Saturday, April 18, 2015

Dip N Dip - A taste will make you =)

Assalamualaikum and Hi everyone !

Kita rehat dari meng-update cerita America dulu yerp. Penat lah meng-refresh balik minda nie nak ingat benda-benda tu semua. Sekarang nie kita update cerita terkini pulak. Cerita terkini pon dah ada 6 cerita tak terupdate weyh. Stress nya aku bila banyak benda tak selesai. Cerita yang aku nak cerita nie, berlaku awal bulan March lalu. Cerita terkini pon dah lambat satu bulan, acano tu ? Tanpa lengah masa lagi, mari lah kita mula.

Pada 6 March yang lalu, telah tercipta satu lagi rekod di mana diri ini menjejakkan kaki ke Dip N Dip kegilaan ramai itu. Alhamdulillah, dapat jugak merasa Dip N Dip nie diusia muda. Lulz


Malam tu datang IOI City Mall niat utama nak beli iphone6. Ada orang tu dah lama mengidam iphone. But then iphone6 64g kaler gold takde. Sebelum balik tu, ingat nak cari tempat makan dulu sebab kitorang pon tak makan lagi malam tu. Cari Dip N Dip punya tempat sebab teringin rasa. Alhamdulillah jumpa. Berpusing-pusing jugaklah kitorang dekat mall tu bagai nak gila demi mencari sesuap Dip N Dip.

Memang ramai orang masa kitorang sampai tu, tapi nasib baik ada meja untuk kami berenam. Betul-betul dekat depan chocolate fountain. Kuss semangat. Bergelora hati ini melihat keseksian chocolate-chocolate itu. Seakan-akan memanggil diriku..


This is the menu
Klik pada gambar untuk tumbesaran melampau


Exactly . . . . 


Kami order 3 main dishes and satu air. Satu je air cukup tak payah banyak-banyak. Boleh share reramai. Nama pon family kan. Haruslah bersatu padu demi untuk berjimat pada tahap yang paling maksima.

This Brownies Crepe costs us RM 28.50 and 
the Cookies and Cream Milkshake costs us RM 18.50

Crepe brownies tu ya Allah !!!! Kenapa sedap sangat. Setiap gigitan sangat heaven tau. Memang agak mahal dari segi harga tapi keenakkannya itu mampu membuatkan kau lupa harga dia RM 28.50.

Air tu pon sedap jugak. Tapi rasa macam tak berbaloi pulak spent banyak tu untuk air je. Bagi aku lebih baik order menu lain and air just minum air mineral je. Bila dah makan banyak sangat coklat, tekak pon rasa something je, percayalah, air mineral jugak yang akan korang cari.

That waffle stick costs only RM 10.00 and that Chocolate Fondant Cake costs only RM 13.50

Waffle stick tu ya Allah sedapnya. Dalam banyak-banyak menu, itulah yang agak murah. Bila makan tu rasa tenang je berbanding menu yang lain. Hahahaha. Tapi seriously sedap. Benda tu panjang, puas makan.


Kek tu pulak bagi aku biasa-biasa je. Tak ada lah macam rasa umphhh sangat. But still sedap lah. Bila potong je kek tu dia mencurah-curah keseksian coklatnya. Combine with vanilla ice cream, just perfect. Macam yang aku cakap tadi, aku rasa macam biasa-biasa saja.


Precious moment is when you're having food you love with your love one. Baru seronok dan meriah !

Bebo makan sikit je malam tu -____-


Since mall tu pon dah nak tutup. Kat tempat car show nie kosong dan lengan je. Marilah mengabadikan beberapa keping photo di sini sambil usha-usha kereta yang tak mampu nak beli tu. Selepas tu baru lah kitorang balik.


Besoknya, 7 March bersamaan hari Sabtu, nekad jugak nak beli Iphone6 kakak aku nie. So kitorang pergi kedai iphone cawangan Midvalley. Barulah ada iphone 6 kaler gold 64gig. Terus beli. Banyak songeh jugak erk nak pakai iphone nie. Simkad khas lah, daftar email icloud mende ntah tak ingat, itu lah, ini lah. Habis waktu berjam kat situ je. Pusing jadinya.

Ambik si Zahin kat asrama sebelum nak pergi tu. Mimpi apa entah ustaz dia bagi keluar

Satu dua keping dulu kat cermin besar nie sementara tunggu yang lain membuang air


Yang paling tak boleh blahnya, ada sorang pekerja kat situ, cakap dia alahai slow gila nak mam. Kau rasa macam nak sepak-sepak je muka dia. Lelaki pulak tu. Kalau perempuan boleh terima lagi lah. Dahlah cakap menggigil-gigil. Tak tahu apa problem dia tu. Dah lah tak pakar pasal iphone nie, dia ajar kitorang silap kot.

Bukan iphone je beli masa nie, si Jida Achin pon request nak handphone satu. Tapi tak ada lah kuasa nak beli lagi satu iphone, Ko gila. Beli kan Lenovo je. Budak-budak bawah umur tak boleh pakai iphone. Nanti aku makan hati. Kbai.

Then ayah terus hantar pergi KL Sentral. Nak kene balik UPSI jugak hari Sabtu tu sebab ada program hari Ahad. Terpaksalah balik. Nanti kita story erk program apa kat entri seterusnya.


For the third time, aku naik train last dari Rawang ke Tg Malim yang tak ada penumpang langsung. Maka ber-pole dancing lah aku dalam ktm tu tanpa segan silunya. Nasib baik ada kawan, kalau tak seram jugak lah naik train sorang-sorang.


6 comments:

  1. Masya Allah! Nampak sedap dan mahal sangat. Hahahahaha.

    Aku rasa makanan yang paling mahal aku makan dekat Malaysia, Kenny Rogers je.

    Ingatkan iPhone tu kau punya. Rupanya kakak kau punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap and mahal pon T__T
      tapi okey lah, bukan selalu. hihi.
      aipp aku dh ada oppo, bru pakai kot takde nya lah beli baru lagi unless ad yg nak sponsor =D hahahaa

      Delete
  2. Mak aih meriah eh coklat! Sekali sekala makan takpe la kot sebab manis sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suka manis erk ? mmg kena sekali sekala. mahal sangat >__< hahahaha

      Delete
  3. I ate DipnDip once, kat Bangsar. That was the best moment ever! *because orang belanja and i didnt spend even a penny. Now tak rasa nak pergi makan lagi because I know I'll be spending more than I planned T-T So lepas ni berdoa lah banyak2 harap2nya ada orang nak belanja hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboiiiiii untungnya kak najwa kita ada orang belanja dip n dip.
      tu lah mengharap jugak ada yang baik hati belanja diri ini satu hari nanti. hihi

      Delete

Home