Sunday, September 28, 2014

Japan Fest 2014

Assalamualaikum

20 September 2014, ada trip ke Japan Festival dekat Duluth Georgia. Harga tiket 3 dollar je. Kalau naik shuttle kolej kene tambah extra 10 dollar. So 13 dollar lah kiranya. Alhamdulillah, CA Takafumi pelawa naik kereta dia. CA nie stands for community advisor a.k.a ketua aras lah. So aku pon claim balik duit 10 dollar aku dah bayar tu. Hihi

Pagi tu bertolak lah kami berlima satu kereta si CA, makwe CA, Takafumi (Japan), Tris (Spain) and me.


Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Aku dah lah malam tu tidur kol 3.30 pagi. Dah set alarm tapi tak berbunyi. Rupanya aku set untuk weekdays je, lupa masa tu dah hari Sabtu. Nasib baik terbangun tau kol 7 tu. Bertolak jam 9 pagi.



Sampai je, maka nampak lah kengkawan yang lain yang naik van kolej.


Mula tu memang serang tempat makan dulu lah. Lapar habaq hang. Memang berdoa sangat-sangat banyak makanan laut dekat festival nie. Memang banyak lah. Harga dia pon boleh tahan. Aku ingat nak beli Tempura Udon harga dia 6 dollar je, tapi tengok ramai order nasi goreng telur. Aku pon ikut jelah order. Plus harga dia 3 dollar je. Jangan convert duit Malaysia >__<

Almarhum nasi goreng telur. Kecik dan 3 dollar. Jangan convert zharif !! >__<

And i tried their Takoyaki too, it is very good i tell ya. Seriously sedap sangat. Omnomnom. Nak beli 5 ketul je 5 dollar. So biar lah orang lain beli, kita nie tinggal tunggu di pelawa suruh rasa jelah. Bhahahaha


Lepas dah siap makan. Takafumi dengan Shiori tukar baju tradisional dorang. Lupa nak bagi tahu, Japanese exchange students ada 3 orang semuanya. Takafumi, Shiori dan Eri.

Ini Shiori dengan Takafumi 


Meyh lah aku bawak korang meronda apa je yang ada dekat Japan Festival nie yerp. For those yang minat anime tu, mungkin boleh gila kalau datang sini. Macam iols nie, memang yang ado lah pengetahuan bab-bab anime nie. Yang aku tahu cuma Pokemon and Digimon jelah.


Seriously, memang mahal lah barang-barang dia. Keychain anime kecik tu je pon harga 6-9 usd. Ko mampu ?

Selain itu juga, dorang ada show gendang besar kat sini. Memang thorbaekkkkk lah aku rasa. Best sangat tau. Badan aku nie asyik nak bergoyang-goyang je bila dengar gendang-gendang tu dipalu. Serious best. Rugi aku tak rakam full video. Sebab awal-awal dekat pintu masuk tu dah bagi amaran, tidak boleh rakam.


Nama pon village people kan, so ko ingat aku kesah dengan amaran ko tu ? Aku rakam jugak tapi 30 saat jelah. Takut kene tangkap kang naye pulak. Tak pasal-pasal femes masuk harian metro. Tajuk berita "Pelajar Malaysia di US kene tangkap sebab tak dengar cakap". Ko ghase macam mana ? Gempak tak headline berita dia ?

That's another Japanese girl, Eri is her name

Dah datang sini tu, nak lah jugak beli sehelai dua baju traditional japan kan kalau murah. Memang murah lah. Satu set full siap selipar and aksesori kimono perempuan harga dalam 30-40 usd je. Macam nak rembat satu untuk kakak aku. Tapi bila fikir balik, bila lah dorang nak memakainya pon. So tak jadi lah beli.

Ini lah contoh kimono 30 usd tu. Tapi dia tak pakai sandal nya

Kimono laki pulak harga 30 usd. Tapi kosong lah. Tak ada apa-apa aksesori. Even belt dia pon tak ada. Acano tu ? Tak jadi lah beli. So mundar-mandir lah aku kat Japan Fest tu tak tahu nak beli apa. Sekali kan, tak tahu lah rezeki agaknya. Aku ternampak satu kimono nie, cantik tergantung tinggal satu kat situ.

Try lah tanya harga berapa. 30 dollar uols. Memang tak lah. Terus bagi alasan cakap yang aku nie dari Malaysia dan currency duit Malaysia sangat rendah. Then dia bagi discount 50% dari harga asal. Maka dapatlah satu kimono dengan harga 15 dollar.

Ini lah kimono ku itu =) I'm happy !

Bertuah sungguh diri ku ini dapat memiliki kimono semurah itu. Dorang pon cakap kimono tak dapat semurah itu, even dekat Japan. Alhamdulillah rezeki. Dapat lah aku memiliki sehelai kimono.


GCSU students with Japan traditional clothes =D 


Candid katanya, suka gambar nie =D

Main entrance

Ada tempat untuk belajar main archery sekali. Aku malas nak beratur panjang-panjang. So tengok jelah dorang mencuba-cuba memanah tu. Atau lebih tepat just selfie. Kbai.

Takafumi was busy with his archery lesson

While the rest of us just took a selfie

Then jam 4 petang nak kene berkumpul untuk balik ke kolej semula. Balik nya tu, aku naik van kolej. Pergi je dengan orang lain. Si Takafumi dengan si Tris pergi baseball game lepas balik dari Japan Fest nie. Ada dua trip actually waktu nie, tapi aku pergi Japan Fest je. Yang baseball game tu mahal, tak mampu. Plus tak minat. Hahahaha

So bertolaklah kami semua ke kolej pada jam 4.30 petang.



Sampai Milledgeville dalam jam 6.30, terus pergi dining hall makan. Lapar kot.

PESANAN PENAJA


" Hasil sambaran ku di Japan Fest, Arigato, Haikk ! *bow* "

Ouhh ya, nie aku ada sediakan satu video. Video rakaman persembahan kumpulan gendang tu tadi. Serious best !


Enjoy !

Saturday, September 20, 2014

Walmart

Assalamualaikum

So village people semua, hari nie iols sebagai wakil village people ke negara omputih nie, nak mengajak village people semua ke Walmart. Kita buat sedikit tour di Walmart yerp. Said " yeay " untuk menunjukkan village people semua excited, Yeayyyy !!

No, tak boleh tipu. Aku dengar korang sebut yeay. Sah village people sejati =P Hahahahahahaha


Walmart nie merupakan sebuah gedung membeli belah. Tapi yang membezakan Walmart nie daripada gedung membeli belah yang lain ialah waktu operasinya. It is 24 hour uolss. Haruslah terperanjat kan masa first time dengar dia bukak 24 jam. Dan Walmart nie menjual segala macam jadah barangan yang ko perlukan, just name it what you want semuanya ada.

Kidding, tak lah semua ada. Mana lah tahu sifat alam semulajadi village people semua tetibe request nak harimau, sah-sah lah tak ada kan. Village people nie pon lahai. Suka bergurau tau.

Bila village people pergi Walmart for the first time, feeling Victoria Beckham sangat !
(Pergi Walmart pon pakai tag nama tau masa tu)

Masa orientation week, salah satu slot dalam orientasi tu ialah trip to Walmart. So pergi lah kami semua para international students ke Walmart. Buat rombongan mak kiah ke Walmart lah kiranya masa tu.

This is GC Shuttle

GC Shuttle ke Walmart disediakan untuk para pelajar setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi sehinggalah 7 petang. Bukan lah sekadar Walmart je tau, Milledgeville Mall pon dia singgah. Tapi setakat hari ini, aku tak pernah pergi Milledgeville Mall lagi.

Tak jauh pon dari GCSU, dalam 10 minit perjalanan je. Dan yang paling penting, it's free.


Aku selalu stuck berjam-jam dekat bahagian nie. Tetibe saka aku datang kalau aku kat sini. Dekat setiap bahagian baju-baju, dia akan ada tempat clearance sale. So kiranya saki baki baju yang belum terjual, dia akan letak dekat sini and the price oh my goat. Aku boleh gila. Sebab tu aku spend berjam kat sini dok belek-belek baju.

Baju yang harga asalnya dari 9 usd jatuh kepada 3 usd. If you're lucky enough, you will get clothes with 1 usd price tag. Ko gila kalau aku tak ambik ? Haruslah sambar satu dua kan. Tiga empat pon boleh.

Nie baju harga 7.50 usd. Convert duit Malaysia, okey boleh lupakan.

Nie dekat nak Halloween day nie, memang macam-macam costume dorang jual. Murah-murah pulak tu. Kira murah lah dari dekat Malaysia. So tema dinner PSYCH next sem apa ? Cepat decide, aku nak beli costume nie. Hahahaha


Macam-macam pilihan ada. Ko nak jadi apa semua boleh request.
So marilah tengok hasil sambaran saka aku membeli-belah baju di Walmart.

Baju harga 1 dollar yang berjaya aku sambar
(Baju tengah tu sesuai untuk kaum bapa, so aku belikan untuk ayah aku) 

Aku sangat berpuas hati dengan baju 1 dollar aku nie, cantik-cantik. Aku balik UPSI pakai baju nie, ko jangan menggedik panggil baju 1 dollar faham ? Panggil baju dari America sedap sikit bunyi nya. Bhahahahaha

Kalau ada banyak baju harga 1 dollar tu, sudah tentu aku beli untuk jiran tetangga sekali. Unfortunately, no. Dia kadang tinggal satu je baju tu kat situ. As i said before, ianya di bahagian clearance sale. So faham kan ?

Baju harga 3 dollar

Paling terkesima bila ko boleh angkut dengan hanger-hanger nya sekali bawak balik rumah. Itu maha dahsyat bagi aku. Murah hati betul Walmart nie. So sape yang nak datang America tu, toksah beli hanger. Beli baju, angkut sekali hanger dia. Hahaha

Dan lagi satu yang membuatkan village people macam aku nie terkesima ialah, kita boleh self-check out. Maksudnya kita boleh bayar sendiri dekat kaunter without cashier pon. Isn't that amaaaazing ?


Kalau nak tengok video, boleh lah berbuat demikian dengan klik video di bawah nie =)


Aku rasa advance gila lah kehidupan dekat America nie. Setiap hari ada je benda yang buat aku terkesima. Dari terkesima benda yang elok sehinggalah terkesima dengan benda yang tak elok. Welcome to America Zharif ! =D

Memang setiap minggu lah kitorang buat rombongan che kiah ke Walmart.


Kalau pergi dengan si Takafumi nie, memang happening lah. Dia nie jenis kelakar and outgoing person. Ada je benda dia nak buat. Kira dia nie penceria suasana lah. Suka lah berkawan dengan dia nie.

What Takafumi made me do

What Takafumi made us do

Dan part yang paling parah sekali, bila dia suruh kitorang semua buat runway show dekat depan Walmart. Oh tidakkk ! Kantoi lah aku ada kepakaran ber-catwalk di situ. Echewahhhh ! Boleh saksikan videonya di sini.


So macam mana aku catwalk ? Okey ke ? Bhahahaha. Sabor jelah mak jemah melayannya pon. Dah itu je aku nak cerita pasal Walmart. Berhampiran dekat Walmart nie ada pasaraya yang diberi nama Dollar Tree. Kat situ lagi boleh buat ko meroyan. Situ semua barang bernilai 1 dollar. Bapak murah. Aku tak boleh lah pergi tempat macam nie. Aku boleh gila. Sekian.

Updated jam 3.40 pagi waktu America. Gila kuasa dua. Okey nak tido. Bye.

Sunday, September 14, 2014

New Hair Cut, Yay or Nay ?

Assalamualaikum

Yesterday, i got my hair done. So nak tunjuklah hasilnya macam mana kan.

Yay or nay ?

My mom told me that i look good with long hair so she told me not to cut my hair. However, you know right my hair got this syndrome where it will naturally made that McDonald's symbol. I find it very ugly. So in order to prevent my hair turned into McDonald's symbol, i have to chop my hair short.

Tahu tak nak gunting rambut dekat Amerika nie mahal gila nak arwah. Melayang 10 dollar aku. Convert duit Malaysia dalam 33 ringgit lah. Tak pernah-pernah gunting rambut mahal macam nie. Paling mahal pon masa aku belajar dekat KMPP dulu, saja menggedik nak try gunting dekat salon, so kena lah caj 25 ringgit. Kira kali nie cipta rekod baru lagi lah.

Ini pon kira murah jugak tau, sebab nya rata-rata kat sini semua dalam 15 dollar ke atas. Gila tak gila. Bila aku tanya student kat sini, dorang kata biasanya lelaki gunting rambut sendiri. Dorang tak nak habiskan duit hanya untuk gunting rambut je. Dah kalau dapat tangan yang tak pandai gunting rambut macam aku nie, tak ke naye kalau rambut tu senget benget.


I cut my hair here, this salon is inside wallmart. Lepas habis membeli belah dekat wallmart, aku pon terus balik kolej aku. Sebab tengok harga 15 dollar something so pandang sebelah mata jelah. Sekali dah sampai bilik nak catitkan nilai perbelanjaan yang dah di belanjakan di sini, baru perasan ada discount belakang resit wallmart tu.


Terus cepat-cepat pergi keluar balik and tunggu shuttle college. Dua kali aku pergi wallmart dalam satu hari. Gila betul.


Satu yang aku perasan dekat sini, dorang sanitize semua alatan yang dorang dah guna baru dorang guna balik. Dah macam dekat hospital pulak aku tengok. Kira bagus lah kan, kebersihan terjaga. Memandangkan aku baru sekali masuk salon kat Malaysia, so aku tak tahu lah salon kat Malaysia operasi dia macam mana, maybe sama lah kot.

Biasa aku potong rambut dekat barber shop cikai-cikai je. So dorang mana apply langkah-langkah kebersihan sebegini. Dah guna dekat pelanggan lain, terus apply dekat diri kita. Bila fikir balik, bahaya kot kan. Kira well spent lah gunting rambut tempat mahal sebab kebersihan terjaga.


Hopefully, tak kene potong rambut lagi dah lepas nie. Koyak poket weyh. Lebih baik aku guna duit tu untuk untuk shopping. Kbai

PESANAN PENAJA


"I am so bad when it comes to styling my hair. So with short hair, it is easy to handle. 
I just have to comb my hair and taraaaaaaa ! I'm ready to go. 
Jealous tau tengok laki lain pandai benar men-style-kan rambut mereka "

Keji tak upload sampai dua kali bermotifkan gambar yang sama ? Banyak pulak gambar yang aku rasa comel dalam phone nie. Nak je upload semua. Bhahaha =D

Thursday, September 11, 2014

Tragedi Oppo Find 7a

Assalamualaikum

Kali nie kita buat entri sebelum datang Amerika. Ini lah rahsia yang aku nak cerita tu. Entah apa rahsianya pon tak tahu lah. Marilah kita mendalami kisah tersebut.

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat diri ini untuk memiliki handphone baru. Niat asal nak beli handphone sebelum raya, supaya dapat camwhore sepuas-puasnya di pagi raya, tapi tak tercapai. So berdoa punya berdoa lah, hopefully sebelum datang Amerika dah dapat pakai phone baru. Barulah boleh selfie dengan jayanya agar orang-orang kampung dapat mengetahui perkembangan diri ini di negara orang. Tak ada lah mereka risau akan keberadaan diri ini di Amerika.


Handphone apakah itu ? Uishhh tajuk entri sudah terang disuluh lampu stadium masih lagi bertanya. Sabor jelah. Nama handphone di beri Oppo Find 7a. Oppo Find 7a has been in my wishlist since the very beginning. Bagus mana pon iphone 5s tu, aku tetap tak nak. Hati aku memang dah muktamad nak Oppo Find 7a jugak. Tapi kewangan pulak tak menyebelahi, my mom cakap beli jelah apa yang kita mampu, jangan beli apa yang kita nak. Aduiii meronta hati sanubari aku masa tu tahu tak.

Aku pon pasrah jelah, kalau dah dekat tarikh flight still tak ada duit, aku memang aim Samsung S3. Sebab S3 pon quite nice. Camera depan cantik. Sesuai lah dengan bajet yang aku ada. Sony pon okey gak, cumanya kualiti kamera depan sony tak cantik. Pecah-pecah. Maaf yea pengguna-pengguna sony. Ini pendapat saya.

Memang dah waktu nya kan aku tukar phone baru ?

Entri kali nie bukanlah aku nak bentangkan segala jadah spec-spec handphone nie. Korang boleh rujuk detail mengenai phone nie di blog Faiz Ibrahim, klik SINI . Beliau telah meng-review handphone ini dengan begitu baik sekali. Faiz Ibrahim nie bagi aku, dia memang hebat lah bab-bab gadget nie, so whatever gadget yang dia suggest beli, aku percaya gadget tu sangat terbaik. That is why, aku yakin dan muktamad, Oppo Find 7a pilihan yang terbaik.

Cuma aku nak highlight kan beberapa faktor yang sangat terbaik lah Oppo Find 7a nie

1- Fast charging. Omaigad ! I really love this. Dalam masa 30 minit, handphone dah full charged. Seriously, aku dah tak guna dah kot powerbank aku tu. Tersimpan elok je dalam laci. Sebelum mandi pergi cas phone, dah siap mandi tengok handphone dah siap cas. Tak ke gembira hati mak jemah melihatnya ? But that doesn't mean yang aku ambil masa 30 minit untuk mandi dalam bilik air. Haishhh korang nie pon. Itu sebagai contoh ja.

Dia bagi dua charger, kiri untuk faster charging, kanan untuk cas biasa

2- Skyline Notification Bar. Yang nie bagi aku sangat unik. Setiap kali ada notification, whatever notification, missed call ke, message ke, notification facebook or instagram, dia akan menyala. Memang cantik lah.


Overall aku sangat puas hati lah. Camera pon cantik, depan belakang cantik. Sangat-sangat cantik. Sound pon okey, dengar lagu ala-ala disco perghhhh terbaik. Memang tak boleh diam badan nie dengar lagu On The Floor Jennifer Lopez.

Tak pelik ke dengan tajuk entri aku nie ? Tragedi OPPO Find 7a, apa yang tragiknya ?

Meyh lah aku cerita. 9 Ogos yang lalu, bertolak lah diri ini bersama Bebo tercinta, Paris New York, Jida Achin dan juga kakak ku yang busuk ke Sunway Pyramid. On the way nak pergi tu, kereta buat hal pulak. Temperature kereta naik. Pelik sangat tau. Singgah pasaraya beberapa kali untuk cool down the temperature. But still temperature tinggi jugak. Letak air berapa botol, bila tengok balik. Air tu dah habis. Lagi lah pelik. Bocor ke apa kereta nie.

Aku pon menggagahkan diri jugak teruskan perjalanan. Memang slow yang amat aku bawak. Kalau race dengan siput bab satu, rasanya siput pon menang tau. Kau tengok peribahasa aku, over tak over tu ?

Then bila dah sampai dekat sunway pyramid tu, boleh menggedik nak cari parking dekat dalam. So kene keluar balik then buat U turn. U turn pulak jauh yang amat. Sabor jelah. On the way nak gi tempat U turn tu, dia ala-ala macam bukit sikit, situ memang tempat jammed lah wa cakap. And time tu lah kereta aku mati kat jalan. Tak nak banyak pulak kereta masa nie kan.


Kereta belakang pulak sibuk nak hon-hon, eee panas je. Aku keluarkan lock stering aku kang baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. My mom take over kawal stering manakala yang lain tolak kereta untuk ketepikan kereta dari tengah jalan and Jida Achin tukang ambik gambar. Maka kitorang pon tolak lah kereta tu.

Peta kejadian, supaya anda nampak lebih jelas, maaf buruk.
Rectangle kaler hitam tu tempat di mana kereta aku mati

Kitorang nak bergerak ke triangle purple tu. Triangle purple tu stesen minyak. So ingat nak park kereta kat situ je. So tolak lah kereta tu. 1 km jugak lah kitorang tolak. Penat weyhh. And then sampai ke lokasi bulat kaler merah tu, nak kena melintas lah kiranya. Kereta banyak gila kot masa tu. Someone must stop the traffic by standing in the middle of the road so that kitorang boleh melintas. Memang idok lah aku nak stop kan traffic tu. Malu weyh. Malu sangat. Si Paris New York yang berhentikan traffic then kitorang tolak dengan lajunya. Masa tu turun bukit so tak ada lah menggunakan force banyak sangat. Physic law applied.

Malu sangat weyh orang keliling tengok kitorang tolak kereta.

Bersungguh benar kakak aku menolaknya pon

Kitorang pon jalan kaki ke Sunway Pyramid tu. Jauh tahu tak. Nak naik teksi, macam membazir pulak. So berjalan lah kitorang semua. Dah lah my mom puasa masa nie. Kesian dia. Duit pulak berkepuk dalam purse, memang tawakkal jelah masa tu.

Muka-muka keletihan

Masa nie tengah kaya, pegang dompet erat-erat


Terima kasih ibu sebab topupkan duit =) 

Ayah pon datang sebelum kitorang nak balik tu untuk menyelamatkan kami berlima. And alhamdulillah, masa tu, kereta pon dah boleh hidup. Tak tahu apa yang problem kereta tu. Tetibe je temperature kereta naik.

Maka itu lah al-kisah nya time nak beli Oppo Find 7a nie. Seriously, banyak gila dugaan nak beli phone nie. Macam petanda supaya tak payah beli je. Tapi nekad jugak nak beli, sebab lagi dua hari nak fly dah masa nie.


Disebabkan handphone nie, aku tak berbelanja banyak tau untuk shopping raya tahun nie. Kalau tak, selalunya aku lah yang meroyan dalam Times Square tu beli baju. Tapi tahun nie, aku menggunakan konsep bersederhana sahaja. Gituee.

Padahal dah shopping online dulu. Puihh

BTW, kalau berminat dengan handphone nie, harga dia RM 1598. Dengan kualiti nya yang maha tiptop, sesuai lah harga dia. Ini pon kira murah tau compared to other smart phones yang almost sama spesifikasi dengan Oppo Find 7a nie. Ingin maklumat yang lebih lanjut mengenai Oppo Find 7a, boleh lah tengok video nie, KLIK .

PESANAN PENAJA


"Dear Samsung Ace Duos, you have been amazing throughout your service. You introduced me to the world of Whatsapp, Wechat, Viber, Keek, Instagram and 360 camera. You are my first smart phone ever and will always be my first. Nahh i'm cheating *Evil laugh applied* . Eventho now you're being my second, I still love you. I will never ever sell you to others, 
besides, who want you pon ? Bhahaha =D "

Terupdate pon cerita nie. Dah genap sebulan aku pakai handphone nie and Alhamdulillah aku puas hati sangat. Samsung Ace Duos tu banyak berjasa kot. Cerita masa first beli Ace Duos nie kat sini, KLIK . And dia retak seribu awal bulan disember tahun lepas. Luluh hatiku tengok handphone ku retak di depan mata.

Hopefully my Oppo Find 7a nie dapat bertahan lama. Aku nie dah lah agak clumsy sikit kalau bab-bab handphone nie. But no worries, i install protected glasses so that apa-apa hal, glass tu yg kene dulu. Hihi. But still need to be careful with it.

Home