusia tersembunyi, di manakah saya ? =P

Alhamdulillah, baliknya tu dah tak perlu nak jalan kaki. Ada lori yang akan angkut kami semua ke kampus lama. Satu lori muat untuk 25 orang, ada 2 lori je. Masa gi klinik malam tu naik pajero, dari tapak kem nie nak ke jalan besar mengambil masa 20 minit, so boleh bayangkan lah berapa masa yang di ambil oleh lori-lori tu pergi balik ke tapak kem untuk ambil trip yang seterusnya.


Tapi seriously cakap, best woo naik lori nie !!

Eh eh menyelit pulak belakang tu =P

Nahh ada video sikit, jemput tengok =)


Sampai je kampus lama, kami semua kene berkumpul dekat pusat sukan untuk membasuh segala peralatan yang kami pinjam seperti khemah, mangkuk untuk memasak dan banyak lagi lah.

Memandangkan aku trip lori paling last, so segala pembersihan-pembersihan tu hampir selesai. Hehe

PESANAN PENAJA


" Well spent weekend with you guys. A camp to remember !! "

Finally tamat sudah cerita CB nie. Terus terang cakap, lepas CB nie baru lah aku tahu banyak nama. Selama nie hai-hai angkat tangan tapi nama semua tak tahu. Sekadar cam muka je. Tapi sekarang nama-nama senior and junior aku dah tahu. Walaupon tak semua tapi kira dah berkurang lah nama-nama yang aku tak tahu tu.

For those yang nak gambar, boleh lah pm dekat facebook. Nanti aku bagi link. Sebab aku jenis tak suka upload gambar banyak-banyak dekat facebook. Aku suka upload gambar tapi bukan dalam kuantiti yang banyak sehingga buat album baru yang khas untuk sesuatu event tu sahaja. Got what i mean ?

Cakap je nak gambar dari kamera siapa, semua aku ada. From Sir Nuzsep, Delphina, Taha mahupun dari kamera aku sendiri =)
If you want just let me know okey =)

p/s : Tapi setakat nie yang aku dah upload dekat google, cuma dari kamera aku je. Yang lain belum lagi. Memandangkan aku dekat rumah berbekalkan internet yang adoo nie, tak dapat lah den nak upload di google. Nanti balik UPSI aku upload.

See ya !

6 comments:

  1. kahkah.. boleh pulak act nampak lemah time senaman..kena report ni =p
    n rambut abg awat jadi lagu tu.. oh maiii... but still nampak ensem -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha , nak hidup kene tahu menipu.. hahaha
      sangat buruk lambut tu.. memang tak sedar langsung >__<
      hensem ke ? ahaks, thanx ^__^

      Delete
  2. Rambut tu yang mahal Zharif! By the way, kau dengan budak Turki tu ada iras-iras sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah mahal kan, rare kot =P
      seriously ada iras2 ? biar benar .. hahahaa

      Delete
  3. adventure gila naik lori macam naik roller coster.. x adil korang sampai masa kitaorang dah siap basuh khemah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah siapalah agaknya nie yerp =P

      Delete

Home