Sunday, August 31, 2014

A Special Video For Merdeka This Year

Assalamualaikum

I made a special video for our independence day. Throughout the week, i've been puttin my shyness aside and ask people to participate in this video. All the people in this video are the students of Georgia College and State University. They are so sporting and funny too.


Happy watching people !


Too bad i did not get the wishes from India students eventho there are many of them here. Running out of time >__< Whatever it is, i am still happy with the outcomes. Mission accomplished ! =D

Wednesday, August 27, 2014

Bobcat Card

Assalamualaikum

Seperti yang telah dijanjikan, kali nie nak cerita berkenaan kad matrik aku kat sini. Ia dipanggil Bobcat Card.

Nak buat Bobcat Card nie tak ambik masa yang lama pon. Ambik gambar then terus dia print. Dalam 1 minute kad siap dan terus bagi dekat pelajar. Buat kad nie time orientation, dia dah sediakan waktu spesifik lah untuk buat kad nie. Tapi aku tak ikut jadual tu, aku buat sehari lebih awal.

This is my Bobcat Card

That time tengah tour campus dengan student international yang dah belajar lama dekat sini, kira macam ala-ala "Buddy" lah, so dia ajak pergi buat kad nie. Aku pon okey je lah, why not kan. Masa tu aku dengan sorang wanita Spain je dengan dia.

That is her with red cap, and the rambut perang one is Marta from Spain

Masa aku punya turn nak ambik gambar, siap request banyak-banyak kali kot ambik gambar. Mula buat muka serious, lepastu rasa macam apasal lah masam sangat eventho still hensem, kbai. Then tanya, boleh senyum ke, orang tu kata yes you can, do whatever you want. Ewahhnya do whatever i want, kang aku posing ala-ala cover depan majalah vogue baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

Sekali dah ambik gambar senyum, bermonolog dalaman lagi, asal lah macam terencat sangat pulak. Then amik gambar muka serious lagi. Last-last, decide nak gambar yang senyum. So bergambar lagi. Maka terjadilah seperti dalam gambar di atas.

Seperti yang aku telah mention sebelum nie, kad nie sangat canggih dan fungsi nya sangat banyak. Without this card, you cannot do almost everything in this campus. So apa yang cangih sangat pasal Bobcat Card nie ?

1st : Makanan

Before nak masuk dining hall, kene swipe card nie dekat kaunter sebelum masuk sana. Or else, you can't enter the dining hall. Tak pon kene bayar lah kalau nak makan dekat situ. Student dia ada Meal Plan. What meal plan is ? I will tell about this later, insyaAllah lepas entri nie aku cerita.

2nd : The Dorm

Selain kad dorm yang aku tunjuk seperti dalam entri nie, KLIK , Bobcat Card ini jugak mempunyai fungsi yang sama. Di mana ia juga boleh digunakan untuk swipe dekat pintu masuk untuk membuka pintu utama. Actually aku baru tahu benda nie lebih kurang seminggu yang lalu. My dorm card is not functioning. It keep rejecting my card. So aku punya noob, punya lah dok tunggu orang bukak pintu masuk tu untuk masuk.

The dorm

I iz sakit hati. Then pergi jumpa ketua aras dorm yang dipanggil Community Advisor untuk bertanyakan replacement card. Then dia kata, aku boleh guna Bobcat Card tu untuk swipe dekat pintu masuk. Awat tak ada sapa habaq cek naa. Dua hari jugak lah melanguk depan pintu menunggu simpati orang untuk buka pintu.

3rd : The Wellnes Centre

Nak masuk wellnes centre kene tunjuk kad dekat kaunter then dia akan scan dan baru boleh masuk. Without this card, even ko explain teruk macam mana pon keadaan kau, let say ko dah lambat nak pergi kelas, ko tetap tak boleh masuk.

The Wellnes Centre

Kat dalam wellnes centre nie ada macam-macam. Kat situlah Gym, track untuk berlari, tempat nak swimming, climbing rock, court bola keranjang and futsal, klinik kesihatan universiti, pusat kaunseling dan jugak kelas-kelas fitness. Kira complete gila lah wa cakap sama lu. Lu tak manfaat kan wellness centre kat sini, lu rugi lah beb.

You named it, almost semua benda ada dalam wellness center nie

4th : Mail Box

Nothing special, just kene tunjuk Bobcat Card jugak untuk ambik bungkusan yang diterima. I want to talk about mail box jugak later dalam satu entri khas. Ada benda terkesima jugak yang aku dapat discover which i can suggest to Kolej Abang Harun.

If i said "suggest" mean i just update it in my blog, then hopefully they will read it. Do not have any intention to serbu pejabat kolej and suggest macam-macam. Iols is just penghuni abang harun yang mengikut perintah tapi dalam hati memberontak. That's it.

5th : The Library

Cliche. Just like other typical library yang lain when it comes to rent books, so you have to pass your matrix card and then swipe it. But i'm not so sure really since aku tak pernah pinjam apa-apa lagi so far. Cumanya beza kat sini tak kene scan kad pon nak masuk. Just walk in then buat lah kerja masing-masing dalam library tu. Siap boleh bawak beg lagi.


Library nie ada banyak section-section dia tau. Kat library nie dorang ada tempat untuk dapatkan isnpirasi untuk assignment or project dari yang pakar, tempat untuk belajar anything like words or excel or anything you name it, tempat untuk tolong ajar buat assignment kalau assignment tu susah sangat dari tutor, nak sewa dvd or nak sewa gadget like ipad or camera dslr pon ada.


Besar library nya. Sangat-sangat besar. Starbucks pon ada tau dalam nie. Ko ghase ?

6th : Printing

Yang nie aku rasa terkesima sangat. Sangat sistematik gila sistem dorang kat sini. Nak print, masukkan nombor yang tertera dekat Bobcat Card, yang aku blank kan tu nombornya, then pergi dekat mesin printernya, swipe card dekat komputer tu, then dia akan keluar document yang korang nak print tu, then print.

I was like oh maigad. Sistematik gila. Setiap print di cas 0.10$. Oh lupa nak bagi tahu, kad nie sangat canggih sebab dalam tu ada duit. Depends pada meal plan yang korang subsribe. Meal plan aku unlimited so dalam Bobcat Card tu ada 150 dollar Dining dash dan 50 Dollar Cat Cash. What is 150 dollar Dining Dash tu akan di explain later dekat entri seterusnya, entri seterusnya akan cerita bab makanan sahaja. So tunggu oke.

Cat cash tu ialah ibarat debit card lah. So tiap kali ko swipe untuk bayar, dia akan tolak duit ko dalam tu. Faham tak ? Any place around Milledgeville yang accept Bobcat Card, ko boleh bayar guna kad nie. Without bring your wallet pon ko still boleh berbelanja dengan menggunakan Bobcat Card. Isn't that amazing ? But make sure ada duit lah dalam kad tu -___-

7th : Washing Machine

Nak guna washing machine pon kene swipe kad matrik tau. Acano tu ? As i state before, dalam kad nie ada duit, so gunakan Cat Cash tu untuk basuh baju. Swipe card tu kira ko bayar lah.

Click pada gambar untuk tumbesaran yang maha dahsyat 

They even had this apps where we can survey sama ada ada mesin basuh tu kosong ke tidak. If someone use the washing machine, they will tell you berapa minit lagi mesin basuh tu selesai and sedia untuk diguna. Isn't that cool ? We can monitor our own laundry from our room without have to turun naik tangga tengok sama ada, mesin basuh kosong ke tidak, pakaian kita dah siap ke tidak. Advanced gila kot.

GC apps ini juga banyak kemudahan lain dia. Kalau cerita kat sini jawapnya tak habis lah.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Okey itu saja yang aku baru discover, perhaps banyak lagi. But still rasa terkesima sebab banyak benda yang melibatkan penggunaan kad matrik pelajar. Which i think it is very nice lah. In UPSI, i take matrix card for granted, which is tak bawak pon tak apa. Bukannya guna pon. Unless nak masuk library, baru lah terhegeh bawak kad matrik.

Tapi kat sini, i will never ever go out my room without my Bobcat Card. Kau tinggalkan dekat bilik consider kene patah balik pergi ambil. Begitu sekali tahap pentingnya.

PESANAN PENAJA


" How does it feel when you have been in relationship for a long time but then suddenly that person found new one and replace you ? That is how my UPSI matrix card felt. Lulz "

Seems like sedikit sebanyak, gambar orientasi aku dah di share. Perhaps tak perlu kot updated pasal orientation week sebab it will be discover post by post. So yeah, see you next time !

Sunday, August 24, 2014

Lebaran 2014 : Hari Raya Ke-4, Ke-5, Ke-6 dan Ke-7

Assalamualaikum


Amboi sejak sampai Amerika Syarikat nie, lupa langsung pasal raya yerp. Tak ingat ke cerita raya ko tak habis lagi zarep oi. Sampai bila kau nak tangguh-tangguh, nanti kang basi pulak.

Okey fine, now aku cerita pasal hari raya aku yerp. Aku sumbat sekali semuanya dalam nie.

Hari Raya Keempat

Pagi tu niat asalnya nak pergi beraya rumah sedara dengan family, tapi hati nie nak sangat ikut kawan-kawan sekolah menengah beraya rumah cikgu-cikgu SPM ku yang telah banyak berjasa kepada diri ini. Lepas dah slow talk dengan family, cehh, dapat pon pergi. Huhu Maka rumah pertama pada hari tersebut merupakan rumah cikgu Sejarah ku, Cikgu Hasni.

Alhamdulillah A =)

Next we move on to the next house, rumah syazwan. Makan roti john banyak masa nie.
Lepastu pergi ke rumah teacher English kitorang, teacher Norliza.

Pon A jugak. Hihi =)

Lepastu kami pergi rumah Cikgu Rahmah, cikgu Mathematics Modern kami.

Masih lagi A, ahaks ~

Rumah cikgu seterusnya nie agak sadis sikit. Kali nie kami beraya rumah Cikgu Add Math kami, Cikgu Mariam.

Kita skip gred untuk yang ini. Hahahaa

Cikgu lupa nama aku, tapi dia ingat aku sebab aku suka tidur dalam kelas. Pon boleh, asalkan diingati.
Lepastu pergi rumah Dr. Ghazali, rumah cikgu Bahasa Melayu kitorang.

A jugak.

Lepas tu kami pergi beraya rumah guru kelas kami, merangkap ustazah kami untuk subjek Pendidikan Quran Sunnah dan jugak Syariah Islamiyah, rumah ustazah Alizawaty.

Tak tahu nak cakap apa, tapi dua-dua A *flip hair*

Eh, semua rumah cikgu yang aku berhasil dapat A aku pergi. Menakjubkan =)
Balik tu terus pergi ke Jenjarom, beraya rumah Fadzilah.

Hari Raya Kelima

Tengah hari tu, kami satu family bertolak dari rumah pergi ke Jempol Negeri Sembilan. Kali nie nak beraya rumah kawan baik.


Believe it or not, only this picture i had. I forgot to take pictures. Goshh >__<
Lepas dah makan-makan semua, bergegas balik rumah. Sebab dah janji dengan sanak saudara nak beraya rumah jiran-jiran. Tapi sebelum tu, sempat singgah Tesco beli barang dapur sebab besoknya ada tetamu nak datang beraya ke rumah.


Sampai je rumah, dengan tak mandi tak apa, cepat-cepat tukar baju lepastu pergi beraya rumah jiran-jiran.




Memang dah jadi acara wajib setiap tahun di mana, kami sanak-saudara akan berjalan kaki beramai-ramai ke rumah jiran-jiran.




Dapat beraya 6 buah rumah malam tu. Quite banyak jugak, maklumlah kan dah malam, so 6 buah rumah dalam satu malam kira banyak lah. Penghabisannya semua berkumpul rumah aku, borak-borak sampai dekat jam 3 pagi baru semua balik.

Hari Raya Keenam


Pagi tu keluar pergi beraya. Dapat beraya dua buah rumah je. Lepastu dah kene balik rumah because we were expecting a guest from Nogori Sembilan. So kene buat preparation lah kan. Orang jauh nak datang.


Hari tu dah serang rumah dia, so kali nie dia punya turn lah kan serang rumah kita. Sekali datang 4 kereta. Fuhhh basah ketiak mak nakk melayan tetamu. Layan tetamu ke kau tu zarep oi =P



And at the same time, sedara sebelah ayah pon datang beraya. Jadi itulah yang berlaku pada hari raya keenam. Beraya dua buah rumah je, selebihnya sambut tetamu jauh datang ke rumah.

Hari Raya Ketujuh

Baju pemberian dari Syazwan who study medic in India. 
Sangat sesuai memakainya dengan si merah dari Zalora


Pagi tu raya rumah sedara je. Then baru gerak pergi open house rumah Ustaz Bahasa Arab aku masa kat SAMUS dulu, rumah Ustaz Rafi. My mom yang dapat jemputan, so iols pon pergi lah. Katanya ada kambing bakar. Village people macam aku nie haruslah terjahkan. Bukan senang dapat makan kambing.

Then baru pergi beraya rumah kawan ibu dan juga sambung beraya rumah jiran-jiran yang tak sempat beraya malam tu. 5 buah rumah jiran jugak lah dapat terjah.


Si Parisah nie di tinggalkan oleh mak nya masa beraya rumah aku. Sebab Isnin nya tu dia dah kene balik UPSI. Kasihan deyh lorh.


Then malam nya tu pulak. Beraya rumah ex-staff-staff Pizza Hut Banting.

Rumah Dayang =) 
Sape lah pergi beraya rumah orang pakai seluar pendek nie -___-'

Rumah Arell =)

Dua budak sewel nie kawan rapat aku kat pizza. Dorang beraya rumah aku malam tu, jam 2 pagi baru reti nak balik rumah. Besok nya, baru aku pergi beraya rumah Arumie. Tapi memandangkan janji nak cerita sampai Hari Raya Ketujuh je, so kita berhenti kat sini jelah erk. Kang makin berjela entri nie.

Gigih tau sumbat semua cerita dalam satu post. Finally, tamat jugak cerita hari raya aku. Makin aku tangguh entri nie, makin basi lah dia. So yeah, that was how i celebrated my hari raya this year. Actually kan aku ada lagi 2 buah entri yang aku tak updated lagi. I supposedly updated benda tu before datang ke Amerika Syarikat nie.

Tak tahu lah nak updated ke tidak, it was about my shopping raya and lagi satu tu rahsia. Yang shopping raya tu macam nak updated, sebab dah memang rutin setiap tahun aku cerita pasal shopping raya aku kat blog. Tak updated rasa lain pulak. Yang rahsia tu pasti aku kene updated. Sebab benda penting kot. Hopefully aku dapat updated dalam masa terdekat nie.

Kelas dah start and guess what ? I already have assignment to submit and not to mention, got quiz also. It's crazy !!!!

Wednesday, August 20, 2014

Jelajah Bilik

Assalamualaikum

Kali nie, aku nak share dengan kengkorang semua, where i live for one semester here in Georgia College. So after i reached Milledgeville on 12 August, terus pergi pejabat housing dia. Lepas dah dapat kunci, terus check in. Masa nie semua pelajar local yang lain tak masuk lagi. Hanya mereka-mereka yang ala-ala macam MMK tu je yang dah ada. Dorang prepare untuk sambut pelajar baru.

Tapi kami yang international students nie dapat rasmikan dulu lah. Kitorang tak tinggal satu hall pon. Like in UPSI, all the international students live in KAB right ? But here, all the international students berterabur ibarat bagi ayam makan. Kau tabur-tabur bijian tu bersepai-sepai. Motif bagi perumpamaan macam tu ?


There is a lot of Halls here. Adam, Foundation, Sanford, Parkhurst, Bell, Wells and Napier Halls. So i live in Wells Hall. Apa yang aku boleh bagi tahu is, the safety here very tiptop. Why i said so ? Sebab satu sebelum nak masuk Hall kene swipe card dulu dekat pintu masuk, without the card, you cannot enter the dorm. Or else you have to wait other student who lives there to swipe the card.


And not just that, kunci tu pon mainkan peranan yang penting tau. Hanya pemilik kunci tu je yang boleh bukak pintu. Dan pintunya pulak, hanya boleh dibukak dari dalam, bukan dari luar. So tak ada lah tetamu masuk sesuka hati kan, dengan tak ketuk pintunya terus melulu masuk. Always happened in kolej abang harun lah. Satu fungsi yang bagus lah aku rasa. Selain itu juga, kunci tu merupakan kunci kepada almari kita. Isn't that cool ?

Tapi tak lah semuanya indah, ada jugak kelemahan nya. Keep on reading, i will story that kelemahan..


Yeah, that's my name and also my roommate's name. My roommate is Austin. Nak tengok muka dia tak ? Sorry, setakat hari nie, tak bergambar lagi dengan dia. iols iz segan. But i already showed his picture to my close friends and my family. My mom said he looks like Justin Bieber. Yeah he did. Good hair, great blue eyes, and he is tall. What a perfect gene he has >__<

Iols yang muka ala-ala peribumi gua nie rasa rendah diri sangat.

Yang pasti dia sangat baik dan peramah lah. Somehow kan, dia ala-ala macam aku sikit perangai dia. Tak leh lah nak story kat sini banyak-banyak, kang dia guna perkhidmatan pakcik Google terjemah, habis aku.

Jom buat room tour. Aku pasti korang tak sabar kan ?

Taraaaaa !! Ini lah bilik saya

Maaf, tetibe rasa nak selfie nampak cermin besar-besar nie =P
Ohh, here is the bathroom.

I am very sure that you guys still don't get the exact gambaran how my room looks like. So i prepare a video for you guys to enjoy. Tolong jangan berjoget-joget pulak erk tengok video nie. Just saying =D


So macam mana ? Uols dah puas hati dengan tayangan yang iols tunjukkan ? I hope so. So lepas dah tengok video tadi, can you guess the kelemahan of my room ?

Yes exactly ! It is really small, compared to bilik at Kolej Abang Harun, it's wayyyy bigger. Tandas pulak tak ada paip. Sebagai seorang village people sejati, memang nak membuang rasa tak nikmat. Dan lagi satu, jiran sebelah sangat mudah nak masuk bilik kita. Sebab memang tak ada sendal or kunci apa-apa pon. Sangat free access. Nak manja-manja dengan teman sebilik pon tak boleh sangat sebab tak boleh kunci, lulz hahahahahahaha.

They gave me this gift when i arrived here. I actually got two. 
Masa hari pertama orientasi dapat lagi.

Rakan sebilik aku bagi tahu yang mak dia tanya yang dia tu sebilik dengan perempuan ke lelaki sebab katil aku kaler merah jambu. Lulz. I got two bed sheets actually. The white one like in the video is not fit with the mattress, plus it does not come with the comforter. And another one is too big but comes with comforter, so yeah. Better pakai yang besar dari yang kecik biarpon kejambuan itu teserlah ibarat nyah-nyah bergelimpangan di lorong haji taib.



Kemudahan yang ada pada setiap halls sangat banyak. First setiap aras ada bilik meeting. Kedua dia ada bilik Multi Purpose room where the students can lepak-lepak and chill to release tension or whatever.

Dari pintu masuk bilik multi purpose

The kitchen. Got oven, microwave, tempat nak masak. 
Cuma peralatan jelah kene sediakan sendiri 

From the kitchen

Air gedegang erk orang panggil ? 

An ice machine

This is the coolest thing ever ! They even prepare an ice machine for the students. It's free. Hopefully Kolej Abang Harun sediakan mesin ais dekat kolej. So tak ada lah students dok mengadap muka makcik peribumi KHAR yang period tak tentu masa tu untuk beli ais kat kafe. Ada lagi ke tak erk makcik tu kat kafe, just wondering.

Nak isi plain water pon free tau =D Students can come to this multi purpose room whenever they want. So cool ! They even provide elevator too. Other than that, seperti biasalah, same like other student housing, they prepare a laundry machine for the students.



Cumanya kat sini, kene guna kad matrik. Kat sini, kad matrik pelajar adalah segala-galanya. Ia nya sangat berguna. Kiranya fungsi kad matrik tu banyak lah instead of gantung dekat leher je kan. Will tell you about this more at another entri. Pasti korang penasaran how my matrix card looks like. Huhu. Tunggu kemunculannya =D

Satu aku perihati apa yang bagus dekat halls sini is how the way they maintain the halls in a good shape. Bila student check in, dia akan bagi satu kertas description mengenai bilik tu. Kalau katil tu terkopek ke apa, dia akan tulis kat situ. Dan student kene cek betul ke tidak ada kesan terkopek. Any barang yang rosak tapi tak tertulis dalam kertas tu, kita kene tulis before submit it within a week after check in. Or else, at the end of the semester, before nak check out dorang akan datang bilik kita, dan cek balik kertas tu whether korang rosak kan barang ke tak. Any kerosakkan yang tak terdapat dalam kertas description tu, consider korang yang buat. So korang kene bayar denda.

This is how the borang looks like

Sangat bagus sistem nie. Sebab tu lah, dinding dia bersih ibarat macam baru cat. Dorang tak kasi tebuk pon dinding tu dengan paku. Ko tebuk, ko bayar. Kalau korang perhati bilik-bilik dekat kolej abang harun tu (sebab aku duduk kolej abang harun so aku bagi example pon kolej abang harun lah, korang nie pon), nauzzubillah dahsyat dia. Berlobang sana sini, pintu pulak terkopek-kopek. Ada tu siap yang dah tertanggal pon ada. Dahsyat betul student malaysia kat situ. Ganas.

And ada abang harun kenekan sebarang tindakan ? Nope. Only if they had spot check then surat saman keluar. Itu pon surat saman sebab apa ? Sebab rokok lah, sebab tandas tak cuci lah, sebab tak bersih lah. Bukan sebab ko rosakkan harta benda dalam tu. Tak ke rasa macam abang harun banyak kerugian sekiranya kaedah ini tidak di apply ? Iolz just cadangkan je.

Para MMK, sila buat kerja anda. Gitueee. By the way, kalau nak cadangkan benda nie ke pihak atasan, please do mention my name erk. Bagi lah kredit sikit kok ye pon. Tak mintak banyak, suruh mention nama je pon. Bukan susah.

Tak pon, jaminan tinggal di kolej sampai aku graduate pon boleh. Kbai.

PESANAN PENAJA


" Kolej Abang Harun tetap dihati. Gituee " 

Ini pesanan penaja sebab takut kene buang kolej ke apa ? Lulz. Sem depan ko buang aku siap ko abang harun. Aku buat demonstrasi jalanan nanti. Cuak tak ? You better cuak abang harun. I ain't kiddin man.

Itu saja untuk kali nie. Next aku akan cerita soal makanan pulak ye. And soal kad matrik. Tak tahu yang mana satu akan aku updated dulu, so korang tunggu jelah erk. BTW, tak rasa ke cerita raya aku tak habis lagi ? Hahahahaa. Malas nya lah nak meng-updated nya pon. Hopefully before the end of Syawal month ianya dah habis terupdated.

See ya !

Home