Saturday, March 29, 2014

Character Building : Edisi Khas

Assalamualaikum

Pada belah malam hari kedua, ada benda telah berlaku pada diriku. First time kena, tak pernah kene lagi sebelum nie.

Meyhh mulakan.

Sementara menunggu giliran mengambil makanan malam tu, jari tetibe rasa gatal yang teramat sangat. Aku ingat tangan aku kene duri kaktus yang kecik-kecik tu. Cari punya cari duri tu tak jumpa. Sekali dia jadi timbul kaler putih macam kene gigit nyamuk tu. Memang tergaru-garu lah aku masa tu.

Then pergi ambil makanan. Lepastu duduk kembali. Booom terasa kaki pulak kene gigit. Bunyi nya tak ada lah boom, cuma nak bagi element rasa terperanjat tu ada, tu yang tulis boom tu. Okey abaikan.

Sakit gila serangga tu gigit. Lantas aku lenyek serangga haram jadah tu. Serangga tu kecik je. Lepas habis makan baru rasa gatal tu pergi ke level yang seterusnya di mana leher dan badan aku start sangat gatal dan start timbul bintik-bintik merah macam kene gigit nyamuk. From there, I know there's something wrong with me so aku pergi belakang tanya AJK ada ubat gatal-gatal ke tak.

Masa nie memang tangan tak boleh berhenti. Memang nak tergaru je. Memang best lah kan bila kita garu tu, tambah-tambah dekat bahagian celah kangkang. Tapi garu cover lah, tangan masuk poket seluar then garu. Agak tak sopan lah garu part itu di depan khalayak. Dan actually agak tak sopan juga cerita dekat sini -___- Dan dah tercerita pon.

And now semua pandang sini, so that you will forget everything.

Ubat sapu untuk gatal-gatal tak ada. Kalau ada ubat sapu pon aku rasa macam mana nak sapu. Aku tengok seluruh tubuh badan aku berbintik-bintik merah. Kebetulan pulak kawan ada ubat allergic, dia pon bagi. Then the gatal still tak boleh hilang tapi aku dah stop menggaru so that dia tak akan jadi lebih gatal.

Muka aku masa nie aku rasa macam kene gigit lebah. Dia start membengkak. And berdenyut-denyut pulak tu.

And abang fasi tu ajak duduk sekali dengan mereka di belakang tu. Then aku tak tahu macam mana, kaki aku start menggigil-gigil tak boleh berhenti. Makin laju pulak tu. Aku cakap dengan abang fasi tu aku nie tengah kenapa. Dorang bagi aku jaket, sarungkan stokin and bagi penutup kepala. Aku bagi tahu dorang aku tak rasa sejuk pon. Tapi dorang suruh gak pakai. Uishhh panas habaq hang. Then dorang call pihak UPSI datang ambil untuk pergi klinik.

Time tu ada aktiviti bersama pensyarah. Aku pon tak sure dia buat apa. And time tu jugak ada persitiwa yang tidak di ingini telah berlaku dekat salah seorang peserta perempuan nie. Kitorang kena pada waktu yang sama. So kawan-kawan aku ingat aku pon "kena" macam budak perempuan tu. Aiyooo kesitu pulak mereka.

Then mengambil masa lebih kurang 20 minit menaiki kereta dari tapak kem ke klinik. Tak boleh jauh lagi ke kem nie >__<

Sampai klinik, doktor suruh baring. And then doktor tanya ada allergic ke tidak, then i said no. Lepastu aku cerita lah yang aku start rasa gatal nie bila terkena gigit satu serangga nie. Tapi aku tak tahu itu serangga apa. Then dia suruh aku genggam tangan and dia cari urat tangan aku.

Aku dah start cuak dah, aku tanya dia, " doktor tak boleh ke cucuk kat bahagian lain ? Part situ saya takut sikit "
Actually takut banyak and sebab tu aku tak pernah menderma darah sampai sekarang. Bukan kedekut darah tapi takut tengok jarum cucuk dekat bahagian situ.

Then dia kata " Aiyoo awak nie, you tak perlu risau lah, you nie kurus je, senang nak cari urat."
Tak membantu meringankan ketakutan langsung, sangat tak membantu -___-

Then time dia nak cucuk tu, dia suruh genggam kuat-kuat.
But then aku cakap, " eh doktor bukan kalau kita makin keraskan otot makin rasa sakit ke nanti bila di cucuk ? "
Wahhh siap ajar doktor tu, sape yang doktor nie pon aku tak tahu.

Doktor tu kata, " kalau awak tak genggam and saya tak cucuk urat tu, saya kene cucuk awak lagi "
Terus genggam sekuat-kuat nya and pandang tepi tak nak tengok kene cucuk. Tak rasa sakit pon kene cucuk tu, rasa macam nak kene cucuk lagi. Gituueee tau. Segala rasa gatal masa nie semua hilang lepas kene cucuk.

Eh baru aku teringat perkataan yang betul iaitu kene "bius". Kenapa aku tulis cucuk nie, kampung betul lah kau nie zarep >__<

The doctor gave me this

Doktor said kulit aku allergic with gigitan serangga. No wonder selama nie kalau serangga gigit, banyak bintik-bintik merah timbul di sekeliling bahagian kene gigit tu. Tapi tak adalah sampai satu badan dia timbul macam masa dekat CB ni. Kalau setakat timbul bintik-bintik merah je tak apa tau, nie siap pakej gatal sekali. Perghhh !

Ada cermin kat situ, aku pon tengok wajah aku, mak ai teruknya muka. Nak selfie pon tak boleh sebab battery phone mati. Baru nak hapdet kat instagram wajah huduh i bercaption-kan, i tau lah i tak secantik uolss. Hashtag #Sebaliknya #PrayForZharif

Then aku ingat abang fasi tu bagi permission balik kolej dan rehat, rupanya dia suruh rehat dekat tapak kem tu lagi -___-
Balik tapak kem, sapu ubat then jadi penonton je tengok mereka-mereka buat aktiviti. Lepastu tidur. Tamat.

Then baru aku realised, kejadian nie telah buat aku mengarang sepanjang ini. So itu maksudnya kene sambung DAY 3 lain kali.
BTW ini gambar bina empangan dan aktiviti tubing dari kamera my lecturer, Sir Nuzsep.

Membina empangan

 Najwa Ashim always spot the camera =D


Tubing  


Huawei team 

Alcatel team

See ya next post !

Monday, March 24, 2014

Character Building : Day 2

Assalamualaikum

Meyh sambung CB untuk hari kedua pulak yer.

Pagi tu ada sesi bersenam sikit. Fajar Murni nama slot tu. Then berjogging sejauh, jauh jugak lah. Tak tahu berapa meter since lupa nak ukur masa jogging tu.

Taklimat ringkas dari Sir Nuzsep, our lecturer



And then kami semua diminta untuk membina empangan. Susun batu-batu dekat sungai supaya kederasan air sungai tu berkurang. Dibuat sempena aktiviti Tubing yang bakal kami lakukan pada hari tersebut. Tak bawak kamera masa nie. Lepastu balik tapak kem, kami semua bersarapan. Then siap-siap untuk ke aktiviti seterusnya.

Aku merupakan salah seorang AJK PDI. Nampak tak gila kuasa nya tu, ketua kumpulan dia jadi, AJK PDI pon dia jadi. Walaupon saya bertindak sebagai AJK PDI untuk mengambil segala jadah detik-detik ketika ber-CB, tapi disebabkan kamera saya pegang sepanjang masa sewaktu aktiviti dijalankan. Jadinya kebanyakkan gambar adalah gambar kumpulan saya. Maafkan saya.

Tulah sape suruh tak masuk kumpulan saya. Kbai.

First aktiviti kumpulan aku ialah Bantu Mula atau dalam English nya First Aid. Seriously aku baru tahu Bantu Mula tu stands for First Aid masa dekat CB tu. How lame -___-



Bantu Mula nie mereka ajar teknik asas mengatasi kecederaan sementara menunggu ambulans sampai. Cara balut tangan, pergelangan tangan, kaki and semua tempat yang boleh di balut lah. Di samping itu juga mereka mengajar teknik CPR yang betul. And guess what, aku yang jadi contohnya. Nama pon gila kuasa, haruslah contoh pon ambik diri ini kan.

Gaya macam dah redha je apa yang bakal dilakukan

Mulut ke mulut takde lah dia buat demo. Ko gila dia nak buat macam tu kat aku.

Dia pam dada aku 30 kali. Rasa macam nak bangun bagi tahu yang aku hidup lagi -__-

Balut tangan pon dia, told ya 


Lepastu bergerak ke aktiviti seterusnya iaitu LDK. LDK stands for latihan dalam kumpulan. Sedangkan aku yang windows 95 nie pon tahu LDK tu stands for apa, korang yang tak tahu tu kira lagi parah lah jawabnya.

Iphone team

 Nokia team


Masa nie kami main baling-baling bola ragbi dan bola tampar. Lepastu kene lalu titian syaiton bak kata abang fasi tu. Dari yang rendah hinggalah yang sederhana tinggi. Gayat jugak lah. Tapi lepas lah titian syaiton tu. Senang je *usap bahu*



 Masa untuk double Zharif beraksi

Dah kenapa buat rancangan jejak kasih kat titi nie zharif-zharif sekalian ? 

Putus dah ? Salah jejak kasih kot tadi 

Steady ja ! =D 

Eceyhh yang depan muka confident habis =D 

Benda alah titian syaiton nie ada 3 level. Rendah, sederhana tinggi dan terlampau tinggi. Kami buat takat sederhana tinggi je.

Level 2

Lepastu kene berbaris panjang and pass bola ragbi ke belakang dengan pantas menggunakan kaki. Masa diambil kira. Masa yang kami ambil untuk satu pusingan tu adalah 5 minit. Menang berapa saat daripada kumpulan yang sebelum tu.

Best game nie !


The last one ! Go Kee =D 

Selesai je aktiviti, semua duduk and buat refleksi daripada permainan yang kita main tadi. Alaa macam tak biasa pulak.



Tengahari pula kami semua kene memasak. Memasak ala-ala gaya zaman batu gitu lorh. Guna ranting-ranting kayu dan daun kering untuk buat unggun api. Then masak atas unggun tu.

Before aktiviti memasak dimulakan 

Posing angkat kaki kata Wawa 

Yang belakang sempat angkat tangan tu, tak tahan =D 







Tudia abang Najib kita 



Dah kenapa yang berpayung nie  




Zaman kegemilangan rambut berbentuk simbol McD kembali >__<

I got to say that telur kentang that you guys made, was really delicious ! 


Samsung team 

Nokia team

Sambil masak-masak tu, kami dihiburkan dengan nyanyian-nyanyian abe-abe fasi







Yang belakang tu sesi luahan perasaan ke apa ?


Lepas dah masak, makan lah.

Masakan dari kumpulan aku

Masa untuk makan 


Lepastu solat and siap sedia untuk aktiviti seterusnya.

Aktiviti seterusnya ialah Obstacle. Obstacle nie kami semua kene main lumpur. Lama dah tak main kotor-kotor macam nie. Agak best jugak lah main lumpur nie. It's time to get really dirty !!



Sesi bertayamum



Climbing this bukit was epic

Kat tempat nie dalam kot. Kasut longgar confirm hilang dalam nie

Aku lah tu kasut longgar. Mujur tak hilang. Dah lah kasut pinjam. 

Happy nya mereka dapat berkubang



I truly enjoyed this activity.

Previous group yang baru sahaja balik dari berkubang 

Tudiaaa

Dan terima lah,

Keji tak, gambar sendiri letak saiz paling besar ?

Lepas habis tu, kene gerak ke aktiviti seterusnya iaitu Tubing. Tubing nie main dekat sungai lah. Lepas dah berkotor-kotoran, terus dapat aktiviti mandi sungai. Sesuai sangat timing. Tapi malangnya masa tu hujan. Agak lebat jugak lah. So dibatalkan kene tangguh keesokkkan harinya. Memang dah frust menonggeng meniarap semua lah masa tu tak dapat mandi sungai. And suddenly hujan pon berhenti. Suddenly sangat tau, drama lebih.

Alhamdulillah dapat lah kami ber-tubing petang tu. This is my first time ever ber-tubing. And ternyata tubing sangat lah best !! Aku rasa macam nak main lagi. For those yang tak tahu tubing nie macam mana, boleh google.

Masa nie tak bawak kamera, yelah ko nak ber-tubing nak bawak kamera acane kan ? Maka tiadalah gambar kami ber-tubing. Lagipon battery kamera dah habis masa nie. Charger bawak tapi tak boleh guna. Sobss T__T

Malam tu pon ada aktiviti. And ada perkara yang menarik telah berlaku pada aku belah malam tu. First time kene dalam hidup. Dahsyat sekali. Yang nie aku hapdet dekat Day 3 pulak naa. Rasanya korang pon nak termuntah dah tengok gambar banyak-banyak macam nie. Hihi

See you next post, daaa =)

Home