Thursday, November 20, 2014

Stone Mountain GA

Assalamualaikum

Balik dari Six Flags malam tu, perjalanan ambik masa dua jam. Sampai je bilik jam 2.30 pagi. Terus tidur bila sampai bilik. Sebab paginya tu pulak (25 Oktober) , ada lagi satu trip. Trip kali nie di anjurkan oleh Baptist Collegiate Ministries. Berkumpul di BCM seawal jam 9.30 pagi. BCM nie 12 minit berjalan kaki dari dorm aku.

Stone Mountain Georgia, checked !

Then bertolak lah kami 18 orang dari BCM ke Stone Mountain nie. Stone mountain nie pon dekat-dekat dengan area Atlanta. So dua jam jugak dari Milledgeville. Penat weyh, padahal baru je balik dari Atlanta malam nya tu, pagi nya pergi balik Atlanta.

Trip yang diadakan oleh BCM nie bersempena untuk mengumpul semua pelajar international dari setiap university yang terlibat. Jadi, hanya pelajar international sahaja yang boleh join trip kali nie. Aku pon excited lah kan nak jumpa other malaysian students. Plus, kawan aku yang turut berada dalam exchange student program nie pon kata dia bakal berada di situ. Duduk negeri yang sama tapi tak pernah dapat peluang untuk berjumpa. So inilah peluang untuk bertemu antara satu sama lain

Tapi malangnya, dia tak dapat datang T__T

Tak apa lah, tak ada rezeki. BTW kan, kitorang tak terus ke Stone Mountain tu. First kitorang gathered dekat satu tempat. Kira macam nak berkenal-kenal dengan student-student lain lah. Ada makan-makan sekali.



Lama jugak tau kitorang kat sini, dekat 2 jam. Penat tunggu. Makan tak habis-habis. Borak berjam-jam. Aku dah lah malas sikit bab-bab nak bersosialisasi nie kan. Tapi yang bestnya tu, dapat lah jumpa pelajar-pelajar Indonesia. So that boleh lah aku menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Ramai jugak pelajar Indonesia dekat Georgia nie.

My Indonesian friends

The feeling bila dapat jumpa orang yang sebahasa dengan korang, memang speechless sangat. Rasa terharu =') Siap iso ngomong jowo lagi tau.

Lepastu semua pon berkumpul. Dengar taklimat mende ntah. Walaupon matahari kat atas kepala, tapi tak adalah panas sangat. Panas sikit je. Kalau dekat Malaysia confirm dah bertukar kaler kulit masa tu jugak.


Then orang tu bahagikan kami semua mengikut benua masing-masing. Pelajar dari Asia paling ramai kot. Terkejut aku. Aku ingat pelajar europe yang menguasai. Rupa-rupanya asian lagi hebat. Trip nie pon aku dengan harapan dapat lah jumpa pelajar2 Malaysia kan, tapi malangnya, macam biasa aku sorang-sorang lagi. Tak ada pon pelajar-pelajar Malaysia. I wonder mana lah budak-budak Malaysia nie.

Then kami bergerak pergi ke Stone Mountain. Dah tak jauh dah dari tempat nie.

Macam biasalah, kene mendaki untuk sampai ke atas. Actually boleh je kalau nak naik cable car. Tapi malas lah pulak nak habiskan duit semata untuk cable car. 9 dollar sekali naik kalau tak silap.

So mendaki lah kami semua ke atas.


 

Not yet reach the top 

Lupa nak bagi tahu, Stone Mountain nie nama dia bersempena fizikal mountain tu sendiri. Kan biasa bukit majoriti lapisan dia tanah kan. Tapi Stone Mountain nie bertanahkan batu. Kalau dari jauh, korang tengok Stone Mountain nie ibarat batu besar yang jatuh dari angkasa mendarat dekat bumi. Boleh bayangkan tak besar batu nie macam mana ?


Siap ada perhentian tau kot-kot rasa nak pengsan ke time mendaki tu kan. 

A lil bit more to reach the top

Finally ! Boleh nampak tak bandar Atlanta ? Isn't that amazing ?


Nampak macam panas kan ? Malangnya tidak. Angin dia kuat gila kot. Sejuk.


Ini tiang cable car dia. Besar sangat kot gerabak cable car tu. Dalam satu masa boleh bawak 50 orang kalau tak silap. Aku pakai teka je based on pandangan aku. Maybe boleh muat lebih lagi. Aku tak tahu.

Gigih tak iols bawak bendera ?




Tak lama pon dekat atas nie. Lebih kurang dalam 15 minit dah kene turun balik. Hampehh je, Mendaki punya lah penat tapi tak leh nak stay lama. Sebabnya belah malam ada laser show. So kene turun awal untuk dapatkan tempat yang menarik untuk tengok laser show tu. Kalau lambat turun, nanti padang tempat nak tengok laser show tu penuh.




Ce teka, apakah benda nie ?


My another Indonesian friend

Nor jumpa dia masa sambut aidiladha, zharif jumpa masa dekat Stone Mountain. Sedih betul nape Nor tak dapat datang T__T

Dah turun dengan gigih, masa untuk punggah barang and cari spot yang menarik untuk berkelah. Baik sangat tau BCM nie. Siap bawakkan kitorang makanan lagi. Bayar 5 dollar je. Tapi semua ditanggung. Makan minum kenderaan pergi balik. Berbaloi-baloi trip ke Stone Mountain nie tau.

Dari bawah nampak kecik je cable car punya tiang tu. Bila kat atas nampak besar gedabak pulak


Cantik tak ukiran batu tu ? Menarik kan. Aku tak tahu itu simbol muka sape. Maybe orang yang jumpa america nie kot. Kat batu nie lah laser show tu akan ditayangkan.

Belum masa untuk tidur ye Taka 


Semua orang dah start landing-landing. Seriously makin malam makin ramai pulak datang. Nasib baik kitorang dah cop tempat dulu. Kitorang duduk tengah-tengah batu tu. So kira macam dapat spot yang menarik lah.


Tudia semua sibuk buat sandwich masing-masing. Aku punya sandwich macam sedih sikit lah rupa dia. Sebab cuma mampu makan dengan cheese je. Apa rasa makan roti dengan cheese ? Tak rasa mende. Rasa tawar gila. Sabor jelah.


Benda alah bulat tu serious sedap gila. Dia macam biskut tapi macam kek. Aku tak tahu nak describe macam mana tekstur dia. 


Tunggu dekat 1 jam lebih baru lah laser show nie mula. Lebih baik lama-lama sikit dekat atas puncak tu. Kat bawah nie aku ada record video laser show tu. Berjurasi 40 minit ye kawan-kawan. Gigih tak record selama itu semata-mata nak berkongsi dengan kawan-kawan ku di Malaysia ? Haruslah korang rasa tersentuh kan.


Seriously memang sejuk gila-gila kot. Nasib baiklah aku bawak sweater. Tapi malangnya sweater aku tak tebal mana pon. So memang still rasa menggigil. And nasib baik aku bawak gloves, sebab tangan aku mudah sangat rasa sejuk. Sedikit sebanyak dengan adanya gloves nie tak ada lah sejuk sangat.

Orang lain semua well prepare tau. Kerusi, cadar, bantal, tilam semua angkut bawak kat padang. Aku memang clueless habis. Aku tak tahu pulak laser show nya macam tu. Kalau tahu, aku bawak dengan katil-katil sekali.

Kedai-kedai semua dah tutup, padahal baru jam 9 lebih masa tu

Then bertolak lah kami semua dari Stone Mountain tu ke Milledgeville. Ada tak aku mention kitorang datang sini naik apa ? Kalau tak ada meyh lah aku mention. Kitorang datang sini naik 4 buah kereta. Bukan naik bas tau. Sebab BCM nie bukannya under universiti kitorang tu.

On the way back, our car broke down. Suddenly kereta tu jadi slow dan asap mula keluar dari bonet depan dan dalam kereta. Asap hitam pulak tu yang keluar dalam kereta. Sape yang tak cuakkan. Terus cepat-cepat keluar dari kereta.


Sebelum tu okey je kereta nie, tapi lepas dah langgar haiwan apa benda ntah, start dari situ dia meragam. Masa tu aku tengah tidur, then pemandu kereta tetibe jerit kuat gila, then bunyi bam kuat sekali menghentam binatang tu. Terus aku terbangun.


Maka tersadai lah kitorang dekat luar selama satu jam. Seriously sejuk sangat weyh. Masuk dalam kereta, cuak pulak sebab kereta bau asap. Bersaksikan bintang-bintang di langit malam tu. Yang best nya tu kan, dekat America nie, bintang-bintang dekat langit nampak jelas sangat. Banyak pulak tu. Cuma yang tak best tu, sejuk lah. Menggigil-gigil dibuatnya.

Lepas dah satu jam lebih tu, baru lah ada orang datang ambik kitorang. Sampai bilik dekat 2 pagi. Penat sangat, tapi best lah. Trip paling murah, bayar 5 dollar je kot. Hihi

4 comments:

  1. bestnye...pengalaman yang menarik..teringin pulak nak experience semua nih..hehe..tq sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok sangat =) you are most welcome ! =)

      Delete
  2. Subhanallah cantik sangat! Fit tak kau bila kau mendaki tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan ! aku pon terkesima bila dah sampai atas tu... fit lah sangat. lecak ketiak adalah.. tp disebabkan sejuk so tak rasa sangat penat tu..

      Delete

Home