Sunday, June 22, 2014

Dinner With RAPAT Rangers

Assalamualaikum

Hari jumaat yang lalu, my batchmates buat dinner kecil-kecilan untuk kami satu batch. Dinner tersebut diadakan di Mulberry Cottage, Tanjung Malim. Ouhh ya, buat mereka yang tak tahu, batch kami nama RAPAT. Ahli batch tak ramai pon, dalam 13 orang. Tapi masa dinner nie, tak semua dapat hadir.


Asalnya rancang nak pergi mandi-manda macam masa sem satu dulu dekat Sungai Inki. Tapi disebabkan kekangan waktu dan ada masalah yang tak dapat dielakkan, terpaksa batalkan dan rancang baru. Untuk mudah, kami rancang buat dinner je. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupon 2 ahli RAPAT Rangers tidak dapat join. Susah nak pilih satu tarikh yang semua orang free. 




Walaupun dinner antara kami-kami je, tapi tetap buat ala-ala formal gituhh. Siap bertema lagi tau. Amboi ke tidak ? Perancangan last minute pon sempat tau buat macam-macam. Tengok sahajalah menu-menu yang ditempahnya pon. Bukan biashe-biashe. Yang penting, menu dessert tu sumpah sedap gila.





Malam tu jugak kami umumkan 4 nama dengan undian tertinggi yang bakal naik jadi Majlis Tertinggi Kelab PSYCH. Tahniah nama yang naik tu. Selamat menjalankan tugas ya korang berempat. Mujur nama aku tak naik sebab aku cukup tak suka menambah beban yang ada. Plus, semester depan aku tak ada di UPSI. Hihi.


Boleh pula dorang buat acara anugerah-anugerah. Sangat kelakar ya masa umumkan nama-nama penerima anugerah nie. You may watch the video above to see the excitement. Korang mungkin tak berapa faham maksud di sebalik anugerah tu. Tapi untuk kami, kami fahamlah kenapa individu tersebut diberi anugerah demikian. Jomlah tengok anugerah-anugerah yang kami dapat.






Qasha Elisa dengan anugerah
"Mak Jemah"






Abang Chik dengan anugerah 
"Penyanyi Over"






Kak Ila dengan anugerah
"Wanita Berharta"












Asroy Muiz dengan anugerah
"Ketua Bendahari"













Neesa Hamzah dengan anugerah
"Kening Shin Chan"












Nur Arep dengan anugerah
"Abang Roy"





Qaseh Shanad dengan anugerah
"#MohonTerasa"





Iskandar Zulkarnain dengan anugerah
"Mat Romeo"





Hafizah Ali dengan anugerah
"Keningless"






Saya dengan anugerah
"Obsessive Compulsive Disorder"






Mia Aryani dengan anugerah
"Steghess Sentiasa"









Tahniah buat Qasha selaku ketua yang anjurkan dinner pada malam itu. Tak sangka you came out with the idea of anugerah-anugerah nie semua. Sangat meriah ya ! Riuh gila dengan gelak ketawa kitorang semua dalam restoran tu. Mujur semua pelanggan dah balik masa tu. Owner restaurant pon tak kesah, malah siap bagi keizinan lagi.


Selesai sahaja dinner tu, kitorang lepak dekat jambatan depan pintu gerbang kampus baru UPSI. Menghabiskan isi kandungan hamper yang kitorang dapat masa masuk pertandingan catwalk anjuran subjek Pengurusan Ko dulu.

Ingat tak ? Cuba klik SINI.







Satu moment yang akan aku treasure sampai bila-bila. Terima kasih korang untuk malam tersebut. Sangat meriah dan sangat best. Sayang korang semua my RAPAT rangers. Dinner ini merupakan penutup untuk sem 3 kami semua.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...