Sunday, August 24, 2014

Lebaran 2014 : Hari Raya Ke-4, Ke-5, Ke-6 dan Ke-7

Assalamualaikum


Amboi sejak sampai Amerika Syarikat nie, lupa langsung pasal raya yerp. Tak ingat ke cerita raya ko tak habis lagi zarep oi. Sampai bila kau nak tangguh-tangguh, nanti kang basi pulak.

Okey fine, now aku cerita pasal hari raya aku yerp. Aku sumbat sekali semuanya dalam nie.

Hari Raya Keempat

Pagi tu niat asalnya nak pergi beraya rumah sedara dengan family, tapi hati nie nak sangat ikut kawan-kawan sekolah menengah beraya rumah cikgu-cikgu SPM ku yang telah banyak berjasa kepada diri ini. Lepas dah slow talk dengan family, cehh, dapat pon pergi. Huhu Maka rumah pertama pada hari tersebut merupakan rumah cikgu Sejarah ku, Cikgu Hasni.

Alhamdulillah A =)

Next we move on to the next house, rumah syazwan. Makan roti john banyak masa nie.
Lepastu pergi ke rumah teacher English kitorang, teacher Norliza.

Pon A jugak. Hihi =)

Lepastu kami pergi rumah Cikgu Rahmah, cikgu Mathematics Modern kami.

Masih lagi A, ahaks ~

Rumah cikgu seterusnya nie agak sadis sikit. Kali nie kami beraya rumah Cikgu Add Math kami, Cikgu Mariam.

Kita skip gred untuk yang ini. Hahahaa

Cikgu lupa nama aku, tapi dia ingat aku sebab aku suka tidur dalam kelas. Pon boleh, asalkan diingati.
Lepastu pergi rumah Dr. Ghazali, rumah cikgu Bahasa Melayu kitorang.

A jugak.

Lepas tu kami pergi beraya rumah guru kelas kami, merangkap ustazah kami untuk subjek Pendidikan Quran Sunnah dan jugak Syariah Islamiyah, rumah ustazah Alizawaty.

Tak tahu nak cakap apa, tapi dua-dua A *flip hair*

Eh, semua rumah cikgu yang aku berhasil dapat A aku pergi. Menakjubkan =)
Balik tu terus pergi ke Jenjarom, beraya rumah Fadzilah.

Hari Raya Kelima

Tengah hari tu, kami satu family bertolak dari rumah pergi ke Jempol Negeri Sembilan. Kali nie nak beraya rumah kawan baik.


Believe it or not, only this picture i had. I forgot to take pictures. Goshh >__<
Lepas dah makan-makan semua, bergegas balik rumah. Sebab dah janji dengan sanak saudara nak beraya rumah jiran-jiran. Tapi sebelum tu, sempat singgah Tesco beli barang dapur sebab besoknya ada tetamu nak datang beraya ke rumah.


Sampai je rumah, dengan tak mandi tak apa, cepat-cepat tukar baju lepastu pergi beraya rumah jiran-jiran.




Memang dah jadi acara wajib setiap tahun di mana, kami sanak-saudara akan berjalan kaki beramai-ramai ke rumah jiran-jiran.




Dapat beraya 6 buah rumah malam tu. Quite banyak jugak, maklumlah kan dah malam, so 6 buah rumah dalam satu malam kira banyak lah. Penghabisannya semua berkumpul rumah aku, borak-borak sampai dekat jam 3 pagi baru semua balik.

Hari Raya Keenam


Pagi tu keluar pergi beraya. Dapat beraya dua buah rumah je. Lepastu dah kene balik rumah because we were expecting a guest from Nogori Sembilan. So kene buat preparation lah kan. Orang jauh nak datang.


Hari tu dah serang rumah dia, so kali nie dia punya turn lah kan serang rumah kita. Sekali datang 4 kereta. Fuhhh basah ketiak mak nakk melayan tetamu. Layan tetamu ke kau tu zarep oi =P



And at the same time, sedara sebelah ayah pon datang beraya. Jadi itulah yang berlaku pada hari raya keenam. Beraya dua buah rumah je, selebihnya sambut tetamu jauh datang ke rumah.

Hari Raya Ketujuh

Baju pemberian dari Syazwan who study medic in India. 
Sangat sesuai memakainya dengan si merah dari Zalora


Pagi tu raya rumah sedara je. Then baru gerak pergi open house rumah Ustaz Bahasa Arab aku masa kat SAMUS dulu, rumah Ustaz Rafi. My mom yang dapat jemputan, so iols pon pergi lah. Katanya ada kambing bakar. Village people macam aku nie haruslah terjahkan. Bukan senang dapat makan kambing.

Then baru pergi beraya rumah kawan ibu dan juga sambung beraya rumah jiran-jiran yang tak sempat beraya malam tu. 5 buah rumah jiran jugak lah dapat terjah.


Si Parisah nie di tinggalkan oleh mak nya masa beraya rumah aku. Sebab Isnin nya tu dia dah kene balik UPSI. Kasihan deyh lorh.


Then malam nya tu pulak. Beraya rumah ex-staff-staff Pizza Hut Banting.

Rumah Dayang =) 
Sape lah pergi beraya rumah orang pakai seluar pendek nie -___-'

Rumah Arell =)

Dua budak sewel nie kawan rapat aku kat pizza. Dorang beraya rumah aku malam tu, jam 2 pagi baru reti nak balik rumah. Besok nya, baru aku pergi beraya rumah Arumie. Tapi memandangkan janji nak cerita sampai Hari Raya Ketujuh je, so kita berhenti kat sini jelah erk. Kang makin berjela entri nie.

Gigih tau sumbat semua cerita dalam satu post. Finally, tamat jugak cerita hari raya aku. Makin aku tangguh entri nie, makin basi lah dia. So yeah, that was how i celebrated my hari raya this year. Actually kan aku ada lagi 2 buah entri yang aku tak updated lagi. I supposedly updated benda tu before datang ke Amerika Syarikat nie.

Tak tahu lah nak updated ke tidak, it was about my shopping raya and lagi satu tu rahsia. Yang shopping raya tu macam nak updated, sebab dah memang rutin setiap tahun aku cerita pasal shopping raya aku kat blog. Tak updated rasa lain pulak. Yang rahsia tu pasti aku kene updated. Sebab benda penting kot. Hopefully aku dapat updated dalam masa terdekat nie.

Kelas dah start and guess what ? I already have assignment to submit and not to mention, got quiz also. It's crazy !!!!

6 comments:

  1. Sesungguhnya aku cemburu bila tengok gambar raya dekat rumah cikgu-cikgu. Dan, rindu sangat nak makan roti john dekat rumah Wan, Hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. toksah cemburu farah =) Tahun depan jumpa lah jugak nanti.. hihi

      Delete
  2. rindunya nak g beraya rumah cikgu cikgi... bila dah bekerja nie, memang tak menyempat nak beraya sakan pun. cuti raya cuma seminggu.. meriah raya jejakakaula.. mesti banyak dapat duit raya nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, banyak jugak rezeki tahun nie walaupon umur makin meningkat.. hahhahahaha =D

      Delete

Home