Wednesday, October 29, 2014

GCSU International Day 2014

Assalamualaikum

Pada 22 Oktober yang lalu, telah berlangsungnya International Day of Georgia College. Ianya merupakan acara tahunan yang diadakan setiap fall semester. Dekat sebulan jugaklah meeting bincang pasal benda nie supaya semuanya berjalan lancar.

Aku pon sign up lah macam-macam untuk hari kejadian tu. Aku sign up untuk bawak bendera, table untuk Malaysia and persembahan. Memang sapu habis lah semua nak join. Tamak lah katakan.


Aku actually rancang ingat nak buat tarian zapin and bersilat lah kan sorang-sorang atas pentas tu, but then ermm tak apa lah. Lupakan. Tak mampu aku nak buat sorang. Kitorang semua pon bilangan sikit dari setiap negara so kitorang tubuhkan satu group dance yang diketuai oleh students from India. Kami semua sepakat nak buat bollywood dance.

This was during our meeting. 
We had meeting every Wednesday to discuss about this international day 

Preparation sebelum hari kejadian memang banyak. Since aku merupakan pelajar Malaysia pertama yang study dekat Georgia College nie, maka aku kene buat sendiri board untuk table aku. Macam negara lain, dorang semua diberi pilihan sama ada nak gunakan board yang pelajar terdahulu punya or buat yang baru.

Pagi sebelum hari kejadian tu baru aku siapkan semua nya untuk meja aku tau. Butang baju pon aku jahit pagi tu. Butang baju melayu dengan songkok terlupa nak bawak. Benda paling penting boleh tertinggal -___-

Memang tak cukup tidur weyh. Tidur lambat, bangun awal pagi. Rabak mata.

Hari kejadian, 10 minit sebelum bermula

Event bermula jam 11 pagi, tapi sebelum jam 11 pagi semua mesti dah siap set up table. Semua tetamu semua start berkunjung jam 11. Memang chaos gila lah masa hari kejadian tu. Ramai gila budak-budak sekolah masa nie. Dorang kene mintak tanda tangan dari setiap negara.

Meja students dari Japan, buat origami and dengan buat tulisan dorang. Meja students Denmark bagi rasa gula-gula Denmark, Czeh Republic pulak main tampal-tampal kertas dekat board castle yang dorang buat dan banyak lagi lah aktiviti dari setiap negara buat untuk booth mereka. Siap ada yang prepare makanan lagi tau.

Semua nya dah ready untuk terima tetamu

Nak tahu apa booth aku buat ? Aku buat sesi menganyam ketupat. Hihi. Secara jujurnya, memang aku tak pernah langsung menganyam ketupat sebelum nie. Belajar pon dari youtube sebulan yang lalu. Niat asal nak mengajar mereka-mereka yang datang ke meja Malaysia untuk buat ketupat dan bila ketupat tu dah siap, boleh dijadikan souvenir lah. But then, baru aku realize ianya sangat susah. Susah weyh nak ajar mereka semua tu. End up aku yang buat sendiri and bagi dorang. Habis cerita.

Maaf tiada gambar ketupat disediakan. Benda paling penting lupa nak ambik gambar. Rasa nak menjerit tak ?


Places that i recommend if people want to visit Malaysia.

Terima kasih erk kawan-kawan Malaysiaku dalam membantu aku memberi idea tempat-tempat menarik nie. Kemain tau promot omputih-omputih nie pergi Sabah and Sarawak bagai, tapi diri sendiri pon tak pernah jejak kaki ke sana. Ngong nya zarep.

Look who came, my roommate and Maria at Sweden's table. Next to my table. 

Li Dan and Me

Aku agak kecewa sedikitlah di mana semasa perarakan bendera sekitar kampus, aku tak dapat join. Atau lebih tepat, aku tak ada mood nak join. Sebab masa aku sign up untuk perarakan tu, aku dah tanya betul-betul, ada ke tak bendera Malaysia. Dorang kata bendera semua negara ada. Kalau tak ada pon, dorang akan beli. Aku pon dengan semangatnya join lah kan.

Sekali pada hari kejadian, lebih kurang dalam 10 minit sebelum perarakan tu, dorang suruh cari bendera masing-masing. Aku pon cari-punya cari, tak jumpa. Tanya lah kan dekat dorang, dorang kata, maaf tak ada. Dorang dah beli bendera Malaysia tu khas untuk acara nie tapi tertinggal dekat pejabat. Tak rasa lawak ke ?

I feel sad everytime i see this picture >___<
Photo courtesy goes to Kaitlin Reedy 

Lepastu suruh aku ambil mana-mana bendera untuk perarakan, ko rasa aku nak ke ? Haruslah tak nak.

My Japanese Friends  

My very talented Czech Republic friends

I wish i can take a lot of picturess on that day, but i can't. It was very chaotic moment when the guests started to come because i'm the only Malaysian student here, so memang tak menang tangan lah. Macam negara lain semua ada partner, aku nie yang ado. Thank god my friend, Kelly, came and help me with the guests while i were doing the ketupat thing.

Photo courtesy goes to Kaitlin Reedy

Ada cerita kelakar nie nak story.

Kalau friend aku dekat facebook mungkin tahu lah benda nie since aku dah cerita dulu. Takper, aku cerita kan balik. Pada hari kejadian, dorang nak buat satu video di mana dorang nak semua negara cakap "Have a good day" dalam bahasa masing-masing. I was like, apa erk dalam bahasa melayu.

Memang boleh translate kan, tapi gonjeng gila kot bunyinya. "Semoga mempunyai hari yang baik", tak rasa gonjeng ke ? Ada ke orang kita cakap macam nie ? End up kan, aku cakap "Selamat Jalan". Lol

Bukan itu sahaja tau, budak-budak sekolah datang meja aku, how do you say "Hi" in Malay. I was like, hi jugak lah kan. But then baru aku teringat "Assalamualaikum"

Okey tak lawak. Sangat hambar.

Semasa international day tu ada banyak persembahan. I performed two times. Salsa dance and bollywood dance. My first perfomance was the salsa dance.


Terus lari tau nak tukar baju lepas habis tu. Tak sempat nak lambai langsung dekat penonton. Sombong tol zarep.

Seriously aku tak tahu langsung persembahan bollywood aku tu lepas persembahan salsa tu. Dapat tahu sebelum persembahan salsa tu when my friends said i have no time to change my cloth. So memang tak sempat lah nak tukar baju. But guess what, i changed it anyway. Aku tak nak lah nampak macam gonjeng kat atas pentas tu, yang lain semua tema ala-ala bollywood, tetibe kita nie sesat pulak lari dari tema. Kurang dari 30 saat tau, habis berterabur samping dengan baju belakang pentas tu.


Dah gigih tukar baju, lupa step -___-

Lagu kedua tu merupakan lagu baru yang kitorang tukar. Sebelum nie kitorang buat lagu kabhi kushi kabhi gham, but then sehari sebelum persembahan tu kitorang tukar. Tu yang rasa macam mamai-mamai sikit. But we did have fun on that day, that's the most important ! =)

Dracula and Adriana

Yang paling aku suka ialah persembahan students Czech Republic. Tapi malangnya, dorang tak dapat nak complete kan persembahan tu sebabnya ramai budak-budak. Persembahan nya berkisarkan dracula. Part Dracula tu yang terpaksa dorang cancel. Tak sesuai katanya. Tapi masa rehearsal kitorang dapat tengok. Seriously suara dorang nie memang tiptop lah.

With Robert as Dracula and Veronica as Adriana

Kisahnya korang boleh dengar dekat video yang aku attach bawah nie


Banyak lagi persembahan tapi malas pulak aku nak upload banyak-banyak. So lebih kurang macam tulah apa yang berlaku sepanjang international day nie. Berbaloi lah skip dua kelas hari tu untuk event nie. Kbai.

Saturday, October 18, 2014

Aidiladha di perantauan

Assalamualaikum

Raya haji tahun nie aku beraya dekat US je. Well nak buat macam mana, itu je mampu.
Terbakar tak rasa-rasa baca ayat muqadimah tu ? Bhahahaha.

Berbalik pada tajuk, Alhamdulillah diberi peluang beraya walaupon tengah berada dekat non islamic country. Tambah-tambah dekat tempat aku nie sangat jauh daripada masjid so memang harapan lah nak beraya kat sini kan. Dengan bilangan muslim nya yang ado, 4 orang je kot pelajar Islam kat sini. Ko ghase ?
          
Keji tak upload gambar sampai dua ?

Ingat lagi tak keluarga yang aku jumpa masa trip ke Atlanta bulan Ogos lalu ? Aduii suka lupa-lupa tau. Klik SINI

Seminggu sebelum aidiladha nie, dia pelawa aku nak tak celebrate sama dengan dia, of course lah aku nak kan. Lagipun dah dua minggu terperuk dekat Milledgeville nie. Bosan kot. So pada hari Jumaat 3 October yang lalu, dia pon datang jemput aku dekat Milledgeville nie. Baik sangat tau sampai sanggup jemput. 2 jam okey dari tempat dia nak ke tempat aku. Kawasan kejiranan dia cantik sangat. Seriously feeling macam duduk dekat kawasan rumah orang-orang kaya tau.

Then pada hari Sabtu 4 October, solat raya lah aku dan keluarga dia pada pagi tu. Aku actually agak sedikit runsing, sebabnya waktu America lambat 12 jam dari waktu Malaysia tapi solat raya awal satu hari dari Malaysia, acano tu ?

Tapi tak kesah lah, asalkan dapat solat raya. Alhamdulillah.

Ini lah masjidnya, macam rumah kan

Surau perempuan

Baju aku tu memang nipis gila jenis kain dia. And masa tu pulak temperature dekat luar dalam 9 to 13 celcius and it was freezing cold. Matahari memang ada tapi macam tak ada effect langsung. Sejuk sangat weyhh.

Macam biasa lah, habis solat raya ada khutbah. Lepas dah habis khutbah ada sedikit jamuan makan dekat luar.



Tengok lah, raya pon makan ala-ala western tau. Sabor jelah. Memang harapan lah kan nak ada sup tulang dekat negara omputih nie. Rindunya sup tulang >__< Dan part yang paling penting, tak ada sembelih-sembelih pon.

Ini aku ada sediakan satu video untuk korang.


So macam tulah aku celebrate raya aku dekat America nie. Once in a lifetime experience kot. Lepas nie tak tahu lah dapat raya kat luar negara lagi ke tak. Hopefully tak lah kan, tambah-tambah hari raya aidilfitri. Menangis tersedak-sedak nanti. Uishhhh mintak dijauhkan lah. Malaysia tetap di hati. Kalau raya haji dekat Mekah tak apa lah jugak kan =)

Keluarga nie baik sangat tau. Bawak gi makan tempat-tempat sedap. Aku siap dapat makan tom yam tau dekat America nie. Dia bawak pergi satu restoran thai nie and it was very delicious !


This is the tom yam =) MasyaAllah sedap sangat !!

Udang dia stok besar-besar je. Geram tengok !

This is seafood salad. This dish is very delicious, highly recommend !!

Bawak makan ais krim. Ais Krim DQ dengan Baskin Robin. Memang tak lah aku nak makan ais krim Baskin Robin dekat Malaysia. Wuuu tak sanggup. Banyak lagi benda lain aku boleh beli daripada makan ais krim Baskin Robin. Mahal kot.


Ais krim DQ aku dah pernah cuba rasa sebelum nie, roommate aku bawak aku keluar and belanja aku ais krim nie. Kalau follow instagram mungkin tahu lah cerita nie. Nak tunggu aku hapdet dekat blog nie memang ya ampun lambatnya.

Then satu malam tu dia bawak aku pergi makan dekat Pinera Bread. Banyak menu sedap-sedap tapi faham-faham jelah yerp. Dekat Amerika nie aku kene jadi vegetarian and boleh makan seafood only.


A delicious tuna sandwich. The portion is too big but i managed to finish it anyway. 


Tak lupa juga, dia ada bawak pergi shopping mall. Nama shopping mall nie ialah Target.




Ouhh ya, dia juga ada bawak aku pergi satu mall nie, mall khas untuk binatang peliharaan sahaja. Seriously aku cakap, aku rasa macam nak beli bawak balik sekor kucing dekat dalam nie. Bukan sebab cute je tau, sebab nya harga dia murah gila kot. 75 dollar untuk semua jenis kucing. Nak aku ulang ? UNTUK SEMUA JENIS KUCING.


Sape yang tak gila weyh bila tahu harga dia murah macam nie ? Kat Malaysia memang harapan lah nak dapat harga murah macam nie. Tapi malang sekali, dorm aku tak benarkan bela kucing. Plus kalau aku nak bawak balik Malaysia sekalipon, mahal jugak kene cas bawak masuk pesawat. Nak kene inject kucing tu lagi sebelum naik kapal terbang, end up beribu jugak lah habis kalau nak bawak balik. So lupakan.

Yang hitam tu remind me of my cat, Opish >___< I miss you Opish !!
Yang putih tu, mata sebelah kaler lain, sebelah kaler lain. Comel je.

And sebelah pet smart nie ada kedai yang diberi nama Five Below. Yang mana semua barang berharga 5 dollar dan ke bawah. Aku datang situ cuma nak singgah pi toilet je, tup tup terbeli dua helai baju. Benci betul. Aku nak kene control emosi aku lepas nie. Banyak sangat godaan. Seolah-olah memanggil diriku untuk membelek mereka. Saiaaaa taaa kuadddddd >__<

Belanja itu ini. Aku tak keluar duit apa-apa pon. Bab beli baju tu je aku pakai duit sendiri. Melampau lah kan sampai beli baju pon nak suruh orang tu belanja. Maka hari Ahad tu, dia hantar aku balik Milledgeville. Dan begitulah cerita weekend aku semasa sambut Aidladha di America nie. And since kita selalu celebrate aidiladha 3 hari, so aku decide nak pakai baju ala-ala nak pergi beraya gitu pergi ke kelas.

Second day of eid and third day a.k.a the last day of eid

Memang semua pandang pelik. Lagi-lagi baju ulang tayang yang nipis tu. Baju tu agak seksi banyak so yeah. Gagahkan diri jugak pakai. Kiranya terpakai jugak lah baju-baju nie. Sebab nya tak tahu nak pakai time bila.

See ya !

Home