Monday, April 28, 2014

Kad Pengenalan Baru

Assalamualaikum

Kali nie nak habaq kat ampa semua, cek dah ada kad pengenalan baru. Ampa semua jangan terkejut naa.

Tudiaaaa ! What puberty did to me

Nak menangis tengok IC baru aku nie. Aku syak akak yang ambik gambar aku tu, dia malas nak edit kot. Merah padam muka aku pasaipa. Tak ada ke effect light colour ala-ala 360 tu. Sejuk sikit mata memandang. Dah lah permanent benda alah nie. Adoiii

Ini pon aku terpaksa tukar IC baru nie. Ikutkan hati memang tak nak tukar lagi. Sayang dengan kecomelan wajahku berambutkan gaya simbol McD tu. Ini semua salah akak jabatan imegresen tu. Dah lah dia perli baik punya.

" Dik, sekarang umur berapa ? Nie IC masa umur 12 tahun kan ? So tukar lah IC *dengan nada sinis* Pergi buat IC dulu baru boleh ambik passport nie jam 4.45 nanti. Mintak IC sementara dekat orang yang buat tu. "

Seriously annoying.

I never look good when it comes to gambar bersaiz passport. I don't know why. Kad matrix masa aku kat matrikulasi je aku rasa okey, yang lain macam kad pengenalan, lesen and kad matrix UPSI, semua hampehh. Nie yang paling latest aku buat passport, pon hampehh juga gambarnya. Nak tengok ?

Naik tingkat 88, terjun. Naik lagi, terjun lagi X__X

Sedih iolss bila tengok hasilnya jadi macam nie T__T
Buat passport nie pon tiba-tiba. Kalau tak mesti IC aku stay macam tu je tak tukar-tukar. Pasal passport nie aku cerita lain kali.

PESANAN PENAJA


" For those yang belum tukar IC tu, pergilah tukar. 
Jangan sampai kene perli baru terkial-kial nak tukar. Ahaks "

Rasa macam bukan warganegara pulak pakai IC sementara tu.
See ya !

Saturday, April 19, 2014

My shopping experience with ZALORA

Assalamualaikum

Kali nie aku nak cerita pengalaman aku membeli belah bersama Zalora. Post nie dah masuk dalam draft lama dah, aku pon tak tahu kenapa aku tak siapkan post pasal Zalora nie.

Aku start berjinak-jinak sejak bulan Oktober tahun lepas. Masa tu nampak sponsored post dekat facebook so tangan nie dok menggatal click link tu. Bukak je website Zalora, aku seolah-olah jadi gila kat situ. Lawo-lawo weyh. Aku nie agak senang meroyan kalau tengok barang lawa-lawa dengan harga yang berpatutan. Maka aku pon try lah beli satu seluar.

Yang funny tentang seluar nie ialah, harga dia. Tersangatlah tak masuk akal murahnya. Seluar nie kaler oren, and the only one yang harganya lain dari yang lain dengan adik-beradik dia yang warna lain. Aku rasa lah masa nie pekerja Zalora tu salah letak harga kot. So cecepat aku buat acc Zalora, then masuk dalam cart. Lepastu sambung lagi tengok-tengok barang lain. But then aku rasa macam nak cuba try beli satu barang je dulu and tengok result nya macam mana. Maka terbeli lah aku seluar oren tu.

Colour blocking pants, price RM 29.90

The next day i woke up and i look back the pants, price dia dah berubah. Harga dia dah sama dengan adik-beradik dia yang lain. Aku dah agak dah mesti ada something wrong somewhere dengan harga seluar tu.

I rarely wear this pants actually since the colour sangatlah terang. I decided to wear it for last sem's dinner ( middle picture ).

Aku sebenarnya takut sikit beli baju or seluar or kasut lalu online nie since aku tak tahu the exact size of me. Tapi alhamdulillah setakat nie beli tak ada pulak yang salah size.

Dulu aku selalu dengar kisah buruk pasal servis Zalora nie. Aku pon masa tu macam percaya jugak lah walaupon tak pernah beli. Barang tak sampai-sampai lah, customer service lambat and tak reply email lah, lain yang di order lain yang dapat lah, barang-barang dah terkoyak/kotor lah. Uishhh seram tengok komen-komen dekat facebook sewaktu ketika dahulu.

Tapi sekarang aku rasa dorang dah improve management dorang. Barang pon cepat sampai, kualiti pon okey. Tak banyak beza dari dalam gambar. And yang penting sangatlah sabar melayan kerenah pelanggan. Aku tulis email tanya macam-macam, and sometimes i ask stupid question pon still dorang akan layan.

Since my first purchase servis okey, aku pon start beli and beli lagi.

Price tag, RM 29.90

Price tag RM 75, after discount it costs me only 50 ringgit something =)

Balik kelas selalu cek website Zalora, macam mana tak selalu cek bila tiap-tiap hari Zalora bagi email ada diskaun itu ini. Haruslah belek-belek pergi tengok kan. Belek baju-baju dia, cek-cek harga, tak beli pon cuma tengok-tengok je saja bagi terapi untuk mata dan hati. Gitueee tau terapi aku. Korang ada ?

Then aku join contest dia suruh cipta satu gaya menggunakan satu jenama nie. Siap paksa kawan baik join contest nie tau, untuk suruh teman pergi dinner announce nama pemenang tu nanti. Aku tak nak lah perkara yang sama berulang kembali kan macam masa pergi party EH 20 yang anggun dulu tu di mana aku dok krikk krikk krikk dekat party tu takde teman untuk berborak.

Ini adalah gambar-gambar dari camera photographer Zalora malam dinner tu. Aku dah hapdet blog baru dorang bagi gambar nie. So tak berpeluang nak up dekat blog nie. Maka aku up kan masa nie lah yerp. Hihi

Inilah muka-muka lambat datang, majlis dah nak start baru sampai

Ye, muka tak puas hati tak dapat grand prize

Sebelah aku tu retis blogger. Hihi

Bersama orang kuat Zalora and para bloggers yang turut join contest nie

Story pasal dinner nie, boleh tengok dekat link nie, CLICK .

One thing i didn't mention at the post is, after the dinner when i was in KTM to Tanjung Malim, aku rasa nak termuntah. Punya berdoa cepatlah sampai stesen. Sampai-sampai je terus lari pergi toilet and keluarkan segala yang aku makan malam tu. Makanan malam tu seriously sedap. Sangat-sangat sedap. Almost semua makanan yang dia hidang aku habiskan. Maybe because i'm not used to italian food kot.

Sampai UPSI malam tu terus bukak website Zalora pilih barang untuk di beli. Nampak tak gelojoh gila. And malam tu jugak habiskan 300 voucher tu, siap terlebih-lebih pulak beli. Siap besok paginya singgah Maybank buat maybank2u tau. Pembayaran menjadi lebih mudah katanya menggunakan sistem online. Gituee

Sekali hambekk dia kasi satu kotak besar punya

How i spent my 300 ringgit Zalora's voucher ?

First, I bought a handbag for my mom. A leather handbag from Alfio Raldo. It costs me RM 119.90 only. She always wanted a new handbag even my sisters always bought her everytime they went shopping but still she wants a new one. Her behaviour reminds me of me, don't you think so ?

She's very happy at that time i gave her 


Then i bought a pair of shoes for my best friend as my thank you for joining the contest even i know he has abandoned his blog for quite some time but he still managed to write a post for the contest. Thank you so much !!

North Star shoes, RM 55.90

And the balance of the voucher, i bought something for myself. I bought a pair of shoes and a denim shirt.

Denim shirt, RM 65.00

Torendi white brown shoes, RM 85.00

That was it. 300 ringgit voucher habis begitu saja dalam satu malam. Hihi

And my last purchase with Zalora is also a pair of shoes. But pembelian kasut ini mengalami sedikit masalah di mana when i opened the box, the shoes were totally different from what i've ordered. My nightmare happened. I felt so excited at that time to open the box but then this happened. I'm so pissed off.

Ye muka gembira, at this time, i don't know what will going to happen next.

I emailed the customer service, ask them so many things. Aku ala-ala macam marah lah kenapa boleh silap itu ini. Then aku tak nak duit tu jadi store credit which i has to purchase new thing to use the store credit. I dont want that to happen. So aku cakap lah aku nak jugak kasut yang aku order tu, tapi i'm not using any harsh words, i know tatasusila. Aku just macam mendesak lah nak kasut tu balik dan aku berjaya dapatkannya !! Nak tahu teknik sila pm sy di facebook. Gituee

Ini kasut yang salah hantar tu, it's very comfortable but still i dont want it.

They replied, they will send the shoes i've ordered. Gembira gila masa nie. Kasut tu masa aku beli ada potongan 20% daripada harga asal sempena valentine's day, then masa tu aku beli guna voucher RM25 ringgit yang aku dapat. So tak rasa ke aku banyak berjimat kat sini ? Haruslah insist to get the shoes back. Kalau beli baru of course lah tak dapat harga yang sama kan.

Maka dapat lah aku si merah yang ku idamkan ini. Price tag, RM 69.00 After discount and tolak voucher, aku cuma perlu bayar 30 ringgit something je. Hihi

Apa yang aku boleh cakap ialah, berbaloi-baloi beli barang dari Zalora nie. First the quality of the product, setakat nie barang yang aku beli semua berada dalam keadaan baik dan tidak mengecewakan. Secondly, once kau beli, dorang akan bagi voucher and discount voucher. Jadi banyak lah penjimatan kat situ. Thirdly, servis dorang pon bagus dah sekarang nie. Korang tak perlu risau lah. Hari nie order, besok or lusa barang sampai rumah (working days). Memang cepat lah. Plus bila korang beli barang 75 ringgit ke atas, korang dapat free shipping. Tak ke berbaloi tu ?

Dah lah banyak discount, kualiti bagus, free shipping, servis pulak tip top, ada ke alasan supaya tak beli barang Zalora ? Yes ada, once bila kita tak ada duit. Just like me sekarang nie. Hahahahaha

Voucher dan sampul duit raya from Zalora

Actually those voucher already expired. I should post this earlier so that i can give those discount vouchers to you guys since i'm not used it. Maafkan saya kerana tidak berbuat sedemikian. But no worries, i still got one voucher that you can use.


Sape-sape yang belum pernah beli barang dekat Zalora, ce try beli something. Buat acc Zalora then start shopping. Dan boleh lah korang guna voucher code atas tu. Dapat 15% discount =)

PESANAN PENAJA


" Nobody is perfect. Begitu juga Zalora. Jadi sedikit masalah itu adalah normal. Jangan lah cepat melatah. Happy shopping everybody ! =D "

You may visit https://www.zalora.com.my/ and start shopping today ! =)
See ya !

Tuesday, April 15, 2014

Ber-meatballs di IKEA

Assalamualaikum

Terima lah entry tertangguh ini akibat ada lori jahanam mana entah pergi langgar wayar telefon rumah aku kat luar tu sampai putus. Tak sedar lori tinggi nak jugak lalu jalan sempit. Lepastu main lari je pulak tu. Kuasam betul. Habis internet tak boleh nak guna. Now dah ada kat UPSI baru boleh update.

Tak boleh lebar lagi ke senyum tu ?

Selalu tengok para-para bloggers makan meatballs dekat IKEA, jadi diri ini yang juga digelar blogger yang ado nie pon haruslah makan meatballls IKEA jugak kan. So hari Isnin hari tu me and my best friend vroom vroom pergi IKEA dengan jayanya. Mana tak jaya kalau guna GPS, jadi dalam 1 jam lebih macam tu dah sampai. Tenchiu GPS, me like you so much.

Besar IKEA nie. Keliling dia semua shopping malls. Rasa wow jugak lah kat situ, maklumlah orang kampung masuk bandar haruslah terkesima kan. Masuk IKEA cecepat cari meatballs yang sangat terkenal tu.

Comel je troli membeli belah makanan IKEA nie =)

Taraaa !! 

Beli 20 biji meatballs, Meatball pasta with tomato sauce ( i cant remember the name actually ) and sup cendawan. Sup cendawan tu tak panas pon, nak makan pon tak selera. Bluerghhh. Perasan ada microwave disediakan. Ke memang dia sengaja sediakan sup sejuk and then suruh kita panaskan sendiri ?

Agak teruja jugaklah nak makan meatballs nie. The taste quite nice actually cuma kalau makan banyak-banyak jadi muak. The black pepper sauce also okey. Just nice. And i just don't see any chemistry between the strawberry sauce with the meatballs. Such a bad combination. The mash potato sangatlah tak sedap dan tak diterima tekak. Tawar dan kasar nak mapuih.

Ewahhh jadi pengkritik makanan pulak kau ye zarep.

Saja kasi zoom in sikit gambar .. hihi

Muka happy sebab akhirnya dapat jugak makan meatballs di IKEA

Harga dia murah jerp. 20 biji meatballs tu harga dia cuma 17 ringgit je, pasta tu dalam 8.90 sen kot and sup tu dalam 4 ringgit rasanya. Total 30 ringgit je kitorang makan masa tu termasuk sebotol air mineral. Murah kan ?

Next time boleh pergi lagi =) Hewhew.

Dah sampai sini haruslah ronda-ronda sekeliling. Macam-macam ada dekat IKEA nie. Bawak ibu aku kat sini boleh meroyan rasanya. Dengan harganya yang sangat gila murahnya. Haruslah meroyan kan. Those couple who just married and planning to decorate their house, you better go here. There's a lot of idea you can copy by seeing the furniture and how they design the kitchen, bedroom and etc.

Tak pasti sama ada boleh ambik gambar ke tidak dalam gudang IKEA nie, 
terpaksa curi-curi ambik gambar


Hasil membeli-belah kami

Balik rumah kene perli dengan ayah.

" Pergi IKEA beli buku ? lebih baik kau beli dekat Banting je Zarep kalau macam tu. Tak perlu pergi jauh-jauh "

Buku tu sangat unik. Haruslah aku beli. Lagipun murah ja. Yang lagi dua tu kawan aku punya. Murah kot bakul sampah dengan meja sisi tu. Meja tu harga 29.90 sen ja. Memang murah-murah barang kat IKEA. Macam mana tak meroyan.

PESANAN PENAJA


" Finally, sampai juga aku ke IKEA untuk ber-meatballs =) " 

That was it, my experience went to IKEA last Monday, 7 April. Harap dapat pergi lagi lepas nie.
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

Monday, April 7, 2014

Health Exhibition Day

Assalamualaikum

Pada 3 April yang lalu, kami pelajar psikologi yang ambil subjek Health Psychology kena conduct satu project yang diberi nama Health Exhibition Day di mana program ini bertindak sebagai salah satu langkah untuk dedahkan pelbagai jenis penyakit kepada khalayak ramai. So that people would aware about many type of diseases and take precaution steps from that.

Program telah di adakan di Blok 8 Kampus baru dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Terdapat dua slot, slot belah pagi adalah berkenaan Cancer Awareness. Segala jenis-jenis cancer kami paparkan. Bagaimana cell cancer tu develop semua, banyak lah info yang boleh dapat dari sini. Serious cuak gak lah bila dengar pasal cancer nie.

Jauhkan lah aku dari penyakit-penyakit nie semua >__<

Booth kumpulan saya 

Slot belah petang berkenaan Healthy Life Style. Group aku slot belah petang di mana booth kami, kami buat pasal Stress management. So siapa-siapa yang stress boleh datang ke booth kami. First kami uji level stress seseorang tu melalui gambar. After that kami akan bagi tahu langkah-langkah how to overcome stress. Then baru kami ajar teknik urutan dan pernafasan.

Smoking Booth 

HIV AIDS Booth

Banyak aktiviti dan games yang di sediakan dari setiap booth. Kreatif-kreatif mereka semua nie. And pengunjung tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Para pengunjung yang hadir ke booth kami 

Stress sangat abang tu nampaknya 

Tudia, muka ada senyum =)

So aku pon tak nak lepaskan peluang, haruslah kutip segala jadah gift-gift yang disediakan di setiap booth. Try main game dorang. Kalah menang semua dapat hadiah. It was fun though =)

Banyak kali main game nie sebab gift dia tersangat lah sedap rasanya =D 

Main ladder game di booth HIV

Muka-muka kalah 

Semua yang kami paparkan pada Health Exhibition Day nie di ambil kira. Ada mata-mata yang memerhati meninjau sejauh mana pengetahuan kami towards the disease. And also how we treat people who came to our booth. Di samping itu juga, dua orang pensyarah akan datang menyelia booth kami and ambil markah.

Tudia penyelia datang ..

Yang belah pagi okey lah xde apa-apa perkara yang tidak di ingini berlaku. Tapi slot petang, masa penilaian tu tengah berangin gila-gila, hujan lebat sangat. Ada booth terpaksa tutup sebab habis semua benda kene tiup angin. But of course after the penilaian took place lah. Cuaca sedikit sebanyak telah mengganggu waktu penilaian masa nie since suara pon tak berapa nak dengar. So hopefully semua group dapat markah tinggi lah.

Ada photobomb pulak belakang tu =P

Last sem satu kelas EL dengan dorang nie. Dorang bertiga nie memang kelakar 


Look betapa kreatifnya Exercise Booth nie, siap ada frame gambar =) 

With Melissa yang sangat kelakar orang nya =D

Tak sia-sia sape yang datang sini. Bukan takat hadiah je dapat, mata MyCat pon dapat tau. UPSIan know lah betapa pentingnya mata MyCat nie kan WALAUPON tiap kali check mata MyCat nie dekat portal tak berganjak-ganjak, takat tu je even dah banyak aktiviti yang menjanjikan mata MyCat nie.

"Acik" penjaga kaunter MyCat. Kahkahkah =D

Abang Izhar bawak makanan untuk kami semua, macam tau-tau semua tengah lapar =D

Jam 5 semua selesai sesi kemas-kemas. Alhamdulillah tamat sudah satu program yang aku rasa agak rush jugak lah untuk di buat. But still berjaya di lakukan. Syabas untuk semua =)

Proudly present, i made this poster =D

Then balik bilik, mak ai sedihnya lah tengok bilik aku. Banjir habaq hang. Lupa nak tutup tingkap. Habis lantai, meja study semua basah. Lantai bertakung air. Dah lah satu badan penat, kain lap pulak tak ada, so aku and Muiz hanya mampu baring atas katil dan biarkan air-air kat lantai tu kering dengan sendiri nya.


Paling menyedihkan, buku statistic aku basah lencun. Dah lah buku baru. Sobss ! T___T
Pengajaran buat kami berdua supaya tutup tingkap setiap kali keluar bilik.

PESANAN PENAJA  


" Health Exhibiton Day, done ! Alhamdulillah =D "

Terima kasih kepada pemberi pinjam baju aku pada hari tersebut. It's such an honor to wear that baju. Baru lah rasa offical ahli kelab PSYCH. Too bad batch saya dan junior-junior tiada baju tersebut.

See ya !

Home