Wednesday, January 29, 2014

Goodbye Semester 2 : Part 2

Assalamualaikum

As i promised before, here is the continue of my semester 2 story... Maaf lambat sikit.. Hahaha

November, 2013

Supposely aku dah balik rumah dah 30 Oktober tu untuk cuti mid sem, tapi aku ada program pulak pagi 1 November tu. So dengan rasa yang amat malas aku pon hadir lah program tu.


Tak sangka pulak dapat cabutan bertuah. Maka tak sia-sia lah aku datang program tu. The program was quite nice i think. The penceramah is very good at giving lecture to the audience.

Pada 5 November, jenjalan dengan kawan dunia akhirat pergi Setia City Mall. Tengok semua orang dok upload gambar pergi Setia City Mall, aku haruslah pergi kenn, tak nak lah ketinggalan katanya. Muahahaha tak ada lah. Nak makan Seoul Garden je actually, lama dah tak makan.


Pada 6 November, aku kena balik UPSI balik. Baru start cuti mid sem dah kene balik. Sabor jelahh.


Memandangkan baki duit belanja untuk bulan Oktober banyak lagi dalam akaun, so why not belanja family makan kan. Kira duit tu rotate balik lah dekat ibu and ayah aku nie, hahahaha. Yelahh duit perbelanjaan aku kat UPSI nie datangnya daripada mereka memandangkan aku tidak dibiayai mana-mana pihak. And aku tak sangka pulak boleh ada baki even duit yang ibu and ayah bagi banyak aku bazirkan beli barang Zalora (Tapi aku tak ceritakan kat sini, hahahahaa =D )


Love Eat nie kalau korang-korang semua tak tahu, yang specialnya adalah warna burger tu kaler hijau lumut. Ala-ala nak ke hitam gitue kaler dia. Dia macam roti tu dah berkulat then korang makan. Lebih kurang macam tulah kalernya. Aiyoo review apa kah ini membuatkan orang lain tak nak makan -___-


Seriously aku cakap burger dia sedap gila-gila kot ! Aku suka The Southern Pioneer. Serious sedap beb.


Boleh tak nak komen dengan jujur dan ikhlas ? For me lah kan, the price is quite pricey. Sebabnya, yelahh produk pon tak establish popular lagi and restoran pulak berhampiran tempat belajar. As we know, student nie bukan lah banyak duit pon. So harga tu macam tak berapa nak sesuai. Cuba bayangkan kalau McDonald bukak dekat Tanjung Malim nie. What will happen to Love Eat Burger ? I hope the owner boleh consider dengan cadangan saya nie. Sayang lah sebab produk tiptop sedapnya tapi the price buat student fikir dua tiga ratus kali nak beli ke tak.

Kalau korang-korang nak hilangkan rasa bersalah, rasa tak sedap hati setiap kali makan benda mahal, amalkan tips aku nie. Terapkan dalam diri cakap " Bukan selalu pon " InsyaAllah lah rasa sebersalah nak beli tu hilang. I always use this tips when it comes to buy Zalora products. Muahahahaha

Memandangkan pakai flash jadi braces saya agak silau masa nie

BTW Love Eat Burger nie terletak berhampiran Pasaraya Metro Pintu Timur UPSI. So boleh lah lepas nie kalau nak cuba rasa burger di situ. Review pasal Love Eat Burger je dah panjang macam nie. Supposely aku buat satu entri khas untuk part nie -___-


Actually semangat balik UPSI awal-awal nie sebab ada program. Assignment luar untuk subjek Kaunseling Keluarga dan Keibubapaan. So pada 8 November, sebelum subuh bersiap untuk conduct program. Program nie diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang. All the details boleh click dekat SINI.

9 November, ajak kawan baik aku makan dekat adoii maaf aku lupa nama dia apa. Tapi berdekatan dengan Love Eat tulah. Kat situ yang specialnya Nasi Ayam dia. Perghh memang thorbaekkk !! Harga dia pon murah je.

Almarhum nasi ayam RM 4.50

Pada 12 November, kami dah kene start menjual produk untuk subjek Budaya Keusahawanan kami. Kami menjual 3 jenis kek and they are kek batik, kek cheese cracker and kek ais krim oreo.


Pada 13 November, aku ada satu event di Kuala Lumpur iaitu Party EH 20 yang anggun. I've updated about it here, CLICK. Perkara paling gila aku buat masa kat UPSI. Siap skip kelas tahu tak petang tu. Balik kelas terus berlari ke KTM pergi The Gardens Hotel depan Mid Valley.


Balik UPSI malam tu jugak mengejar train sebab besok paginya ada kelas (Besoknya aku lambat setengah jam masuk kelas, hahaha ) Perghhhh ! Pengalaman yang tak boleh dilupakan lah pergi party EH nie. Terhutang budi dekat kawan kelas sebab dorang banyak bantu aku balik UPSI malam tu. Uwaaa terharu tau >__< Terima kasih Nadia, Mira and Neesa !!

Nahh video Shila Amzah perform malam tu, Besttt !!

Pada 16 November, ada program pulak di Manjoi Perak. Program bersama anak yatim. Yang nie pon aku dah updated dekat SINI. Boleh lah tengok kalau nak.

Pada 18 November, ibu and ayah datang UPSI mengejut. They dont even told me. Masa nie kawan baik aku daftar masuk UPSI. So itulah motif parent aku datang sini masa tu.


Pada 23 November, bersamaan hari Sabtu. Aku dan empat yang lain berasa sangat bosan di kolej. Jadi kami berlima pon vroom vroom vroom pergi Sungai Inki.





We got the chance to eat durians for free, gave by the pemilik of the place

Cold as ice >___<

Posing gangsta sikit ... 

It was last minute planning so what did you expect from last minute planning ? We just bring roti, sardin hancur-hancur ( i dont know what they call it ) and air kosong. Itu je. Si Fiza and Mira yang masak dekat kolej pepagi buta. Alhamdulillah teralas jugak perut kami semua masa tu. Terima kasih =D

Pada belah malam nya pulak, ada pemilihan pemain catur kolej untuk bertanding di Super UPSI. And i don't know how it happened, i was choosen. Muahahaha Alhamdulillah *bertambah koleksi sijil aku*


Itu sajalah berita penting yang berlaku sepanjang bulan November. Let's move to December !

December, 2013

3 December, kitorang kene buat role play yang tertangguh selama berapa minggu entah. Finally role play nie berlangsung jugak. Tak sabar nak berlakon katanya.. Yelah preparation setiap malam praktis. Huhu

This is my team =)

Excuse the blurry 

On air ...


Madam Dhini yang kat tengah pakai tudung kelabu buat simbol peace tu. Seriously wa cakap dia sangat cool bro. Sporting gila !! Berjiwa student lah bahasa mudahnya. Sementara dia mengajar nie, elok lah ambik subjek yang dia ajar. Huhu

Pada 5 December, diri ini bersama kawan telah melawat Muzium Pendidikan Nasional. Nama je duduk UPSI, dah penghujung sem 2 baru nak jejak kaki ke sini.. Huhu

Eh huruf P tu senget 


Masa nie ada tayangan baju-baju tradisional yang dijahit oleh budak-budak kos Ekonomi Rumahtangga. Cantik-cantik baju-baju yang dorang jahit. I'm impress !!

Pada 8 December, sudah mula busy menampal sticker aktiviti kolej, menyiapkan segala jadah borang untuk dihantar pada pejabat bagi memastikan penempatan di kolej untuk sem hadapan.


Still don't know what the hell is this, you guys can check it HERE.

Pada 10 December, diri ini telah menghadiri Grand Annual Meeting untuk Kelab Catur UPSI. Perlantikan para MT dan AJK untuk sesi akan datang. Habis meeting makan beramai-ramai di restoran Teko Emas.

Motif kan gambar selfie pon nak letak >__< 

Pada 13 December, me and my classmates ( boys only ), adakan pesta durian dekat dalam bilik. Not my room for sure. Makan tak hengat dunia, berplastik-plastik durian aku makan. Nikmat betul !

Tudia Najwa Ashim sedang mengelamun dan sedang memerah otak

Yang terbaiknya pulak tu, malam tu jugak pergi training chess untuk Super UPSI. Serious tak confident gila nak bercakap masa nie. Almaklumlah baru ngapp durian berketul-ketul. Confirm mulut bau >__<

Pada 14 December merupakan tarikh berlangsungnya Super UPSI kali ke 4. Super UPSI nie perlawanan atlit antara kolej. Kat UPSI nie ada 4 buah kolej dan satu Unit Kediaman Luar Kampus. Kira ada 5 team lah total. Aku telah mewakili Kolej Harun Aminurrashid untuk acara catur dan .......................................

Proud with my senior, Najwa Ashim got gold yaww untuk kategori wanita !!

Aku KALAH dengan teruknya -____- Sedih, buat malu KHAR je. Gambar di atas merupakan atlit catur KHAR. Semua bawak pulang pingat, aku hanya mampu pulang ke kampung halaman lepas acara tu habis. Okey lahtu, ada jugak lah pulang nya tu.

Pada 16 December, Pulanglah diri ini ke UPSI. Family hantar sampai ke Tanjung Malim, lepastu ayah belanja makan KFC.




Pada 17 December, keputusan penempatan kolej untuk sem hadapan keluar. Perghhh masa nie berlari pergi dewan nak tengok senarai nama. Takut cuak semua ada. Takut tak dapat, sebab aku tak nak duduk luar. Bahaya. Takut kene culik. Eh ?

Alhamdulillah, terima kasih KHAR !! 

Pada 18 December, last kelas bersama Dariga, international student from Kazakhstan. Lepas nie jumpa dekat dewan periksa je, lepastu dia teruih balik Kazakhstan. So masa nie ambik peluang bergambar bersama. Kot-kot ada jodoh ke. Eh kesitu pulak. Kbai.


Masa nie juga busy uruskan dinner PSYCH. Kad jemputan untuk lecturer diedarkan, penat tau cari lecturer-lecturer nie, asyik tak ada dalam bilik je. Huh

Pada belah malamnya pulak, kami nie para AJK yang terlibat bertungkus-lumus menyiapkan props persiapan tempat di dewan Kolej Ungku Omar. That time masa aku datang, dorang tengah syok berpesta durian kat situ. Perghhhh tak hajakkkk >__<


Agak amuse lah tengok chinese and indian makan durian because i always thought they don't eat durians. Tapi dalam pada berpesta durian tu, mereka buat kerja okey.


Ini 3 orang pukul 5 pagi pon still buat benda alah nie, tabik arhhh !!

Pada 19 December, rehearsal untuk dinner dilakukan. And keesokkan harinya, yakni 20 December 2013, berlangsunglah dinner yang telah dirancang sebulan lebih yang lalu. All the details, click HERE.

Pada 21 December, kejohanan olahraga berlangsung. Pada awalnya dah daftar nama untuk acara larian, sekali xada team untuk acara tu, so cancel nama. Tapi tak apa, masa tu datang untuk ambik kedatangan dan makan makanan yang telah kita bayar.


Pada 24 December, pergi mandi dekat Sungai Bil. Pemergian mengejut. Tetibe kawan ajak.


Pada 25 December. Ada kejadian yang tidak diingini telah berlaku dimana seluar kesayanganku koyak dengan rakusnya di bahagian punggung. Perghhh ! Meronta hati ini tengok seluar kesayangan jadi begitu. Kuasam punya mesin basuh !! Kau pergi sangkutkan seluar aku dekat pemutar kau tu pehal >__<


Still find a way how to fix this seluar. Sayang kot sebab elok lagi. Biarpon harga nya cuma 40 hengget beli di Times Square, tetap sayang tau. Sampai sekarang still macam tu seluar tu, sedih tol >__<

Pada 30 December, final exam telah bermula. Sekali dua paper pulak tu, tension betul X__X

Pada 31 December, diri ini beserta kawan baik pergi makan pizza. Konon nak sambut tahun baru lah. Hahaha, padahal yang ado. Actually nak merasa pizza baru. Guna maybankcard kan dapat potongan 30%. Haruslah manfaatkan ye dakk.

Happy New Year !! CLICK

Make sure beli ala carte and bungkus bawak balik baru dapat potongan 30%. Bungkus bawak makan dekat KFC, selesai. Dapat sos free, tak ada service charge. Muahahaha. Bekas staff pizza hut nie, haruslah tahu selok belok kan.

Maka itu sahaja yang berlaku pada bulan December 2013. Now jom masuk tahun baru ! =D

Januari, 2014

2 Januari berlangsungnya lagi satu paper and next paper would be on 6th January, so what did i do is i went to rumah abang chik with 13 others and stay there for about two days =)

3 - 5 Januari

And then pada 11 Januari, paper petang tu dekat dewan besar UPSI, habis paper tunggu kawan datang jemput. Then pick up lagi mereka-mereka yang lain di kafe KHAR then terus pergi lagi ke rumah abg chik untuk sambut something. Yang nie kita hold dulu ceritanya, i'll updated about it later ( Tapi tak tahu bila, hahaha )


12 Januari, makan ramai-ramai di Saudagaq Sup. Pon berdekatan dengan Love Eat Burger. Kat sini nasi ayam dia tiptop, sup dia memang marblessssss !! Finger lickin' good kata KFC.

Air tu sedap gila, serious !! Dah lah harga murah, Thorbaekk !

Then pada 13 Januari, that was the last day of my final exam. Tutup tirai sem 2 dengan exam my favourite subject which is Educational Psychology. It's time to balik rumah !! Waehoooooo >__<

Penyerahan kunci dan kosongkan almari

Ibu dan ayah sudah bosan menunggu aku packing barang, muahaha

Taraaaa !! Dah siap =D

Dengan itu tamatlah semester 2 saya di UPSI, 6 sem left. Lama lagi nak habis >__<

PESANAN PENAJA


" Terima kasih rumah 4-1-1, love you ! 
Dengar cerita sem depan blok 4 nie dah jadi blok gegurl. Menci arr cemnie >__< "

Lembab noh siap benda alah nie. Finally publish pon.
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Friday, January 24, 2014

Dinner with ZALORA

Assalamualaikum

Awal bulan Januari hari tu, aku dapat jemputan dari pihak ZALORA untuk sama-sama dinner di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur. Dinner tu bertujuan untuk mengumumkan nama pemenang untuk satu contest nie. Ingat lagi tak post yang aku updated dulu pasal cipta satu gaya dari kepala hingga ke kaki menggunakan barang-barang dari jenama RIVER ISLAND ? In case kalau tak ingat, boleh click kat SINI.

Itu sebenarnya merupakan satu contest. Rugi kalau tak masuk. Hadiah dah lah lumayan.

OOTD hari kejadian

Pada 21 Januari yang lalu dinner tu pon berlangsong. Dinner tu diadakan di Ciao Ristorante di Jalan Kampung Pandan. Aku pergi sana dengan Faries. Aku bertolak dari rumah, dia bertolak dari UPSI. Kitorang kumpul dekat KL Sentral. Dia pon join contest nie. Blog si Faries nie dah lama terkubur, tapi aku paksa jugak suruh join contest nie sebab aku nak ada teman. Tak nak lah jadi macam party EH 20 yang anggun dulu tu kan, krikkk krikk bunyi cengkerik je aku kat majlis EH tu sorang-sorang tak ada teman.

Ini cerita bagaimana nak sampai ke restoran tu, part nie boleh skip sebab tak penting pon

-----------------------------------------------------------------------


Nak sampai ke restoran nie, penuh onak dan liku tau tak. Aku dapatkan peta lokasi restoran tu dari website restoran tulah, sekali silap daa. Jauh lagi kot. Dalam peta memang nampak dekat. I thought bila dah sampai Ampang park boleh jalan kaki je -___-

Motiff sangat kan kata tak penting tapi siap tunjuk gambar -___-

First aku turun dekat Ampang Park. Lepastu tanya abang teksi tu, berapa tambang dia cas kalau nak ke Jalan Kampung Pandan. Dia kata 20 ringgit. Okey tak pa lah. Aku tanya rakyat sekeliling, then dorang kata pergi ke Masjid Jamek then pergi ke Pandan Jaya. Fine aku pon pergilah Masjid Jamek. Dah sampai sana aku tanya akak jaga kaunter tu pulak, dia kata kalau turun dekat Cempaka lagi dekat. Aku pon pergi lah Cempaka. Nak naik LRT cempaka nie pon ada satu insiden jugak. Aku dah naik gerabak tu, tiba si Faries tak sempat masuk. Dah tertinggal dia kat Masjid Jamek tu -___- Goshhh dah lah masa tu dah jam 7.30 malam dia boleh pulak tertinggal gerabak. Phewwww !

Sambil tunggu si Faries tiba dekat Cempaka, aku tanya akak Cempaka tu, dia kata dah terlajak jauh. Dia suruh patah balik ke Pandan Jaya. Ahh sudah begitu pulak jadinya. 
Dorang nie betul-betul mengelirukan aku betul. 

Click pada gambar untuk tumbesaran. Seminggu buat research pasal jalan nie tahu tak

Dah sampai Pandan Jaya. kitorang pon ambik teksi suruh hantar ke Jalan Kampung Pandan. Hujan lebat gila masa nie. Habis pakaian OOTD aku hari tu basah kene hujan. Hampehh tol. Sekali dalam teksi, uncle tu dok berceramah pasal jalan kat KL nie. Dia kata kalau turun dekat stesen Chan Sow Lin lagi dekat. Ahh sudahh. Dorang nie sebenarnya faham tak yang aku nie bodoh sikit bab-bab peta jalan nie ? Cakap lah macam mana-macam mana sekalipon, aku still tak boleh imagine jarak jauh dan dekat tu. Yang aku tahu sampai. Tu je. Agak useless cakap pasal peta dengan aku, memang aku tak dapat imagine.

-----------------------------------------------------------------------

Okey lepas dah skip part yang tak penting tu, meyh lah sambung.

Jelajah Ciao Ristorante dulu

Sampai sana betul-betul jam 8 malam. Fuhhhh nasib baik majlis tak mula lagi. Dalam bilik tu aku nampak beberapa orang Mat Salleh, then ada pasangan ala-ala Arabian (sebab pasangan dia berfurdah), chinese and many more. Wow majlis apakah ini, majlis silang budaya kah ? *Benak hati kecilku*

Perghh siap bermonolog dalaman bhai. Then kitorang pon pilih tempat duduk.

We sat in front of them =D

Hizami in the house guys !! Hihi.. Mereka bekas UPSI-an so kami pon banyak borak pasal hal UPSI nie. Alhamdulillah lah ada mereka berdua. Ada lah jugak teman borak. Mat Salleh-mat salleh yang aku cakap tadi tu berjawatan tinggi dalam ZALORA nie. Sebelah aku merupakan salah seorang daripada mereka. Nama dia Lucas. Berhabuk jugaklah speaking omputih dengan dia, nasib baik dia faham apa yang aku cakap.

I can't forget this one statement.

Mr. Lucas : " How many followers do you have in instagram ? "
Me : " Around three hundreds something maybe, i can't remember "
Mr. Lucas : " Hurmmm, you have to improve on that "

Wow terkesan betul. Menusuk kalbu. Hahahaha tak ada lah, tak rasa apa pon =D

He is very friendly. I mean very very friendly. Seronok lah bercakap dengan dia. He's from Italy. Baru 3 bulan di Malaysia. Banyak lah benda lucu dalam perbualan aku dengan dia tapi malaslah nak detailkan kat sini. Kang panjang berjela entri aku. Adoii aku nie selalu buat entri panjang berjela lah.

Setiap kali makanan sampai, haruslah capai phone dulu untuk ambik gambar sebelum makanan tu jadi almarhum


So malam tu menu semua ala-ala Italy. Nama pon restoran Italy kenn. Rasa dia boleh tahan lah sedapnya. Alhamdulillah semua yang dihidangkan kat aku semuanya habis kecuali menu ikan tu, ikan nya tu okey cuma yang macam batang pisang bulat tu, yang tu aku tak habiskan. Desert dia tiptop giler arrr !! Omnomnom

Almarhum makanan-makanan italy

Dan part yang paling di tunggu-tunggu ialah, sesi pengumuman para pemenang RIVER ISLAND Head-To-Toe contest. Drummm drummm drummm * Drum rolling*

Begitu sekali bunyi drum aku -___-

Lucas and Stacy announcing the winner =D

Alhamdulillah 1st runner up !! =D

Tahniah Hizami =D

Lol i didn't mean to put that face on. Pardon me.

Finally got to see him in person ! =D

With other contestants =)

Bersama akak photographer Zalora, Faries, Hizami dan Kak Zura =)
Nice to meet you guys !! 

Akak photographer tu baik gila, seriously >__< Dia hantar kitorang berdua pergi KL Sentral. Isn't that nice people ? Uwaaaa terharu gila kot. Dah jam 10.30 malam kot masa tu, takut tak sempat kejar KTM last. But Alhamdulillah, dengan bantuan akak tu, malam tu jugak kitorang sampai UPSI. Terima kasih sangat-sangat akak photographer =)

Alhamdulillah dipermudahkan urusan masa nak balik tu. Kalau masa pergi kami membazir banyak duit sebab sesat sana sini, nak balik tu kami jimat sikit. Naik KTM dari Rawang ke Tanjung Malim pon free. Pak cik KTM tu nak tolong hantarkan, sekali jalan katanya. Train dah tak ada lah katakan. Sama kes masa aku pergi party EH 20 yang anggun tu. Hihi. Alhamdulillah =)

PESANAN PENAJA


" Mock-up cheque tu haruslah bawak balik rumah untuk tayang dekat anak cucu nanti =) "

Memandangkan benda alah nie masih segar di ingatanku, maka aku updated yang nie dulu. Goodbye Semester 2 : Part 2 is in the making. Still in the draft. Soon i'll publish it. Try my best to finish the post before this sunday.

See ya !


Home