Saturday, May 24, 2014

Program di UPSI

Assalamualaikum

Kali nie nak bercerita tentang aktiviti aku dekat UPSI nie. Memandangkan agak lama jugak tak bercerita hal-hal dekat UPSI nie, so rasanya ini masa yang tepat untuk memperkenalkan UPSI kepada khalayak. Chewahhhh !

Well, memandangkan sekarang tengah musim interview and MEDSI untuk program pendidikan, diri ini telah dihujani pelbagai soalan berkaitan benda nie. Seriously, aku interview UPSI dulu tu pon merupakan interview formal buat pertama kali dalam hidup, buat ujian MEDSI tu pon first time, tapi gigih bagi tips mengalahkan orang yang dah berpuluh kali pergi interview *flip hair*

Tak caya ? Boleh klik SINI

Okey jom mulakan dengan aktiviti pertama.

High Impact Presenter ( 20 April 2014 )

Mulanya sekadar nak jadi penonton biasa je, tup tup jadi penonton luar biasa pulak. Last minute pulak tu. Aku disuruh jadi fasi. Mula ingat jadi fasi macam edar-edarkan pen and kertas je pada para teteamu. Ternyata sangkaan aku meleset. Meleset sama sekali.

Aku kene menari dekat pentas daa -___-

Walaupon aku memang suka menari-nari nie, tapi menari time tak ada orang lah. Menari time tak ada orang, stripper pon boleh gigit jari tau kalau tengok aku menari. Tergugat punya pasal. So boleh bayangkan tak hebatnya macam mana ?

Dah jangan bayangkan macam-macam.

 Kecik sangat, orang kampung tak nampak. Macam mana nak canang satu kampung nanti.

Tudia !!

Terus feeling-feeling artis like "No photo please" lepas turun pentas. Kbai

High Impact Presenter nie seminar yang berkisahkan macam mana nak jadi presenter yang bagus, berkeyakinan dan sebagainya. So memang banyak lah tips-tips boleh dapat dari seminar nie. Yang bagi talk untuk seminar nie is my senior, Abang Izhar. Very confident tau dia nie.

Aku nie kalau berdiri kat depan khalayak ramai je terus kaki tangan automatically semua mula bergegar-gegar.

Caught on camera, gotcha !

Abang Izhar 

Cenggini ! 

Para AJK pelaksana. Kita perhati my senior belah kanan sekali tu yerp.. Yang pose ayu tu =D

Tangan dia macam dah ready. Dah nampak dah, dah nampak dah....

Tudia !! Told ya =D 

And one more =D 

Tahniah lah buat para AJK yang bertungkus-lumus buat seminar nie.

Festival Tari UPSI 2014 ( 30 April 2014 )

Actually masa nie tak rancang pon nak pergi since aku pon tak tahu sangat detail pasal festival nie. Tapi ada orang tu dia pelawa datang suruh support sebab dia kata dia pengarah program festival nie. Aku nie pon alahai lurusnya boleh percaya. Sekali hambekk kau, rupanya dia dok gigih menari zapin dekat pentas tu. Kau rasa apa perasaan aku masa tu ? Tak ke rasa macam nak naik atas pentas tu ikut berzapin sekali.

Kuss semangat, terkejut mak nakk tengok "pengarah program" tu menari. Bakat terpendam rupanya.

Woot woot !! I see PSYCH people there =)

Yang kiri tulah dia yang kononnya "pengarah program" festival nie. They both my senior =)

Seriously, bila masuk dewan tu baru rasa macam wahhh hebat jugak UPSI nie ada lampu-lampu ala-ala konsert lip lap lip lap tu. Rasa terkesima, rasa bangga dan rasa sayangkan UPSI meningkat masa nie. Eceyhhhh.

Ke aku je yang tak tahu selama nie ? Apa-apa pon tetap rasa terkesima.

This group menang tempat pertama 

Honestly, aku rasa tarian zapin patut menang tempat pertama since group lain semua pretty much menari jenis tarian yang sama, tarian etnik Sabah Sarawak. Tapi siapalah saya untuk judge tarian mereka kan. Huhu


Ewahhhhh 

Nie aku ada rakam sikit part permulaan tu. But then masalah kamera untuk focus berlaku, end up i just switch it off and just enjoy the show =)


Permulaan pon dah mengujakan kan ? So memang masa tu mood nak berzapin je dekat tempat duduk penonton tu. Astaghfirullah al azim, nasib baik aku istighfar banyak kali dalam dewan tu, kawal Zharif kawal. I know you like irama malaysia kind of music.

Wakil kolej KHAR. They won second place and best choreography 

Memang cantik lah tarian dorang, part yang lelaki angkat perempuan tu yang unik. Something rare, i thought benda tu forbidden untuk dilakukan di UPSI nie. Lol

Nombor 3 pon okey lah kot kan, dapat duit jugak =) huhu

With Jaimol. I think pretty much semua orang Sabah kenal dia. Kan ?

And that was it Festival Tari UPSI. Really enjoyed the show =)

Kerja Amal Keusahawanan ( 13 Mei 2014 )

Me and my roommate saja je join program nie. Program our junior untuk subjek keusahawanan dorang. I don't know the title of the program so i just named it like that. Program diadakan di Tapah Perak. Dekat Rumah Anak Yatim dan Miskin i don't know what nama rumah anak yatim nie also -___-


What we did that day ialah sedikit senaman pagi and explorace.

This one was the hardest part of the explorace, failed at it

The last check point of the explorace

My group end up first, finished all the challenges successfully. Tengok lah ketua dia sapa. Eh.



Ada jugaklah program amal aku buat untuk sem ini. Ingat kan tak ada. Hahahaha

Teater Kata Perak ( 16 Mei 2014 )

Teater nie diadakan dekat Dewan Besar Kampus Baru, so kene naik bas pergi situ. Nak jalan kaki pon boleh tapi sebaik sahaja sampai dekat dewan tu memang lecak lah ketiak kau. So tak nak lah benda tu berlaku kan. Masuk azan Maghrib terus solat then bergegas untuk naik bas. Sebab nak duduk dekat front row so that boleh nampak dengan clear.


Tak nak tanya ke kenapa aku semangat sangat nak tengok teater nie ?

Kenapa Zharif ?

Aku consider bila korang dah baca ayat atas tu, kira korang bertanya lah yerp =P hihi

Kenapa aku semangat nak tengok teater nie sebabnya ce korang tengok gambar atas tu, nampak tak ada budak laki pakai baju merah tu. Hah dia tu roommate aku masa sem 2 dulu. Jadi haruslah aku tengok kan teater nie. Nampak dia muncul je buat aku rasa nak ambik mikrofon, nak buat announcement bagi tahu satu dewan dia tu ex-roommate aku. Nampak tak keterujaan nya di situ ? Bangga kot.


I love this part ! Sangat kelakar 



Kata Perak nie berkisahkan pasal penubuhan negeri Perak kalau tak silap. Tak tahu lah berdasarkan kisah benar or rekaan.
Tak ada masa nak kaji. Lol


Sangat enjoy tengok teater nie. Banyak scene kelakar. Input yang aku dapat dari teater nie ialah, kita sesama rakyat kene sentiasa bersatu padu dan jangan mudah percaya dengan khabar angin. Make sure pastikan dulu kesahihan sesuatu berita tu then baru buat keputusan. Eceyhhh buat refleksi pulak kau ye zarep.

Good job team Kata Perak !!

The next day pon ada teater jugak bertajuk apa entah. Kemerdekaan something. Tapi aku tak tengok. Dengar cerita katanya lagi best dari teater Kata Perak nie. Teater kemerdekaan tu menang kot teater terbaik. Best lah kot kan sebab tu boleh menang.

Sambutan Hari Guru Peringkat UPSI ( 19 Mei 2014 )

Sambutan hari guru diadakan dekat Dewan Besar. Aku ada upload photo dekat Instagram : @zharif93 ( nampak tak nak promot insta sendiri ? ) , kami kene ber-selfie dalam dewan as bukti yang kami menghadirkan diri. Instead of tanda tangan, lecturer kami suruh kami selfie. Tak rasa ohsem ke ?



Kemain tau siap ada anugerah-anugerah bagai untuk lecturer. Dah macam Anugerah Bintang Popular pon ada.


Nak ucap selamat hari guru buat para pendidik yang pernah mengajar diri ini dari tadika sehinggalah sekarang nie. Begitu juga buat ibu bapa saya yang banyak mendidik saya. And tahniah ibu dapat anugerah tokoh guru tahun nie =D

A Night Of Fairy Tale ( 20 Mei 2014 )

Ramai manusia pergi teater nie. Sampai sanggup berdiri dari mula sampai habis.

Ewahh gembiranya mereka =D

Kan dah kata dia tu pantang ada bab nari-nari nie, mesti nak join 




With the princess of Lalaland, Kak Ilyani


Menarik lah teater nie. Boleh lah ambik subjek nie untuk subjek elektif untuk sem akan datang =D Hihi

------------------------------------------------------------------------------

Aku rasa itu saja kot untuk kali nie. Ini pon dah panjang lebar. Ada lagi program sebenarnya aku tak masukkan. Tapi yang tu aku akan update lain kali. Sebab semua program tu under subjek Pengurusan Ko, so aku akan sekalikan semuanya dalam satu post.

And ada yang tanya, best ke tidak UPSI nie. Kang aku cakap best, nanti bila ampa semua masuk sini ampa salahkan aku pulak kalau tak best. So what can i say is semua universiti ada keburukkan dan kebaikkan nya tersendiri. So kalau kita boleh terima keistimewaan seseorang tu, kenapa kelemahan dia kita tak boleh terima ? Eh tetibe "seseorang" pulak. Lari tajuk nie. Kbai.

PESANAN PENAJA


" Don't judge a university based on their confession page in facebook "

Motiff sangat pesanan penaja macam tu. Throwback gambar masa pergi interview dulu. Kbai

See ya !

7 comments:


  1. "Don't judge a university based on their confession page in facebook" haha

    ReplyDelete
  2. Meriahnya UPSI ni. Kemain banyak events nya.

    ReplyDelete
  3. hi, saya 21hb ni nak g iv utk upsi punya, bidang sains, so nak minta tips2 , boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi =)

      you may refer this link for the infos ,
      http://jejakakaula.blogspot.com/2013/01/temuduga-pendidikan-di-upsi.html

      Delete
  4. saya nak tanye kos psikologi ni okay x? saya dpt kos tuh utk medsi mnggu depan. medsi just utk common sense pnye test je kan?

    ReplyDelete

Home