Friday, August 8, 2014

Lebaran 2014 : Hari Raya Ke-2 dan Ke-3

Assalamualaikum

Mohh ler kita sambung ceghita ghaye aku nie yerp.

Hari Raya Kedua

Malam masa sampai tu, terus masak udang dan sotong yang dibeli. Motip sangat kan, kata beli untuk makan bersama-sama sanak saudara di kampung, tahu-tahu habis dekat kaum kerabat je.

Dah kenapa cerita udang dan sotong nie berlarutan sampai ke sini -___-

Tiap kali sampai kampung, semua sanak saudara belah ayah dah terbongkang tidur dengan senonohnya. Tersadai bak mayat-mayat bergelimpangan. Nak jalan pergi dapur pon kene langkah hati-hati. Feeling macam lalu dekat kubur tahu tak. Bezanya kalau kat kubur, kita terpijak apa-apa dorang tak bising. Ini kalau terpijak, habis haiwan mugholazoh semua diserunya. Ko ghase ? Haruslah gerun kan.

Kenalkan, nama beliau ialah Merah. Beliau baru sahaja melahirkan
Kandang dia belakang tu. Tak main lah kandang kayu. Rumah batu baru curlass

As usual lah, balik kampung memang tak beraya langsung. Setiap tahun, 2 syawal aku memang habis macam tu je. Tak beraya. Duduk dekat kampung tengok lembu-lembu yang ada. Tengok kuih raya pon aduhai sedih tengok.

Pokok langsat 


This is heaven. Tiap kali balik kampung, memang best nya yang nie lah. Pokok-pokok buah berbuah tanpa segan silu. Gambar atas nie, pokok rambai. Dah macam tirai langsir lebat buahnya. Tapi sayang masih lagi hijau. another 2-3 weeks, it would be good to petik. Time nie langsat dengan manggis je yang dah boleh petik.

Jida Achin menggedik nak panjat 


Lepas aktiviti petik memetik buah selesai. Aku pon pulang semula ke rumah. Itu jelah yang berlaku semasa hari raya kedua. Membazir tak agak-agak ?

Hari Raya Ketiga

Masa untuk pulang ke rumah. But first, singgah beraya rumah mak sedaraku di Keratong 9 dulu.

Hashtag # Outfit Of The Day

As i state before, baju raya tahun nie satu je. But my other family members semua ada baju kedua. Cuma diri ini sahaja yang tak ada. Oleh kerana nak sedondon satu family, gagahkan pakai baju nie. Baju nie sebenarnya baju hari raya tahun 2008. Tapi still muat dengan sempurna. Tak pasti sama ada baju nie memang besar sejak azali ke, or aku yang tak besar-besar.


Tapi sebenarnya baju nie dah berlobang. I have not wearing this baju melayu for years disebabkan lobang tu. Inilah akibat tidak berhati-hati semasa meng-iron baju. Tak perasan iron dah panas menggelegak, tak test dulu dekat papan iron, terus iron dekat baju. Ambikk kau dia melekat sampai berlobang dibuatnya. Menangis tak berlagu lah aku masa tu.

Cari kain yang sama tak jumpa-jumpa. Tak tahu nak modify macam mana lagi dah. End up tersadai macam tu je bertahun-tahun lamanya. Malam raya baru punggah balik cari baju nie. Darurat katanya so pakai jelah.

With my Tokki. Lobang so obvious T__T 

With my Wek

Now they has became moyang of two cicit =)





Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan dia serious memeningkan kepala.


Sampai sana dihidangkan sup bebola daging, makan dengan nasi panas-panas, cicah pulak sambal tempoyak, perghhhh terbaekkkkk !! Lepas habis makan, instead of borak-borak dengan sedara-mara, aku lima beradik dengan my bebo sebok bergambar dekat luar. Aku nak spam gambar banyak-banyak nie. Jangan marah tau =D Hihi


Kita sebok suruh ambik gambar OOTD, dia pon nak jugak ambik gambar OOTD. Kau ghase ? Bila ditanya bebo nak upload dekat mana, facebook pon tak ada, instagram jauh sekali. Dia kata ala blog zayep kan ada. Iye lah ibu, zarep upload yer >___<

Sebokk jelah samping nak terselak-selak, menci tol 


Selain ambik gambar, bebo ku gigih mintak pisau dekat tuan rumah. Mula lah aktiviti mencungkil segala tanaman-tanaman yang boleh di bawak balik untuk di tanam di rumah. Segala biji benih bunga-bunga diambilnya.

And now masa untuk kami lima beradik bergambar. Hari raya pertama lupa nak ambik gambar berlima. Not bad jugak lah my bebo ambikkan gambar. Pandai mengikut arahan.





Posing lompat-lompat merupakan aksi wajib 


Lepastu kami pon pulang ke Selangor semula. Singgah beli-beli barang dekat Pasaraya Ku. Kat Selangor tak ada pasaraya nie. Kat Pahang je yang ada. Tak pasti dia ada cawangan lain ke tidak. Yang pasti kat situ harga barang dia murah-murah belaka. Juga merupakan salah satu destinasi wajib singgah bila balik dari Pahang nie.


Itu saja lah yang berlaku semasa hari raya kedua dan hari raya ketiga ku. Tunggu cerita hari raya aku yang seterusnya yerp. Keep on reading jejakakaula people !

See ya !

4 comments:

  1. kurusnya badan hang zayep. tulun la makan banyak sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm skinny not because of i'm not eating.
      my body just dont want to gain weight... that's it.

      Delete
  2. Zharif... Pakai camera model apa yerp. Cantik gambar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's not even dslr pon, it's Nikon P510 =)
      not really that beautiful i think, maybe effect edit kot. but yeah thanks ! =D

      Delete

Home