Monday, November 3, 2014

Six Flags over Georgia

Assalamualaikum

Pada 24 Oktober yang lalu, aku pergi Six Flags Over Georgia, memang sangat ohsem lah taman tema nie. Harga tiket biasa 65 dollar, tapi aku beli dengan harga 25 dollar je masa nie. Campus Activities Board (CAB) yang anjurkan trip nie. Organisasi nie memang selalu anjurkan trip untuk pelajar-pelajar GCSU. And setiap trip tu semua dapat baju free. Dahlah tiket harga 25 dollar, dapat baju free lagi. Ko tak ghase rugi ke kalau tak join ?


Bertolak jam 4 petang, perjalanan ambik masa 2 jam. Six Flags nie dekat dengan Atlanta. Sampai sana lebih kurang jam 6.30 petang. Apa yang beza Six Flags nie dengan taman tema di Malaysia ialah bilangan roller coaster nya. Kan biasanya taman tema cuma ada satu or dua je roller coaster tapi Six Flags nie ada 11 roller coaster. Dan setiap roller coster tu semuanya berbeza. Sangat-sangat berbeza. So kene try semuanya.

Can you see that tiny little thing on the rail in this picture ?  


Now can you imagine how big it was ? Siap merentasi jalan tempat kereta lalu tau. Sebelum nak masuk tu memang roller coaster yang ko nampak dulu. Sangat ohsem !!

These three pictures are the picture of Goliath Roller Coaster which is the largest roller coaster in this Six Flags over Georgia

Aku pergi masa nie belah malam, tiket masa nie bersempena Fright Fest. Sebab masa nie kan tengah musim Halloween. Semuanya bertemakan Halloween lah. Banyak hantu-hantu yang akan kacau korang time tengah berjalan. So memang yang sakit jantung tu dinasihatkan tak payah pergi lah.

The entrance

The ticket




Souvenir shop


Makin nak malam makin seram. Berasap-asap jalan dia

Masa dah sampai tu, dorang pergi serbu tempat makan dulu. Lapar katanya. So macam biasalah, makanan menjadi masalah buat diri ini. Harga semua murah-murah tapi tak boleh makan. Semua nampak sedap tapi tak boleh beli. Hanya mampu tengok je. Adalah benda yang aku boleh makan tapi macam ermm tak apa lah. Tak rasa kebulur sangat pon nak beli pretzel harga 7 dollar. Cuit-cuit orang punya pon jadi lah =D Hihi


Lepastu baru kitorang start bergerak main roller coaster. Taman tema nie tutup jam 12 malam so kitorang ada lebih kurang 6 jam untuk teroka tempat tu. Yang paling runsing sekali ialah, taman tema tu tak berapa nak pack sangat dengan manusia malam tu. My American friend told me that usually dia kena beratur lebih kurang 1 jam untuk naik satu roller coaster tu. Itu pon kira yang paling cepat tau. Kadang boleh makan sampai 2 jam lamanya beratur.

Alhamdulillah masa kitorang pergi nie, paling lama tunggu pon 40 minit. Ada roller coaster tu tak payah beratur pon, masuk terus naik. Isn't that great ??

The GOLIATH

Kita try yang paling besar dulu. Sebab GOLIATH nie memang sangat popular lah among other roller coaster because of its gigantic size. Tak dapat naik yang nie consider macam ko tak pergi Six Flags lah.


We were about to go

This was the only roller coaster she ride.The one with eyes closed =)

Yang kedua, aku naik roller coaster yang diberi nama DARE DEVIL. Yang nie agak seram part nak mula tu. Dia jatuh betul-betul 90 darjah weyh. Haruslah aku menjerit kan.

Dare Devil

Nampak tak benda tu tengah naik. Kecut perut weyh masa dia turun tu

Yang nie seram part nak mula tu je. Yang lain tu seram jugak tapi main attraction dia yang part mula lah.

Satu yang aku amuse sangat kan, dia tak tunggu first ride tu habis untuk mulakan new ride. Kiranya lepas ko dah lepas at certain point, ride baru akan mula. Kiranya dalam satu masa tu 2 ride boleh tampung. Tapi Dare Devil nie sampai 3 ride dalam satu masa. Sebab roller coaster dekat Six Flags nie semua besar-besar belaka.

Maaf selfie dulu

Macam dekat Sunway Lagoon, kita kene tunggu ride tu habis baru kita boleh naik kan ? Tapi kat sini, dalam satu masa tu sampai 3 ride dekat rail dia. Banyak ride dia. Tak adalah bazir waktu, keluarkan customer dan fill new customer dalam ride tu. So kiranya tak ada lah ko tunggu lama dekat barisan. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ?

SUPERMAN ride

Yang ketiga, kitorang naik SUPERMAN. Superman nie kegemaran aku. Yang nie terpaksa tunggu lama sikit sebab semua tertumpu dekat ride yang nie. Lebih kurang 40 minit jugaklah tunggu. Rata-rata semua suka roller coaster nie.


Posisi dia memang terbaik lah. Ibarat macam ko tengah terbang ala-ala superman gitueeee. Kitorang ambik seat paling depan kot. Baru lah rela feeling superman tu. My favoritre, no doubt.

Then kitorang berganjak pula ke roller coaster seterusnya iaitu The NINJA.

This is my next ride. The Ninja !

This time, aku bawak handphone and aku record. Video boleh tengok dekat bawah nie.


Satu yang best dekat ride nie ialah, ko tak perlu beratur pon. As i said before, Six Flags masa nie tak ramai orang. So memang bertuah lah dapat pergi time nie. Boleh naik berulang-ulang kali. Tapi tak nak lah habiskan masa untuk roller coaster yang sama kan, so tak apa lah. Sekali pon dah cukup.

That is the Ninja. Amacam, ada berani ?

Then seterusnya, kali nie kitorang cuba yang bukan roller coaster. Ia diberi nama SKY SCREAMER. Nampak macam tak seram, but then bila dah naik tu baru ko tahu langit tu tinggi ke rendah.



Aku rasa memang silap arr naik benda alah nie. Sejuk gila nak mati woii. Even belum winter season lagi, tapi kesejukkan di bumi Georgia ini sudah dapat dirasai. Mengigil-gigil aku dibuatnya kat atas tu. Lepas dah turun tu, rasa sejuk tu ada lagi.


Then lepas dah habis naik benda nie, dorang semua rasa lapar and nak makan. Aku pon ikut jelah. Dorang makan peha ayam turkey. Perghhh bau dia memang mengasyikkan. Sabor jelah aku tengok nya.



Look how big it was !!

Since aku nie tak boleh nak makan, so daripada buang masa tunggu dorang habis makan, lebih baik aku try another roller coaster kan. So aku pon membawa diri sorang-sorang naik roller coaster kayu. Nama roller coaster nie ialah GREAT AMERICAN SCREAM MACHINE.


Tak sempat nak habis, video dah mati. Seriously memang dahsyat roller coaster nie. Berbukit-bukit. Sakit bontot aku weyh lepas naik roller coaster nie. Risau aku dibuatnya sebab tali pinggang keselamatan dia longgar and aku takut phone aku terlepas sebab banyak sangat hentakan yang maha dahsyat.

Itu jelah roller coaster yang aku sempat main malam tu. 5 roller coaster daripada 11. Kira okey ke tak ? Kalau diberi masa lagi, memang aku try semua roller coaster. Six Flags nie sangatlah besar so memang ko perlukan satu hari untuk tawaf satu Six Flags nie. 6 jam diberi memang tak cukup. Plus aku rasa aku banyak membazir waktu ikut dorang kehulu kehilir. Nak makan lah, nak pergi tandas lah. Ada pelajar tu, dia kata dia sempat naik semuanya. Aku dengar terus rasa menyesal.


Kereta Batman

Kitorang try pergi BATMAN punya roller coaster tapi barisan terlampau panjang so kitorang decide main roler coaster yang lain dulu, but at the end, tak sempat naik pon. Sedih je.


Ini peta dia, boleh tengok betapa besarnya taman tema nie. 
Nombor yang aku tandakan tu yang aku cuba malam tu

So ada lebih kurang 20 minit lah sebelum jam 12. Kitorang kene kumpul balik jam 12 sebab bas gerak ke kolej jam 12. Dengan masa yang ada tu, aku berjalan cari kedai souvenir. Banyak kedai souvenir dekat sini.

Nak dijadikan cerita, aku rasa memang rezeki aku malam tu dapat barang murah. Macam nie cerita dia, mula tu akak tu panggil aku, dia suruh aku bagi dia teka apa sahaja mengenai diri aku, kalau dia teka betul, barang-barang dalam kedai dia tu semua harga macam biasa, but then kalau dia teka salah, semua barang-barang dalam tu harga 5 dollar.

What a nice person she is, i feel glad to buy souvenir from her shop

So aku suruh lah dia teka bulan kelahiran aku. Then dia teka salah. So dia suruh aku pilih apa sahaja barang dalam kedai tu dengan harga 5 dollar. Mulanya aku ambil lah botol air kaler merah tu sambil berkata, boleh ke diskaun lagi. Then dia kata you can take this blue too. Then i was like, are you serious ? Seakan-akan mahu menangis tau sebab terharu. Yeah i'm serious, and you can take this cape too.

Benda coklat tu lah cape nya, Cape tu apa ? Ayoyo, cape tu macam superman n batman untuk ko terbang tu. Ko ikat dekat belakang then ko feeling lah macam ko nak terbang. 

Omaigad, memang aku rasa bertuah gila malam tu. 3 barang nie dengan harga 5 dollar. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Terus cakap dekat dia, i am from Malaysia. I bought this for my brother and bla bla bla. Then aku pon mintak untuk selfie bersama dia untuk kenang-kenangan.

Bila dah sampai bilik kan, aku fikir balik, perlu ke mention yang ko tu dari Malaysia bagai zarep ?

Then berlari-lari cari jalan keluar. Sesat weyh aku dalam nie. Lagi 5 minit jam 12. Aku dah gelabah. Tapi Alhamdulillah, jumpa jugak kumpulan aku tu. Kitorang pon bergerak menuju ke bas kolej. Sejuk ya ampun, nasib baik aku bawak sweater. Kalau tak memang beku lah cerita dia.

Front and back. Free t-shirt !!

Bertolak balik dalam jam 12.30 pagi. So sampai Milledgeville lebih kurang jam 3.00 pagi. Balik tu terus tidur sebab besok paginya tu aku ada trip lagi. Nantikan kemunculannya. Semoga diberi waktu untuk mengupdatednya. See ya !

2 comments:

Home