Thursday, September 11, 2014

Tragedi Oppo Find 7a

Assalamualaikum

Kali nie kita buat entri sebelum datang Amerika. Ini lah rahsia yang aku nak cerita tu. Entah apa rahsianya pon tak tahu lah. Marilah kita mendalami kisah tersebut.

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat diri ini untuk memiliki handphone baru. Niat asal nak beli handphone sebelum raya, supaya dapat camwhore sepuas-puasnya di pagi raya, tapi tak tercapai. So berdoa punya berdoa lah, hopefully sebelum datang Amerika dah dapat pakai phone baru. Barulah boleh selfie dengan jayanya agar orang-orang kampung dapat mengetahui perkembangan diri ini di negara orang. Tak ada lah mereka risau akan keberadaan diri ini di Amerika.


Handphone apakah itu ? Uishhh tajuk entri sudah terang disuluh lampu stadium masih lagi bertanya. Sabor jelah. Nama handphone di beri Oppo Find 7a. Oppo Find 7a has been in my wishlist since the very beginning. Bagus mana pon iphone 5s tu, aku tetap tak nak. Hati aku memang dah muktamad nak Oppo Find 7a jugak. Tapi kewangan pulak tak menyebelahi, my mom cakap beli jelah apa yang kita mampu, jangan beli apa yang kita nak. Aduiii meronta hati sanubari aku masa tu tahu tak.

Aku pon pasrah jelah, kalau dah dekat tarikh flight still tak ada duit, aku memang aim Samsung S3. Sebab S3 pon quite nice. Camera depan cantik. Sesuai lah dengan bajet yang aku ada. Sony pon okey gak, cumanya kualiti kamera depan sony tak cantik. Pecah-pecah. Maaf yea pengguna-pengguna sony. Ini pendapat saya.

Memang dah waktu nya kan aku tukar phone baru ?

Entri kali nie bukanlah aku nak bentangkan segala jadah spec-spec handphone nie. Korang boleh rujuk detail mengenai phone nie di blog Faiz Ibrahim, klik SINI . Beliau telah meng-review handphone ini dengan begitu baik sekali. Faiz Ibrahim nie bagi aku, dia memang hebat lah bab-bab gadget nie, so whatever gadget yang dia suggest beli, aku percaya gadget tu sangat terbaik. That is why, aku yakin dan muktamad, Oppo Find 7a pilihan yang terbaik.

Cuma aku nak highlight kan beberapa faktor yang sangat terbaik lah Oppo Find 7a nie

1- Fast charging. Omaigad ! I really love this. Dalam masa 30 minit, handphone dah full charged. Seriously, aku dah tak guna dah kot powerbank aku tu. Tersimpan elok je dalam laci. Sebelum mandi pergi cas phone, dah siap mandi tengok handphone dah siap cas. Tak ke gembira hati mak jemah melihatnya ? But that doesn't mean yang aku ambil masa 30 minit untuk mandi dalam bilik air. Haishhh korang nie pon. Itu sebagai contoh ja.

Dia bagi dua charger, kiri untuk faster charging, kanan untuk cas biasa

2- Skyline Notification Bar. Yang nie bagi aku sangat unik. Setiap kali ada notification, whatever notification, missed call ke, message ke, notification facebook or instagram, dia akan menyala. Memang cantik lah.


Overall aku sangat puas hati lah. Camera pon cantik, depan belakang cantik. Sangat-sangat cantik. Sound pon okey, dengar lagu ala-ala disco perghhhh terbaik. Memang tak boleh diam badan nie dengar lagu On The Floor Jennifer Lopez.

Tak pelik ke dengan tajuk entri aku nie ? Tragedi OPPO Find 7a, apa yang tragiknya ?

Meyh lah aku cerita. 9 Ogos yang lalu, bertolak lah diri ini bersama Bebo tercinta, Paris New York, Jida Achin dan juga kakak ku yang busuk ke Sunway Pyramid. On the way nak pergi tu, kereta buat hal pulak. Temperature kereta naik. Pelik sangat tau. Singgah pasaraya beberapa kali untuk cool down the temperature. But still temperature tinggi jugak. Letak air berapa botol, bila tengok balik. Air tu dah habis. Lagi lah pelik. Bocor ke apa kereta nie.

Aku pon menggagahkan diri jugak teruskan perjalanan. Memang slow yang amat aku bawak. Kalau race dengan siput bab satu, rasanya siput pon menang tau. Kau tengok peribahasa aku, over tak over tu ?

Then bila dah sampai dekat sunway pyramid tu, boleh menggedik nak cari parking dekat dalam. So kene keluar balik then buat U turn. U turn pulak jauh yang amat. Sabor jelah. On the way nak gi tempat U turn tu, dia ala-ala macam bukit sikit, situ memang tempat jammed lah wa cakap. And time tu lah kereta aku mati kat jalan. Tak nak banyak pulak kereta masa nie kan.


Kereta belakang pulak sibuk nak hon-hon, eee panas je. Aku keluarkan lock stering aku kang baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. My mom take over kawal stering manakala yang lain tolak kereta untuk ketepikan kereta dari tengah jalan and Jida Achin tukang ambik gambar. Maka kitorang pon tolak lah kereta tu.

Peta kejadian, supaya anda nampak lebih jelas, maaf buruk.
Rectangle kaler hitam tu tempat di mana kereta aku mati

Kitorang nak bergerak ke triangle purple tu. Triangle purple tu stesen minyak. So ingat nak park kereta kat situ je. So tolak lah kereta tu. 1 km jugak lah kitorang tolak. Penat weyhh. And then sampai ke lokasi bulat kaler merah tu, nak kena melintas lah kiranya. Kereta banyak gila kot masa tu. Someone must stop the traffic by standing in the middle of the road so that kitorang boleh melintas. Memang idok lah aku nak stop kan traffic tu. Malu weyh. Malu sangat. Si Paris New York yang berhentikan traffic then kitorang tolak dengan lajunya. Masa tu turun bukit so tak ada lah menggunakan force banyak sangat. Physic law applied.

Malu sangat weyh orang keliling tengok kitorang tolak kereta.

Bersungguh benar kakak aku menolaknya pon

Kitorang pon jalan kaki ke Sunway Pyramid tu. Jauh tahu tak. Nak naik teksi, macam membazir pulak. So berjalan lah kitorang semua. Dah lah my mom puasa masa nie. Kesian dia. Duit pulak berkepuk dalam purse, memang tawakkal jelah masa tu.

Muka-muka keletihan

Masa nie tengah kaya, pegang dompet erat-erat


Terima kasih ibu sebab topupkan duit =) 

Ayah pon datang sebelum kitorang nak balik tu untuk menyelamatkan kami berlima. And alhamdulillah, masa tu, kereta pon dah boleh hidup. Tak tahu apa yang problem kereta tu. Tetibe je temperature kereta naik.

Maka itu lah al-kisah nya time nak beli Oppo Find 7a nie. Seriously, banyak gila dugaan nak beli phone nie. Macam petanda supaya tak payah beli je. Tapi nekad jugak nak beli, sebab lagi dua hari nak fly dah masa nie.


Disebabkan handphone nie, aku tak berbelanja banyak tau untuk shopping raya tahun nie. Kalau tak, selalunya aku lah yang meroyan dalam Times Square tu beli baju. Tapi tahun nie, aku menggunakan konsep bersederhana sahaja. Gituee.

Padahal dah shopping online dulu. Puihh

BTW, kalau berminat dengan handphone nie, harga dia RM 1598. Dengan kualiti nya yang maha tiptop, sesuai lah harga dia. Ini pon kira murah tau compared to other smart phones yang almost sama spesifikasi dengan Oppo Find 7a nie. Ingin maklumat yang lebih lanjut mengenai Oppo Find 7a, boleh lah tengok video nie, KLIK .

PESANAN PENAJA


"Dear Samsung Ace Duos, you have been amazing throughout your service. You introduced me to the world of Whatsapp, Wechat, Viber, Keek, Instagram and 360 camera. You are my first smart phone ever and will always be my first. Nahh i'm cheating *Evil laugh applied* . Eventho now you're being my second, I still love you. I will never ever sell you to others, 
besides, who want you pon ? Bhahaha =D "

Terupdate pon cerita nie. Dah genap sebulan aku pakai handphone nie and Alhamdulillah aku puas hati sangat. Samsung Ace Duos tu banyak berjasa kot. Cerita masa first beli Ace Duos nie kat sini, KLIK . And dia retak seribu awal bulan disember tahun lepas. Luluh hatiku tengok handphone ku retak di depan mata.

Hopefully my Oppo Find 7a nie dapat bertahan lama. Aku nie dah lah agak clumsy sikit kalau bab-bab handphone nie. But no worries, i install protected glasses so that apa-apa hal, glass tu yg kene dulu. Hihi. But still need to be careful with it.

10 comments:

  1. Tak pernah dengar pasal Oppo Find 7a ni. Kenapa banyak gila product baru keluar masa aku takde dekat Malaysia ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe tak meletup lagi kot masa tu. even masa aku kt US, dorang ingat ini handphone ciplak. sakitnya hati kuuuu

      Delete
  2. my current phone skrg pun galaxy ace duos. & plan pun mmg nk rembat find7a hujung bulan nih. haha XD

    ReplyDelete
  3. "besides, who wants you pon?" lawal giler part ni... hahahahha :D

    cepat2 pakaikan fon baru dengan screen protector, nnt jatuh tak pecah dah...akak 3 tahun dah pakai samsung s2, sampai skrg, kalau pijak dengan boots pon xkan pecah...ahhahahh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiiiii pandainya akak jaga .. saya nie mmg careless banyak.. tu pasai jadi lagu tu =D
      dah pasang dah screen protector. tp telah berlaku something pada phone tu T___T rasa nak nangis kot bila benda tu berlaku.

      Delete
  4. boleh bagi feedback x setelah 5 bulan pki phone ni..tgh usha oppo ni..lawoo spec pun cntik..tpi harga..mak aii

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat berpuas hati overall. cuma nak taip tu agak slippery sikit.
      tapi lepas saya tengok kawan beli iphone 6 and experience sendiri iphone 6 dia tu, boleh sy katakan iphone 6 sangat best. kamera dia perfect lah. tapidh ada oppo nie pon dah bersyukur sangat. sebab perfomance dia okey. cuma tu jelah bab nak taip tu agak slippery sikit.

      Delete
  5. fon kita sama tang ace duos tu haa..wlpn bkn fon petama tp fon pertama guna duit elaun sndiri..dekat 3 tahun pakai..lps tu beli oppo jgak...tp x mampu find 7..beli r1l je..ace duos tetap guna as fon kedua...xkn bagi kt adik2 or org lain...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. i see. eh walaupon ace duos tu dah retak seribu, memang still guna lagi. sebab dah biasa guna dua2 nombor. nak matikan salah satu, tak boleh sbb dua2 nombor penting. tu yg still pakai lagi phone ace duos yg retak seribu tu..

      Delete

Home