Sunday, June 15, 2014

Hadiah Untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum

Aku kembali mengarang semula, wuuu terharu nakkk. Rindu *Kesat air mata*

Aku actually agak fascinating lah bila aku tengok pasangan-pasangan yang tengah hangat bercinta pada abad ini. Agak curious lah macam mana mereka boleh mengekalkan kemesraan dan keintiman dengan orang yang tak kenal. Bukan lah orang yang tak kenal, i mean with people other than our own family. To have that kind of relationship, agak awkward lah bagi aku personally.

One fine day, InsyaAllah. Pray for Zharif !

Since aku tinggal dengan pasangan yang berumahtangga selama 21 tahun hidup nie. Aku dapat merumuskan satu benda lah.
Siapa pasangan tu ? My parent lah aiyooo -___-

Time bercinta, jangan lah dok gigih bagi hadiah sempena itu ini. Sempena birthday lah, sempena valentine lah (tak digalakkan untuk yang beragama Islam) , sempena ulang tahun perkenalan lah, and sempena banyak lagi lah. Why i said so ? Sebab bila kahwin nanti, kalau ampa (lelaki) semua terlupa or stop bagi hadiah sempena itu ini, depa (perempuan) akan dok ngungkit macam-macam.

Situasi 1

" Amboi, dulu bercinta bukan main itu ini bagi, sekarang dah kahwin anak 7 and dalam proses untuk dapatkan lagi sorang nie, hadiah apa pon tak ada dah ke ? Abang tahu tak hari nie hari ulang tahun merisik kita " 

Situasi 2

" Abang dulu nak dapatkan ayang, macam-macam abang buat untuk ayang, bagi itu lah, bagi ini lah, 
tapi sekarang, nak bagi hadiah harijadi pon susah "

Situasi 3

" Abang dah tak sayang ayang dah erk ? Hari nie anniversary kita yang ke 10 tahun. Nape dah tak bagi ayang hadiah ?
Abang dah ada perempuan lain erk ?!! "

Situasi 4

" Eh abang lupa ke hari nie hari apa ? Sampai hati abang tak ingat ! Hari nie kan hari ayang melahirkan anak abang yang ke6 dua puluh tahun dulu. Mana hadiah penghargaan untuk ayang ? Abang lupa ke ? Abang tidur luar malam nie !! "

Menakutkan bukan wahai laki-laki diluar sana ? So aku dapat conclude, untuk memilih jalan selamat, jangan bagi hadiah apa-apa sempena hari itu hari ini time bercinta. For birthday mungkin okey lah kot tapi kalau sempena benda-benda lain tu, tak payah lah. Time bercinta mungkin gigihlah nak mengingat hari penting itu ini kan. Satgi bila kahwin, aku rasa hari jadi bini pon boleh lupa tau.

Perempuan nie dah lah kalau bab-bab tarikh-tarikh penting semua dorang ingat. Jadi berhati-hati lah erk kaum adam.

I've seen this one couple in facebook, i can't remember her name. Her boyfriend gave Sony phone to her. I was like OH MY GOAT MENGEMBEK !! Baru bercinta dah bagi phone kot. Tak rasa ke membazir bagi makwe phone tu ? In case kalau hubungan terkandas tengah jalan macam mana ? I didn't ask for that lah for you both, but takkan tak pernah terfikir pasal benda nie ?

And personally i think, membazir sangat-sangat kot. Sounds like aku nie macam jenis boyfriend yang kedekut kan ? Dont get me wrong and dont give up on me please. People can change. Ewahhhhh !

Tapi bila fikir balik lah kan, i dont think by giving something expensive is the way to show your love towards that person. Betul ke kalau bagi hadiah simple-simple tu tak menunjukkan kasih sayang kita pada seseorang tu ? For those yang dah bekerjaya tu, i dont mind lah. Ini yang baya-baya aku nie. Tak rasa macam try hard sangat ke ?

A box of love i called it. 
There is no doubt that materialistic things can make people fall in love easily. 
Consider that handphone retak seribu tu Iphone 5s lah erk

My concept is simple, if the person can't accept you time bercinta and keep compare you with another guy, just leave that girl. No use to keep her lama-lama. I cant imagine myself giving something expensive like that to my future girlfriend. I just cant. So jangan berharap sangat lah. Bhahahahaha. Habislah single manjang lah ko Zharif buat statement macam nie.

Aku tahu cinta itu memerlukan pengorbanan, ececeyhhh. Apasal lah ayat aku nie buat aku rasa nak cerry berry, bahasa sopan untuk cirit birit. Aku rasa konsep bercinta selepas kahwin tu merupakan satu penjimatan yang besar kot. Boleh lah dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Actually teringin lah jugak merasa sayang-sayang nie kan. Tapi memandangkan aku nie jenis lelaki miskin, duit harap ibu ayah yang hulur, memang tak arr jawab dia kan. Better bina kerjaya dulu, stabilkan kewangan dulu, gembirakan ibu ayah dulu, once dah stabil, baru boleh mencari. Sebab for me, lelaki nie kene banyak keluarkan duit kot. Tambah-tambah time berdating, huishhh confirm-confirm lah hok jate yang kene belanja makan hok tino kan. Paling cikai pon KFC lah. Yang cikai tu pon berpuluh jugak boleh habis. Koyak poket mak nakk kalau macam tu.

PESANAN PENAJA


Bebo : Zharif, once kau dah mewahkan dia sebelum kahwin, nanti kahwin tak mewahkan dia macam sebelum kahwin, dia akan merungut and mengungkit macam-macam. 
Tak payah kau nak bercinta-cinta nie semua.

Me : Sounds familiar bebo, have you experienced that ?

I asked my mom to pose like that, if she knows the caption is going to be like this, she will kill me >__<

Minggu lepas merupakan minggu yang sangat memenatkan bagi aku. Setiap hari ada paper. Walaupon masih ada lagi satu paper 21 Jun nie, tapi aku tetap consider dah merdeka. Sebab paper last paper english je. Plus ada gap seminggu. Tak faham macam mana mereka-mereka yang bertanggungjawab menyusun jadual exam untuk semester nie. Semua subjek tough berjoget-joget setiap hari tak ada gap. Bagi gap satu hari, terus bagi 2 paper sekaligus untuk keesokkan harinya. Ewahnyaaaa penyeksaan mereka ini terhadap diriku.

Daaa, see ya !

17 comments:

  1. HAAAHAAAAHAAAA.....sokong 100% apa yg diperkatakan..apa yg tersirat di sebalik the box of love tuh?hadiah2 yg mak we bg ke atau barang2 hasil titik peluh sedirik?sporting gila mak dia :D

    I jumpa blog u kat google cari pasal braces :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, that was mine, some of them hadiah birthday org kasi.. but none of them from someone special. so yeah..

      Delete
  2. Aku dengan jujurnya agak kagumlah dengan orang yang spent banyak duit untuk boyfriend/girlfriend ni. How they can be so selfless eh? Aku kalau nak beli barang untuk diri sendiri pun fikir beribu kali, kalau untuk orang lain (melainkan family aku) tu, lagi la.*okay, aku sekarang bunyi macam orang yang sangat kedekut*

    ReplyDelete
    Replies
    1. i know right ! even untuk dri sendiri pon pikir dua tiga ratus kali, inikan pula untuk orang lain..
      welcome to the kedekut club farah =D hahahahaha

      Delete
  3. haahahhaahahahah... gambar lah tu comelll habis. May Allah ease ^^

    ReplyDelete
  4. nice blog.. mencari2 info terjumpa this blog.. salam perkenalan.. entry ni buat akk tersenyum.. :-)

    ReplyDelete
  5. So truee..before ade ikatan ape2 (husband n wife) x perlu utk beria ria nak bagi itu ini,hadiah, and so on..i pun lagi suke if the things that we want so much kite beli dengan duit sendiri..tapi kalau ade nak bagi,ape salahnye kan?ahaks
    P/s:♥your blog:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, kalau nak belikan apa salahnya, kecik tapak tangan, stadium putra bukit jalil sy tadahkan.. hahahaha
      hihi thank you =D

      Delete
  6. yupp..me too. agree with this statement...very2. even as pompuan, bab prangai yg ni mang padan sgt dsokong...tapi xsemua pompuan n lelaki yg lurus sgt utk ade hbungn mcm niee...#masing2 kne pandai pikir la.. n.n

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, kene pandai2 sndri adjust.. or else, memang habis lah duit laki tu.. kahkahkah

      Delete
  7. assalamualaikum dik, sporting la mak kamu.. heher best entri ni. akak dgn abg pun bukan jenis yg suka nak bagi hadiah untuk celebrate pape kecuali birthday.. cukuplah sekadar ingat sesama sendiri bila flashback. bukan flashmop. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      waaaa so sweet... birthday okey lah lagi, kalau ulang tahun pertunangan pon nak hadiah, acano tu kan.. hahahaha

      Delete
  8. Terjumpa blog ni , hmm nasihat yg berguna .Rsanya memang x berbaloi laburkan sesuatu pada seseorang yg belom lagi hak kita .

    ReplyDelete

Home