Saturday, August 16, 2014

First Time Naik Kapal Terbang

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku dah pon sampai Milledgeville, Georgia dengan selamat pada 12 Ogos yang lalu waktu America. So kali nie nak cerita pengalaman pertama naik kapal terbang. Memang sounds so jakun lah kan. Tapi tak kesah lah, nak share jugak.


My first flight went to Seoul Korea. Berhenti dekat Incheon. Transit selama 3 jam dekat sana sebelum meneruskan perjalanan ke Atlanta Georgia.

So sebelum naik kapal terbang tu ada lah detik-detik nak berpisah dengan keluarga kan. My mom masa nie memang dah nangis abis. iols maintain steady je, tak sanggup nak nangis. Dah sampai dekat ruang menunggu untuk boarding baru nangis. Motif.




Pagi-pagi bertolak pergi ambik adik lelaki and adik perempuan aku kat asrama. Nasib baik lah dapat kebenaran nak keluar adik lelaki aku tu, dah lah susah dia nak keluar asrama.


First tu check in tiket. Orang tu tanya, nak duduk dekat mana, aku cecepat cakap nak duduk tepi tingkap. Huhu. Lepastu cek luggage. Thank god my luggage does not exceed the limit. Alhamdulillah lah aku naik Korean Air. Sebabnya, penumpang dibenarkan bawak 2 luggage, dan setiap luggage tak boleh lebih 23kg. Kira banyak lah kan, total 46 kg. While for hand carry, aku ingat tak boleh lebih 7kg, but Korean Air tak kesah pon berapa berat hand carry korang. So suprise.

Aku punya lah bawak beg hand carry sekecik alam compared to other passengers. Kalau korang tengok beg yang dorang bawak masuk kapal terbang, memang seram. Semuanya berat-berat.

Nak pergi ke kapal tu memang noob sikit lah. Cari gates itu, naik train dia lagi, lepastu kene tunggu pulak. Siap berlari-lari anak lagi takut terlambat. Just in case. Habis becak ketiak aku.

So bila masuk kapal terbang tu, memang jakun lah sikit. Usha sana, usha sini. Yelahh first time kan. Harus lah batak sikit. Dapat pulak tempat duduk tepi tingkap. Haruslah selfie dua tiga empat puluh kali kan. Tak ramai pon penumpang masa nie. Tempat duduk sebelah aku kosong. Banyak lah tempat duduk kosong.


And all the stewardess are very beautiful. Kalah artis korea tau. seriously. They are very sweet and friendly. Tinggi-tinggi pulak tu. Yang kelakarnya, aku asyik dengar dorang sebut "shemida". Tak tahu lah ejaan aku tu betul ke tak, aku eja mengikut apa yang aku dengar. For example like "nyeknyok nyeknyok shemida" , "do you want coffe or tea shemida".


Yang nie kalau tengok real, macam Song Ji Hyo pon ada 

Then masa untuk bertolak, masa yang ditunggu-tunggu buat diri ini. Buckle up, we are about to aboard. Seriously excited gila. Bila dah sampai dekat runway tu, hati berdebar-debar. Lepastu dia pecut fuhh laju gila. Dalam 1 minit macam tu then terasa dia dah naik. Rasa sebak sangat sebab akhirnya aku dapat terbang. Terus nyanyi I believe i can fly.

First flight aku tu tak banyak benda pon berlaku. Yelahh, malam kan. Lagipula 6 jam 25 minit je perjalanan dia. Lepas dah fly di udara tu, dok tergodek-godek lah benda alah dekat tempat duduk tu. Orang sebelah tengok movie macam best je, aku lak tengok movie tak ada suara. Then tanya lah dia kenapa aku punya tak ada suara, sekali aku salah cucuk daa. Aku cucuk dekat tempat duduk yang kosong tu. Aiseymann, patutlah tak dengar sepatah haram pon. Dekat 10 minit jugak lah tengok cerita tak ada suara akibat malu nak bertanya. Lepastu dah tak malu dah, nak belakangkan seat pon tanya dia tau. Ko ghase ?

Cool !

About the meal i received in the flight. What can i say is, aku tak berapa suka. I was like, euuu apa benda nie. Meal penumpang lain mungkin sedap lah kot, meal aku rasa dia yang ado. Mungkin sebab aku meal untuk Muslim kot. So there is not a lot of choice, or no choice i would say.

Sebelum nak terbang tu, sorang pramugari cantik nie datang dekat aku and tanya nama aku, "Are you Muhammad Zharif, yes ?". And then dia lekat kan benda alah sticker kuning dekat tempat duduk aku. Dia tag mereka-mereka yang request untuk Muslim meal dekat tempat duduk so that bila time edarkan makanan nanti dorang tak tersilap. Satu kemudahan yang bagus lah untuk para muslim yang nak naik kapal terbang. Rasa kagum.


So, apa yang aku makan sepanjang naik kapal terbang ?


Flight pertama, makan satu kali je. Dihidangkan dalam jam 4 pagi macam tu. Tak awal sangat ke ko ghase ? Then flight kedua pulak dapat dua meal. Yelah, perjalanan 14 jam kan. Takkan bagi satu meal je. Haruslah dua.

Taste like nasi beriyani. Is it nasi beriyani ? 

A pizza at night

This dish win ! Love the rice. The shape very unique. Never seen before.

Di samping itu juga, mereka beri kudap-kudapan untuk dikunyah dalam kapal terbang. Which i liked it very much, keep asking for it. Tiga sekali dia bagi lepas aku mintak. Perli ke apa ? Hahahaa. Tak lah, dorang memang bagi. Whatever we want, they will serve. Thank you pramugari-pramugari cantik =D


Masa mendarat ialah detik paling seram. Terutama sekali bila tayar kapal terbang tu nak cecah jalan. Kusss semangat. Banyak-banyak lah mengucap time nie. Ada sorang budak kecik nie sampai menjerit kot masak hentakkan tayar tu kat jalan. Unforgettable experience.

Since i've never been out from my country, so rasa sebak sikit lah bila jejakkan kaki ke Korea for the first time. Eventho cuma duduk dekat ruang menunggu je. But still finally aku jejakkan kaki ke negara orang. For free pulak tu =')

Langit di bumi Korea =)



Transit 3 jam je dekat Incheon Airport. Tak lama pon. Lepastu dah kene naik balik kapal terbang untuk ke Atlanta.

Kali nie tak dapat duduk tepi tingkap

Di sini aku lampirkan detik-detik masa nak terbang tu =)


So after 13 hours and something, maka sampai lah aku dekat Atlanta. Sampai dalam jam 10 pagi waktu America, waktu Malaysia 10 malam lah. Sejuk weyh. Dari tempat aku turun kapal terbang nak ke tempat imegresen santak jauh. 14 minit berjalan kaki kot. Ko ghase ?


And the police officer who checked my passport and all my documents is not very nice. So strict and so serious. Not even a smile. So tension look at his face.


Dah lepas semua dekat imegresen, it's time to collect my luggage. I was a little bit worry at this time since my friend, Qasha lost her bags. But Alhamdulillah, it do not happened to me. I see my luggage dancing at the papan bergerak tu. So happy look at them both. Kira macam sesi jejak kasih lah masa nie, berpisah di Malaysia dan bertemu kembali di America. Anyonyo kan sweet tu =')


And that is Jason, who pick us up at the airport. Semua total tujuh orang yang dia pick up. Two from China, two from Taiwan, one from Argentina and another one from Japan.  Tapi yang budak Jepun tu, dia tersangkut dekat imegresen sebab tertinggal document dia. Goshh, 4 jam tunggu dia punya urusan dekat airport. Dah lah sejuk gila dalam airport tu. End up kitorang blah je. Dia akan di pick up later. Jam 10 sampai, jam 2 petang baru bertolak. Then i fall asleep in the car. So tired. 20 hours flight.

Then dalam jam 4 petang macam tu, baru sampai Milledgeville, Georgia. My first impression was, what a beautiful city. Semua rekabentuk bangunan dia ala-ala Greek style gitue. Cantik-cantik. Will tell you more about Milledgeville on my next entri.

PESANAN PENAJA


" Hasil kutipan semasa menaiki Korean Air, thank you Korean Air for such a good service =) "

Kawan Korea aku cakap dia tak pernah gunakan perkhidmatan Korean Air nie pon bila nak ke luar negara, sebab harga dia terlampau mahal katanya. Dia lebih prefer guna other airlines to travel outside of his country. Waaa so iols naik kapal terbang mahal lah nie yerp ? Hahahaha thank you UPSI. Hopefully balik nanti pon gunakan perkhidmatan Korean Air.

See ya !

13 comments:

  1. 'Seumnida' laa..tu laa..aq suh ko blaja korea ngn aq ko tak nak..aq selalu nyamyi lagu korea ko kate x best..hahahahaaa..

    Btw, goodluck la zarep study kt georgia college walaupon satu sem je..sorry le x dpt wish ko ritu sbb line fon aq sewel..

    ReplyDelete
  2. Suka baca entri yang ni sebab teringat pengalaman sendiri. And, best gila ada kawan hantar pergi airport. Wan drive sendiri ke?

    Teringin nak naik Korean Air juga tapi memang mahal gila. Terus tak jadi nak beli ticket dekat Korean Air

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, wan drive sendiri. he did told me that insyaAllah he will come. i thought he's just kiddin. when i was about to check in, he was there. tekezut aku >__<

      he came to the airport lebih awal dari aku, acano tu ...

      i didnt know the price.. my university book the flight ticket for me.. they support everything.. so yeah, i think i'm pretty lucky =D hihi

      Delete
  3. Assalamualaikum zharif. wah bestnya penngalaman pertama tu. dikenan sampai bila2. best best baca nitah bila akak nak sampai korea dengan amerika tu. ahhaha be safe adik ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila=)
      insyaAllah kak, ada rezeki akak sampai lah korea n amerika tu =)
      thank you kak sheila =)

      Delete
  4. Teringat zaman first time fly..dulu fikir sedih sbb tinggalkan family tp terus piki nak buat ape sedih2 sbb kite pgi sana utk belaja kan..nnt lama2 biasa la mase nak check utk immigration..kitorg selalu travel dlm group ngan kwan2..siap compete sape lepas immigration paling mudah. Good luck!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best nya travel dlm group, me iz alone. acano tu, nak tak nak kne berdikari sendiri lah.. =)

      Delete
  5. Wahhhhh!!! Tahniah..selamat belajar di tempat baru...

    ReplyDelete
  6. Hi. Seronok betul baca entry awak ni (: Belajar bidang apa and university mana ya? Semoga sukses!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Course Psychology at Georgia College And State University, Milledgeville Georgia.
      Thanks, keep on reading =)

      Delete
  7. salam. tumpang tnya tn.tn mohon biasiswa mana ya? teringin juga nak balajar di sana.

    ReplyDelete

Home