Wednesday, May 28, 2014

Pengurusan Ko

Assalamualaikum

Alhamdulillah Isnin lalu merupakan kelas yang terakhir untuk subjek nie. Lega rasanya. Actually subjek Pengurusan Ko nie tak wajib pon aku ambil sebab aku bukan under program pendidikan, ia wajib untuk ISMP holder. Dontchu tell me you dont know what ISMP stands for -___-

But then gedik tangan nak add subjek nie, maka merasalah kau zarep oi. Bukan susah subjek nie, cuma leceh lah bagi aku. Too much benda nak kene buat. iolz iz malazz you knowzzz. So memandangkan terdapat 5 pecahan kumpulan dalam kuliah aku, maka terdapat 5 program yang kami kene terlibat.

My coursemates yang ambik subjek nie semua total 8 orang. Tapi tak ada satu program pon, lengkap kami berlapan hadir. Mesti ada cicir satu dua. Atau tiga atau mungkin lebih >__<

Kumpulan 2 ( 20 April 2014 )

Maaflah, aku terlibat dengan program lain. So tak dapat attend program kumpulan 2 nie. Bukan saja-saja bagi alasan untuk tidak hadir. Boleh check entri saya sebelom nie. Mohon Instruktur saya dan lecturer Pengurusan Ko saya baca. Kalau boleh tag mereka. Kbai.

Kumpulan 1 : Survival Life ( 4 Mei 2014 )

Kumpulan 1 nie kumpulan aku. So kami yang conduct program Survival Life nie. Apa yang kami buat ialah, first kami adakan sesi cara mengikat tali. Secondly kami main masak-masak ala-ala zaman batu dulu. Keluarga Flintston boleh menangis tengok kami semua masak tau. Sadis gila kot.


Dah lah nak datang ke tapak kem pengurusan ko nie penuh dengan rintangan. Berbukit-bukau, berlopak sana sini. Kami datang sini naik lori kot. Memang ala-ala pendatang asing tanpa izin lah kami semua dalam tu. But it was a fun ride though.

PATI dalam lori pon nak ambik gambar tau =D


Actually kitorang selaku kumpulan yang conduct program nie, tak perlu pon nak terlibat dengan aktiviti masak-masak nie. Tapi semangat nak masak time tu datang, tu yang mengada nak masak jugak. End up makanan yang dimasak tu bagi dekat lalat-lalat kat situ.. Kami tak makan pon, bluerghhh tak selera tengok apa yang kami masak.


Payah woi masak guna buluh. Failed. Memang tak survive lah jawabnya kalau sesat dekat hutan.

Kumpulan 3 : Show Me Your Talent ( 8 Mei 2014 )

Dalam program nie ada dua slot. Satu pertunjukkan fesyen satu lagi talent show. Diri ini memang tak ada bakat pon, so aku join slot pertunjukkan fesyen tu je. Actually ada je bakat cuma time tak ada orang je baru bakat tu tertonjol. Jadi kiranya aku nie ibarat berlian yang tak discover lagi lah. Gitueee tau puji diri sendiri siap berkias. Kau hado ?


Almost lengkap semua 8, tapi sayangnya roommate saya tiada masa program nie.

Aku dan coursemates aku semua sepakat ambik slot pertunjukkan fesyen nie. Senang. Kalau join slot talent show tu kene fikir nak buat apa, nak kene rehearse lagi, jadi payah sikit. Kalau pertunjukkan fesyen nie, tak perlu nak rehearse apa-apa since semuanya memang born to do catwalk-catwalk nie. Ewahhh.


Apa guna tengok Victoria's Secret Fashion Show kalau tak apply time nie kan ? Kata peminat tegar, sampaikan show dari 1999 sampai ke 2013 dikumpulnya. Yang tak boleh blah kan, group aku je yang semangat melaram malam tu. Group lain semua pakai yang hado je. Alahaiii

BTW, dekat belakang pentas, kami semua disuruh pilih satu prop untuk digayakan ketika ber-catwalk tu nanti. And gayakan prop itu mengikut kreativiti masing-masing. And i chose a petani hat.

Topi Petani pon boleh lah 

Ewahhh nya kakak Yani kita tengah ber-catwalk

Banyak lagi sebenarnya talent show yang dilakukan semasa program Show Me Your Talent nie berlangsong. Tapi memandangkan blog nie iolz yang punya, so iolz upload gambar iolz punya show je. Kbai.

Dapat hadiah okey =D

Kumpulan 1 

Itu saja untuk program Show Me Your Talent. Hamper tu tak bukak pon lagi, bila nak bahagi-bahagi nie woi >__<

Kumpulan 4 : Kejohanan Futsal ( 10 Mei 2014 )

Kumpulan 4 buat kejohanan futsal. Program nie bagi aku paling sadis sekali. Satu, sebab cuma aku sorang je budak psikologi yang datang, yang lain tak datang. Yang kedua pulak, I'm not a sport kind a guy. So what did you expect from me through this futsal thing ?

Mampu jadi penonton jak

Aku hanya akan main, kalau team tu memang tak ada pemain, ataupon ada pemain tapi pemain tu semua kaki dah patah riuk. Then aku baru main. Kalau tak, silap lah pilih aku. Aku hanya akan membawa kekalahan yang amat dahsyat kepada team tu, sehinggakan keluar berita harian front page lagi. So you dont want that to happen, do you ?

But still, they gave me chance to play, so aku pon main lah. Tak sampai satu minit pihak lawan dah menjaringkan goal. Tahu sape penjaga goal masa tu ? Aku lerrr -___-


Sape yang bijak laksana tempatkan aku sebagai penjaga goal masa tu, mesti tengah mengadapi kemurungan yang berpanjangan. Seriously buat malu je. Failed. Kaki bangku betul. Yang nak cari laki yang main sukan, aku bukan lah orang nya. Cari lain oke.

Baru berapa minit main, dah disuruh duduk tepi. True story. Haihhhh sedih tol

Yang pasti, kumpulan aku menang jugak kot. Kategori perempuan dapat johan, kategori lelaki dapat nombor 3. Nombor 3 daripada berapa kumpulan itu tak perlu tahu oke. Just cukup korang tahu dapat nombor 3. Itu sahaja.

Ewahhh johan kot 


Hari bersejarah buat diri ku, tanggal 10 Mei, first time main futsal. Kbai.

Pengurusan Kokurikulum : Derma Darah ( 17 Mei 2014 )

My lecturer kata, siapa yang tak derma darah, dia tak boleh dapat A. Seriously -___-

Benda macam nie mana boleh paksa-paksa doh. Ia melibatkan hidup dan mati. Begitu sekali tau kaitkan kan derma darah dengan hidup dan mati. Ada kene mengena ke ? lol


Tapi beranikan diri jugak tau isi segala jadah borang derma darah tu. Sekali layak menderma daa. Aiyoo terus cuak tu datang lagi and tanpa rasa segan silu terus membatalkan niat suci murni nak menderma tu. Haihhh lain kali lah. Buat masa sekarang derma darah dekat nyamuk jelah dulu.

Sekali masa kelas last hari tu, dia mintak kupon kedatangan masa derma darah nie. Terus gelabah kupon apa benda aku tak tahu. Rupanya lepas tandatangan kedatangan tu dapat kupon, tapi kami tandatangan dekat tempat yang salah. Sebab tu tak dapat kupon. Habislah.


Lepas tu baru teringat ada satu gambar aku and roommate ambil dengan our senior, Kak Aimi, dekat luar dewan masa nak balik tu. Satu-satunya gambar bukti yang kami ada. Nasib baik lah instruktur percaya dengan kami berdua. Kedatangan untuk menderma darah nie di kira dalam markah kalau tak silap. Fuhh lega weyh.

Kumpulan 5 : Malam Citrawarna ( 18 Mei 2014 )

Malam citrawarna nie lebih kurang macam malam kebudayaan lah. Tapi seriously aku dan roommate tak tahu pon kumpulan 5 nie nak buat program apa. Macam tak ada informasi apa-apa. Datang dengan selamba pakai jeans dengan t-shirt. Sekali dah sampai dewan ambikk kau, semua dok pakai sari, cheongsam, baju melayu bagai.


Ada je yang pakai baju biasa, tapi aku tetap nak balik bilik tukar baju. Semangat tahu tak. Lagipon dah lama tak pakai baju melayu bersamping bagai. Jadi inilah masa yang tepat untuk melaram. Nasib baik bilik dekat je dengan dewan tu.

Taraaaaa !! Bertukar ke baju melayu


Siap ada taekwando malam tu. And tak lupa juga ada tarian lagu Gentleman. Boleh tengok video tu dekat bawah nie.


Program Malam Citrawarna nie cuma perlu sit back and relax. Just enjoy the show. Lebih kurang macam tulah. Adalah sikit game teka-teki itu ini. Then balik. Selesai.

----------------------------------------------------------------

Dengan berakhirnya program kumpulan 5, maka tamatlah segala jadah program untuk subjek Pengurusan Ko ini. Lepastu kene buat buku log. Buku log copy paste je. Cuma diari mingguan kene tukar. Yang lain semuanya sama. The end.

PESANAN PENAJA


" The best part of life is not knowing what will be.... Live and appreciate every moment whether good or bad. None of them last forever "

See ya next post !


6 comments:

  1. Salam bro. Kalau nk beli sj4000 leh contect aku. Aku admin simple itu mudah.
    Jangan call, aku kat Beijing. Whatsapp or wechat ok.

    Whatsapp 0132629091
    Wechat ID : Ijataben

    ReplyDelete
    Replies
    1. good to know, if i'm interested i will call you oke =)
      thanks !

      Delete
  2. Memang meriah la UPSI ni. Satu subject pun dah kemain banyak events nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. somehow, rasa menyesal pon ad.. tp nasib baik dpat A .. kalau tak memang tak berbaloi.. huhu

      Delete
  3. Pergh terbaekk laa aktivitinya. Walaupon penat tapi best kan? Tahniah kat korang. Haha, gaya cam aku yg participate program korang. Final kau bila?Alaa, tak tau main bola ek? K bai. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan lah best dia.. cuma penat.. almost setiap minggu ad je aktiviti..

      Delete

Home