Sunday, August 10, 2014

International Student Exchange Programme

Assalamualaikum

Alhamdulillah, i got the chance to participate this International Student Exchange Programme or ISEP for one semester. All praise to Allah. Dapat call dari bahagian akademik cuti semester 2 yang lepas. Masa dorang call tu memang pagi sangatlah, aku pon tak bangun lagi masa tu. My mom yang kejutkan. Masa angkat call tu, dorang cakap tahniah and tanya confirm ke tak, nak pergi ISEP nie, sebab once dah confirm tak boleh nak patah balik, or else kene bayar denda.

Terus hilang ngantok tau masa tu, excited punya pasal. Sebab memang aku tak expect langsung akan dapat since my interview sangat lah dahsyat teruknya. Aku call ayah nak bagi tahu benda nie, then dia macam excited lah. Aku warning dia awal-awal, jangan cerita dekat sesiapa dulu sebab benda nie masih baru lagi, ayah aku nie kalau benda excited macam nie memang dia suka canang sana sini. So better warning dia awal-awal. And guess what ? He did not keep the secret. Sigh -__-

Apply

Masa apply benda alah ISEP nie, banyak benda lah kene buat, kene cari dua lecturer yang berpangkat Dr atau Prof untuk reference letter. Then kene pilih university yang kita nak pergi. Dan setiap university yang kita pilih tu kene buat essay bagi reason kenapa nak attend that university. Kalau 10 university yang kita pilih, maka 10 essay lah kene buat. Aku pilih 9 universiti dari US and 1 dari Canada.  Nak pilih universiti nie pon satu hal, kene tengok subjek yang ditawarkan kat sana, boleh setarakan tak dengan universiti sendiri untuk proses transfer credit. Next, kene karang essay 500 perkataan untuk menjawab soalan yang ditanya, and the question was "Introduce yourself and explain your academic goals for studying abroad and integrating into the host culture ? What specific situations from past have helped you prepare to accomplish this goal ?"

ISEP interview

And then kene tunggu untuk dipanggil interview. Interview nie bertujuan untuk uji English kita je. My interview was not like what i expected. My interviewer was Dr C.T , a TESL lecturer.

Nama Dr C.T nie pernah masuk dalam page Upsi Confession mengatakan beliau nie sangat sporting and kelakar. Aku rasa tenang sikit lah masa nie, but still got butterfly in my stomach. Bila time interview tu berlangsung, perghh ! Memang hancus and musnah segalanya. Goodbye US and goodbye kapal terbang. 

Aku dapat interview sesi petang, sesi petang ada 6 orang pelajar semuanya. Aku decide nak jadi orang kelima untuk di interview. Semuanya elok di interview sorang demi sorang dalam bilik lecturer tu, but then bila tiba giliran aku, dia nak interview sekali dua pelajar since tinggal kami berdua last kat situ. Aku and Qasha, my coursemate. Masa nie aku rasa kecewa. Nak kene bersaing dengan Qasha dalam bilik tu. Memang rasa tak adil gila lah. Kenapa kami berdua kene interview sekali walhal orang lain dapat sorang-sorang.

Selingan : Qasha dah pon fly semalam 9 Ogos. She got Trumen University, Missouri.

Me and Qasha at Anugerah Dekan Ceremony.
I'm sorry for the other two RAPAT members coz make your face like that =D

Sebelum interview, kami kene buat essay 500 perkataan on the spot. Dia bagi 2 soalan essay, kami kene pilih satu. Then ada kene jawab short answer ala-ala exam gitue. Lepas dah selesai baru pergi interview tu.

Dr C.T : Hello, please introduce yourself.
Me : Bla bla bla.

Aku skip part Qasha punya jawapan erk.

Dr C.T : Why you want to join this programme ?
Me : It has always been my dream to study abroad and bla bla bla.... 

With the most annoying way she replied

Dr. C.T : Really ? I don't buy it. Bukan ke you want to have fun and enjoy or something. Kan ?

Sentap.

Dr. C.T : What band you got for MUET ? 
Me and Qasha : We got band 3.
Dr. C.T : Band 3 is quite average you know. 

That is why lah we are not a TESL student wahai Dr C.T -____-
Dia suruh kami ambik MUET lagi untuk perbaiki result kami, then baru apply ISEP nie. Sentap untuk kali kedua.

Dr C.T : Do you have anything to say before we end our interview ?

Aku pon mention ah pasal blog, aku nak share pengalaman semua and bla bla bla.
And Qasha suddenly siap mention " He has thousand of followers Dr"

And then Dr. C.T replied dengan annoying nya,

Dr C.T : Do you think I'm impress ?

Perghhhh sentap mak nakk untuk kali ketiga. Memang aku tak nak cakap apa-apa lagi dah. Rasa nak keluar dari bilik tu cepat-cepat. Sentap tak sudah-sudah kami berdua dibuatnya dalam bilik tu. Habis je interview, me and Qasha memang rasa down gila, rasa tak adil tu satu hal, kami rasa macam kenapa kejam sangat Dr tu pada kami. Ke memang dia annoying macam tu ? Seriously kami berdua rasa direndah-rendahkan.

Rasa macam dah berakhir kat situ. Memang tak akan dapat lah cerita dia. Tup tup dengan kuasa Allah, semua yang dipanggil interview, semuanya dapat. Alhamdulillah.

Placement

So lepas dah dapat call tu, kene tunggu lah untuk procedure seterusnya. Masuk sem baru still tak ada khabar berita. Hari-hari cek email, pon tak ada berita langsung pasal ISEP nie. Masa tu mulalah mempersoalkan, dapat ke tidak ISEP nie. Walaupon Kak Nur bahagian akademik UPSI kata yang dapat call memang confirm dapat, tapi aku still nak yang official mengatakan aku dapat. One fine day, i got an email from ISEP that said, congratulations =) Baru lah rasa lega.


Masa dapat tahu Georgia Consortium tu aku rasa kechewa sikit lah. Sebab first choice aku Alfred University New York. Tapi dapat pilihan kedua. Okey lah daripada tak dapat. Tak dapat email runsing, dah dapat email complain pulak. Haihhhhh -___-

Aku dapat Georgia Consortium. Consortium tu bermaksud cawangan lah. Lebih kurang macam kalau ko mintak UiTM Pulau Pinang dalam application, tapi yang dapatnya belum tentu dapat UiTM Pulau Pinang, boleh jadi UiTM Pahang atau UiTM Terengganu. Kira dapat cawangan dia.

Aku pilih salah satu Georgia consortium dekat pilihan kedua dan kelima. Tapi university yang aku dapat tak ada pon dalam list. Ahh sudah. Nak kene buat research balik latar belakang university tu, tempat-tempat menarik and subjek yang ditawarkan.

Btw, i got Georgia College & State University (GCSU)


Lepas dapat segala jadah packet dari sana, baru lah boleh start buat macam-macam. Banyak step nak kene buat before pergi US nie rupanya. Aku baru tahu. Banyak benda nak kene isi online. Dah lepas isi nak kene bayar pulak. SEVIS fee campur Visa total 340 dollar kene bayar. Ce convert duit Malaysia, tak ke banyak nak kene bayar. But tak kisah sangat, sebab boleh claim duit tu balik. Nama pon di sponsor kan. Tapi koyak jugak lah nak dulukan duit sendiri dulu.

Lepastu dah selesai isi apa yang patut and bayar apa yang patut, barulah boleh set up interview dengan US Embassy secara online. Set up interview nie pon ada masalah. Aku tersilap nombor unik ID pembayaran visa dekat application aku. Terguna kawan aku punya unik ID, sebab masa bayar visa nie aku bayarkan sekali 2 orang kawan aku punya visa. Tu yang aku tertukar tu. Ahh sudah. Dah lah bab-bab US nie leceh sikit. Silap sikit tak boleh nak edit macam tu je, banyak procedure dia. Call pihak sana, dia kata tak apa. Datang je interview then explain dekat customer service tu nanti. Walaupon orang tu dah kata macam tu, hati aku nie tetap rasa tak tenang. Yelah benda penting macam nie aku boleh buat silap. Tak pasal-pasal kang kene bayar lagi 160 dollar untuk visa. Wuuu tak sanggup.

Visa Interview

Appointment pada 20 Jun jam 8.50 pagi. Bertolak dari UPSI jam 7 pagi. Driver UPSI yang hantarkan kami pergi ke US Embassy tu. Supposedly, tiga orang sekali yang pergi interview hari tu. Tapi kawan aku sorang tu pon ada tersilap isi application, so kene tunggu 48 jam kot untuk apply yang baru. I told ya, bab US nie kalau silap memang leceh sikit procedure dia. Better jangan buat silap langsung. So pagi tu cuma berdua jelah pergi interview.

US Embassy. Ambik gambar curi-curi. Cannot take photo actually >__<

Perjalanan kami ke kedutaan Amerika tu dipermudahkan. Jalan tak berapa nak jammed. Pakcik driver tu cakap mungkin tak sempat sampai. But Alhamdulillah, dalam 8.40 pagi kami dah sampai sana. Sampai sana tunjukkan borang apa yang patut and serahkan kad pengenalan, then dia bagi name tag dan beratur untuk masuk. Nak masuk sana siap kene screening lagi tau. Kasut dengan tali pinggan pon kene cabut. Nasib baik tak terlondeh seluar iolss. Dah lah longgar. Kuss semangat.

Aku pergi dengan Nor, budak psikologi jugak. Dia nie tenang betul orang nya. 
Dalam keadaan yang mencuakkan tu dia still boleh borak-borak dengan mesranya with stranger.

Selepas segala gadget diambil untuk disimpan, baru lah boleh masuk sana. Fuhh banyak betul pantang larang nak masuk US Embassy nie yerp. Masuk je ambil nombor giliran and tunggu nombor dipanggil. Memang ramai lah manusia masa nie dekat dewan menunggu. Memang berjoget-joget butterfly dalam stomach aku. Dengan perut tak terisi lagi, macam-macam lagu dah berkeroncong dalam perut aku masa tu meminta untuk di isi.

Indah khabar dari rupa -___-

First dia panggil, dia minta serahkan segala documents dan gambar yang dikehendaki. Lepastu kene duduk balik and tunggu lagi untuk dipanggil. Then dia panggil lagi sekali untuk ambil balik segala borang yang dia tak perlukan, lepastu tunggu lagi. Then dipanggil sekali lagi, and kali nie untuk di interview.

Interview tu tak lama pon, dalam 5 minit dah selesai. Mula dia say hello, then dia tanya nak buat apa kat sana, berapa lama, siapa yang sponsor, ambik subjek apa then taraaaa ! Diluluskan. Sangat cepat. Punya lah runsing malam tu memikirkan apa lah yang akan berlaku time interview nie. Rupanya yang ado.

Nasib baik pergi US Embassy nie dengan Nor. Maka tak ada lah krikk krikk bunyi cengkerik dalam kereta. Pandai dia berborak dengan driver UPSI tu. Kalau iols sorang je, jawabnya tertidur kebosanan lah abang tu agaknya.

Pada 24 Jun, ada orang hantar passport ke rumah. Passport dia tak serahkan balik lepas interview tu. Bukak passport tengok isi wahhh visa dah ada.


Aku pon baru tahu visa nie merupakan sticker yang ditampal dalam passport je. Aku ingat dia berbentuk kad macam kad pengenalan tu.

Meeting bersama coordinator ISEP UPSI.

Before cuti sem hari tu, semua pelajar yang terpilih kene datang satu meeting. Meeting nie bertujuan macam nak bincang what problem we faced in completing all the orders before enroll dekat university masing-masing.

Total 10 pelajar semuanya yang dapat ISEP nie. 3 ke Korea, 7 ke Amerika Syarikat. Perghhh Amerika Syarikat, bahasa Melayu sangat tau. 7 pelajar psikologi, 2 pelajar sains sukan dan sorang pelajar geografi. Apa yang orang tak tahu ialah, yang dapat pergi US tu semuanya bukan satu tempat, yang ke Korea je dapat university yang sama. Yang ke US semua tercampak ke utara selatan timur dan barat, ku jejaki... Motiff tetibe nyanyi nie dah kenapa ?

Ayah aku pon ingat aku pergi berkumpulan, padahal aku sebatang kara je kat sana nanti. Terkejut dia.

Housing Application

BTW, lepas dapat packet dari sana, banyak benda aku kene buat. Mula tu kene daftar kolej kediaman. Time isi application kolej kediaman nie kan, aku tertarik dengan satu perkara. Dalam application tu, dorang siap ada bagi personality test nak tengok kita nie jenis manusia macam mana. So that pihak kolej tu akan cuba mendapatkan roommate yang sejiwa dengan kita. I wish Kolej Abang Harun ada benda nie. So that kita tak adalah tension dengan roommate yang kita dapat. Tak ada lah orang updated tak puas hati dengan roommate dekat page UPSI Confession tu kan.


Selain dari soalan di atas, dia ada tanya kita nie jenis yang macam mana, outgoing or reserved, suka menerima tetamu dalam bilik ke tidak, jenis bangun awal or bangun lewat, tidur awal ke tidur lewat. Aku pilih aku nie jenis yang reserved, tak suka sangat terima tetamu dalam bilik, bangun awal or tidur awal tu semua aku letak dekat average. Actually aku tak adalah kesah sangat bab-bab nie semua, yang aku kesah tu tang merokok. Seboleh-bolehnya aku tak nak roommate yang merokok. Tu je.

Selang beberapa hari lepas application residence hall dihantar, i got an email from stranger.

Zahrif pon boleh 

It was from my future roommate rupanya. How sweet. Entah macam mana dia tahu aku roommate dia pon aku tak tahu. Teringin lah tengok muka dia dengan meminta link FB dia tapi aku rasa, better aku tak tahu. Biarlah sampai sana baru aku tahu. Tak surprise lah kan kalau tahu awal-awal. And i hope aku tak terkejut sangat lah bila jumpa nanti. Hahahahaha

Food

Soal makanan semua dah tersedia. I got full meal plan. Memandangkan aku nie Muslim, jadi status halal makanan tu menjadi tanda tanya. Jadi nak tak nak kene keluarkan duit untuk makan. But now, tengah cuba bincang dengan ketua chef dekat sana untuk sediakan makanan halal. Chef tu kata dia tak ada masalah nak sediakan makanan halal. So hopefully dapat lah. Risau aku fikir pasal makanan nie.


Hopefully aku tak kene keluarkan duit untuk makanan. Membazir lah kan, makanan dah tersedia tapi aku tak boleh makan. Tak apa, benda boleh bincang, kita bincang. Ceyhh.

Flight

Tarikh flight pon dah dapat 3 minggu yang lalu. Aku akan menaiki Korean Air. Hashtag #PrayForKoreanAirTimeZharifDalamTu . My flight will be tomorrow, 11 Ogos jam 11.20 malam waktu tempatan dan dijangka sampai di Georgia 12 Ogos, 10.20 pagi. Kalau waktu Malaysia, aku akan sampai sana 12 Ogos 10.20 malam. KLIA ke Incheon, perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Transit di Incheon selama 3 jam. Then baru naik flight lagi, Incheon ke Atlanta Georgia.. Perjalanan mengambil masa 14 jam. Fuhhh ! Kebas lah bontot aku dalam tu.

Aku ghisau bab-bab naik kapal terbang nie, memandangkan village people yang sorang nie tak pernah keluar Malaysia, apatah lagi naik kapal terbang. Ghisau sangat >__< Haruslah hashtag dekat Instagram #VillagePeopleFirstTimeNaikKapalTerbang

Yang pelajar geografi tu flight time hari raya kedua lagi. Ko ghase ? Nasib baik lah flight aku 2 minggu lepas raya.  Kalau tak memang feeling habis kalau dengar lagu Air Mata Syawal.

Imunisasi

Banyak suntikan nak kene ambil in order to enroll in Georgia College. Tapi kebanyakkan suntikan aku dah ambil masa aku kecik. Tapi yang problem tu aku tak dapat nak lampirkan bukti yang aku dah ambik suntikan tu. Kad yang biru merah time baby tu dah hilang. Puas cari tak jumpa.

Bila bincang dengan coordinator sana, dorang kata tak apa. It won't effect since i'm only one semester sahaja kat sana. Lega sikit dengar. Kalau tak, nak kene suntik lagi. Memang tak arr, dah lah aku nie bab-bab suntik menyuntik nie takut sikit.

Jumaat lepas pergi ambik suntikan untuk Meningitis pon dah menggigil-gigil tengok jarum. Imunisasi semua tanggungan sendirian berhad. No sponsor-sponsor. Satu suntikan je pon dah habis ratus-ratus, inikan pula dua tiga suntikan ? Koyak poket weyhh.

Preparation

Preparation dah 95% complete. Ada lagi barang yang tak beli lagi. Maybe by tomorrow semua dah complete.... kot.

Duit dollar pon dah tukar. Rasa macam banyak sangat 1000 ringgit yang aku bawak pi tukar tu. Usha kiri kanan nak keluarkan duit. iols nie takut sikit bawak duit cash banyak-banyak. Memang time nie, makcik muka innocent pon jadi suspek untuyk mencuri tau. Sangat berhati-hati punya pasal.


Sekali tukar cuma dapat 311 usd je. Terus rasa miskin.


Bagasi kaler biru tu, aku baru beli last week. Kalau korang nak beli bagasi trend-trend yang boleh putar 360 darjah macam tu, aku suggestkan beli dekat Times Square sebab murah. Banyak kedai yang jual bagasi, so korang tawaf lah dari tingkat satu tu sampai dekat tingkat atas sekali. Semak harga dulu, compare kan harga semua, then kedai yang mana paling murah, korang beli kat situ.

Kebanyakkan kedai bagasi dekat Times Square tu, mat-mat bangla pekerjanya. Tips nak beli barang dengan bangla, korang boleh baca dekat sini, KLIK . Jadilah pembeli yang bijak, gitueeeee

Make sure tawar habis-habisan tau ! Kalau dia tak nak bagi, ko blah. Then beli kat tempat lain. Lepas dah beli, ko saja lalu depan kedai bangla tu. Ko buat-buat lah tengah telefon somebody sambil pose dengan beg tu ala-ala Miranda Ker gituee. Tengok reaksi dia macam mana. Syokk wooo tengok reaksi dia. Kepuasan yang maha dahsyat.

PESANAN PENAJA


" I will be holding this sign at Hartsfield-Jackson Atlanta International Airport on 12 August 2014 (13 Ogos waktu Malaysia). Semoga semuanya berjalan lancar. Pray for me =) "

Kita dahulukan entri yang nie yerp. Entri raya kita sambung kemudian hari. Entri nie dah tersimpan 2 bulan lamanya. Hari nie baru siap mengarang semuanya. Besok dah flight dah, seram, cuak, sedih, excited semua ada.

See ya !

36 comments:

  1. good luck yer.......new experience study kat tempat mat salleh......

    ReplyDelete
  2. Tahniah Zharif! Panjang berjela-jela gitu~

    Kau applied university apa yang dekat Canada ni? Curious pula.

    By the way, tak patut oh lecturer perangai macam tu. Tak membantu langsung.

    And ku sangat jealous sebab kau transit dekat Korea. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Regina University. but tak dapat..
      kann, supposedly, she gives support and encouragement, ini malah down kan kita.. but whatever it is, now im here.. so alhamdulillah, percaya dgn rezeki Allah =)

      Delete
  3. Semoga selamat pergi dan balik dan selamat menimba ilmu di negara orang. Rajin-rajin ler update blog ye.

    ReplyDelete
  4. Congrats zharif!
    Anyway, duit 1000 yg zharif tukar tu mmg dah disponsor atau sendirian berhad jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit perbelanjaan sendiri.

      passport, visa, tuition fees, housing fee, health insurans, meal plan, flight ticket dan yg sekutu dengannya, semua di tanggung..

      Delete
  5. Assalamualaikum dik, wahh panjang benor kaedah2 nak kena buat untuk pergi belajar oversea. heee hastag tu takleh belah dik. hihi jaga diri baik2 kat sana. Jangan lupa belikan fridge magnet seketul. hihiii ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      hihi haruslah banyak procedure, org nak sponsor kan..
      insyaAllah, thank you kak sheila =D

      Delete
  6. jelesnya... btw baca doa bebanyak naik flight tu.. naik flight mas ke? kekekeke.. hati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie mesti tak baca nie.. hihi ..

      thank by the way =D

      Delete
  7. ohooo... first time singgah blog ni.. btw godd luck. selamat menimba ilmu tempat orang :)

    ReplyDelete
  8. nak tanya ni..exchange student tu terbuka utk semua pljar upsi ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp, more info kene tanya dekat bahagian akademik =D

      Delete
  9. Nanti update apa aktiviti kat sana.. update pasal roomate, pasal makanan pasal tempat menarik pasal semualah. aku excited nak baca lol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. will do ! just wait and see okay. akan cuba merajinkan dri utk update. hihi
      Thanks ! =)

      Delete
  10. ahhh...
    a late congratulations btw.
    im a semester 1 student at upsi.
    from maths department, and faculty of science adn mathematics.
    hoping for a few helps from you in order to apply this after semester 1 final exam result announced. .
    so interesting read your post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure ! you can contact me through facebook. good luck on that ! =D
      memang tak sia-sia tau join program pertukaran pelajar nie. golden opportunity for an UPSI student. better grab it before it's too late =)

      Delete
  11. congrats .. gud luck zharif ! :)

    ReplyDelete
  12. salam.nak tanya.2 org kwn yg dpt exchange ke korea,diorg ambik course apa ya?tq in advance ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. 3 org ke Korea, pelajar psikologi semuanya.
      2 org pelajar sains sukan di indiana US (satu universiti), sorang pelajar geografi di kansas (kalau xsilap), sorang pelajar psikologi di Missouri, sorang lagi pelajar psikologi di new york. 2 orang pelajar psikologi termasuk saya di Georgia (tapi lain-lain universiti)

      cuma pelajar sains sukan dengan yang dekat korea tu je yang dapat satu universiti. kira ada aprtner lah. yang lain semuanya sorang2. harap jelas =)

      Delete
  13. Hi Zarif, if you don't mind I'd like to know your total expenses sepanjang Zarif di Georgia. Thanks bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. i guess you're the one who asked me on fb yesterday, right ?

      Delete
  14. Zharif Azis, I accidentally found your entry and what make me love to read (even it's such a long essay) is because "Exchange Students Program (ESP)". Zharif, I didn't know much about you as I only read and accidentally read this entry, and I hope you aren't mad if I ask a lot. First of all are you Uitm student or Upsi student ? I got confused huhu (hope you don't mind)... Secondly, I bet your pointer must be outrageous isn't ? CGPA above 3.8 ??? Please let me know Please ! Thirdly, is there any briefing about ESP at your university to all students so they'll know about ESP or you apply EPS and also 9 university all by your own ? Thank you Zharif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i missed your comment. I am so sorry. I just notice this.

      1-I am an UPSI student who is currently doing internship at UiTM Puncak Alam.
      2-minimum CGPA for apply is just 3.0 and above, but of course, to "be safe", you have to have a good CGPA. Because there are a lot of people apply this exchange student program. So the competition is quite high. You need to compete with others.
      3-There's briefing about this for first year student. But to have more details about it, you have to come to the office who's in charge for the program.

      After the briefing from the officer in charge, i applied on my own. Everything is on our own. They will not do it for you.

      May i know which university you're in ?

      Delete
  15. assalammualaikum zharif.. btw actually my name is zarifah.. hahaha..
    maybe version you of a girl..
    nak tanyer.. how to apply ISEP ? From our university ke just through online?
    kalau nak apply ISEP .. cgpa perlu tinggi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Zarifah =)

      Which university you are in ?
      If other than UPSI, saya tak tahulah. Sebab ISEP nie yang join cuma UPSI sahaja buat masa sekarang nie. Jadinya universiti lain tak ada ISEP nie. Tapi dorang still ada program pertukaran pelajar cuma nama program pertukaran pelajar tu bukan ISEP lah.

      Kalau you belajar dekat UPSI, kena pergi Canselori bahagian kademik utnuk briefing dan cara untuk apply. Then baru boleh apply online. Sebabnya, procedure dia banyak and confuse sikit. So kena pergi briefing dulu untuk faham.

      CGPA minimum untuk apply hanyalah 3.0 je, tapi oleh kerana saingan tinggi, jadi CGPA tinggi merupakan bonus untuk diri anda lah. Walaubagaimanapon, jangan putus asa. Mana lah tahu rezeki kita kan, as long as atas 3.0 dah boleh apply. But to be secure, better ada CGPA tinggi lah.

      Again, it's all about rezeki. So good luck ! =)

      Delete
  16. Replies
    1. you may get it at my profile, on top of the page =)
      thank you ^^

      Delete

Home