Friday, February 28, 2014

Pagar Dah Tiada

Assalamualaikum

Rasa pelik. Rasa hairan. Yelahhh dah dekat seminggu orang still tak perasan. Bila di tanya ada perubahan tak dekat diri ini, first yang mereka mention mesti tentang kekurusan aneroxia nervosa aku tu. Pelik. 1kg naik tu macam tak bermakna apa-apa nampaknya. Menyedihkan.

Bila ditanya lagi, ada perubahan lain tak ? Mesti mention wahh rambut baru. Okey itu satu. Tapi kan ada yang lagi obvious. Lagi terang-terangan ibarat disuluh dengan lampu stadium. But still mereka tak perasan. Hairan.

Perlukan kanta pembesar ? Ke mikroskop ? Teleskop mungkin lebih jelas.


This is my next " kehilangan ". Takkan tak perasan lagi ? Bukan kah ianya sangat obvious.

My braces dah tak ada lah >__< 

Ya, ia telah hilang buat selama-lamanya. Pada Ahad yang lalu diri ini telah pergi Melaka dan mengambil keputusan untuk menanggalkan braces. Fikir dua tiga puluh juta kali jugak lah nak tanggalkan braces nie.

Amaran keras : Tengah makan better jangan baca. Photo might be harm to those who have geli-geli feeling.
And orang mengandung also be advised not to see this post, takut terkenan dekat baby. Kbai. 

Tak tidur malam aku fikir pasal hal nie. Since diri ini banyak mengalami kejadian-kejadian yang cukup memalukan dari orang sekeliling sewaktu zaman persekolahan dulu. Diperlekehkan kerana ketidaksempurnaan diriku. Takut nak bercakap dengan orang. Takut dibayangi perasaan hodoh dalam diri.

Takut sangat.

22 February 2014, sebelum dan selepas

But today, I am happy. Eventho the result was not like what i expected but still, I'm happy with it. Yelahh dah dekat 3 tahun aku pakai benda alah braces nie kehulu-kehilir. Start pakai 17 April 2011. Hari yang sangat bersejarah dalam hidup ini. Teramat-amat berterima kasih dekat ibu dengan ayah sebab sudi penuhi impian anak laki dia yang mengada nie. They are truly Asia. Eh silap. Dah macam Malaysia truly Asia pulak. Lemme repeat the ayat erk, they are truly ..... ermm suddenly i lost my word. Maybe kita patut abaikan ayat nie. Kita berganjak ke perenggan baru erk.

3 tahun kot tak pernah tengok gigi real sendiri dekat cermin. 3 tahun okey. Lama tahu tak. Bila tengok diri sendiri dekat cermin masa tu rasa nak menangis. Rindu >__<

Ini model gigi atas aku dulu. Dia ambik cetakkan nie masa sebelum buat braces.
Tak banyak perbezaan pon -__-

Ini model gigi bawah. 
Now semua gigi bawah aku dah masuk saf dan tiada jarak-jarak lagi. I am happy =D

Ada orang tanya, dah due date ke Zarep ?
Perghh pertanyaan tu macam aku nie tengah mengandung 9 bulan. Choii

Sebab nak tanggal braces rasa nya sebab dah bosan pakai braces dan rasa gigi dah okey. Eh tipu. Sape follower tegar instagram diriku pasti tahu cerita nie. Pernah terhangin satu masa dulu pasal hal braces nie. Tapi dah delete dah lepas 10 minit post benda tu. Rasa tak patut pulak cakap macam tu. Biarlah aku simpan je cerita tu.

Ibu kata takpe, nanti buat lagi dekat doktor lain. As i stated earlier, I am happy with myself today. So far rasa nya dah okey kot. Nanti bila perasaan hodoh tu datang lagi, baru buat lagi. Kbai.

If you know nothing about me, you better don't ceramah me. More info click HERE .
BTW tu post lama aku, korang jangan ketawa pulak erk. Itu zaman sel-sel otak tak berhubung lagi.

I never feel so bad about myself until the day this one girl said something harsh and hurtful about my insecurity. I was eleven that time. Sangat-sangat sakit hati even sampai sekarang pon still lagi boleh ingat kata-kata tu.

Walaupon kita buat tak endah and say out loud yang kita tak terasa or tak kesah, tapi dalam hati, who knows ? Mesti terkesan jugak. Mesti kita terfikir-fikir. Kata-kata itu ibarat pedang tajamnya jadi berhati-hatilah memilih perkataan.

Sedih lah bila orang perlekehkan insecurity kita. Kawan sendiri kot. Kadang aku tak faham. Aku tak pernah pulak nak mengejek insecurity mereka. Boleh je kalau aku nak buat begitu, kengkorang yang perlekehkan aku tu lagi banyak insecurity aku dapat detect tau. Nak aku highlight kan ke ? Menangis terkekek-kekek nanti korang dibuatnya.

Aku bukan jenis berdendam, cuma aku akan ingat sampai bila-bila. Takda lah scary sangat kan ?

Sejarah kaler getah braket yang pernah aku gayakan :


Merah, kuning, putih, biru, turqoise, hijau, hitam semua aku dah try. Pink dengan purple je tak sempat try lagi.
Paling epic sekali gambar first tu. Getah kaler hitam bunga-bunga. You may click to see a better result : HERE

So kepada mereka yang nak buat braces tu, abang nak nasihat sikit.
Tak beragak gelar diri abang. Perghhh. Feeling tua ke zarep ?

1-Cari klinik braces yang dipercayai resultnya baik.
2-Pastikan dekat dengan rumah so that bila braket tertanggal ke apa ke, senang boleh terus pergi pasang balik.
3-Nak cantik kene sanggup berkorban fulus, kalau tak jangan mimpi. Make sure 5-6k ada dalam tangan.
4-Don't expect too much. Because that too much will hurt you soo much. Macam abang.
5-Patuh dengan pantang larang memakai braces. Jangan langgar je. Pon macam abang.
6-And paling penting, jangan skip appointment. Still lagi macam abang. Kena rajin-rajin pergi follow up baru gigi cepat siap.

Macam kes aku, aku fikir nak murah. Silap. It was my ayah. Sampai sanggup buat dekat Melaka. Tak lama kemudian aku sambung belajar dekat Matrikulasi Pulau Pinang, balik rumah semata-mata nak pergi Melaka nak buat follow up. Ulang alik dari Penang ke Selangor 100 ringgit habis. Pergi buat braces lagi dekat Melaka, so boleh bayangkan tak rugi nya tu macam mana ?

Tolak campur darab bahagi duit tol, duit minyak nak ke sana, duit makan lagi. Tak ke sama harganya kalau ko buat braces dekat dengan rumah sendiri yang harga nya mungkin lebih mahal sedikit daripada tempat yang ko pilih tu. But at least jimat masa and senang nak pergi follow up sebab dekat.

Jadi think twice okey before make decision.

Kalau tak buat dekat Melaka, maka tak kenal lah aku dengan the most famous Coconut Shake Klebang yang tepi jalan tu. Ada hikmahnya juga buat di sini. Lepas nie tak tahu bila lagi dapat merasa Coconut Shake Klebang since braces dah tanggal.


And lagi satu, if I'm not wearing braces sebelum nie, aku mungkin tak akan pernah rasa sangat bersyukur dengan ciptaan Allah sekarang nie. Sekarang perasaan syukur tu membuak-buak tahu tak. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Rasa nikmat ciptaan asal Allah sangat hebat. Sekarang nie aku makan sangat nikmat. Sangat best. Nak gigit makanan tak perlu risau braket nak tertanggal ke apa. Pakai gigit je. Ya Allah nikmatnya, kenapa selama nie aku tak pernah nampak ?

Maybe sebab aku sering dibayangi perasaan hodoh dalam diri dan memikirkan penerimaan orang lain.

PESANAN PENAJA


" This woman besides me deserves a place call heaven. She is the one who paid all my braces cost. Eventho she just a kindergarten teacher and may not have high salary but still she managed to find money for my orthodontist treatment. She's also the one who persuade my ayah to allow me to get the treatment. 
I owe my mother and my ayah very much. TenQ ! "

If you ask about my doctor or kat mana aku buat, i will simply said, JANGAN BUAT DEKAT SITU.
Dah jangan tanya lagi. I will not entertain such question.

BTW jangan terkezut kalau aku pakai braces lagi in future. Sebab perasaan nak pakai lagi tu ada since the result not like what i'm expected. But so far, I feel okay. I feel very blessed. Alhamdulillah.

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Tuesday, February 25, 2014

Kehilangan

Assalamualaikum

Lately nasib macam tak berapa nak baik. Semua benda pakat nak hilang. Bila tak di cari ada je benda tu terletak kat situ, bila di cari semua pakat nak menyorok. Menyorok pada tahap sampai tak boleh jumpa pulak tu. Agak-agak kalau korang berada di tempat aku sekarang nie, korang rasa apa ? Rasa masin ?

Kehilangan transkrip matrikulasi

Selama nie transkrip tu tersimpan rapi di dalam fail yang mengandungi segala jadah sijil-sijil aku tu, but then bila fill up satu borang nie and perlukan salinan transkrip matrik, time tu lah transkrip tu hilang. Pelik bin Ajaib. Padahal aku dah lama tidak menggunakan transkrip matrik tu. Macam mana boleh hilang.

Then nak tak nak i have to get the transcript back no matter what happen. Bila search kat google macam mana nak dapatkan transkrip matrik tu balik dari Kementerian Pelajaran Malaysia, perghhh agak rumit jugak procedure dia.

First time buat police report

So pengajaran buat diri ini, jangan hilangkan transkrip matrikulasi or whatsoever sijil-sijil yang penting. Harap dalam masa satu bulan nie tak ada apa-apa dokumen yang memerlukan transkrip matrikulasi aku since the process takes one month to get back the transcript. Cara nak dapatkan balik transkrip tu korang boleh search dekat google.

Kehilangan kad matrik UPSI

Dah lah baru mula semester, kad matrik boleh hilang pulak. Dah tu otak nie biol sangat sampai boleh tak ingat langsung bila last pegang kad matrik tu. Aduyai otak oi.

Yang nak dijadikan cerita pulak, pakcik-pakcik guard dekat kampus lama tu dok sibuk nak cek kad matrik pelajar. Ahh sudah. Dah terpaksa buat muka innocent pijak semut tak mati setiap kali masuk pintu timur kampus lama tu.

Then pada suatu malam yang dingin ketika diri ini begitu khusyuk melayan facebook ...

Uishhh nie dah kali kedua nama masuk UPSI Confession 

Terima kasih insan yang bernama Ahmad Syamin Haq kerana telah menemukan kad matrik ku itu. And terima kasih jugak kepada insan yang bernama Atikah Zahari kerana telah menge-tag nama diri ini since diri ini amatlah jarang sekali cek page UPSI Confession.

The time nak ambik kad matrik nie, boleh lah pulak terkantoi dengan pak guard. Aduyai pakcik guard nie pon. Selama nie lepas je masuk pintu timur tu. Siap tahan and tanya mana kad matrik. Lantas diri ini menjawab ,

" Saya nak ambik kad matrik saya dekat library nie, ada orang post dekat UPSI Confession dia jumpa kad matrik saya kat situ. Pak cik tak bukak facebook ke ? Apa lah pakcik nie, macam mana boleh tak up to date dengan berita-berita di UPSI nie pakcik ? So windows 1995 lah pakcik nie "

Maka agak sadis lah kepada mereka yang percaya diri ini berkata ayat sedemikian kepada pakcik guard tersebut.

Kehilangan ahli keluarga terdekat.

Kehilangan kali nie dia tak rasa masin, dia rasa sedih.

Seriously, agak terkejut bila dapat berita kematian Ayah Long aku a.k.a abang sulung ayah aku. Sangat-sangat terkejut. Tak sangka pulak aku pulang ke rumah pada minggu lalu adalah untuk menghadiri upacara pengebumian bapa saudara ku. Sedihnya, padahal baru je jumpa bulan lepas masa perkahwinan kakak sedara ku belah ayah.

Arwah berbaju biru batik

Sihat je tak sakit apa pon, jatuh bilik air terus meninggal. Benar lah, syarat mati itu adalah hidup. Bukan usia dan bukanlah penyakit. Semoga arwah ayah long ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah ~


Last night i got call from my bebo and bebo cakap Tokki masuk hospital sebab semput. Ya Allah risau risau risau diri ini bila dengar berita macam tu. Ibu cakap Tokki tak dapat terima lagi anak dia pergi dulu sebelum dia. Ya Allah tolong lah panjangkan umur mereka berdua. Semoga Tokki cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Aminnn..


Masa kenduri kahwin nie, aku punya lah dok ambil banyak gambar Tokki dengan Wek aku sebab aku jarang balik Pahang. Balik pon time raya je. So agak jarang jumpa Tokki dengan Wek aku nie. Takut tak sempat jumpa mereka berdua tu yang ambik gambar dorang berdua banyak-banyak. So that tak adalah lah rasa terkilan sangat if anything happen to them, but still aku tak nak apa-apa berlaku pada mereka berdua. Ya Allah mintak dijauhkan >__<

Ouhh aku tak hapdet lagi pasal kenduri kahwin Kak Zuriah nie rupanya. Kecik hati ayah aku nie kalau tahu. Sepupu sebelah ibu kahwin punya gigih hapdet. Tak patut zarep tak patut. Meyh la buat short updated sikit.

-----------------------------------------------------------

Pada 17 Januari yang lalu, aku pergi Keratong 9 untuk majlis kahwin kakak saudara ku. Anak kepada kakak ayah aku. Dapat orang mana tu semua aku tak tahu since tak kaji lagi benda nie.

Nikah

 Tokki dengan Wek bergambar dengan cucu nya..
Tokki dengan Wek saya sungguh comel di situ =D

Wow moment ini sangat-sangat berharga since jarang teramat sangat dapat ambik family photo begini, walaupon tak semua, but it's okey. Nak bergambar seramai ini pon belum tentu dapat dilakukan.


Rombongan dari pengantin lelaki

Hasil didikan cucu-cucu dia, Tokki aku berjaya buat peace. Atok kau ade ? 

Ayah bersama anak buahnya a.k.a adik beradik pengantin perempuan

Kira assume sebagai short updated lah nie erk. Kbai.

Should i continue with my next " kehilangan " ? I think better i stop here since this post has already long. Later i'll updated about my next " kehilangan ". Next " kehilangan " is very special to me so i think i will make one special post about it. Tunggu naa ....

PESANAN PENAJA 


This is the clue of my next " kehilangan "

See you next post. Daa ~
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Tuesday, February 18, 2014

Bermulalah Semester 3

Assalamualaikum

Setelah ber-honeymoon selama sebulan di rumah, maka sudah tiba masanya diri ini pulang ke bumi Tanjung Malim.

Tudia muka happy balik Tanjung Malim

Sesi mengambil kunci bilik amat tragis sikit, di mana diri ini terpaksa memunggah barang-barang dalam bonet kereta untuk mengambil kad matrik. Pendaftaran kolej kediaman wajib bawa kad matrik. Ishhhh tak boleh berkompromi langsung lah abang-abang MMK KHAR nie. Menci tau >__<

Penat diri ini memunggah barang-barang tu. Dah lah tu, lepas dah punggah-punggah, then bila nak masukkan balik barang-barang tu kedudukan pon berubah, dah bonet tak boleh tutup. Tak ke malu naik kereta bonet terbuka T__T

Sebagai penduduk Selangor, saya bangga memakai baju kaler begini =D

Bukan setakat tu je tau, nak daftar WAJIB beli baju KHAR. Uishh dahsyat bisness along dia. Baju KHAR sebelum nie pon belum puas pakai dah kene beli baru. Nasib baiklah baju KHAR tahun nie kaler dia cantik. Merah mak ngah gitu, habis silau bila kene cahaya matahari. Kalah braces i tau. Maka braces pon merajuk. Dah pulak -__-

Tak cukup dengan itu, dah selesai pergi ambik baju KHAR dekat pejabat, kunci boleh pulak jatuh dalam longkang. Perghhh !!

Not a good start i told ya.


Kali nie satu keluarga hantar aku balik UPSI. Tau lah kengkorang sume sayang aku kan. Takut rindu aku lah tu. Tau dah. Eh terima kasih lah yer angkot barang-barang Zarep ke tingkat dua tu. Nak angkat sorang-sorang memang tak larat lah. Kang berat badan Zarep turun lagi, dah lah baru berjaya naikkan 1 kilo. Penat usaha Zarep makan macam bela jerangkong tahu tak.

And then kami pon lepak-lepak sambil beribadah di Masjid UPSI untuk satu jam. Siap ada " sambil " tu yang tak tahan tu.

Alang-alang dah satu family ke sini, aku pon bawa mereka makan di Saudagaq Sup. Sedap bak hang ! Harus lah suruh family cuba khenn. Kalian juga harus try makan di sini okey. Janji ?

Okey Saudagaq Sup, dah boleh dah kot 10% komisien untuk diri ini.


And detik terakhir sebelum mereka semua pulang ke rumah, haruslah singgah beli barang-barang keperluan beserta makanan-makanan bagi memuaskan perut Zarep di UPSI nanti.

Kalau bukan di Billion di mana lagi ? 

Lepastu ayah bagi duit suruh bayar yuran. Ayah aku nie tak takut ke bagi duit cash dekat anak dia nie, kang tak pasal-pasal duit nak bayar yuran and yuran kolej nie aku salurkan kepada badan-badan kebajikan seperti ZALORA dan Times Square. Masa tu baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

*Apply sound effect gelak jahat*

MUAHAHAHAHAHA ...

Tapi diri ini tidak sekeji itu, malah lebih keji lagi. Eh silap taip. Okey aku mula balik ayat tu yerp. Tapi diri ini tidak lah sekeji itu, malah diri ini pon takut pegang duit bebanyak. Maka diri ini pinta ayahanda memasukkannya ke dalam bank diri ini sahaja. Biarlah urusan bayar-membayar ini melalui mesin sahaja. Lebih selamat katanya. Terus ayat skema ayam keluar. Kau hado ?

------------------------------------- Selingan sebentar -----------------------------------

Ada ke patut time nak tengok timetable add drop subject boleh terpampang dekat screen laptop bahawa aku ada hutang sem lepas sebanyak 1643.35 sen. Patut ke ? Tak patut kan ?

Maka haruslah diri ini mengamuk pergi pejabat bendahari di Bangunan Canselori keesokkan harinya. Nasib baik lah pak cik yang jaga kaunter tu suara dia alahai lembutnya. Tak jadi nak ngamuk. Kes pon selesai.

Begitulah kisah Zarep dan hutangnya.

------------------------------------- Selingan pon tamat ---------------------------------

Mereka pon pulang dan sesi mengemas bilik pon tamat dengan jaya nya !


Terima kasih lah Abam Harun Aminurrashid sebab beri diri ini menginap di sini untuk another sem. Sesungguhnya jasa Abam Harun saya hanya mampu balas dengan hanya membayar yuran kolej sahaja. Sekian.

Sem depan jangan buang saya naa. Nanti saya kipas lagi okey ? Love, Zarep.

PESANAN PENAJA


" Semoga Sem 3 kali nie berjalan lancar dan tidak mendatangkan stress abadi kepada diri ini "

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.
See ya !

Tuesday, February 11, 2014

Evolution Of My Hair

Assalamualaikum

Zaman sekolah rendah merupakan zaman paling jahiliah boleh aku katakan. Zaman rambut paling tak boleh blah yang pernah aku gayakan antara abad hidup aku. Zaman sekolah rendah merupakan zaman rambut belah tengah. Nak sebut pon rasa nak muntah apatah lagi membayangkan wajahku berambut sedemikian. *muntah hijau*

Tapi dulu masa menggayakan rambut sebegini bangga siot. Tambah-tambah masa hari sukan bila masuk acara larian, rambut of course akan melompat-lompat bila kita berlari. Orang dok bersorak time diri ini berlari, diri ini apa lagi makin flip-flip hair lah khenn. Konon ala-ala Jennifer Lopez lah rambut tu. Perghhhh !

Naik tingkat 88, terjun. Then naik lagi, terjun lagi X__X

I found this picture in my father's pendrive. I was laughing very hard when i see this picture. What the F i was thinking that time, that's not even cool bruh. Thank God you have changed them Zharif. If you keep styling your hair like that, you will stay virgin forever. No one ever wants you. Percayalah.

Senang je nak buat rambut nie. Ambik sikat then belah tengah. Lepastu rapi kan. Then bahagian depan tu buat bentuk ala-ala simbol McD gitue. Dah siap. Terus McDonald panggil jadi duta tau.

Amacam McD, ada chance tak ? I'm lovin' it !

Then lepas berhijrah ke sekolah menengah, diri ini tak nak dah buat rambut belah tengah lagi. Masa nie bibit-bibit keinsafan dah mula nampak. Kali nie buat rambut belah tepi pulak. Very common style lah by men nowadays kan.

Tapi sekolah menengah diri ini pakai songkok tau so soal rambut tak jadi masalah. Even time form 4 pindah sekolah menengah kebangsaan, still pakai songkok. Yelahh kan, first day sekolah dah kene perli dengan cikgu sejarah " Aikk, pindah dari sekolah agama masuk sini songkok terus hilang "

Sentap mak nakkkkkk.


Okey yang nie melampau sangat belah tepi nya -___- Siap rambut depan melekat dekat dahi. Melampau-melampau ( shakes head in disbelief ) . Kalaulah in real world aku betul-betul buat rambut cenggini, mesti tiada sapa nak kawan dengan aku kan.

Confirm nightmare tengok gambar atas nie. Meyh aku sajikan gambar-gambar comel supaya korang boleh lupakan gambar atas tu. Make sure tenung gambar bawah nie 10 saat okey ? Lepastu terus scroll ke bawah. Jangan gediks-gediks tengok gambar atas balik, nanti kene repeat step lagi.

Anyonyo chumelnya !!! Make sure 10 saat tau ?

Another 10 seconds .. Anyonyo mel mel ngattt !!

Lelaki nie kan suka tiru apa yang lelaki lain buat. Yelahh dah masuk fasa Identity vs identity confusion dalam Erik Erikson's stage of developement, maka tercari-carilah identiti masa nie, semua benda hendak dicuba untuk sesuaikan dengan diri. Bila nampak cool je, terus apply dekat diri. Tengok aku dah apply theory psychology dekat sini -___-

And disebabkan itu lah masa high school dulu ramai yang hisap rokok sebab nampak laki lain pon hisap rokok, cool katanya. Dan masa fasa nie juga most of them will dye their hair into perang which i find it very buruk and hodoh. Sorry.

Isn't this colour gorgeous ?

Pernah lah juga menyimpan angan-angan untuk warnakan rambut macam Justin Bieber. Tapi macam tak akan tercapai je since jiran-jiran sangat kuat mengata. Pakai seluar oren pon dorang boleh culture shock inikan pula dye rambut ala-ala Justin Bibir, memang tak arhh. Makin tak leh duduk diam mereka dibuatnya.

Basically, my hair will always look like this ( Refer gambar bawah ) Since i'm not really know how to styling my own hair. Sometimes bila orang lain buat nampak cantik tapi bila dah apply dekat diri, perghhhh buruk gila. Ke perasaan aku je cenggitu ?


And setiap kali nak pergi potong rambut mesti aku rasa sangat takut sebabnya i never feel happy when i see the result of my hair after the cutting. Pernah lah satu masa tu, back then in 2012 kalau tak silap. I went to this barber shop somewhere in Banting.

And the conversation between me and the barber begin,

Me : Saya nak potong rambut macam Rihanna.
Barber Runsing : Rihanna ? Sape Rihanna ?
Me : Dalam hati " Aiyoo Rihanna pon tak kenal kah ? Berat nie. "

Then aku pon tunjukkan gambar sebab aku tak tahu nama-nama style rambut nie, bhahaha.

Barber Tak Reti Bahasa : Owhh senang saja nie. After 15 minutes, it's done and the result .....

Taraaaa !!

This stupid Nenas hair cut moment was epic !! Menangis kot bila balik rumah >___< Tak berani dah nak request gaya rambut pelik-pelik sekarang nie. Lain yang dibayangkan, lain pulak jadinya.

My hair has evolved from time to time and I'm still finding what hair style suits me well.

PESANAN PENAJA

Sebelum dan Selepas

" Semester baru dah nak bermula, so haruslah ada rambut baru khenn =D " 

Ouhh ya still buat rambut Rihanna tu, and agak berpuas hati jugak lah kali nie walaupon kiri kanan bentuk dia lain. Kuaja punya barber tak faham bahasa. Panas je hati nie tau. Grrr !

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Wednesday, February 5, 2014

Officially 21

Assalamualaikum

Pada 29 Januari 1993, bayi seberat 3.10 kg telah lahir ke muka bumi ini pada jam 7.08 malam waktu tempatan sewaktu azan maghrib sedang berkumandang. Kini, umurnya sudah menjangkau 21 tahun. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang oleh yang maha Esa untuk bernafas di Bumi yang penuh pencemaran ini.


Last 2 weeks i went to my best friend's house and his parent secretly bought a cake for me. Ohh God i told Faries not to tell them about my birthday. Patutlah tak kasi bukak peti ais. Cissssss ! So as i promised, i'll kill you !!


Thanks Pakcik Zulkefli and Acik Piah sebab belanja makan malam kat luar malam tu =D

Selain tu juga, before aku start cuti sem, kawan-kawan di UPSI telah sambut birthday ini terlebih dahulu. Ini lah cerita yang aku hold tu. Lepas paper English pada hari sabtu bersamaan 11 Januari, kami beramai-ramai berangkat pergi rumah abang chik. Celebrate birthday my classmate (Arif) and me. Uwaaaaaa terharu tau, thank you semua =)



We had barbeque and sedikit makan-makan malam tu =)



And the cake we made it by ourselves, kek ais krim oreo and kek cheese cracker. Terima kasih Abang Chik, Kak Chik, Abang Irsyad, Kak Asma', Iskandar, Muiz, Wes, Bari, Nuzul, Fiqa, Asmirah, Maisara and Fatin sebab buat semua nie =)

PESANAN PENAJA


" Goshhhh I'm 21 already ! BTW terima kasih kepada yang memberi hadiah, yang menyambut birthday diri ini and thanks for all the sweet lovely wishes, i really appreciate it. Thank you =) "

Now tunggu ayah and ibu pulakk nak buat apa. Kata kene hold dulu sebab ayah tengah tak ada kat Malaysia. Fine aku tunggu. But this post i've to publish it first. Banyak cerita tertangguh >__<

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.
See ya !

Home