Saturday, September 20, 2014

Walmart

Assalamualaikum

So village people semua, hari nie iols sebagai wakil village people ke negara omputih nie, nak mengajak village people semua ke Walmart. Kita buat sedikit tour di Walmart yerp. Said " yeay " untuk menunjukkan village people semua excited, Yeayyyy !!

No, tak boleh tipu. Aku dengar korang sebut yeay. Sah village people sejati =P Hahahahahahaha


Walmart nie merupakan sebuah gedung membeli belah. Tapi yang membezakan Walmart nie daripada gedung membeli belah yang lain ialah waktu operasinya. It is 24 hour uolss. Haruslah terperanjat kan masa first time dengar dia bukak 24 jam. Dan Walmart nie menjual segala macam jadah barangan yang ko perlukan, just name it what you want semuanya ada.

Kidding, tak lah semua ada. Mana lah tahu sifat alam semulajadi village people semua tetibe request nak harimau, sah-sah lah tak ada kan. Village people nie pon lahai. Suka bergurau tau.

Bila village people pergi Walmart for the first time, feeling Victoria Beckham sangat !
(Pergi Walmart pon pakai tag nama tau masa tu)

Masa orientation week, salah satu slot dalam orientasi tu ialah trip to Walmart. So pergi lah kami semua para international students ke Walmart. Buat rombongan mak kiah ke Walmart lah kiranya masa tu.

This is GC Shuttle

GC Shuttle ke Walmart disediakan untuk para pelajar setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi sehinggalah 7 petang. Bukan lah sekadar Walmart je tau, Milledgeville Mall pon dia singgah. Tapi setakat hari ini, aku tak pernah pergi Milledgeville Mall lagi.

Tak jauh pon dari GCSU, dalam 10 minit perjalanan je. Dan yang paling penting, it's free.


Aku selalu stuck berjam-jam dekat bahagian nie. Tetibe saka aku datang kalau aku kat sini. Dekat setiap bahagian baju-baju, dia akan ada tempat clearance sale. So kiranya saki baki baju yang belum terjual, dia akan letak dekat sini and the price oh my goat. Aku boleh gila. Sebab tu aku spend berjam kat sini dok belek-belek baju.

Baju yang harga asalnya dari 9 usd jatuh kepada 3 usd. If you're lucky enough, you will get clothes with 1 usd price tag. Ko gila kalau aku tak ambik ? Haruslah sambar satu dua kan. Tiga empat pon boleh.

Nie baju harga 7.50 usd. Convert duit Malaysia, okey boleh lupakan.

Nie dekat nak Halloween day nie, memang macam-macam costume dorang jual. Murah-murah pulak tu. Kira murah lah dari dekat Malaysia. So tema dinner PSYCH next sem apa ? Cepat decide, aku nak beli costume nie. Hahahaha


Macam-macam pilihan ada. Ko nak jadi apa semua boleh request.
So marilah tengok hasil sambaran saka aku membeli-belah baju di Walmart.

Baju harga 1 dollar yang berjaya aku sambar
(Baju tengah tu sesuai untuk kaum bapa, so aku belikan untuk ayah aku) 

Aku sangat berpuas hati dengan baju 1 dollar aku nie, cantik-cantik. Aku balik UPSI pakai baju nie, ko jangan menggedik panggil baju 1 dollar faham ? Panggil baju dari America sedap sikit bunyi nya. Bhahahahaha

Kalau ada banyak baju harga 1 dollar tu, sudah tentu aku beli untuk jiran tetangga sekali. Unfortunately, no. Dia kadang tinggal satu je baju tu kat situ. As i said before, ianya di bahagian clearance sale. So faham kan ?

Baju harga 3 dollar

Paling terkesima bila ko boleh angkut dengan hanger-hanger nya sekali bawak balik rumah. Itu maha dahsyat bagi aku. Murah hati betul Walmart nie. So sape yang nak datang America tu, toksah beli hanger. Beli baju, angkut sekali hanger dia. Hahaha

Dan lagi satu yang membuatkan village people macam aku nie terkesima ialah, kita boleh self-check out. Maksudnya kita boleh bayar sendiri dekat kaunter without cashier pon. Isn't that amaaaazing ?


Kalau nak tengok video, boleh lah berbuat demikian dengan klik video di bawah nie =)


Aku rasa advance gila lah kehidupan dekat America nie. Setiap hari ada je benda yang buat aku terkesima. Dari terkesima benda yang elok sehinggalah terkesima dengan benda yang tak elok. Welcome to America Zharif ! =D

Memang setiap minggu lah kitorang buat rombongan che kiah ke Walmart.


Kalau pergi dengan si Takafumi nie, memang happening lah. Dia nie jenis kelakar and outgoing person. Ada je benda dia nak buat. Kira dia nie penceria suasana lah. Suka lah berkawan dengan dia nie.

What Takafumi made me do

What Takafumi made us do

Dan part yang paling parah sekali, bila dia suruh kitorang semua buat runway show dekat depan Walmart. Oh tidakkk ! Kantoi lah aku ada kepakaran ber-catwalk di situ. Echewahhhh ! Boleh saksikan videonya di sini.


So macam mana aku catwalk ? Okey ke ? Bhahahaha. Sabor jelah mak jemah melayannya pon. Dah itu je aku nak cerita pasal Walmart. Berhampiran dekat Walmart nie ada pasaraya yang diberi nama Dollar Tree. Kat situ lagi boleh buat ko meroyan. Situ semua barang bernilai 1 dollar. Bapak murah. Aku tak boleh lah pergi tempat macam nie. Aku boleh gila. Sekian.

Updated jam 3.40 pagi waktu America. Gila kuasa dua. Okey nak tido. Bye.

9 comments:

  1. Walmart, Zharif bukan Wallmart. Hehe. Untunglah Walmart buka 24 jam, murah, dan dekat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohmaigaddd farah, awat tak habaq awal2.. banyak pulak tu nak kne edit.. hahaha
      nampak sangat village people nya kau nie zarep oii.. hahahahah

      Delete
    2. Awal apa aku bagitahu. Seronok la tengok kau enjoy hidup kau kat US ni. Banyak je benda yang kau dah buat tapi aku tak pernah buat walhal dah nak 2 tahun lebih dok overseas macam self-check out counter tu! hihi.

      Random comment: Aku pun beli bantal Walmart macam kau tu masa aku baru-baru sampai Canada.

      Delete
  2. Bapak best ! Hadiah birthday itew from US nak jugak jayep :3 . Huhu

    ReplyDelete
  3. btw zhariff, everything under 10 usd can be considered murahlah...janji dalam otak, "jangan convert. jangan convert"...akak pon gtuh jugak...kehkehkehkeh... :D

    p/s: am reading this entry with big smile... taktahu kenapa, i really like ur writing style...heheheh :D its fun to read... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah rasa sendiri mcm mana tinggal oversea, bru dpat tahu betapa terseksanya diri ketika berbelanja. keep convert to RM. hahahaha. terima kasih ye akak =)

      Delete

Home